Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

December 31, 2008

Tiga Satu Dua Belas Kosong Lapan

Harini 31 Disember, and aku hepi hihi. Ziha Dahiyah aku hepi ni! Haha i miss you guys, tho. ;(
Ya, jujur aku cakap aku hepi dengan kau, Shidi muahaha tapi lain kali jgn suka simpan dalam, story lah selalu ya! Ily, kita dah dua tahun tau.


Sepatutnya sekarang ni aku kena siapkan slide untuk akaun, baru 30% siap. Tulah masalah aku, bukak laptop wajib bukak internet. Kerja tak jalan jugak, takpe esok aku try lagi kena paksa diri ni balik hostel lagi berapa hari je ni. My life as a seventeen year old student will begin tomorrow. Oh ya, selamat tahun baru semua! Azam baru kau orang apa tahun 2009 ni? Aku tak fikir lagi apa azam aku, malam nanti aku mula berfikir lah ya. SPM pun tengah tunggu aku tu sabar ya sayang nanti aku datang, ehe. Pukul 6.30 petang ni aku dgn ibu dgn adk adk pergi airport jemput ayah, so sekarang aku sepatutnya dah kena bersiap. Maklumlah aku ni kalau bersiap memang lama, entah apa yang aku rasa tak kena dgn muka aku ni, baju bukan style mana pun haha. Kalau dekat sekolah nak pergi dewan makan pun aku lah selalunya antara org paling lambat keluar dorm, nsib baik aku ada kwn yg penyabar. Kalau tak selipar dah kena baling tepat kot kat muka ni. Hm, mmndangkan ayah sampai rumah malam ni, ibu bukan main kemas lagi bilik dia dgn ruang tamu decorate sana sini, dia rindu sama boifren tua dia tuu ha. Aku rasa dalam pukul empat pagi tadi dia masuk bilik aku kot ambik langsir ke apa yg patut. Sebab aku tengah mamai time tu, aku buat dek je masa ibu tanya 'Eh langsir kuning tu mana, thirah?' Aku tidur balik. Krohhh.

Ok, I better go and get ready, ibu dah excited nak drive tu. Toodles!

*Kelas Bahasa Arab harini
I love my Afdal Sadiqah(s) <33
Hahahahahahhaa Dahiyah ok ke ni pandai pandai aku je
BYE!

December 30, 2008

Five Star

I went to Masque yesterday with ibu and my sisters before going to Aimar Char Kuey Teow (Aimar kan?) to get something to eat, yes we were starving at that time. Ibu wanted to buy her sewing stuff, we went to Giant and she couldn't found what she's looking for and that's why she went to Masque. Luckily she found it and she was happy I can tell it by her face expression, 'Phew, finally ibu! after this we could grab some dinner, please'.
While ibu was looking for her sewing stuff, I went to the back and I saw this guy who worked in that store helped a customer who wants to buy something. What I realised at that time was how dedicate the worker is, he's trying to fulfill what his customer wants and kalau boleh dia nak cari barang tu sampai lubang cacing pun. Not only him, the others are helpful too. And I like the service there. Recently they have been upgrading their shop ; they have a new section where the accesories are placed and they're beautiful tu. Okay whaaaat. :) I guess they are trying to work harder and attract more customers since there is a new supermarket just across the street.

Well I think that their service are great, they are friendly too and I really like it. Not like some other stores, dahlah tak friendly, muka ketat semua, orang tanya mcm pekak pulak. And if I go to that kind of shop, I will do the same thing, my face expression are the best that's my thing haha. Aku akan keluar terus dari kedai tu. There are shops where the cashier or someone who's on the shift to look after the shop will sit there and pretend that no one's coming in. Duh, tu kes buta pulak. And I hate that kind of worker, no offence but from what I observe, they are mostly women. Can't you make a nice face, dear? I'm sure there are other customers who feel the same way like I am now. Masque workers, keep up the good work dudes! xD

December 28, 2008

Selamat Tahun Baru bagi semua Muslim di Malaysia :D *ehek baiknya ayat

Korang dah baca doa akhir dan awal tahun belum?


Hm, dua tiga hari ni aku taktau nak update pasal apa. Well, right now I'm counting the days before ayah arrived Malaysia. Ayah aku balik 31 hb ni wau tak sbrnya ahahaha. But dia stay rumah sekejap je sbb 8 hb bulan depan dah kena balik sana balik, banyak lagi kerja katanya. Hm what to do bisnes dia pun tak stabil lagi.

Okay, aku dah kena start packing sikit sikit kot from today, maklumlah banyak barang kan nak kena bawak balik. Er, aku rasa banyak gila kot, aku bab bab packing ni tak berapa beragak, semua aku nak masukkan dalam bag. Semuanya aku rasa perlu bawak balik asrama. Haha last last berhabuk je kot kat sana and kena pulak bawak balik rumah sebab tak pakai pun. Tulah dia kalau boleh satu bilik tu aku packing bawak balik sana nasib baik ruang loker tu kecik je,
Tahun depan aku form five wah gumbiranyaaaa aku. Kita senior kita senior babehhh. Tapi bila fikir balik nak lepaskan diri from SPM tu payah sikit lah, tension aku ergh. Tapi tak apa, lepas tu kita dah free kan? Except siapa yang masuk PLKN muahaha, jangan aku kena sudah. :S
Tulis pasal PLKN ni aku rasa geram tiba-tiba. Iklan dia nak promote orang spy rasa rela pergi PLKN. Ada lah kot yang rela tapi ramai jugak yang taknak pergi kan, jangan tipu jangan tipu. Dahlah tiga bulan, tapi kawan aku kata tak ada org yg pergi plkn tu ckp plkn takbest so far. Hm, baguslah tu, blh motivate diri aku yang pemalas ni aku tak pernah suka camping haha.
Bosan cakap pasal PLKN ni, i'll stop tapi yang penting aku tak sabar nak habis form five yahuu!

Nanti aku sambung lagi, kemalasan melanda. :O

December 26, 2008

Hidup

*First try


Hidup aku sekarang selain Allah, aku ada keluarga, Naziha Dahiyah kawan baik aku <3, Alin geng gila aku, and Shidi. They are in my big part of life. Ya, pandai kau teka, 31 Disember aku dah ada balik. :)


December 25, 2008

Ah

Aku memang pengecut :S

Lima atau Five !

Dah pukul lima and aku masih belum stop chatting dengan amjad ni. Buang tebiat nak awek baru haha. Aku dah mula ngantuk. Yes ! Nak tidur dahhh selamat malam ya!

