Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

July 31, 2011

Huwaaaaaaaaaaaaaaaargh

Tajuk dia huwargh sebab rasa nak menggeliat je sentiasa haha. Tadi tidur dua jam, cukup lama untuk kepala aku jadi pening-pening T.T Tapi boleh tidur lama-lama harini sebab common test dah habis yahuuuuuuuuuuu! Dapat buat ke tak itu belakang cerita lah, aku dah malas nak fikir, fokus untuk assignments dan tests yang akan datang. Plus esok dah start puasa, dah boleh fikir nak makan apa untuk sahur, nak makan apa untuk buka puasa nanti, pergi bazar Ramadhan lagi, pilih-pilih makanan yang sodap-sodap. Peh. Nikmat :D Although tak dapat berpuasa dengan family untuk first day Ramadhan ni, dapat juga jumpa mereka semalam. Cukup korum sebab adik aku yang dekat hostel di Penang pun balik, hoyeh. Such a therapy, malam tu terus pulun gila subjek costing hihi.

Entri ni entri saja-saja, tak ada isi sangat pun. Just nak ucap selamat berpuasa, selamat ber-terawikh dan selamat mengawal nafsu! Hehehehehehehehe termasuklah nafsu makan ya, peh. (Dah terliur dah)

Jadi, mari mencari keberkatan-Nya! :D


Bye! Eh Assalamualaikum X)

July 24, 2011

Huwah, I felt so small reading all their posts, I'm so far from all of that.


Maybe, this is a start?



I am finding my way. I bet all of us are finding, too.

July 23, 2011

Jarak

"We spent some time together walking
Spent some time just talking about who we were 
You held my hand so very tightly
And told me what we could be dreaming of

There’s nothing like you and I"
- Nothing Like You And I

Tak suka berharap, harapan yang melampau itu boleh jadikan aku buta sekejap dengan hidup yang aku kira masih panjang lagi, harapan yang bisa buat hati berkecai.

Tapi, biarlah aku berharap untuk kali ini, perjalanan yang ada engkau dan aku akan sampai ke hujungnya. Boleh?

Aku pernah fikir, jauhnya Perlis. Antara suka dan sedih, tapi bersyukur sebab jauhnya itu pun untuk kau belajar dan mencari hidup. Goodluck! (banyak gila dah aku taip tapi aku padam semua balik)

Tiga tahun je.
Facebook, Skype, sms, mms, kan ada.
Bak kata Hazieq Bobo, dia boleh tengok-tengokkan?
Orang kata, Perlis je, steadyyyy.
Haritu dah pergi Pilah, nanti boleh pergi Perlis pula hahaha -.-

They say long distance is hard and impossible, I say no. Dia orang kata boleh jumpa hari-hari, aku kata jauh pun takpa, sebulan sekali pun takpa. Lepas ni setahun berapa kali pula

Sebab setiap kali jumpa, nebes (nervous) dia macam baru first time jumpa. Peh. Power la lu boleh buat gua rasa macam ni. Butterflies in my stomach, orang kata? Hehe.



Biarlah aku berharap. Berharap ini akan kekal. 





Jarak

"We spent some time together walking
Spent some time just talking about who we were 
You held my hand so very tightly
And told me what we could be dreaming of

There’s nothing like you and I"
- Nothing Like You And I

Tak suka berharap, harapan yang melampau itu boleh jadikan aku buta sekejap dengan hidup yang aku kira masih panjang lagi, harapan yang bisa buat hati berkecai.

Tapi, biarlah aku berharap untuk kali ini, perjalanan yang ada engkau dan aku akan sampai ke hujungnya. Boleh?

