Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

December 31, 2009

Ala, harini aku terlepas Boys Over Flowers.

December 28, 2009

Head Over Heels

Empat hari lagi, Tahun Baru. Wah, aku pun tak sedar diri nak masuk lapan belas dah ni. Tahun baru, azam baru, hidup baru, and the list goes on. Azam baru memang tiap tiap tahun semangat nak buat! Tapi macam taik je, bukan semua pun jadi, he he. Macam azam tahun ni, konon nak siapkan homework tiptop, on time, takde yang tinggal pun. Tapi semua hampeh, tabiat meniru memang tak boleh lari lah bro, haha. Tapi kalau untuk tahun depan takdelah azam nak siapkan homework kan, haha sekolah pun dah habis.

Apa nak buat sempena Tahun Baru ni?

Duduk rumah jelah yang pasti.



p/s Hari tu waktu ke Kemboja, ayah bawak kawan dia and fyi kawan dia tu orang Kemboja jugak, Salleh kot nama dia. Ibu pernah kata Salleh ni serupa macam Ming Dao, pelakon Taiwan tu. So time aku dekat sana aku mintak ayah bawak Salleh sekali. So ada satu hari dia datang jumpa ayah, and seriusli muka dia ada serupa Ming Dao! Ah, hemsem. Hahahaha, yelah dulu punyalah minat Mamat Taiwan tu tak boleh satu pun episod dia. Tapi time tu pulak bateri kamera habis, bateri henfon ibu habis. Cis! Melepas. Takpe, dapat jumpa jugak orang yang ibu cakap serupa dengan pelakon tu, and yap. Memang serupa. *cair








Aku Bangga Menjadi Warga Malaysia!


Ya, aku bangga jadi warganegara Malaysia, seriesli. Bila mula menjejakkan kaki dkt tanah Kemboja, memang agak awkward sebab muka semua pelik tengok muka kami yang pelik ni. (?) Haha terasa seperti betul2 tourist gitu. Lepas perasan sekejap, nampak ayah dtg so kami terus gerak ke hotel. What made me go whoa is when we hit the road. Banyak motor dan tuk-tuk(sejenis kenderaan yg macam beca tapi tak pakai basikal, pakai motor), kereta semua besar2 belaka, takde yg macam Kancil pun. Jalan pun macam mak bapak diaorg yg punya, serupa macam takda undang2 jalanraya. Ni kalau amik lesen dekat Kemboja ni memang gigil lah, aku pikir. Sepanjang perjalanan memang sntiasa terkejut lah, sekejap2 mesti ada motor yang melintas, buat u-turn suka hati lah, bahagia je semua nampak, yang bestnya accident jarang berlaku dkt situ. dekat malaysia banyak je kan? Tak payah buat undang2 lah dkt malaysia kalau macam ni he he. Mungkin ada perubahan kot?

Orang2 dekat situ ramai yang tak berumah, kalau macam budak kecik boleh tidur je dekat atas tong sampah, bawah2 pokok tepi jalan. Dalam perjalanan ke Tuol Sleng memang macam2 benda aku tengok, ada satu pakcik ni bawak peti ais naik motor. Bawak peti ais pakai motor, dasat tu. Tak payah lori ikat je peti ais tu dekat atas motor, dan kalau satu motor tu boleh naik sampai lima orang, whee. Kalau ikut ayah, baru sekarang kerajaan sana kuatkuasakan pemakaian helmet dan tali pinggang keledar, kalau tak takde de diaorg heran, biasalah jalan tu pun kan bapak2 diaorg punya. So destinasi pertama ; Tuol Sleng. So a little info about this place ;

The Tuol Sleng Genocide Museum is a museum in Phnom Penh, the capital of Cambodia. The site is a former high school which was used as the notorious Security Prison 21 (S-21) by the Khmer Rouge regime from its rise to power in 1975 to its fall in 1979. Tuol Sleng in Khmer; [tuəl slaeŋ] means "Hill of the Poisonous Trees" or "Strychnine Hill".