Pagi Buta

Setiap malam dulu aku mesti ada agenda sebelum tidur, memang best. Haha jangan fikir lain ok, tapi malam ni aku betul-betul tak tau nak buat apa seh. Dah berulang kali kot aku baca buku Under 18 tu dah naik bosan pulak, komik Rapsodi 18 pun tak start baca lagi. -_- Ah nantilah aku baca, tak ada mood untuk komik sekarang ni. Onlain Yahoo Messenger tapi aku letak sign 'busy' kalau ada orang buzz aku layankan aja hee. Tapi sampai sekarang tak ada pun yg sedar aku onlain kot, tak apa aku tak kisah sangat pasal tu.

*Eh tiba tiba payie buzz, wau ! pjg umur chatter ni

Malam ni aku tak boleh tidur lah, dah try lelapkan mata still tak boleh jugak segar lagi mata ni. Aku nak buat apa heh? Doa tidur pun sudah, baca buku ntuk mengantukkan diri pun tak jalan jugak, layan lagu tak lelap lagi hah. Nak buat apa? Bilang sama aku kawan, aku maybe tak tidur kot malam ni. Hehehe macam mana lah aku esok ye macam zombi kot dahlah nak jumpa kawan nanti apa lah jadi ngan muka aku yg tk cukup tidur ni. Tengok jelah nanti.

Esok aku jumpa wawa dengan ijat yay yay ! Hepi sungguh ni tak terkira, serius dah lama tak jumpa diaorg tu, time kat sekolah lama diaorg lah geng rpt aku selain Alin yg sentiasa tk boleh duduk diam and sentiasa berpindah dr satu geng ke geng yg lain. No offence! Aku rindu kauorg, geng rpt aku dolu dolu,

Aku dah tak tahu nak tulis apa, banyak lagi dalam otak aku sebenarnya tapi cukup lah pendek ni je. Aku akan post entri strusnya kalau aku dapat berjaga sampai pukul 5 pagi ni haha.

December 24, 2008

Untuk Harini Ya,

Oh harini aku bosan lagi. Semalam baru keluar ke Sunway dengan Ziha and Eila haha pergi tengok cerita histeria, betul ckp wil tengok Yes Man dulu lagi best ahaha. Gila babi betul dalam cinema menjerit tak hingat aku -__-' Eila lagi best ayat dia ! Hahaha tapi best juga lama sudah tak hangout. Tapi tu semua semalam.

Harini?

Aku bangun pun dah tengah hari, malam ni ada tusyen aku rasa dah lama gila aku tak pergi tusyen kot -_- ergh rasa malas gila pun ada hmph, homework dah bertambah. Seems like I am the only one who thinks about the account groupwork, well Zatil sekali tapi dia semacam busy je punya banyak alasan yang dia bagi. Nampaknya aku jugak lah yang kena buat ye tak? Hm, mampus lah aku buat simple pun tak apa kan? Janji siap kerjanya kalau tak free free lah nanti kena bebel sama Pn Rusimah tuu ahaa aku tk snggup.

Petang ni rasa macam nak keluar je, bukan apa tapi nak warm up dgn camera tu haha asik terperap kat rumah pun tak best jugak. Tapi tengoklah dulu mana tahu tiba tiba aku rasa malas pulak ke, sumpah bosan penuh dengan budak budak jeeeee. :S Yang sebaya aku semua mana seh? Takbest betul.

Aku rasa aku nak buat to-do list aku untuk malam ni ha ha, dah malam baru nak buat. Malam malam baru fresh sikit nak buat kerja, ye tak? Bagi aku lah. Lepas pergi tusyen konfem aku melantak, lepas tu aku ingt nak siapkan kerja akaun groupwork tu dah habis takda pening kepala aku sgt, ehh tapi malam ni ada movie kat tv, so aku tgk movie dulu haha. Lepas tu baru buat kerja. Selesai kerja akaun tu masuk bilik terus! Baca buku cerita lepas tu tiduuuuur kroohhh. Nak buat benda lain takbest, tidur ada faedah lagi kot? Hm 31 Disember dah dekat, boleh skip tak tarikh tu? Aku dah tak larat,


Ini dah kali kedua kot aku letak gambar Hayley Williams ah aku minat sangat dia ni! Yu rok


Saya

1.Which color is better red, black, green, blue, or yellow?
i like black

2.What's your first initial?
A

3.What month were YOU BORN?
July

4.Which color do you like more, black or white
black hihi

5.Name one of your friends?
Nazihahahaha

6.Name a number 1-100?
7

7.Do you like flying or driving more?
I want to drive

8.Do you like lakes or oceans more?
Oceans



1 If you chose
Red: You are alert and your life is full of love
Black : You are conservative and aggressive
Green: Your soul is relaxed and you are laid back
Blue: You are spontaneous and love kisses and affection from the ones you love and give good advice to those who are down
Yellow - You are a very happy person with alot to give

2 If you're initial is
A-K: You have a lot of love and friendships in your life
L-R: You try to enjoy your life to the maximum & your love life is soon to blossom
S-Z: You like to help others and your future love life looks very good

3 If you were born in
Jan-Mar: The year will go very well for you and you will discover that you fall in love with someone totally unexpected
April-June: You will have a strong love relationship that will last forever
July-Sept: You will have a great year and will experience a major life-changing experience for the good
Oct-Dec: Your love life will be great, and eventually you will find your soul mate

4 if you chose
Black:Your life will take you on a different direction, it will seem hard at times but will be the best thing for you, and you will be glad for the change
White: You will have a friend who completely confides in you and would do any thing for you, but you may not realize it

5 This person is your best friend
ofcourse!

6 If it is 1-50 you are a very lovable person and you have a great life
More than 50, screw the world

7 If you chose: Flying - You like adventure
Drivi​ng - You are a laid back person

8 if you chose
Lake - You are loyal to your friends, your lover, and yourself
You are very reserved but emotional
Ocean​ - You are spontaneous and like to please people



December 23, 2008

GRR

Aku tak ready nak sekolaaaaaaaaaaah ! !&#$@&!*


December 19, 2008

Ekspresi Wajah

Haha post ini sekadar hiburan and adik aku pun dah approve mmndgkan dia akn terlibat dalam post ini. hahahhaha siapa suruh dia buat muka pelik pelik time aku nak snap gambar? kenapa dia tak pose comel-comel? cara dia mgekspresikan btp dia gmbira kot time tu. Hm jom tengok.


Satu.



Dua




Tiga.





Which one is your favourite?
ada banyak lagi sebenarnya, cukup lah tiga je eheee.