Aku pernah fikir, jauhnya Perlis. Antara suka dan sedih, tapi bersyukur sebab jauhnya itu pun untuk kau belajar dan mencari hidup. Goodluck! (banyak gila dah aku taip tapi aku padam semua balik)

Tiga tahun je.
Facebook, Skype, sms, mms, kan ada.
Bak kata Hazieq Bobo, dia boleh tengok-tengokkan?
Orang kata, Perlis je, steadyyyy.
Haritu dah pergi Pilah, nanti boleh pergi Perlis pula hahaha -.-

They say long distance is hard and impossible, I say no. Dia orang kata boleh jumpa hari-hari, aku kata jauh pun takpa, sebulan sekali pun takpa. 

Sebab setiap kali jumpa, nebes (nervous) dia macam baru first time jumpa. Peh. Power la lu boleh buat gua rasa macam ni. Butterflies in my stomach, orang kata? Hehe.



Biarlah aku berharap. Berharap ini akan kekal. 





1y6m23d


Aku tak pasti kalau saat itu tiba,
Semangat dan kekuatan yang aku punya itu masih ada.
Tapi biarlah aku berharap, bahawa perasaan indah ini akan kekal selamanya.


Semoga selamat perjalanan ke Perlis. :-)



19 is the number

Good morning yu 'ols, aku dengan perut yang lapar tapi taktahu nak breakfast apa so aku apdet dulu blog ni, blog yang aku rasa dah tak hidup sangat dah. Aku rasa sedih sangat sebab cuti dah nak habis, sobs. I think I had a quite great week! Banyak kali juga lah aku keluar rumah, hooray untuk aku. Dan hooray lagi sekali sebab aku baru nak start drive balik -_- Setelah sekian lama sejak aku dapat lesen ni, pffft. Nanti kalau aku dah power bawak kereta baru aku bawak kawan-kawan ehhhhhhhhhh. Hikhik. Buat masa sekarang lek lu, tak kondifen lagi. BY THE WAY, aku nak apdet pasal what I've been doing this week, and it was great times, great memories.

One of them was going for a lunch with my three good friends! Zati, Wawa dan Alin. Well, lunch sekali dengan kek, awwwwwwwww best gila. Despite the surprises yang tak jadi, aku sayang korang haha dan lain kali kalau nak makan kek MESTI potong slice per slice k. Ni idok, main cedok je kek yang gedabak tu sebab malas nak potong, haha.

Walaupun surprise kantoi bila :
1. Nazlin mintak kain/tudung dekat aku. Lepas tu cakap pun macam fishy gila. Nak tutup mata aku tapi mintak kain dekat aku?!!! Aku ikat mata aku sendiri pun boleh lahh.. Hahaha
2. Otw to McDonalds, Alin bisik-bisik and cakap something bout 'cair' KANTOI LAGI. Hahahahaha.
3. Sampai McDonalds, nak parking. 'Athirah dgn Wawa naik dululah' BAM. 'Eh jomlah keluar ramai-ramai sekali' Then Zati macam 'ISH *geleng-geleng* dekat Alin. Fishy lagi. KANTOI Lagi. hahahaha
4. Aku time tu pun layan jelah, haha. Aku dengan Wawa naik dulu, lepas tu Alin naik suruh tukar tempat duduk pulaaaaaaaa. Rupa-rupanya ada kek dekat meja lain tu HIHIHIHIHI.

Korang ni comel gila hahahaha. Thanks for the cake, and the cookies, and the tripod stand! And everything. Lepas ni cuti semester kita lepak lagi kays!

Tengok ni Ijat bawak kereta gangster sangat sampai kek dah senget-senget dah!

A birthday cake from these three crazy mates :B So kiuttttt 

Tak pernah dibuat orang. Teruk terukkkkkkkkk hahahaha :D

Card and cookies!

Tengok aku buat huruf 'L' macam mana haha. Lebiu gaisss
Banyak lagi gambar tapi malas upload haha.