Tuol Sleng yang sebelum ni sebuah sekolah dijadikan penjara2 org2 tawanan, kat situ diaorg diseksa. Time ni getar lah jugak aku, bilik seksaan dia betul2 ada katil besi, gari and all that. Dekat situ apa yg aku tahu diaorg bukan dibunuh terus tapi diaorg seksa dulu, macam cabut kuku, gantungkan badan lepas tu rendam dalam air, simbah dengan minyak panas, ergh. Banyak lagi. Motif leader dia, Pol Pot tak berapa jelas, barangkali untuk tunjukkan betapa dia berkuasa, sebab kebanyakan tawanan2 dia orang2 dia sendiri- orang Khmer. Paling best semua tawanan2 dia akan ditangkap gambarnya, macam gambar pasport lah lebih kurang, sebelum dibunuh. Setiap tawanan ada gambar sendiri, bayangkan tawanan2 tu semua ada berjuta2. Ngeri lah jugak, muka semua lebam2 kena seksa. Malang betul Pol Pot tu dah mati sebelum ditangkap! Ah not fair.

Hari kedua pergi National Muzium yang majoritinya ada patung je, jadi tempat tu aku kira sangat bosan. Rasanya satu je mall yang ada dekat situ, itu pun jauh bezanya dengan mall dekat tempat kita hihi. Market dia lagi okay kot, banyak baju and souveniers so hari tu hari shopping! Oh ya, apa yg aku dpt perhatikan dekat Phnom Penh banyak public toilet, bukan apa, dalam satu hari tu banyak kali jugaklah ternampak org, kencing merata. Kencing dekat dinding2 berhampiran. Omaigod tak ada sivik langsung! Dekat sana kira biasa lah kalau orang kencing tepi jalan tu, e-w. Lepas ke market ayah ajak ke rumah embassy dekat sana, finally dapat makan masakan Malaysia yang terbaik. Haha first time kenyang sejak jejak kaki dekat Phnom Penh. Masakan terbaikkk!

Kalau dekat sini, selalunya kita nampak pengemis2 dekat pasar2 malam, atau pun di kaki lima, itu pun kadang2 je. Kalau dekat sana, pantang nampak duit, pantang nampak pelancong akan ada je budak2 kecik yg meminta2. Ada sekali tu ayah bagi duit dekat sorang budak perempuan ni, adik dia nampak, bantai mintak ramai2. Sedih pun ada jugak, tak dapat bayangkan kalau kena mintak2 sampai macam tu sekali, kan. Hm. Kalau budak kecik kira okay lagi, yg dewasa2 ni otai sikit, kaki pau. Hari ketiga ada dekat sana, ayah bawak pergi jalan satu market ni yang jual banyak souvenier, so ayah pun parking dekat parking lot yang mana petang2 tempat parking tu akan jadi pasar malam. Ha lepas je keluar shopping orang dah penuh dekat luar, dah mula jual-menjual and yeh, kereta ayah dah dikepung gerai2 sekeliling. Minta tolong alihkan meja2 boleh, tapi orang tu mintak 2 USD seorang. Ah, tolonglah aku masa tu dah mencarut terang2an dah bukan aku kira diaorg faham ke tak haha. Ayah bagi 5 dollar sebab duit kecik tarak, tiba2 datang lagi seorang mintak upah, maybe sebab dia tengok ayah bagi upah just untuk alihkan satu meja yang betul2 dekat depan kereta. Kalau tak hulur duit, sampai bila2 pun dia takkan alih.
Mula2 memang bengang nak mampus RM20 hilang macam tu je, tapi kehidupan org2 dekat situ memang macam tu, diaorg akan buat apa je nak dapat duit, ada je point nak mintak duit esp drpd tourists. Bayangkan ayah cerita seorg Cina warga Malaysia terjatuh dari bot, orang2 situ boleh buat doh je. Watta? Tolong selamatkan harapan ah. Tolong tengok orang lemas je yang mampu. Untuk cari mayat Cina tu, diaorg takkan menyelam mencari as long as duit tak hulur. Bila dah dapat duit baru menyelam, lepas sembilan hari baru jumpa mayat. Betapa desperate, kan. Kalau kau accident tengah jalan, accidentlah kau kat situ. Kau terbaring dekat situ, siapa nak tolong kau. Ambulans pun takkan jalan selagi tak kena cucuk. Harga sebuah nyawa dekat sana macam tak bernilai, kau tahu.

Setiap hari aku doa takkan ada accident sepanjang berjalan2 haha. And memang bersyukur teramat bila dah sampai sini balik, aku bangga jadi penduduk tanah air Malaysia hihi. x) Seriesli.