Tapi dia memang comel, er dari sudut yang berbeza. Hehehe.


Gambar ni adik aku ok sikit, credits to her! haha




Miss Me Just When You Need Me?

Kau orang sedih tak bila dapat tahu sebenarnya kau orang ni dirindui hnya bila diprlukan? Kau orang marah tak? Kau orang geram? Dia orang kat luar sana bila tengah happy tahap gaban dia orang tak kesah kat kau orang ni ha. Pergi mampus, senang cerita. Kau orang tak marah ke macam tu? Bila dia tengah sorang dia cakap dia rindu kau orang ni. Ah. Kau orang tak sedar ke dia hepi dia belah, dia sorang dia carik kau orang? Sekadar teman bicara, teman nak hilangkan sunyi je. Lepas tu dah gumbira having fun bagai dia orang tinggalkan kau orang macam tu aje? Heving fan sampai fan tu hilang baru nak 'hi' balik kat kau orang? Ish kau tak geram ke? AH. Selama ni kau tak sedar ke apa dia orang buat kat kau orang? Tak sedar ke? Janganlah lemah lagi dengan orang macam dia orang tu.


Kawan aku tu, kawan sejiwa aku tu.






December 18, 2008

Apdet

Oh yes! Aku sepatutnya kena stay rumah nenek aku sebab esok ibu pergi kursus sampai hari Ahad and aku tak nak !

'Ok, kalau taknak tidur rumah nenek tidur rumah cik mok lah k? ibu dah call dah, dia ckp ok'

Taknak jugak! Duduk dengan keluarga yang lelakinya lebih ramai? Ah lagipun aku tak biasalah, lain lah kalau aku baru darjah satu ke dua ke, mesti suka tidur rumah diaorg. So mulalah sesi mengayat ibu hihi and lepas kena soal siasat 'siapa nak jaga adik?' 'habis siapa nak masak?' semua soalan dah lepas yes aku dah lulus, so aku boleh duduk rumah. :) Tapi dengan syarat kena jaga adik-adik aku as anak sulung aku kena ikut je kan. But at least dpt duduk rumah ok whaaaaat? haha sekali sekala sneak out ke kan kan? * :D

31 disember nak dekat and i miss that guy. ha jujur ni, serius! imy, shidi.


Ni mamat tak berpusat, Matt Dallas ! untuk tatapan mata aja ye, hee


December 17, 2008

Gumbira

OMG hari ni saya happy, ibu beli camera yay! Batak ni batak ni, tenkiu ibu ! Ziha, kata nak pinjam? HAHA

Buang Masa Je Baca ni.

Nak bergayut, tapi nak gayut dengan siapa ni? heh


Aku dah kata buang masa, degil

December 16, 2008

Hero dan Heroin Aku

Aku tak dapat predict apa yg ada utk aku masa depan nanti, tp aku harapkan sesuatu yg lebih baik dr skrg. :) Aku ada family yang best walaupun tak perfect, mereka je yang aku ada selain org kat luar sana yang belum sepenuhnya aku kenali, kan? Ayah, seorang daddy cool haha. Ramai kwn aku mesti ckp 'takut tengok ayah kau, muka garang seh' dan masa tu aku akan tergelak, haha ayah aku jenis yang cool dan steady, kalau marah pun steady je tp ada time dia akan serius lah kan, dia kan ayah. Tapi kalau muka garang tu aku tak boleh nak terima sgt kot hihi. Zaman doludolu ayah zaman rock kapak, hm boleh tahan smart jugak ayah aku ni *keningkening Part aku paling nak gelak-terguling bila ibu ckp ayh AJK Kebersihan kat asrama dulu, aku macam HA? AH AH AH AH. Tak sangka, dia dulu nerd gila, budak baik kat asrama, tak buat hal, itu ibu yang cerita. Kawan zaman sekolah ayah dulu pun ckp ayh budak baik time sekolah dulu, ha ha mebi kot. And Im proud to have him as my father, walaupun sekarang aku dgn ayh tak serapat mcm dulu waktu aku kecik, selalunya mmg mcm tu kot. Dulu kitalah daddy's girl, bila dah besar macammacam yg akn berubah, tk sama mcm dulu lagi. Aku mmg syg dia tapi mebi aku dh tnjuk ngn cara yg tk betul and aku tk suka tu. Oh, ayah nerd ku, ai lef yu. <3

Wu, yu rok!





Kalau ada ayah, mesti ada ibu. And alhamdulillah ayah ibu aku umur masih panjang. *tarik nafas Ibu lagi garang kot drpd ayah, hihi. Suara dia yg lantang buat aku ngn adik2 gerun nak berkata-kata. Fuish, bebelan dia mmg power dr hari ke hari wa ckp lu. Dulu time tadika aku suka pergi ikut ibu masuk kelas dia mngajar, sbb aku tau bila aku masuk muridmurid dia akn bg aku ceklat dan plastik penuh gula gula heee. And setiap kali ibu marah diaorg mesti tk jadi sbb aku suka menyibuk time tu, 'ha kan ibu kita dah marah' Habis lah mood nak marah org! Tu ibu fikir kot time tu, Ibu teman melepak yg best, teman borak yg sempoi je haha, itu kalau mood dia tengah ok. Rasanya satu hari tu pergi berjalan je kerja. Kalau tercalar sikit mood dia BAM jgnlah harap kau dpt ajak dia berjalan situ situ sana sini. Aku rasa memory yg paling aku tk boleh lupa psl ibu so far, time aku baru masuk asrama. Before this ada misunderstanding and aku buat benda yg paling aku menyesal sekali kat ibu. Ibu dpt tau apa yang aku buat, aku ada tulis macam macam kat dlm satu buku and ibu dpt tahu. Masa tu aku tulis macam macam, aku tak suka ibu, aku benci ibu, ibu tk prnh faham aku, ibu tkkn fhm apa aku rasa. Benda yg aku tulis tu dah tnjuk yg aku ni tk brsyukur kan ada ibu? Aku tahu tapi time tu aku tk mksudkan apa apa, ibu. Marah sangat masa tu, ibu. Benda yg aku tulis tu pun dah lama, tapi tah cmne ibu jumpe mebi masa dia tgh kemas bilik aku kot. Terkejut aku bila ibu ckp psl buku tu. Time tu aku dahlah tgh nangis homesick lah katekan hikhik, lps tu ibu ckp knp nangis ni?

Ibu : ibu dah jumpa buku tu

Thirah : buku? buku apa?

