Hello, Is it Me You're Looking For?
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
October 17, 2011
August 20, 2011
:-)
*sapu habuk*
Ehem-ehem.
Ok. Hiiii.
Ok.
Aku tak ada idea nak tulis pasal apa, tapi basically aku baru lepas habis test Marketing pagi tadi which the soalan memang peh lah. Nasib baik cukup juga masa nak habiskan jawab soalan, itu pun ada yang keluar awal. Dasat weh. Semalam pun lepas bangun pagi, satu hari tu aku tak naik katil pun. After kelas pergi Induk sebab ada majlis Anugerah Dekan, Alhamdulillah. :) Best! Makanan pun sodap. Mungkin yang sleknya performance dia, lagu macam romantik sangat lah, lagipun nak tunggu masa buka puasa. Tak payah nyanyi pun tak apa kot? Hihi. But overall it was funnnnnnn, aku tekankan sekali lagi makanan dia sedap haha. Siap dapat tapau makanan lagi!
Eh menyimpang pasal makanan. Just want to say, this anugerah thingy makes me think - Semester ni aku boleh lagi ke dapat dekan? Well based on my quizzes results,common tests results, macam down sikit. Aku banyak terleka kot, tak fokus. The results are not too bad tapii, macam supposedly I can do better than this, the results yang aku dapat pun macam jatuh je. Lagi-lagi semester ni agak payah, next sem lagilah. Nak kekalkan pointer semua. All of a sudden I feel the pressure, tengok most of my friends got better marks and I can't. T.T Weh sho shad ok. Tapi tak apa, aku anggap benda ni pun salah aku juga, banyak main awal-awal tu. Serve you right lah kan, Athirah. Tapi there is more time, I think? Haha. Nak kejar balik apa yang aku dah tercicir. Bila tengok Ibu tag post dekat Facebook pun macam down je.. she's proud of me. Semester ni I must make her proud too, well not just her la tapi the whole family juga.
Macam masa ambil result SPM dulu, Ibu yang baru lepas operation dekat kaki, still kena pakai wheelchair lagi pun sanggup datang support her daughter. Bila dapat tahu results rasa macam nak melompat dengan Ibu berpeluk bagai tapi Ibu lompat atas wheelchair jelah hahaha. It was one of the happiest days in my life.
Well, mesti orang cakap takpeeeeeeeeeeeeee jalan masih panjang. Still ada masa untuk improve yada yada. Yupppp, tahu tu. Lagipun this academic thingy salah satu yang boleh buat parents aku proud, selain tu, aku rasa aku sangat banyak yang kurang as a daughter, anak sulung pula tu. Dalam akademik lah yang aku rasa InsyaAllah aku boleh buktikan pada diorang yang aku akan banggakan diorang. I'm trying hard to improve myself and fix all the mistakes I've made. Nak tebus balik jasa diorang. Tapi aku kerja pun tak lagi. So this is one of the ways lah. To make them proud and I hope they know that I'm trying hard. Tapi sekarang macam leka dah.
Gotta get back on track. Gotta think positive. It's life. Ups and downs memang ada. Biasalah tu. Maybe it's also a reminder that I got too carried away.
I just want to make my parents proud. Because I know I am not a good daughter back then.
HOMAIGOD EMONYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA. Hahahahaha series tak sangka post menyimpang sikit sampai emo-emo ni. Pergh.
Tak payah baca pun tak apa sebenarnya. Eh perasannya, memang tak ada orang nak baca blog kau yang berhabuk-habuk ni puiiiiiiii!
Ok bye. Salam :D
Ps - Malam Lailatul Qadar
Labels:
Family,
Mombebel,
Nota Kecil,
reminder
May 09, 2011
Least Favourite Place To Go
'Atok dulu suka bercerita pasal dia bekerja untuk komunis Jepun waktu Tanah Melayu diajajah dahulu, bagaimana mereka melarikan diri, sekarang sudah tidak ada daya untuk bersuara lagi. Bersuaralah semula, Tok'
Semalam pergi, ada seorang lelaki, depan katil atok. Aku perhati, muda lagi. Sakit apa dia ni?
Balut tak ada, luka-luka langsung tak ada, aku tak dapat teka apa sakit dia, tapi ayah tanya, dibilangnya kencing manis. Hmm, muda lagiiiiiiii. Aku tengok dia terbaring, lemah sangat.
Dia tak berteman. Tapi before aku balik, baru ada tiga orang adik-beradik(aku rasalah) yang datang menjenguk, nurse tanya 'Tak ada orang jaga dia ke malam-malam?' Aku tak dengar apa dia jawab haha.
Huish kalau aku masuk wad, sorang-sorang takde teman, fuh touching weh tiap-tiap malam. Berlinang je aku rasa. Bahaha. Aku tengok atok, mujurlah ada yang jaga. Wan, Paklong, Pakngah yang selalu menjenguk, ibu yang ambil cuti sehari nak jaga atok, anak-anak atok semua aku lihat sangat mengambil berat, sangat prihatin. Demi abah mereka. Siapa lagi yang nak jaga? Bestnya aku tengok diorang gilir-gilir jaga, untung atok ada anak-anak macam tu :)
Kadang sebak tengok atok macam nak menangis, susah hati agaknya. Atok lumpuh separuh, tangan dan kaki kanan tak boleh bergerak, atok tak bersuara. Sebak, bila anak saudara atok datang bisik 'Paklang, istighfar banyak-banyak ya, ikut saya cakap Astaghfirullahalazim, ikut saya ya paklang, moga paklang sembuh ya paklang?' Atok sedih. :'(