The next outing was with the afro guy hoyehhhh. Karaoke sampai lebam, eh Ajwad jelah yang sampai lebam sebab aku dah taktahu nak nyanyi lagu apa last-last tu. And the best surprise goes to Ajwad Shamin *tepuk-tepuk* sebab berjaya lelehkan gua, Hilang macho tau! Simple but so nice, :') Taktahu nak describe macam mana tapi no need to share much kot. Too valuable. Last meet-up before going to Perlis, kot? Hmm. :)

'Haaaa hambik kau, surprise sampai meleleh-leleh, haaa' Thanks Bobo -.- Membantu sangat.




Thanks, I am happy. So happy. 


#nowplaying Party Rock Anthem by LMFAO




July 21, 2011

Quote



"I wish I could change some of the things about how I've acted in the last couple of months. I guess I'm just disappointed in myself. You know, i told Lucas that if he loved his fiance then i would learn to be okay with that, because i wanted him to be happy. But really i just wanted us to be happy, like me and him, oh and then when he didn't marry her, I felt terrible for her, and for him, you know, his heart is breaking right now. And i come in here, and i sit in silence and hear the echoes of who we used to be. And so I wish for patience and grace and strength to just let him be happy. And mostly I pray for the strength to not make his life worse because of what I want. Thats the toughest part, letting go, you know? That's the part of grace that really sucks."

- Peyton Sawyer, One Tree Hill


Faham tak? Just want to share. I love Peyton Sawyer, no I'm not a lesbian, but I love her. :D



Based on my friend, Aiman's post, I feel the same way too about finding the purposes in life. And I bet everyone feel the same way some time. Being afraid of what we will do in future or who we will be, being a somebody or a nobody. All of us, are finding the way, too. :)


Tapi kenapa nak tutup blog pula :-( Kurang lah satu blog nak dibaca nantiiiiiiiiiiiii..




July 20, 2011

Talented People!

Aku dah lama dah dengar pasal popular youtubers ni, macam Matluthfi tu. Aku rasa first video yang aku tengok masa dia buat ucapan for Mother's Day kot? Comel gila. Hihi lately my housemate suruh tengok video-video selain Mathluthfi, ada Aiman Azlan dengan Anwar Hadi. They are hilarious, yet they are able to give dakwah juga especially Aiman Azlan. Entahlah, aku tak tengok semua video tapi diorang memang cool gila la in every videos diorang yang aku tengok. Plus diorang study overseas, memang power! And muda pula tu, seronok je tengok they are living overseas tapi masih tak hilang lagi ciri-ciri Melayu, jati diri yang kuat, dan jaga agama.

Lain kali kalau aku ada masa (aku kan bizi selalu, tah apa tah dibuek) aku nak tengok semua videos diorang. (Y)

Ini antara video yang best yang aku pernah tengok lah. Yesssssssssssss aku tahu korang mesti ramai yang dah tengok video ni tapi aku saja-saja nak share. Nak jugakkkkkkkkkkkk.




Enjoy! 



Aku taktahu nak letak tajuk apanya pun adoi..

Haaaai. Ok..

As we all know (cewah) , 15 Julai lepas ramai yang dapat keputusan untuk further studies dalam degree. Ada juga yang dapat offer ke obersea! Tahniahhhhhhhhh. Tak kisahlah yang jauh ke dekat ke, yang dapat kos yang di-apply ataupun tak, tahniah juga. First of all kena syukur lah kan sebab ada juga result masyuk tapi tak dapat mana-mana pun. 