Ibu : ibu dah tau dah, ibu jumpa buku tu dlm bilik thirah,
Thirah : *mngalir

Ibu : Ibu nak mintak maaf,
Thirah : *langsung tersedu Lahhh kenapa ibu? Thirah yg kena mintak maaf, sorry *uwaa mngalir gila

Ibu : Ibu tau, thirah kdg kdg rasa mcm ibu tk fhm thirah, tp sbg ibu, msti akn marah marah thirah, ibu tau ibu tk fhm apa yg thirah nak. Ibu mintak maaf.

*sob

Conversation sterusnya aku malas nak taip, sedih. Aku mmg tk sngka ibu blh ckp mcm tu, aku brsalah gila! Sob, im trying to be a better person, a better daughter,
Ai lef yu, ibu. <3

Ibu saya lah ni, zaman dolu ye


Oh wel enaf with de kraying. Hehehe..

Nak cerita pasal adik aku, aku malas. Hm, bye lah kot buat masa ni.

Ai lef yuuuuuuuuuuuu !

<33


December 14, 2008

Hari cuti makin kurang, hari sekolah hampir tiba and ni buat aku tertekan. Ish, dah cukup panjang dah bebelan ibu suruh aku siapkan kerja sekolah aku yang terlonggok kat atas meja bilik tu ha. Telinga aku memang panas dengar tapi time tu adik aku boleh pula nynyi lagu favret dia, 'are you pling pling, are you pling pling' (oh itu lagu are you sleeping, dah berbuih aku ajar dia tapi tak berhasil pun) jadi aku tak kisah sangat pasal bebel tu, dengar adik aku nyanyi lagi best hee hee.
Harap aku dpt siapkan kerja before dateline, nak kena revise lagi pulak tu hish bila aku nak habis sekolah ni aku tak sabar. Hm,
Aku nak tengok Kyle XY lah, mamat tak berpusat tu memang comel.

PS : Ziha ! Kau ni sihat ke tak sebenarnya? Anyways get well soon yah , :)
PSS : Dahiyah tengah bergumbira kat Yemen, have a great trip!

Pulang Dah,

Home sweet home, ah.
Arrived home at 9 p.m today. Oh lepas rindu kat katil aku, doh. Dua hari ni aku balik kampung kena pergi kenduri kahwin makcik aku, uu boleh tahan penatnya tapi tak apa bukan selalu pun kan. Hari jumaat petang (er semalam lah kan maaf lupa) gerak rumah neksu siapkan benda-benda yg belum selesai esp utk malam tu sebab malam tu juga makcik aku nikah. Ptg tu tengok nenek aku marhaban dengan kwn kwn dia, hee hee maklong ckp nenek lepas gian dah lama tak marhaban, maklumlah kena jaga atuk sakit kat rumah so stiap kali nak pergi rumh org ats jemputan marhaban msti atuk tk bagi. So nenek mmg nmpk happy gila dpt kumpul balik dgn kwn dia marhaban ramai-ramai hee comel je. Malam nikah tu aku tak pergi konon-konon bagi alasan penat kat ibu, so ibu pun ckp tk pyh pegi - tapi memang aku penat pun isi bunga telur tu, lenguh. Harhar.

Today was one tiring day, aku rasa sebab kena jaga bunga telur dan tak putus-putus orang datang. Dahlah aku dengan adik aku jaga, masing-masing bergaduh macam si al je depan orang ramai pulak tu. But lepas tu kitaorg okay and we got along well. Bila org tk putus-putus dtg, cawan tak cukup, air habis and aku jugak kena buat muka tebal 'er kejap ye kak cawan sampai kejap lagi' , 'air baru habis ni kejap lagi org dtg tambah, kjap ye mkcik' tapi tak apa aku masih boleh sabar kot kalau sekali dua je. Budak-budak catering tu paling menjengkelkan,

'erh bang cawan dah nak habis ni.'
'lah yeke, kenapa tak miskol?'
'aaaa..em..tk cukup ni..aa'

Trpaksa lah aku buat-buat pekak stiap kali diaorg dtg nak tmbh air etc. Tapi apapun harini sgt best ! Auntie Linda sgt comel brbaju pngantin hihi. mak saya nak kahwin ni. Eh, tipu je tipu je. *fuh



December 11, 2008

Hero - Enrique Inglesias

Put your music player on shuffle. Click -Next Song- for every question and write it down.

What does next year have in store for me?
Kerna Sayang - VE / Ruffedge whooooot?



What does your love life look like?
Big Girls Don't Cry - Fergie
*Mak aih sedih sangat ke love life aku?


What do I say when life gets hard?
Thousand Miles - Vanessa Carlton
*Hm this is getting interesting haha


What song will I dance to at my wedding?
I Live My Life For You - Firehouse
*Soo sweet =')


What do you want as a career?
Yes we are here - komplot
*hm tah no komen


Your favorite saying?
Five Minutes To Midnight - Boys Like Girls
*Koool,


What do you think of your parents?
Bloody Romance - Senses Fail
*HAHA


Where would you go on a first date?
Seribu Tahun - Imran Ajmain
*So? aku tak faham


Drug of choice?
Full Moon - The Black Ghosts
*Wow,


Describe yourself.
Only You - Winter Sonata OST
*Mak aih karat jugak aku ni ye


What is the thing I like doing most?
Walking Disaster - Sum 41


The song that best describes the president?
Hard Trip - Casteam


How will I die?
Last Resort - Papa Roach
*dengan rocknya aku mati peh


The song that will be played at your funeral?
Forgotten - Avril Lavigne


The song you'll put as the subject?
Hero - Enrique Inglesias

Haha kenapa kebanyakan lagu aku jenis slow punya? I should download more hard songs this time,



Synyster Gates



Do you have your favourite guitarist? Yeah I do and he is Synyster Gates, rock on, dude ! Im so into your guitar solos, lol.