Aku tak suka la benda-benda macam ni. Tersentuh sangat.
Setiap kali tengok atok, Alhamdulillah anak-anak atok semua ada menjaga, ada untuk menjenguk selalu, usap2 tangan atok dan ucap supaya cepat atok sembuh. Paru-paru atok tak stabil, aku rasa. Kadang sedih betul tengok atok punya tangan kiri kena ikat sikit, taknak bagi gerak sangat, kalau dibuka ikatannya dia ada peluang nak buka saluran pernafasan dkt mulut dia, barangkali dia rimas. Kadang atok teringin sekali nak bangun dari katil tu, berkali atok cuba nak bangun, tapi badannya sebelah lumpuh, bagaimana? Atok lemah, bagaimana? Apa yang dapat dibuat cuma tenangkan atok, rehat banyak-banyak, kami ada.
:'(
Aku fikir, macam mana nanti kalau ibu atau ayah aku sakit, aku akan ada tak disitu untuk menjaga mereka? Adik-adik aku bisakah menjaga mereka? Sanggupkah aku untuk menjaga makan minum mereka, menjaga mereka kala mereka lemah? Tuhan, aku harap aku dapat berada disamping mereka saat mereka sakit, saat mereka lemah dan tidak bermaya, biarlah aku yang jaga, lapangkanlah hati aku, senangkanlah hati aku untuk menjaga mereka jika mereka jatuh sakit.
Aku takut. Kalau aku dihari tua, akan adakah yang datang menjenguk aku? Akan adakah anak-anak atau keluarga yang sudi menjaga aku?
Ya Tuhan, Engkau Maha Berkuasa.
Aku takut sebenarnya :'(
PS - Sebab tu aku tak suka pergi hospital. Hmm atok, cepat sembuh ya? :)
Labels:
Family
December 14, 2010
Cherating #1
Okay sambung cerita Cuti-cuti Malaysia saya (konon) eh, ha kenyang kenyang baru la boleh buat post baru hihi.
Masuk bilik lepas check in first-first cari remote aircond dulu, hahahaha, nasib baik boleh control suhu dia, memang aku terus up kan la suhu dia, sejukkkkkkk. That day tak buat apa sangat, sampai-sampai je, adik-adik aku tukar baju nak pi swimming, bagi diorang tu lah paling syokkkkk, ada swimming pool dekat je pulak en dengan bilik. Hehehe, haritu hari Jumaat, so tak banyak orang lagi kot? Aku borak-borak dengan Ibu pun santai jelah gelak tak hingattt. -.-
Petang-petang sikit keluar jalan-jalan, agak boring la kot bagi aku, ngantukkkk. Aku ingat nak lepak je bilik tapi sat lagi boring pulak, so ai follow jelah family ai kan naik kereta. Jalan punya jalan, nampak signboard pusat penerangan dan santuari penyu kot, uhuuuuuu gua excited kot. Konon-konon dapat la tengok penyu bertelur ke dekat pantai tu. Demmmmmmmmm bukan musimnya sekarang! Lagipun penyu kan naik pantai malam-malam. Petang tu, just dapat tengok pameran dia sikit-sikit, and penyu dekat situ semuanya adorable belaka! ♥
That night, kami lepak tepi pantai je, duduk dekat pondok dia. Berangin gilaaaaaaaa, time tu aku dahlah pakai tudung lilit mcm mana tah, lupa nak pakai jarum peniti, so terpaksa kontrol sepanjang masa.
Habis Day 2. Bai.
Labels:
Family,
Gambar Mambar,
Outing
December 13, 2010
Separuh Percutian
Cepat je rasa dah bulan Disember kan? Nak masuk 2011 pun! Umur pun akan jadi 19, wey tua gila rasa -.- Dan macam biasalah semua orang akan ada azam baru yang kebanyakannya, 1/10 je yang terlaksana bahahahaha, macam aku la kan. =.=
Bulan Disember jugak bulan result exam keluar, which is 10 hb yg lalu. Memang mencabar dan menguji kesabaran betul nak check result ni. 9hb, pagi-pagi aku bangun untuk packing before gerak ke Kuantan, kawan aku kata result keluar hari tu. I was like, whaaaaaaaa. Aku tk bersedia langsung kotttt. Memang aku lupa habis la hari result keluar ni kan, tapi tk expect yg dia akan keluar awal, so bila tau tu terus berdebar, stop packing kejap, pergi depan komputer. And guess what, connection memang laju gila la wa cakap lu. Menguji, menguji. Dalam Twitter dah heboh la tak dapat bukak la apa la, haha. And gua stress juga tengok budak ni dekat Facebook dah update status, Alhamdulillah la happy sebab dpt results bagus la, so gua terus tutup FB haha!
Setelah sabar, sabar dan juga sabar, aku tak dapat cek pung result 9hb tu. UiTM pergi tutup balik result button dia, stress dan teruskan packing. Malas nak cek, tunggu jelah esoknya en.
Dan Alhamdulillah, terima kasih. :'D
And I believe I can do more than that, tapi disebabkan kemalasan saya di kolej dan kerajinan saya untuk main Pokemon Fire Red, saya leka sikit hua hua hua. Lepas ni kena banned ah game ni. So kira dah settle ah kes result and kes duduk-kolej-mana next semester.. Phew