Aku tumpang gembira bagi siapa-siapa yang dapat sambung belajar untuk whatever course yang diorang dapat, memang lah ada yang down sebab tercampak ke kos yang lain daripada yang di-apply tu, ada  yang dapat kos yang tak pernah dengar pun but hey, syukurnya dapat sambung belajar kan. Teringat balik waktu dapat offer kke Matriks dekat Perlis dengan UiTM Segamat, Johor. Series tak sangka wa cakap sama lu. Dua-dua pun aku tak sangka, tapi Alhamdulillah dapat kos yang aku nak - akaun. Cuma tempatnyaaa, buat aku dilema gila nak pergi ke taknak. Tambah dengan dilema pasal perbezaan kalau masuk matriks/UiTM ni. Pasal tempoh belajarlah, pasal diploma ni orang kata lopek lah. Ada yang cakap 'kau power kenapa masuk diploma? Lambat kot' masa aku buat keputusan nak masuk diploma. Pada mulanya, my plan was kalau aku dapat masuk Fast Track Diploma in Accountancy aku confirm masuk. Kalau tak dapat, aku masuk matriks. Tapi cerita jadi lain bila matriks aku jauh gila T.T Lastly, aku redha dengan keputusan aku sendiri which is masuk UiTM Segamat, Johor. Masa tu pun ada orang pertikaikan lagi kenapa aku nak masuk laluan yang lama, matriks kan kejap je. Tapi masa tu aku dah buat keputusan aku, aku dah taknak ubah dan aku taknak menyesal pun dengan keputusan aku tu, sebab ini jalan yang aku pilih. Belajar mana-mana pun sama je, aku tak kisah. Masa tu kenapa entah aku rasa aku nak masuk diploma je. Alhamdulillah sangat a few days before aku register dekat Segamat, aku dapat call yang aku dapat masuk ke Fast Track. Happy bukan main! Masa tu aku bersyukur sangat, last minute call kan. Memang peh lah, dream come true bebeh.

Ibu pernah bilang, aku nak masuk Fast Track tu pun susah sebab kena buat rayuan situ sana sini, finally dapat masuk. Betapa susah dan dilemanya aku nak terima offer yang mana. Jadi, Tuhan nak tunjuk apa disitu? Mungkin aku tak dapat peluang tu dan aku sekarang ada dekat Segamat teruskan diploma enam semester tu tapi sekarang aku dapat apa yang aku mintak selama ni. Jadi aku berpegang lah pada kata Ibu, aku tak boleh main-main dah, kena jaga pointer sampai habis diploma, semester yang terakhir. Dan harap-harap aku dapat kekalkan, Amin. :)

Ober pulak cerita pasal aku ni -.-

Jadi, yang tak dapat kos yang diminta, aku tahu mesti ada hikmah punya. Mungkin situ jalan kita siapa tahu? 

Cuma, awak pun dapat tempat yang jauh kan. Sekarang tak tahu lagi nak rasa sedih ke tak haha. Malas lah fikir lagi, yang pasti dapat sambung belajar dah kira bagus lettew. Hihi. Don't make this distance kills us, can ah?

Berterabur lah ayat akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu  :( Mana feel nak blogging niiiiii sobz




#nowplaying Jangan Menangis by The Buskers



July 18, 2011

Phone ada hilang coverage?

We came up with a solution bila phone coverage tak ada. Letak blackberry atau phone anda jenama lain, yang bukan blackberry tu, atas hidung macam ni -





Memang terus ada coverage balik -.- Kitorang saja saja je mencuba, sekali bila letak dekat hidung memang terus naik weh coverage. Korang ce try letak dekat hidung korang kalau tengah takde coverage k? Kalau tak boleh maknanya hidung kitorang je yang power hahaha.

Selamat mencuba.

Biasalah bosan waktu kelas BEL. 

PS - Apasal aku upload gambar jadi senget?! Mcm mana nak rotate balik?! 




Tahun Terakhir Sebagai Belasan

Happy Birthdaaaaaaay to me. -.-

Semalam hari lahir yang ke 19, tahun-tahun yang akan datang ni dah tak ada belas tahun dah, tahun depan dah masuk puluh dah. Tua wei. Rasa macam dah besar sangat dah time tu, kena jadi matang. Haha. Rasa macam tak sangka, tahun depan masuk dua puluh, macam-macam benda lagi kena fikir, tahun depan pun mungkin akan proceed ke degree pula, dan kerja dan kahwin...ops k. 