Malam ni aku seorang lagi, hah I guess I love the moment where this place jadi silent dan hanya ditemani lagu-lagu instrumental. Uuu yeh i'm searching more instrumental songs ianya sangat indah! Haha rekemen lah lagu-lagu yang best pada aku ya kita boleh share kan kann. Hee, ok. Harini aku tak kemana, azam nak buat kerja sekolah ditangguhkan lagi. -_-' Oh tertekan kot sekarang ni sebab semua kerja groupwork yang sepatutnya dibuat sama-sama diaorang bagi kat aku sorang je weh penat tau tak ! Haih, ingat kauorang jeke yang tusyen? Ha? HA? Weh jawablah, ish. Maaf, agak tertekan. *Haih Tapi apa-apa pun last last aku yang buat jugak, so kena buat secepat mungkin. Esok aku akan ke Gombak pula, ada majlis khatam Quran untuk Aqilah and majlis kahwin kakak sedara aku aha finally she's going to get married, yalah dia sangat pemalu hee hee. Congratulations tho. Aku masa khatam Quran lah paling aku cuak masa tu, kena pakai microphone dan semua pandang aku macam apa je. Dengan tergagapnya aku baca, fuh nasib baik cousin aku ada tak adalah aku gerun sangat kot. Glad it's finally over aku memang tak suka naik pentas and pegang microphone boleh lemah semangat aku.
Oh, balik ke topik balik Gombak, aku rasa tak semangat lah bila teringat kat kerja rumah aku yang tak tersentuh tu! Aku jadi tertekan semua orang aku nak marah kot? Haha salah aku jugak, hm. Ish, balik rumah pun hari Sabtu or Ahad, PC Fair terlepas lagi. Apa nak jadi dengan hidup aku ni kawan?

Actually aku taktau apa aku tulis tadi, just write what's on my mind. Please leave if this site is getting boring each day, thank you. Jom dengar lagu I Wont See You Tonight(1) by Avenged Sevenfold? Best, aku suka.

December 07, 2008

Eh, Kita Nak Raya Lagi

Aha selamat malam. Hari Raya Haji dah nak tiba, esok aku akan bertolak ke rumah mak cik aku di Kg Baru. Yakin dan pasti esok aku akan keletihan sebab esok akan ada gotong-royong memasak untuk hari esoknya ; Hari Raya ! Hopefully esok tak membosankan sebab aku tak berapa gemar buat kerja-kerja dapur nii, aku tak berapa nak gheti tapi okay kot sebab dapat jumpa sedara mara yang dah lama gila kot tak jumpa. Mungkin sampai malam pun tak siap lagi And kemungkinan besar ibu akan membuat keputusan untuk tidur rumah mak cik. Hm, boleh lah tuuu, tapi teringin juga nak balik Gombak raya dengan nenek and sedara aku kat sana yang majoriti nya lelaki ha ha. Rindu jugak dekat nenek dan atok, sob.
Harap esok lebih baik =)



Uwa, manisnya nampak tembikan tu kan kan Ziha mesti syiok tengok Haha :)



December 06, 2008

Paranoidkah Aku?

Aku selalu fikir yang bukan bukan kebelakangan ni, kenapa eh? Fikiran yang melampau barangkali. Aku rasa aku dah jatuh sakit. Hm.

December 05, 2008


Rumah aku tak ada apa apa untuk dibuat selain tidur, tv, laptop dan melalak tak ingat dunia. Bosan, bukan? Haha aku tak selalu pun hangout dengan member atas sebab mak aku yang susah nak approve setiap kali aku cakap 'Ibu, nanti nak keluar ngan __ boleh?' Dan seperti biasa dia akan berdiam diri atau 'Alahhhhh takpayahlahhhh' Aku pun bukan reti nak membodek ke apa so aku akan berdiam diri macam ibu buat. Hm, dah nasib badan kan. So, chance nak keluar adalah dengan mengajak ibu keluar sekali okay what dapat quality time sama-sama. Huuu,
Harini pergi tengok Twilight, best! Ok tu je.

Semalam aku tak update kot blog ni kerana terlalu sibuk barangkali ; bangun pun bila matahari dah nak tegak kan. Aku dah kata katil tu sebahagian besar daripada hidup aku masa cuti ni. Memang macam tu jelah setiap hari kot, ah memang bosan! Bangun daripada katil terus bersiap, kata Ibu nak pergi jalan-jalan kau memang tak tahu betapa gembiranya aku bila dapat keluar dari rumah ni haha. Pergi mall, tapi tak tahu kenapa tempat tu semacam membosankan dan sangat..dull. Belum sampai sepuluh minit ronda-rondi dan keluar balik fuhh. Masuk dalam kereta 'Em, nak pergi mana pulak ni?' Ha ha memang tak ada tujuan janji dapat keluar haha finally aku bercadang pergi salun gunting rambut je, at least tak sia-sia sangat kot keluar?

Hah, sampai rumah agak petang. Akhirnya dapat potong rambut, aku bilang. Aku dah semak tengok rambut aku yang semakin memanjang ni, aku dah tak dapat bayangkan macam mana aku berambut panjang sebelum ni aku lagi selesa berambut pendek hihi. Malam semalam aku ke Mas ada tusyen Physics, kelas tusyen yang cikgu dia bisa membuat budak kelas aku bergelak ketawa selain kelas Chemistry Mr Param. Kelas lain membuatkan aku agak ngantuk walaupun cikgu nya sangat lawa dan aku faham tapiii, kelas tu dipenuhi dengan budak-budak asrama yang terlampau fokus dengan apa yang diajar sampai tak menghiraukan apa yang dilawak oleh cikgu. Haii, aku yang tertekan duduk kelas tu, haha apa boleh buat. Aku sangat kagum dan agak fascinated dengan budak lelaki kelas tusyen aku, diaorang belajar sempoi tapi serius dalam masa yang sama, diaorang jugalah yang bagi jawapan yang pantas dan efisen bila disoal. Bukan apa, dekat sekolah budak perempuan yang selalunya semangat nak menjawab soalan brbanding lelaki, itu beza budak sekolah biasa dengan budak sekolah asrama kot? Otak geliga beb diaorang ni *Tabikkkk
### Satu benda yang aku perasan dalam kelas semalam, waktu cikgu menerangkan tentang Wave dan arah yang akan dilalui oleh air bila dipantul. Cikgu melukis garisan yang senget, dan secara automatiknya kepala budak-budak kelas ni pun menyenget dan membuatkan aku tergelak seorang dari belakang jadi aku tak fokus apa yang cikgu tu ajar, sebenarnya. Garisan dipadam, kepala tegak semula. Sekali lagi aku tergelak. Memang fokus tuu dude. *tabik lagi
Ah, cikgu tu tak habis-habis buat aku tergelak macam orang tak berapa nak betul, akhirnya aku kena bahan dengan lelaki-lelaki yang genius dalam kelas tu.

Aku nak keluar lagi, bosan lah woi.


Muka bosan aku, cool kan.



December 03, 2008

Tag #1

Senaraikan 8 perkara rawak tentang anda kemudian tag 8 orang.