Well, tujuan sebenarnya nak tulis pasal rancangan last minute aku dan keluarga ni, tapi sebab konon banyak sgt nak cerita, so cerita yang sebelum2 ni sumbat la sekali dalam post ni ehehehe. 9hb tu, surprisingly aku bangun awal pagi! Hahahaha, tapi untuk packing sebenarnya. Nak pergi Kuantan dengan family, erti kata lain bercuti ah kan. First thing on my mind, ada apa dekat Kuantan ni? But wat de hel la kan, janji boleh makan angin, ye tak. Jadi macam biasa aku ada problem kalau nak packing ni. Aku rasa, semua benda aku nak bawak, kalau tk bawak kang rasa macam nak jugak bawak! Sebab mungkin akan digunakan nanti, tapi sebenarnya tak sentuh pung. So macam biasa juga beg aku gedabak gila hihihi..
Perjalanan yang lama ke Kuantan, tapi aku tak tidur pun, walaweh *tepuk-tepuk
Sepanjang perjalanan aku tengok sceneries yang indah tak indah hehehe, diikuti dengan signal radio yang hidup segan mati tak mahu. Sangat bosan, tapi redah saja. As soon as we arrived dekat Kuantan malam tu, checked in dekat hotel yang bilik dia sojuk nak mamposssssss, then terus pergi dinner. I think la kan, signboard dekat Kuantan ni, besar betul, signboard jalan dia memang jelas dan nyata, tak macam dekat sini kecik-kecik je kadang tu sampai terlepas jalan sebab nama jalan dia kecik sungguh.
We stayed Kuantan untuk satu malam je sebenarnya, sebab ayah ada meeting dekat situ. So after meeting, kami ke Cherating, ha dan disitulah sebenarnya tempat percutian kami sekeluarga hehe.
One thing yang kurang syiok sepanjang cuti tu, aku tk berapa nak sihat lah, demm. It all started bila first night dekat Kuantan, bilik dia sejuk gila, remote control dia tk bagi tau, dia just ada button 'On' dengan 'Off' dekat tepi tu, so kita tk dapat nak control suhu dia bagi tak sejuk sangat. Jadi dengan sweater yang tak berapa nak tebal, asma telah menyerang dan sangatttt menyeksakan, seriesli. Rasa macam time dolu-dolu aku kena, memang teruk la kan, hish. Bikin kacau je terus tak dapat tidur. Itu nasib baik esok paginya dah okay sikit, huuu.
Okay macam panjang sangat je, nanti la sambung. Nak tengok movie jap. Tapi ini ada sedikit gambar untuk anda-anda yang sudi membaca, tapi aku rasa takde pun sebab post ni terlalu panjang, boring dan...terlalu panjang. Ok -.-
MAAAAAAAAF gambar ni agak keterlaluan ya
Ya, ini pun sama. Dan itulah adik saya, yang sangat lasak dan ganas. Beware
PS - Sy perlukan beg baru.
Labels:
Family,
Gambar Mambar,
Mombebel,
Outing
September 15, 2010
Tatapan
Labels:
Family,
Gambar Mambar
June 07, 2010
Eagle Ranch Resort,
Weekend lepas aku dan keluarga bercuti, dua hari je. Itu pun plan mcm tak jadi je, semua buat dek je pagi pagi Sabtu tu. Macam tak nak packing, dengan tak mandi, bangun lambat apa semua. Yelah, memang tak buat preparation langsung untuk pergi bercuti? Haha, it was actually a last minute plan, sebab Ayah tk dapat nak ambil cuti untuk weekdays plus weekend akan datang akan susah ada masa untuk pergi makan angin ke mana-mana. Ada je plan itu ini, jumpa orang ni orang tu, settlekan apa benda tah.
So last week was the perfect timing, for quality time bersama keluarga, memandangkan Aqilah pun dah balik dari asrama untuk cuti sekolah, cukup kuota family 2 minggu ni. :'D
Jadi kami semuaaaaaa packing la apa-apa yang patut, ala untuk tidur satu malam je pun. Nak packing apa benda la sangat, tapi tu pun makan masa berjam-jam. -.-
Bertolak kira-kira pukul 12 kot, nak pergi kenduri kahwin kakak Izyan dulu, kakak dia ok. Bukan dia. Macam biasa makan makan dan makan. Heee, sayang sangat sebab tak dapat jumpa member-member atas sebab tertentu. Oh, I hope they're okay.
Memandangkan hotel/chalet tk dibook awal-awal, kami merayau Melaka/Negeri Sembilan sambil call mana-mana yang ada bilik kosong. Haha! Hoyeh masa lebih sejam dihabiskan meronda-ronda sana sini, finally call Eagle Ranch Resort, ada chalet kosong. Hohhh lega la, tapi sayang dia kata Wifi langsung tarakkkkkkkk. Hampehhhhhh, (tak bersyukur pulak tu dah dpt tempat nak tidur, demand haha) But its okay, tengok2 tempat tu macam okay je, so we headed there and checked in. Wallaaaaaaaa, akhirnyaaaaa.
Overall, tempat tu memang menarik. Banyak aktiviti macam Obstacles, Volleyball, rabbit feeding dan macam macam lagi. Go-kart pun ada! Tapi macam ada yang kurang la tempat ni. Bagi aku laaaaaaa, aktiviti dah macam-macam, tapi macam tak hidup je? Especially malam-malam, time melepak tu, golap yo. Tak meriah langsung, tidur awal ke apa staf dia haha. But seriously, tak meriah lah kalau malam-malam, itu yg bagi aku tk best tuuuuuuu. Nak melepak pun lemauu je masing-masing. Live band apa pun tarakk. Bukit Merah lagi fun kot? Kalau malam-malam, ada la aktiviti, dan sangatttttt meriah. Haha apa apa pun, kalau Eagle Ranch ni dia pakar kalau nak coordinate aktiviti untuk kumpulan besar-besar. Ha itu dia orang pandai. Idk why tapi tempat dia mcm something kurang. Heeee, macam-macam ada, tapi orangnya tak ada. Mcm mana?
Ok laaaa, gambar terus!
Day 1 -

