Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

December 05, 2008


Rumah aku tak ada apa apa untuk dibuat selain tidur, tv, laptop dan melalak tak ingat dunia. Bosan, bukan? Haha aku tak selalu pun hangout dengan member atas sebab mak aku yang susah nak approve setiap kali aku cakap 'Ibu, nanti nak keluar ngan __ boleh?' Dan seperti biasa dia akan berdiam diri atau 'Alahhhhh takpayahlahhhh' Aku pun bukan reti nak membodek ke apa so aku akan berdiam diri macam ibu buat. Hm, dah nasib badan kan. So, chance nak keluar adalah dengan mengajak ibu keluar sekali okay what dapat quality time sama-sama. Huuu,
Harini pergi tengok Twilight, best! Ok tu je.

Semalam aku tak update kot blog ni kerana terlalu sibuk barangkali ; bangun pun bila matahari dah nak tegak kan. Aku dah kata katil tu sebahagian besar daripada hidup aku masa cuti ni. Memang macam tu jelah setiap hari kot, ah memang bosan! Bangun daripada katil terus bersiap, kata Ibu nak pergi jalan-jalan kau memang tak tahu betapa gembiranya aku bila dapat keluar dari rumah ni haha. Pergi mall, tapi tak tahu kenapa tempat tu semacam membosankan dan sangat..dull. Belum sampai sepuluh minit ronda-rondi dan keluar balik fuhh. Masuk dalam kereta 'Em, nak pergi mana pulak ni?' Ha ha memang tak ada tujuan janji dapat keluar haha finally aku bercadang pergi salun gunting rambut je, at least tak sia-sia sangat kot keluar?

Hah, sampai rumah agak petang. Akhirnya dapat potong rambut, aku bilang. Aku dah semak tengok rambut aku yang semakin memanjang ni, aku dah tak dapat bayangkan macam mana aku berambut panjang sebelum ni aku lagi selesa berambut pendek hihi. Malam semalam aku ke Mas ada tusyen Physics, kelas tusyen yang cikgu dia bisa membuat budak kelas aku bergelak ketawa selain kelas Chemistry Mr Param. Kelas lain membuatkan aku agak ngantuk walaupun cikgu nya sangat lawa dan aku faham tapiii, kelas tu dipenuhi dengan budak-budak asrama yang terlampau fokus dengan apa yang diajar sampai tak menghiraukan apa yang dilawak oleh cikgu. Haii, aku yang tertekan duduk kelas tu, haha apa boleh buat. Aku sangat kagum dan agak fascinated dengan budak lelaki kelas tusyen aku, diaorang belajar sempoi tapi serius dalam masa yang sama, diaorang jugalah yang bagi jawapan yang pantas dan efisen bila disoal. Bukan apa, dekat sekolah budak perempuan yang selalunya semangat nak menjawab soalan brbanding lelaki, itu beza budak sekolah biasa dengan budak sekolah asrama kot? Otak geliga beb diaorang ni *Tabikkkk
### Satu benda yang aku perasan dalam kelas semalam, waktu cikgu menerangkan tentang Wave dan arah yang akan dilalui oleh air bila dipantul. Cikgu melukis garisan yang senget, dan secara automatiknya kepala budak-budak kelas ni pun menyenget dan membuatkan aku tergelak seorang dari belakang jadi aku tak fokus apa yang cikgu tu ajar, sebenarnya. Garisan dipadam, kepala tegak semula. Sekali lagi aku tergelak. Memang fokus tuu dude. *tabik lagi
Ah, cikgu tu tak habis-habis buat aku tergelak macam orang tak berapa nak betul, akhirnya aku kena bahan dengan lelaki-lelaki yang genius dalam kelas tu.

Aku nak keluar lagi, bosan lah woi.


Muka bosan aku, cool kan.



4 comments:

Z said...

HAHAHAAH UTT MUKA BOSAN KAU LAMA XNMPK ! mmg cool gila weh !

Hariz Shah ™ said...

haha kau tak tengok lagi muka bosan aku
kalah sharifah aini ngan uji rashid haha

AthirahShamsul said...

ngiahahaha nanti boleh lah kau post gambar bosan kau pulak ye. kita lawan :P

Dahiyah A said...

killer seh muka taik gila :D
sangat cool