1. Haaa emm. Aku suka bercakap, bila mood aku happy aku akan bercakap tanpa henti tapi aku pemalu juga. (?) Aku pemalu bila aku baru kenal lagi dengan orang tu so harapanlah kalau nak tengok aku gilagila dengan orang yang aku baru kenal, tapi bukan bermakna aku sombong tau! Lagi banyak masalah lagi aku gila kot dengan member tapi hnya sstngah org yang peka je yg akan perasaan bila aku berubah menggila. Tapi ada masa aku akan senyap macam orang bisu, aku lebih selesa melihat org org sekeliling.

2. Aku sama jugak macam Ziha, aku suka makan! SepSep! Mungkin kau tak tau kot tapi aku sama je macam kau haha orang first duduk kat meja makan, orang last yang bergerak ke sinki. Tapi biasanya kalau dekat tempat orang aku lebih suka diet, haha. Eh bukan, aku tak suka makan banyak macam aku makan dekat rumah sopan lah sikit kan *aku makan macam hape sikit. Aku pelik kenapa aku makan banyak(berpinggan lah jugak) bila aku ada dekat rumah Nazlin time stayback untuk pergi Koko. Maybe sebab mak-nya Nazlin yang akan menambah nasi bila aku dah nak habis 't-rex tambah lah lagi, mkn skit sgt' Haha sangat comel mak dia panggil aku t-rex. Kool sungguh, ok dah enaff.

3. Aku orang paling lambat bangun dalam rumah ni. Lambat. Gila. Entahlah bila cuti je aku mula lupa diri. Katil dah menjadi sebahagian hidup aku sekarang. Bukan sekarang je, selama-lamanya kot? Hidup aku dengan katil je bila aku balik rumah dari hostel hua hua.

4. Aku ada tiga orang adik, tiga tiga susah nak jaga. Semua perempuan tapi kadang kadang berubah macam lelaki perangai masing masing. Ganas tak hingat, takpe aku syg diaorg jugak. Hasrat mak aku nak anak lelaki boleh ckp tercapai sikit sikit kot, dapat perangai macam lelaki pun boleh jadi lah kan haha.

5. Aku suka benda benda rock dan cool, tapi hati aku tak se-rock yang kauorang sangka.

6. Orang cakap muka aku muka ketat. Betul eh? Betul kot. Tapi aku tak ketat pun sebenarnya muka aku memang macam tu kejadian tuhan lah bro. Orang yang belum kenal aku lagi mesti cakap aku sombong, well mostly lah tapi aku sebenarnya OK! Muka je ketat tapi ok! Haha muka neutral aku memang macam gitu, contoh masa aku buat persembahan time annual dinner Form5 pehhhh memang kurang hasam lah siapa yang pergi zoom aku tu, dah tau muka aku muka pasport pergi zoom lagi. Ah. Ada pernah sekali beberapa orang cakap nak tegur aku pun takut sebab tengok muka aku. Haha orang tu buat aku gelak, jangan lah risau beb. Aku OK!

7. Doktor bukanlah kerjaya impian aku, aku tak suka darah. Ramai orang tak suka kot, tapi ramai jugak yang jadi doktor. Hi hi, maaflah dekat adik aku, dagu dia berdarah gilababi tapi aku tak boleh buat apa nasib baik time tu nenek ada kalau tak, entahlah. Terima kasih nenek, ai luf yuuu.

8. Yes, last sekali. Kalau kauorang nampak aku kat luar kat mall ke pasar ke, kat mana mana jelah. Jangan mengharap sangat aku akan tegur korang, bukan sombong tapi aku tak nampak sebab aku kurang penglihatan dan biasanya aku tak pakai spek bila keluar. Haha ramai orang yang terserempak dengan aku 'Weh aku nampak kau haritu kenapa tak tegur? Sombong lah' Ops sori tapi aku memang selalu macam tu. Even kalau orang tegur pun aku akan pergi depandepan muka dia and 'OOOOOOOH laaaaaa kau keee haha' Biasalah tu.

8 orang bertuah yang harus laksanakan tag :
Hariz, Anisa, Nazlin, itu jelah maaf ye yang lain tak bertuah haha (ptuih nilah dia pentipu)



Adik aku Aisyah, tak ada motif pun



December 02, 2008

Pis Of !

Kenapa? Kenapa? Kenapaaaa?


Apakah



hm i cant remember


sleeping


watching television


well, a lot of things


Woi cepatlahhhhh! *i was shouting at my sister


idk


topup


turqoise kot


Haha yesss!


Nah, ibu won't allow me to go out tomorrow


yehawwww


Nahhh, not really well, depends. haha


shidi-o


'hehe i tanya u dulu!' ??


pernah lah dulu


not that type of person, hi hi


doing nothing at home like i don't have a life.


Reading novel, haha


yessss, kaa-chingggg!


Haha loads you wouldn't want to know them


Bingo!


I don't remember Im not good in saying those words, but i do love them <33


Biasa je


My sister's screaming?


Hmm, not really im okay with it


Aisyah the adorable little sister


Mana mana pun boleh asalkan jauh dari rumah


Perlu ke?


So swit,


Lovely. Not.


Yes, of course.


Bawah bantal. Mestilah saya tipu.


Err............


Wey apa benda ni lah?


YM, aku masih kuno


nope,


Yes, kot


Haha yess pergi mam


Ramaiii!


Tadi je, ha ha


Fine Fineeeee,


Yup!


Aisyah si kecik tu lah, dia model part taim saya


Haha terlupa pulak.


December 01, 2008

Tujuh Belas


Haaaa cepatnya masa berjoging dan berlari, tahun depan aku dah nak masuk tujuh belas tahun. Wau hepi ada, sedih ada, marah ada, geram pun ada,.......Ok lah. Happy dan sedih plus takut kot. Kenapa? Tahun depan tahun akhir aku kat sekolah menengah, dengan SPM-nya lagi dah buat hati aku berdebar-debar dah. Happy pun ada sebab dah tak payah pergi sekolah. Wah, tak sangka aku dah besar dah =') perangai pun dah semakin matang *muntah
boleh lah aku pandulaju kereta Kancil mak aku yang hampir hampir luput tarikh untuk dipandu.