Ini court basketball dia, yang tajam tajam bentuk kon tu dia punya bilik, tapi kecik je. Comel kan? Aku jawab sendiri - Comellll.
'Ok ok kita lap peluh sat'
We played basketball, yang terer main. Zero. Haha, konon konon nak bersukan la ni. Dem aku memang takde skill nak main bola keranjang, gaya dh macam main netball pula -.-

Lepas tu teman budak kicik dua orang ni mandi pulaaaaaa. Pis!
Day 2 -

Breakfast! Tapi tak banyak choice makanan dia :( Nak bedal pun sikit sikit nasi goreng, sikit sikit roti. Hmph

Itu ayah dan ibu saya. Muah!

Rabbit feeding, nak membeli tiket pun dah leceh. Kesian ramai yang datang tanpa tiket yang perlu dibeli dekat kedai souvenier dia, which is nun jauh di sana. Leceh tahu tak leceh! Nasib baik rabbit ni comel comel. Tak pernah terniat nak membela pun. Tapi series adorable hihi. Nak sugar glider jugak. :P

Awwwww, bestnyaa

Go-kart pulak! Adik aku drive dengan penuh berhemah. Kamon -.- Go-kart kot, tak thrill la kalau tak laju hahaha.

Ayah saya ; Encik Sam.

Aqilah, Ayah, Ibu. ♥
Sedih sebab tak dapat duduk situ lama-lama. Check out pukul 12 setengah, ronda-ronda Melaka sampai malam. Hoyeh. I had fun. It's the time with family you cherish the most, I love my family even we are not like the Big Happy Family like them out there.
Subscribe to:
Posts (Atom)