Hahahahaha lef yu


December 27, 2009

I'll Leave When The Wind Blows

Ive got to breathe You cant take that from me Cause its all that you left thats mine You had to leave And thats all I can see But you told me your love was blind
There are times Youre so impossible that I should sign a waiver And you will find Someone worth walking on when you ask me to go Ill leave when the wind blows Take a breath and there it goes Ill be outside of your window Ill pass by but Ill go slow Ill leave when the wind blows

There was a day You threw our love away Then you passed it to someone new You wanna stay But since you wanna play We can finally say were through

You can scream theres just echoes Pass outside of your window Youll be sad that you let me go Ill leave but just know As I lay in solitude Oh Whats a boy supposed to do I Shake the very thought of you Me together, I remember Late nights when I stayed up late All I do is wait and wait Your never coming home to me Thats the hardest thing to see

-All American Rejects

Yaw baby the sky will never always be gray, eh? Akhirnya aku mengerti, aku sebenarnya SuperWoman! Gahhh! X))




Dig A Deep Hole, Bury Her Castle

Blog mencecah 200 posts! Ya tahniah untuk saya. Lame. Harini aku jadi baby-sitter, ibu, Aqilah dan Dahiyah pergi shopping kasut sekolah, yalah, budak sekolah katakan mahahaha. Aku bilang sama ibu 'Eh, thirah macam tak terasa pulak sekolah dah nak bukak lagi seminggu ni' Fuh berasap jugak ibu dengar hihi, sori ai lef yu. Ah, rindu hari2 persekolahan, gelak2 dengan kawan2 otw pergi kantin, lambai2 orang padahal taktau pun siapa yg kita lambai tu(rabun kan, siapa suruh dia lambai?), makan nasi goreng hampir setiap hari, dan lepas tu sambung belajar dalam keadaan kenyang+ngantuk, ya, aku rindu semua tu.
Selamat tinggal, 2009! Kau akan tinggalkan kita semua, selamat datang 2010! Kita buka halaman baru x)




Gambar Semata-mata

Nak describe malas lagi, not in de mud. So nah saya tatapkan kamu dengan gambar2 je ya? :) Klik untuk gambar lebih besar, tenkiu













Projek Dikala-Bosan

Hurricane - 30 Seconds To Mars


Lu apahal? Hehehe..

'Sometimes it just doesn't work out for us, right? Well, welcome to the real world.'





December 18, 2009

Goodbye My Lover, Goodbye My Friend, You Have Been The One, You Have Been The One For Me


Tajuk memang letup. Nak cakap ni ;


BYE SEMUA!





December 16, 2009

2009, I hope this year ended well, I'm going to miss you, 2009.

Dua hari lagi nak terbang ke Kemboja, boleh tengok2 ayah kerja dekat sana, rindu. Plan dekat sana untuk 5 hari, tapi mana tahu lagi lama? Hihi, rindukan aku, ya?

Selamat malam, bintang.




Temperature Rising,

Keluar ke MidValley, hanya ke MidValley, hanya untuk tengok wayang dan main boling, hanya untuk berjumpa kawan2 yg duduk berbatu jauhnya ; tu pun susah nak dapat greenlight from ibu. Ni aku rasa macam cuti sekolah biasa je.

*Keluh

Nak kerja lagilah tak dapat, tapi tu bukan toplist aku pun. Hai, tak apa saya tetap bersyukur ada ibu macam ibu. :)

Berbalik perihal ke MidValley, memang letih tapi seronok. Bertolak dengan Izyan dgn Amer dan adiknya yang comel, Naeim haha. Macam biasa kena tunggu tren, dahlah lama. Lama takpe, tapi part dalam tren memang aku tak tahan ; ada semacam bau. Bukan nak kata tapi sejak ada sorang lelaki ni masuk, bau memang-menusuk. Haha, I hope I don't smell like that. :S
Dalam perjalanan aku memang harap tak terserempak dengan org2 yang bukan dalam list untuk bertembung kalau keluar. Feuuh.

So sebelum bergerak pergi makan memandangkan Amer lapar gila, kitaorang book ticket, fikir nak tengok New Moon tapi seat penuh so, Love Happens it is. Komen untuk cerita ni, boringgg. Hahahaha, aku rasa paling boring time tu Naeim, dia dah tertidur-tidur dah tengok cerita yang bo-san tu. As soon as the movie finished, kami pergi ke boling, dan aku memang tak berharap pun nak main! Last2 kena jugak main sebab Kelly dah bayarkan untuk semua, aku dengan cuak-tak-pernah-main pakai kasut paling lambat, haha. Tapi hei! Aku rasa first time pun aku main boleh tahan apa, dapat 52. Third place. Gahaha, not bad for a beginner kan kan? Hehe dengan gaya macam nak baling je bola tu, kira aku bernasib baik lah sebab tak memalukan diri. -.-' I had fun yo.