Teringat pulak aku time aku kecik kecik dulu, zaman gonjeng aku kat ttdi jaya, rumah lama yang paling banyak sejarah ececeeh. Kehidupan aku kat ttdi bermula ketika aku berusia tiga tahun kalau tak salah aku lah. Banyak kawan aku kat kawasan tu tapi semua kawan yang rapat dengan aku semua lelaki. Aku telah membesar dengan sekumpulan lelaki yang sangat kelakar dan...kelelakian. Dulu aku rasa aku paling rapat dengan Azuan kot, dulu rambut dia panjang dah sama panjang dah dengan rambut aku dulu haha. Sekarang dia dah macho beb, *keningkening Aku dengan dia sangat rapat duluuu, suka main Power Rangers ngan dia hahaha dan ada kenangan yang aku tak boleh lupakan yang bagi aku sangat sangat kelakar dan boleh buat aku tergelak sampai sekarang. Haha it always make me laugh, Friend. Hi hi Azuan kalau kau baca ni maaf lah ye tapi aku harap kau tak ingat apa yang aku cakap ni. Keep to myself. :D
Hah sebelum aku terforgot, dekat depan rumah aku ada batu besar dan kami simpan sebuah kenangan yang sampai bilabila aku takboleh lupakan kot. Ha ha. Kenangan tu tak lain tak bukan sehelai pembaris (kau punya ke aku punya, Azuan?) Apa apa jelah tapi aku rasa sangat sweet dan pembaris tu still ada kat situ lepas berbulan aku pindah rumah ke rumah aku yang sekarang ni. Awww, =') Ha ha

Oh oh tak lupa juga kawan lama aku, Dinesh! Haha aku rindu gila kat dia doh. Dia dan adiknya, Sindhu yang selalu terkentut depan aku dan buat muka. Hah, dah biasalah tu aku tetap sayangkan dia hahaha. Aku pun ada kenangan yang aku paling tak boleh lupa dengan Dinesh, aku pernah bergaduh dengan dia ala-ala WWF ke WWE ke. Memang tak hingat time tu, aku pun taktau apesal aku gangster sangat(kawan lelaki ramai sangat kot?). Satu saat tu aku tarik rambut dia yang pendek tu, lepas tu apalagi dia pun tarik lah rambut aku yang panjang tu, sakit tak hingat weh. Salah strategi ah tarik rambut dia yang tak boleh ditarik tu. Semoga frensip kita berkekalan ye, Dinesh. Kau semacam memberi semangat kat aku supaya menjadi seorang gangster satu hari nanti yeahh.

Ha lagi sorang kawan rapat aku dulu time sekolah rendah, Afif dan Haikal. Aku pun taktau macam mana aku boleh rapat dengan diaorang esp Haikal tu. Afif boleh lah cerita kot, boleh kata tiap tiap petang dia datang rumah aku siap dengan seluar kotak-kotak dia tu. Hee sangat comel aku cakap kau. Belum sampai lagi aku kat pagar rumah, nak mandi tukar baju apa semua dia dah tercongok depan tu hi hi betapa setianya dia dengan aku time tu 'Athighaaaahhh Atighaaahhh jom main! (pelat time tu, maafkan dia)
Rindu sama lu dude!

Bila kita boleh jadi macam tu lagi? Aku pasti takkan ada masa untuk macam tu lagi. Sekarang kan dah lain, kawan aku pun bertukar tukar bila dah makin berumur ni *uhukuhuk Tapi aku harap kita takkan lupa zaman gonjeng kita duludulu oke? Hi hi bersedia lah untuk tahun terakhir kat sekolah menengah ha ha ha lepas tu boleh partaaaaaaayyyyy! Of course lepas habis spm lah kan. Selamat maju jaya,


Cucuk langit, bebeyyyy

From the top ; Azuan, Dinesh and his sister, Sindhu. Aww I miss yu guys

Aku nak jadi kanak-kanak semula! (yu wishhh)

Typing Test

57 words



Saya taip lima puluh tujuh perkataan dalam masa satu minit. Laju ke? Jomlah lawan! Haha pfft

Kau Ingat Kau Boleh Menari Ke

*watching the show So You Think You Can Dance
Haha enjoy sangat tengok show ni besides dapat tengok skil and teknik diaorang aku jugak dapat tengok bermacam jenis orang kat luar sana.
Fuhh semangat je tengok cerita ni, aku agak pelik kenapa ramai peserta yang pergi audition sangat perasan dan fikir diaorang bagus sangat? Its okay to be confident tapi perlukah melampau mengagungi diri sendiri? 'I Am Victorious Babyyy' Ada steng peserta yang menari macam dia penari paling famous. NOT. Adik aku menari lagi best, ala ala tecktonik pun boleh (haha pengaruh Hariz). Agak terpinga-pinga lah jugak aku bila tak pasal pasal diaorang nak Amuk sebab kena reject. Wey, telan lah hakikat weh dah pahit nak buat macam mana. Ha Ha tak guna betul tapi thts wht makes the show interesting. Haha suka aku tengok gelagat orang dalam cerita ni. :D :D

November 30, 2008

Before I Die From Boredom

Name 3 things that scare you

Lipas yang terbang kat rumah aku
Veryveryvery silent room
Mr.Clown

Name 3 things that make you smile

Photos of family and friends
Lauk yang menyelarakan
People who tries to make me laugh when Im not in a good mood, I'll end up smiling because I'm tired watching them doing silly things just to make me laugh Ha Ha. Then they'll stop.

Name 3 things that completely piss you off

Ego
Igo
Eiiiiiiiiigo
.

Name 3 things that help you get over it

Music , its always the best. :)
Have a superblast time with friends
Dancing woo hoo

Name 2 things that make you feel lonely

Tengok orang dating haha sorry I cant help it
Makan kat kantin sorang-sorang, aku tak suka aku perlukan teman makan.

Name 2 things that make you feel loved

Hugs
Kisses (Alin does that)

Name 2 things that you would like to do before the end of the year

Own a DSLR, please ibu? Haha
Apa apa lah

Name 2 things that you wish had never happened this year

Breaking up?
Being so confused over something? I mean fakking confused

Name 1 thing you are greatly anticipating

Hmmmm,

Name 1 thing you have kept a secret for way too long

Ouu, rahsia tetap rahsia

Name 1 thing youre hoping to get for Christmas or your Birthday

Eh aku sambut ke Krismas?

Name 1 regret.

LOADS.