Apa-apa pun terima kasih atas ucapan semuaaaaaaaaa. Bila letak tarikh lahir dekat Facebook tengah hari, tengah hari tu jugak la orang berduyun post dekat wall aku hikhik. Biasalah tu, aku pun bukan ingat sangat birthday orang tapi thanks for those yang wish, really appreciate it. Lagi-lagi yang wish advance sehari! Haha :3 Ekceli pukul 8 malam before 17 Julai lagi aku dah terbongkang dekat bilik, maaflah siapa-siapa yang aku jawab call dengan suara mamai, apa benda yang letih sangat tah siang tu, pergi Urbanscapes je, penat macam hape. 

Terima kasih buat housemate ku yang tercinta sebab bagi badan dan baju aku bau nescafe dan basah lencun. Patutlah Sarah bawak beg besar time pergi Koko, ada isi paket-paket Nescafe dan Oligo. Patutlah Cikcit pinjam phone aku sebelum di-attack, konon-konon nak bluetooth lagu. Patutlah Sarah Feeney tanya air sirap dekat atas meja tu minum lagi ke tak. Patutlah budak ni buat bodoh masa aku tanya diorang lepas tu sengih-sengih. Patutlah. Nasib baik la malam tu aku tak pakai kasut sukan aku yang baru tu HAHA. Tengs. :) Sayang korang lebih la. Lepas ni dah muak dah dengan Nescafe.

Dan terima kasih Nabilah buat surprise dekat aku time aku baru bangun mamai-mamai gitu, tiba-tiba ada set breakfast dekat atas meja. MAGICCCCCCC WOI. Sho shweeeeeeeeeeeet hehe tengs. Dan kek daripada Shida jugak. Ada ke siang tu dia pergi ajak aku beli a slice of cake kan, rupanya kek tu untuk aku haha! Adoi comel botoi la. 

What an advance birthday celebration. Lebiu gaissss. <3


Oh terima kasih juga parents belanja Thirah makan dekat luar hihikkk. Cewah selama 19 tahun ni pun aku rasa kalau makan luar memang diorang yang belanja hakhak. X)




So kira tahun ni tahun last la jadi teen? Boringnyaaaaaaaaa lepas ni kena matang dah tak boleh nak menggila macam dulu. Eh tapi boleh je sebenarnya, feel young katanya. Tapi aku harap aku dapat jadi orang yang lebih baik la untuk masa akan datang, terutamanya menjadi anak yang baik, banggakan keluarga aku. 


Amin. Terima kasihhhhhhhhhhhh pada siapa yang mendoakan. Aku dah tuaaaaaaaaaaaa. 


 #nowplaying Clever Love by Angels and Airwaves 



July 15, 2011

Aku dah tahu aku nak apdet apa..kot.

1. UPU and the distance
2. Early treats
3. Mencari coverage


Teka la aku nak apdet pasal apa? Hehe, k bai! Selamat bercuti bagi siapa yang cuti tu! Boleh topup tidur yahuuuuuuuuuu




July 13, 2011

Ayah Pernah Bilang

Satu hari tu, aku tanya ayah aku kenapa dia bagi pinjam duit dekat orang jugak walaupun masa tu keluarga aku tengah susah, ekonomi tak bagus. Ada la rasa macam geram sebab sekarang tengah bermasalah, tapi nak bagi duit lagi dekat orang.

Ayah bilang, 'walaupun masa tu tak ada duit ke ada masalah kewangan, kalau orang mintak tolong, selagi kita boleh bantu, kita bantu dia. Nanti Tuhan balas lagi banyak daripada apa yang kita bagi orang tu, faham?'

'Faham' Tapi aku masih tak puas hati sangat haha. Tapi aku rasa makin lama aku faham apa yang ayah aku cakap, aku setuju jugak lah. Selagi kita boleh tolong, kita tolong. Walaupun kita susah, tak apa. 