Belum tentu kita dapat keluar macam ni lagi, kan? :) Aku seronok dengan korang, hehe. May the memories last for ever.

Note : Amer balik Kelantan elok2, best member dengan kau budak kelantan, and jgn lupa aku akan datang makan nasi minyak kalau dalam kad jemputan ada nama kau dengan Izyan, no one else! Hehe.

HACHOO!
(bila nak elok ni?)




Perihal Rokok, Mati dan Jodoh

Kadang aku terfikir betul ke orang yang hisap rokok ni dipandang as matang? Sebab pada aku tak pun, siapa setuju? Hihi. Aku suka je tanya kawan2 pasal benda ni. Seronok ke kalau merokok? Korang nak ke boyfriend merokok? Kalau tengok sekarang pun dah tau, orang yg kita sangka tak merokok sebenarnya dialah perokok tegar. Hampir semua yang kita tengok sekarang susah nak diprcayai. Ada je kawan2 yang plan nak merokok bila dah habis sekolah. Dan ada jugak yang cakap merokok sekadar suka2 je, bukan selalu pun. Tup tup, sekarang dia dah heavy smoker. Dulu memang aku tak boleh terima orang yang merokok ni. Best jugak debat dengan Amer pasal smoke ni, ha siapa suruh kau yang tanya aku dulu?

'Weh kau suka tak kalau lelaki tu merokok?'
'Mestilah taaaaaaaaaak wey'

Debat punya debat, akhirnya aku rasa aku dah malas nak gaduh dengan dia.
'At least kalau smoke pun takkan depan girlfriend, kira okay kan'
Lelaki fikir lain, perempuan pulak fikir lain. Orang fikir pasal kesihatan dia boleh sampai situ pulak. Yalah amer kau lah menang, I surrender.

Kalau bercerita dengan Bear, dia pun satu kepala dengan aku.
'Aku taknak kahwin dengan orang yang cepat mati ni'
Hahaha, okay, memang betul pun,
'tapi weh kalau dah jodoh aku kahwin dengan smoker nak buat macam mana, takkan sebab tu pun sampai taknak kahwin?'
Tingting, true. Nak buat macam mana ek? Akhirnya aku dah boleh stop talking about this topic. Aku mengalah. Sekarang pergi mana pun nampak asap. Pergi mana pun asap mesti depan mata. Memang menyemak, memang nak cepat mati, aku fikir. Tapi, kau hisap, kau tanggung. Kau hisap lah sorang-sorang jangan dekat publik, risiko org sekeliling nak dpt penyakit lagi tinggi, tahu. Lu pikir sendiri, hi hi.



Ah, aku lapar lagi. -.-'




December 14, 2009

Hidung Berlari



HACHOOOOOOOOOOOOOOOO!





Hearts and Loves #2

Tom, At, Eyayoe


Dormates, kerek wey

Eyayoe, At


Tom, At, Pyp, Eya, Syafawati

Maaf, tema time ni agaknya tema Kerek kot.

Tadaaaaa! Finally, ekspresi yg agak berbeza.

Ah, Izyan ni...memang suka tidur ke?


Wa caya sama lu beb!

LOVE!


Jadi harini aku ikut ibu pergi PKNS, pagi pagi lagi aku dah kena kejut 'Thirah nak ikut tak?' and asyik berulang dua tiga kali, so last2 aku pergi lah jugak, ibu perlukn teman kot hihi. Destinasi pertama; SHAAZ(my faveret!) dan melahap maggi goreng. Langsung sakit perut. -.-' Then pergi Tabung Haji, it was..normal. Keluarkan duit, tu je. Nothing extraordinary kot harini, cuma ibu bercerita tentang plans untuk aku this whole moment of my freedom. Well, its MY freedom so, we'll see about the plans, ibu. *wink

Okay semua gua nak ke dapur haha, cooking lesson with Bonda is going to start soon!

Bye.


Band Of The Month!