To-Do Lists

I have a lot of things to do during this hols. Man I better start as soon as possible because tomorrow is the first day in December and a few weeks to go until January which I have to prepare for school stuffs. Ergh hoi si pemalas buatlah kerja kau, tahi betul

These are the important things I have to do starting tomorrow(Harini off-duty muahaha) :

1. Finish my physics form5 folio (Haram taktau satu benda pun)
2. Finishing my account's slides is a MUST! or Puan Rusimah will be my worst nightmare
3. As a secretary of the Silat Society, I have to updates the society's files ; loads of them AHH
4. Study physics because I only know 30% from the formFour subjects. Help me friends? Studygroupies anywan?
5. Additional Mathematics and Chemistry, revise the subjects that I find hard to solve
6. Decorate my stinky dull room (kalau sempatlah, maklumlah sibuk buat tahi mata kan)
7. Survey the price of the cameras. I need one before school starts *fingers crossed
8. Ahhhhh I just realised, homework Rumusaaaaaaaan !! Ergh mannnn

I'll add more in case I ter-forgot.
Oookay *inhale
kamon bebehhhhh let's start haaaaaiyak! *okay my stomach's growling. lets start with Eating.
Chow.




Yehaw tadi pergi tesco extra lepas makan tgh hari + malam (2 in 1) beli meja baru yes! Lenguh jugak lah kaki aku bawak troli sana sini tengok tengok apa yang menarik. Tujuan kitaorg pergi tesco nak beli meja bagi semangat kat kami adk beradk ni ha, spaya belajar time cuti ni dgn semangat meja baru(?). Beli kat situ kena pasang sendiri kat rumah, aku dgn bangganya 'biar thirah pasang, pro sikit' ibu dengan yakinnya beli sekotak meja yg belum dipasng lagi oyehyeh.
*hashemmm! eskus mi,

Aku memang suka kerja memasang nii tapi tak sangka pulak kerja kali ni melecehkan dan mnghilangkan kesabaran aku, aku give up lepas 10 minit. Kertas panduan yang aku baca langsung tak membantu. Hah, ego dah turun, yang pro kena dibantu. Ibu tolong aku pasang meja tu hihi kadang kadang kitaorg bergaduh 'ibuuuuuuuu pakai skru ni bukan skru tu, skru tu buruk' "ehh senyaplah!" .......
Hampir sejam lebih jugak lah kitaorg pasang, cerekarama pun dah start. Last last aku koyak je kertas panduan tu, kentut gila tak boleh pakai langsung. Then ibu decide buat jelah janji siap kertas haprak tu dah bazirkan masa emas kita. Ksabaran aku teruji sebab aku mmg panas gila bila ibu buat tak kena ngan mata aku, tak kena ngan cara aku tapi dia kan ibu aku. Ha ha. Akhirnya siap jugak yeeeeehaa ! Walaupun ada cacat cela sikit tapi kira ok waaaat. Boleh hilang sabar woo buat benda ni ayh aku dahlah takde nak membntu hal hal skrudriver lah apa lah, pakai lesung batu pun boleh jalan daaa. Haaa baru semangat aku nak buat homework aku yang dah mula berhabuk kat belakang pintu tu.
Esok mula homework! Go mejaa go! Watefak



November 29, 2008

That Little Creature.

'CICAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!AAAAAAAAAAAAAHHHH!!!!!'
Gabungan jeritan ibu ngn Aqilah. Fuhh semangat. -______-"



November 28, 2008

AntooFighter : Amukan Drakulat!

Kalau kauorang nak cerita tanpa perlu berfikir jalan ceritanya atau kenapa ending dia macam ni macam tu yadayada, AntooFighter lah ceritanya! Haha ya cerita ni memang agak tak logik(sangat tak logik) macam baca komik kot tapi cerita ni release tension kot. Sebelum ni asik tengok cerita yang kena perah otak je kan, takpun cerita cinta yang boleh buat kita meleleh air mata dan hingusan yang ada. Tengok AntooFighter memang boleh meletup perut doh, Haha Radhi a.k.a Poh Jee(watak dia) lah paling comel. Hee. Aku memang adore scene Poh Jee menangisi kematian atuk dia kat kubur time tengah hujan konon konon sedih , tiba tiba abang hemsem sorang ni masuk skrin *kantoi siram paip hos bomba buat efek hujan. Tak lupa juga kat Awie *tepuktepuk* yang mainkan watak utama, Drakulat! Hiahiahia, tengok lah wehh tengoklahhhh cerita yang sangat kelakar ni. Scary Movie boleh layan takkan ni takboleh kot?



November 26, 2008

Updates


Right now I'm looking forward to read Cecelia Ahern's novels. It has been ages since I read novels. The last novel I read was The Perfect Stranger, waiiiit no it's not, Konserto Terakhir was the last one I read. Lol I got so bored in my dorm and finished reading it. It was not bad, though. My leisure time is now filled with reading three novels ibu bought for me a few days ago, so I guess I won't be having serious boredom in this house since I can't go out often. Hehh. Besides reading I'll be doing my homework(yes, I got loads of homework to do) which I didn't start, yet. Haha Im too lazy for homeworks, why on earth do the teachers gave us homework when they know that we Will Not finish them and will only continue doing the works when the school reopens next year. Duh, who finished their homework during the school holidays are probably their teacher's favourite students. Thumbs up to those who complete ALL homework. Hooraah




Oh two days ago I went to Dahiyah's place joining a sleepover. It was great! and we watched LoveGuru. It was a hell of a movie, we enjoyed it very much. It was very much pervert, though but Mike Myers was veryvery funny and we just can't stop laughing watching the movie. Then the next day we watched _____(I don't even know the name of the movie pathetic isn't it) starring Amanda Bynes. It was truly a good movie, well, the movie made Ziha cried! Hahaha tu belum filem hindustan lagi, Ziha. :D :D Well, I don't know what to write anymore but overall it was great hanging with them!

November 22, 2008

Kau Ingat Kita Dah Cukup Canggih?

Haha think again, Jepun dah terlalu maju sampai cipta benda yang kita tak terfikir nak buat.














Ini kes rindu kat suami tahap gaban dah ni, haish yelah suami sibuk kan.

Haha kadang kadang memang merepek gila orang zaman sekarang,


November 21, 2008

Obsessed With Cute Cupcakes


I made cupcakes today! They taste great for a first timer like me, haha. My sisters and I made them together and it was chaotic at the kitchen but finally we got the mould together and baked them in the oven. The first tray was okay but the cupcakes seemed to be too crunchy LOL. Then the second tray was successfull! Haha right now ibu wants to bake a cake and goodluck to you, ibu. Jangan jadi lembik sgt sudah hihi.



Cupcakes just make my day, looking at the pictures makes me drooling wanting every colour and design of cupcakes. :)




Hariz Shah's Blog


kugubahlagu.blogspot.com

Itu url nya, kalau nak senang click je blog 'Kugubahlaguku' kat bloggers list aku tu, oke? Hihi, saja gedikgedik nak promote tapi blog dia sangat menarik. Oke, selamat berkunjung! :)