Lagi satu cerita aku teringat, zaman aku kecik lagi, zaman selekeh. Aku beli something (aku pun tak hingat apa benda) nak dihadiahkan dekat kawan aku, pun aku tak ingat aku bagi dekat siapa T.T Haha. Aku suka gilaaaaaaaaaa benda tu, rasa macam taknak pulak bagi, nak simpan. Nak bagi dia benda lain lah, yang aku suka ni aku nak. Haha, lepas tu macam mana tah ayah tahu aku supposedly bagi benda tu as hadiah tapi aku simpan sebab aku sayang sangat benda tu, aku nak simpannnnnnnn. 

Ayah kata kadang benda yang kita sayang kita kena lepaskan. Takpelah kita bagi dekat orang pun, aku rasa macam pengorbanan jugak la kot? Hihi.

Aku dah faham apa ayah cakap. Dulu aku tak dengar. Sekarang apa-apa hal kalau aku rasa orang buat taik dengan kita, something yang aku betul-betul nak tapi aku beralah je dengan orang lain, aku biar jelah. Satu hari aku harap adalah tu yang lebih baik untuk aku nanti hihi. 


Itulah antara pesan ayah yang aku terasa nak share dekat sini hikhik. :B

PS - Rindu. Zaman aku kecik dolu rapat dengan ayah.. Besttttttttttt




July 12, 2011

Pembazirannnnnnn berlaku!

Tadi masa minum petang dekat induk, sedang minum-minum Nescafe O' aku terasa kenyang sangat air yang aku minum tadi terus aku stop minum. Lepas tu sebab kemalasan melanda, aku nampaklah Sharina yang baik-hati-lah-jugak nak tolong hantarkan gelas-gelas kami dekat besen tu. Apa lagi aku hulurlah gelas tu tapi Sha tak bagi aku letak gelas tu sekali dengan gelas-gelas lain. Dah tahu dah, dia suruh aku habiskan air tu hahahahahaha. Then terpaksa lah habiskan lepas tu baru Sha ambik gelas tu. Dah macam mak mak dah Sharina ni hahahahahaha.

Okay stop gelak.


Aku ada satu masalah ni, membazir. Wuuuuuuuuuuuuuuuuuu.


Contoh kalau aku makan dekat luar mesti order makanan dengan air kan. Makanan habis. Air -  SUKU PUN TAK SAMPAI WEH, TAK LUAKKKKKKK. Ha macam tulah, aku minum sikit je, lepas tu k dah. Hikhik. Pernah lah juga kena sound sebab tak habis dan mereka tolong habiskan. Kalau dekat rumah pun kadang aku lepas makan tak minum air pun. Entah dah biasa, tak bagus kan macam tu? Kena baiki part minum air ni nampaknya T.T


Lagi satu, aku tak suka minum air masak. Even though memang banyak kelebihan minum air putih ni, sepatutnya diamalkan selalu macam lapan gelas sehari tu. Sampai harini, aku rasa tak sampai empat gelas pun aku minum air putih dalam sehari. T.T Botol air dah semangat dah beli nak letak dekat meja study, konon-konon setiap setengah jam nak minum kan. 900 ml punya aku beli, tapi selalunya separuh je yang aku minum bweheheheehe :> Jarang sangat aku habiskan sebotol tu dalam satu hari. Mana taknya, minum dari botol air tu banyak kali tapi setiap kali aku minum aku rasa aku macam hirup sikit je lepas tu k dah minum. -.-"

Lagi satu benda yang kena baiki ni.



Motif aku tulis entri ni? Saja je. Aku rasa comel pulak Sharina tak bagi aku letak gelas selagi aku tak habiskan air hahahahahahaha. Rasa macam budak kecik yang kena ajar bagi tak membazir pun ada. -___-




PS - Brader ice blended dah ada balik! Rindu nak beliiiiiii ice blended!