30 Seconds To Mars

Come on, kill me, bury me,
I am finish with you,
Now I know, this is who I really am





December 13, 2009

In Too Deep,

1. What is more difficult: looking into someones eyes when telling how you feel, or looking into someones eyes when they tell you how they feel?
Looking into someones eyes when telling how I feel

2. Think of the last time you were angry. Why were you angry?
My sister shouted at my ears. Grr

3. You will die in three minutes. Last call?
Parents.

4. If you could do anything OR wish anything, what would it be?
I wish I could die in the arms of my loved ones,

5. You can have one of the following two things: trust or love.
Trust. Go away love, for now.

6. You are walking to work. There is a dog drowning in the canal on the side of the street. Your boss told you if you are late one more time youre fired. Do you save the dog?
I dont want to get fired, but I dont want the dog to die. How a?

7. Would you or have you ever blackmailed someone?
Nah, tak rock ah

8. Think of the last person who you know that died. You have the chance to give them 1 hour of life back, but you have to give one year of your life. Do you do it?
Yes,

9. Are you the kind of friend that you would want to have as a friend?
Er, ye kot Haha

10. Does sex=love?
N-O

11. Are you old fashioned?
Hahahahaha sometimes

12. Would you marry someone if they were unable to have sex?
Er, no.

13. What would be harder for you, to tell someone you love them or that you do not love them back?
To tell them I do not love them

14. What do you think would be the hardest thing for you to give up?
Pikir jap

15. Romantic love, when was the last time you told someone you loved them?
I don't remember

16. If you had to go back in time and change one thing, if you HAD to, even if you have "no regrets" what would you change?
I wouldn't want to know you.

17. Imagine. It is a dark night, you are alone, it is raining outside, you hear someone walking around outside your window. WHO do you wish was there with you?
Noh ha ha

18. Would you give a homeless person CPR if they were dying?
Yeah, why shouldn't I

19. You are holding onto your grandmother's dying hand and the hand of a newborn that you do not know as they hang over the edge of a cliff. You have to let one go to save the other which one would it be?
Em, this is quite tough, my grandmother kot.

20. When and how was the last time you told someone how you REALLY feel?
IDK.


If You had three months to live:

21. Do you tell anyone or everyone you are going to die?
Only my family,

22. What do you do with your remaining days?
Getting closer to God and spend precious remaining moments with loves.

23. Would you be afraid?
Yeahhhhhhhhh :S


I Hope My Message Finds You Well,

Dah lama dah aku baca benda ni dekat web, and surprisingly banyak jugak yang aku rasa in common. Weeeeeeeho, saya cilok dari Aisyah punya blog, sori beb, takpa kan? Kita sama sama cancer, haha. Here we go.

Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali dirangsang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk di rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk kawal tak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat
Rajin dalam membuat kerja

Amacam? Haha. Ciri yang last sekali ; rajin dalam membuat kerja? Auta sama sekali GAHAH.


I know there are times you are so impossible
And you ask me to go,
Ill leave when the wind blows.


December 12, 2009

Hearts And Loves #1

Kenangan berada di sekolah menengah memang wa takkan lupa. T1 sampai T3 dekat Seksyen 7, Shah Alam, ada lagi yg masih tak lupa aku, terima kasih hihi. T4 sampai T5, memang banyak pahit dan manis, dari sekolah menengah kita dapat tahu siapa kawan, siapa lawan, siapa yg kita patut percaya, siapa yang betul2 sayang kita, siapa yang betul2 dapat bantu kita walau kita paling bawah masa tu. Aku gembira dan syukur dengan kawan yang aku ada dari awal aku mula jejakkan kaki ke sekolah rendah sampailah hari terakhir aku ada dekat Teknik Tuanku Jaafar.

Memang rasa tak sabar nak keluar sekolah, tapi jangan sesekali tinggalkan memori yg kita punya, ya? Hepi tinggalkan sekolah, tak ada lagi ucapan pengetua yang panjang meleret kat mana aku susah sekali nak faham apa dia cakap dan buat keputusan untuk tidur je, haha. Tiada lagi kena tuduh 'budak perdagangan penipu' kat mana sebenarnya semua salah faham and hey, ai don giv a demmmm. Haha, aku rindu kau orang semua. Seriesli. ;(

10 Disember, aku dengan budak2 ni datang nak sambut budak2 LK habis paper diaorang, hehe, nasib baik sempat sambut sebab bas yang kitaorg naik memang..lembab. Haha, rindu dengan muka diaorang, walau baru sehari tak jumpa. Sebab aku tahu lepas ni susah nak jumpa, sebab aku tahu bukan setiap hari dah aku mengadap muka diaorang ni, esp dormates yg aku palingpaling syg! Paling terharu bila tengok Bear, dia sgt sebak time tu. Hehe kitaorg datang jugak tau, tengok korang. :) Hadiah spesel drpd Bear 'nah jam aku ni, jaga elok2, kau dah banyak tolong aku' Aku tolong kau pun tak seberapa, tapi aku sure rindu kau, rakan sekatil! Haha.

