Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.
Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

March 03, 2012

A Night Full of Joy and Laughter

I'm writing again in my blog! Wehuuuuuuuuuu. Itu pun sebab ada benda nak update X)

Now I'm home, for a few days before going back to college. Classes are over and now it's time to focus on final exam which will start on this 14th. Not ready for finals but can't wait for the exams to be over!

Ops. The main point of this entry is to update about a recent event which is the BBQ party. Partayyy ke? Wahaha. Akhirnya berjaya untuk buat satu event dan dapat berkumpul ramai-ramai satu kelas even ada beberapa orang yang tak dapat hadir, huu. All in all, it was a blast and we had fun. Kan? Before nak pergi rumah Naufal pun sangatlah drama, dengan hujan lebat, plan asal tak jadi (plan asal adalah untuk buat di kolej sahaja), kekangan masa dan sebagainya tapi everything went well at the end! I could see the face of joyness in every person, well I hope they enjoyed the night like I did. :)

Untuk cari hari seperti itu lagi, tak tahu bila sebab this is our last sem, intersession ada lagi tapi entah dapat kumpul lagi ke tak. Takpa, ada rezeki boleh buat lagi. We had fun sampai tak sedar dah almost midnight so tak dapat nak buat semua games, gitar dah bawak pun tak sempat nak main. :(

It's okay. Tengok gambar-gambar ni pun nampak yang semua orang hepi! Kenyang dan puasssssss. The food was, UMPHHH. Sodap :D So, macam biasa silalah enjoy the pictures, ada satu dua gambar yang saya curi ya.

Ok kamon!

Persiapan!



Acah-acah DJ


Tengok balik gambar ni. Rasa lapar balik. Dapnyeeeeeeeeeee 


Amjad dan adik-adik Naufal! Yang pemalu. Ahaks. 


Muka-muka pantang nampak kamera. Walaupun tengah makan.


Kitorang main game dare jugak. This is one of it, Ad kena melutut depan one guy dan dia pilih Babeng. Woot woot! 'Kau sangat hensem harini' Hahahahahahahaha. Dare yang lain pun osem! Semua orang sporting :D 



:'D 



Jengket dekat tingkap dapur. Ya bakal surirumah semua sedang menggoreng ayam dan menyediakan makanan. Nyummy! 


Yey, berjaya bergambar dengan adik Naufal yang pemalu. Otomen! 

  

Berjaya lagi X) Gaya otomen dan gaya apa entah. Tak dapat dikenal pasti




Kenapa bengang sangat muka tu? 






Yeyyyyyyy! We had fun! Seronok! Best!


The End. 




X)



February 23, 2012

Toteli osem!

Guess what happened in 18th Feb haritu? Ok pertama sekali mestilah ada common test, subjek TAX. Frankly speaking aku tak tahu la apa aku rasa lepas jawab common test minggu lepas ekekeke. Hoping for the best, but don't expect too high, yes.

Next thing yang berlaku pada tarikh itu, mestilah pergi tengok Avril Lavigne perform! Dari jaman sekolah kot dengar lagu dia, sampai sekarang. I love most of her songs, or should I say all? Ya nampak la aku kipas-susah-mati dia jugak hehehe hehehehe. Dengar Avril Lavigne nak datang Malaysia terus 'JOMMMMMMMMMMM!' Ha gitu.

Well for me, it didn't start good, but whatever happened that night, it ended well. :) Insiden yang memang menyusahkan hati seorang jejaka ni, nak enjoy konsert pun tak senang. Hee. Untuk performance Avril Lavigne, kena tahu dia bab-bab live ni kureng sikit tapi I still enjoy her performance, lagu pun best-best. :-D


Datang lew lagi. Hikhik. (Kopak la duit)


I'm officially your fan, Avril Lavigne. Ahaks.




RockZone!

Lepas ni dengar cerita Avenged, Evanescence datang Mesia? Wuhuuuuuuuuuu tapi kena tolak tepi lah nampaknya. Malas dah. Hehe




December 28, 2011

Happy engagement day, Sarah Feeney!

Special post to my dear friend a.k.a Nenek(this is what I call her) Sarah Feeney :-)

Congratulations, you're engaged! Terlambat sikit apdet, mereka dah apdet dulu. Here and here.

First time aku dapat agak yang dia ni akan bertunang bila dia tweet about something fishy, tak tahu kenapa terus agak pasal bertunang. I don't know, muka dia ni memang muka yang kahwin awal kot ngahahahaha. And it was true, apa yang aku agak memang betul. We're surprised dude! More to happy! Iyelah orang yang 'one step closer' ni, siapa tak gembira! Well, Nabilah la paling bantah sekali hahahahaha. Because we can't imagine when you're married and all, nanti degree tak dapat sama rumah lagi :C Hehehehehe. Sokay, apa-apa pun, congratulations again!

Here are a few photos hikhik. Ala dua photos je pun, I don't own this photos. Hehehehe, gambar dalam phone memang blur betul.