#nowplaying Cinta Abadi by Blackrose




July 11, 2011

Kalaulah

.....aku tak rasa ngantuk sekarang ni aku rasa dah ter-apdet dah blog ni. Tadi macam dah ada idea tiba tiba *menguap* macam ngantuk pulak. Lain kali je lah.




PS - Macam nak pergi Urbanscapes je?  Tengah hasut Feeney suruh join sekali buehehe



#nowplaying Tepok Dong! by The Changcuters




July 10, 2011

3.43 a.m.


We have those dark days,
That ripped our fragile hearts,
Made us fall into the deepest hole
I was shivering in cold.

We thought all of this would be over
Maybe we were wrong
but still the heart broke to pieces
I was shivering, save me please
I was shivering

I am in the corner in the dark
Is there anyone out there?

Wrestling with my feelings
It wouldn't go away
I've tried so hard
But it wouldn't go away

Now I am in the corner in the dark
Is there anyone out there?

Is anyone out there?





I saw, a light now
a light that could save all the broken hearted
that could heal the wounds
that would stop the bleeding
and just leave them as scars
scars that we do not know
if they will bleed again


But right now, just let me follow the light
Just, let me. 



Random! Kenot sleep -.-" Akibat minum Nescafe tadi, bagusnya kan? Nasib baik esok Ahad..




July 08, 2011

Eksperimen






July 07, 2011

'At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too' 
- Talking to the Moon by Bruno Mars






Bulan





Terangi jalan ku yang gelap ini,






July 04, 2011

I miss you,

Nida ni tak boleh nak manis lagi ke post entri macam ni :'D sini Rindu kau, beb. Rindu nak menggila dengan kau nyanyi lagi Kain Putih ke apa benda tah hahaha.


Yes, lately banyak fikir macam-macam. Aku cuba untuk ambil berat tapi seperti percuma, seolah tak dipandang. Aku cuba bermesra tapi sia-sia, seolah-olah aku memang tak perlu dilayan pun tidak mengapa.

Aku pun sensitif, tahu?

Tapi syukur aku ada kau dan kau, Ziha dan Dahiyah :D



Merepek apa la aku ni shiot. Nak solat! Maghrib!!





Some Stuff

# Hadirkan diri ke majlis perkahwinan Kak Farah dan Abang Amir, congratulations!
# Kempunan Pavlova haritu tak jadi nak pergi ke Empire, and tadi Dahiyah gave me some! Aww, thank youu :D
# Aku tiba-tiba terminat kamera lomo dan polaroid dan instax. Ibu macam support je tapi we'll see. Aku nak kumpul duit kalau dapat beli. Tapi aku target 360 spinner tuu, mahal sikit tapii... best!
# Aku tengah berkabung sebab hard disk aku jatuh dan rosak, langsung tak boleh pakai. Aku sedih, aku main gitar lagu sedih pun aku menangis sebab aku teringat hard disk tu. Bukan senang nak dapat, jatuh sekali dah rosak tak boleh buat apa. Sudden weh :'C
# Thinking of going to MTV World Stage, kalau dapat tiket. Hm
# Aku masih punya banyak cela
# I got new sports shoe! Terima kasihhhhhhhhhhhhhh *keningkening
# Modem tak betul lagi! :(


Oh, selamat datang, Julai. :)


#nowplaying When I Look at You by Miley Cyrus




July 01, 2011

Apdet untuk seminggu lepas punya

24 Jun 2011


Antara hari yang paling gembira, kiranya aku boleh catatkan memori indah ini ,

Hari bersama orang-orang yang aku kasih.



Modem broadband rosak, tiket pentas dunia tak dapat, hard disk jatuh dan rosak, begitu sahaja - Berkabung hahaha


Muda - Hujan
Selamat berbahagia, Noh :') Sekarang aku boleh lepaskan kau dah. HAHAHA PUIIIIIIIII