Janganlah lupa semua memori ni, ya kawankawan? Ada rezeki kita boleh jumpa lah beb. :)




AKU SAYANG KAU ORANG!




December 10, 2009

Suck me down, it's time to rock and roll

Ah, akhirnya, aku tak ada rasa serba salah dengan buku-buku sekolah tiap kali aku menghadap komputer ni. Gahah. Tadi baru lepas makan dekat Sri Bunga, nasi paprik macam biasa orang tu pun dah menyampah kot dengar aku asik order tu je. Tapi aku suka paprik dekat situ! Rasa macam dah lama sangat tak jejak TTDI Jaya, setakat pergi Mosque, then balik rumah. Tak feel pun. Lepas ni dah free, boleh round satu taman kot. Hihi,

Okay, baru sehari dekat rumah, aku dah mula rindu kawan-kawan aku dekat sekolah, esp dormates. Sebelum ni tak pun? Hm barangkali sebelum ni aku tahu aku akn jumpa diaorang balik, sekarang tak ada lagi probability itu. Sekarang baru rasa rindu, mungkin sebab aku tahu susah untuk jumpa semua sekali lepas ni. Yang sorang dekat Pahang sana, ada yang dekat je dekat sini(itu tak kisah lah kan hihi) tapi havoc scene, sesi bergosip dekat dorm, tidur satu katil dah tak ada lepas ni. Rindu makan beramai dengan kamu semua, tahu? Rindu nak kejutkan Ayu yang memang susah(susah gila nak mati) nak bangun tidur. Rindu beronggeng, karaoke lagi lagi lagu Alesana, he he berjaya juga aku buat korang suka lagu-lagu band tu. Ngihi.
Oh ya, lepas ni dah tak ada kejar-mengejar kat asrama, Singgah Sahur versi Aspuri.

Tak ada lagi semua tu.

Harap lepas ni masing masing tak lupa ya? Ai lef yu gaisss! Hehe, I have no words to describe this. All this memories together being a high school student will always be in my heart, just like a tattoo.

Sehari sebelum paper Chemistry, aku ada suruh diaorang bagi kenangan kecil-kecil, so aku boleh baca dan blushing/terharu dengan apa yang kauorang tulis pasal aku. :)

'Kau best, boleh masuk dengan kepala aku, rox yo! Thanks for everything..'
'Tirot comel, tirot baik, best dapat kenal dengan kau, aku harap kita kawan sampai bila bila. Goodluck paper Chemistry esok. :)'
'Love u tirot, saayang tirot, baik sangat. best dapat kenal, keep in touch!'
'Best buddy ever, kau sempoi je :P'
'Em, macam2, pelik2, swit2, cute2, check2 rock2!'
'I laff yu'
'Tirot gediksss, org yg mempengaruhi aku minat alesana dengan paramore, the thing is you rock my world babehh, Sayang kamu'
'Kau 'batu'(rock)! Best punya olang!'
'Stay gila gila tau. I love you. HIDUP NOH DAN TIROT(best part)'
'Kau selalu hepi, suka kenal dengan kau :)'
'Take care tau'

Bukan semua aku tulis ni, sekarang pun dah mula kembang dah :P
Sayang kamu semua! :)

Alah, esok aku jumpa kau orang lagi, hihi. Esok lah kita ronggeng, kau orang pun dah habis paper LK kan kan.

Tiba pula teringat lagu Adrienne-The Calling. Aku ingat aku memang minat gila dekat band ni, esp vokalis dia yang hemsem tuu. Hihi




December 09, 2009

HABISSSSSSSSSS!

Lambat sehari, semalam lagi paper dah habis. So, SPM IS OBER!
Tunggu nak habiskan bulan Disember ni. Januari, cepatlah datang.


Oh, aku baru join twitter, hihi.

www.twitter.com/athirahskinny