My friend is sho pretty kan :') Tak macam nenek pun :') Hahahaha k dah. That's her fiance, Mohd Ebby. Masa ni boleh pengsan tau time cincin disarungkan, semua pun teringin nak ada moment macam ni kan kan kan. Hahaha. And tak lupa, Mr. Yusuf Feeney is so cute! Very cute! Tak tipu. Hikhik :D


Awwwwwwwwww, kawan kita dah besar. Memang besar pun. Hahahahahaha ok tak. Harap-harap akan berkekalan, in a relationship full with barakah, InsyaAllah. :)


Yang penting, makanan sodap. Desserts pun sodap belaka. Ngihihihi.



Bila tiba giliran kita pulak ni? *berangan*
Sebelum berangan lelebih, elok muhasabah diri kot betulkan mana-mana yang kurang tu. Nak jadi bini orang lepas ke tak. Sobs.



OKAY CONGRATULATIONS :)

#nowplaying A Thousand Years by Christina Peri 



August 15, 2011

Belasan Terakhir (quick update)





Comel sangat kad yang sangat besar ni :D
Tahun terakhir aku jadi belasan, lepas ni dah tua. Sobz. Makin banyak tanggungjawab bebeh!

'Betapa bersyukurnya aku dikelilingi orang yang aku sayang'

Ps - Event lama, baru nak apdet! Hehehehehehehe





June 18, 2011



Opi dan Ecah missing.

Hearts.




March 03, 2011

Teater Meriam dan Afro


#nowplaying Lonely Soldier Boy - Hujan - Rindu pula nak dengar Noh nyanyi. :'D

Sorryyyyyyyyyyyy nak update haritu lagi tapi terlambat beberapa hari. Acah-acah bizi la, kuiz sana, test sini, homework sana, koko sini. Tu lah cerita dia.

This update untuk hariiii Ahad kalau tak silap. Ha yelah, hari Ahad sebab petang tu aku ada test Costing lepas habis tu terus pergi Puncak Alam. I went to Puncak Alam semata-mata untuk tengok teater ya, kawan-kawan. Haha, Wani yang ajak, kalau tak aku macam tak ada semangat nak pergi. Aku suka la pergi teater ni tapi kalau ada geng yang suka tengok teater jugak aku pergilah. :D Lagipun minggu lepas aku beli tiket untuk Movie Kembar Siang, yang Intan Ladyana berlakon tu tapi tak pergi pun sebab bas dia lambat gilaaa~ Plus ramai orang, so memang melayang la RM5 aku tu yang boleh buat makan-makan. So aku nekad la nak pergi tengok teater ni, taknak la melayang RM5 aku lagi.. Sedih weh penat-penat saving. Cehceh.

So, skip the part di mana kami penat menunggu bas yang lambat gila tu. Cis. Kami-kami sampai Puncak Alam around......tak ingat berapa. Hahahahaha tapi yang pasti teater tu start pukul 9 malam dan habis around 10 macam tu lah.

OVERALL, teater tu best dan sangat touching! Haduhhhhhhhh. Ni second teater yang buat aku rasa nak meleleh tapi tahan je sebab tengah pakai lens time tu. Ngehehehe, the story is about seorang abang yang berangan jadi pemain meriam profesional, dan ajar adik dia yang berumur 9 tahun - macam mana nak main meriam tu. Mula-mula was quite okay, dan oh ya, teater tu semi-muzikal :D So best la jugak dapat dengar diorang nyanyi2.

Tapi towards the end, saspens dan sad ending sebab adik dia mati sebab main meriam besi tu. Eh meriam besi eh? Tah gua tibai je ni. Punyalah aku dengan Pae tutup-tutup muka sebab saspen gilaaaaaa tengok dia main dengan meriam tu. Hahahaha, adeh. Memang berkesan la kira lakonan diorang tu sampai boleh touching gila in the end, Pae pun menangis tau teresak-esak haha. Omel angat. Setting cerita dia time raya, so the story line semua memang based on suasana malam sebelum raya lah.

And, aku sebak gila time diorang putarkan iklan-iklan raya Petronas yang sebelum-sebelum ni. You know, iklan-iklan raya from petronas memang inspiring kan? :')
Time tu, aku rindu sangat family aku.

Sooooooo, sudah pastinya aku enjoy malam tuuu. Teater best, dan balik Poji hantar ngeh ngeh ngeh terima kasihhhhhhh. Ingat memang nak jumpa yang lain-lain lagi, tapi tak sempattttt. :( Sebab naik bas kan, takut nanti dah plan nak jumpa tapi tak jadi sebab kena gerak dah. Tapi it was unplanned lah bila Poji ada kereta pulak time tu dan sudi hantar kitorang ke Puncak Perdana, thanks again.

Ok macam biasa, nah gambar!


Ziana Moi dan Atiq Sajja hahahaha. Comel lah tuuuuu


:'D Swit kan kan kan? Oh and that guy berlakon jadi bapak umur 54 tahun hahaha. Well done!


Lagi sepasang.

Portraits! Tengok masing-masing dengan shedap masing-masing. Ni yang rindu ni.. tett.


Ada lagi gambar tapi tak jelas sangat. Aku tangkap gambar dengan brader Afro, tak hingat nama cuma ingat rambut je. Afro weh! Tapi tak jelas sangat dalam gambar, wuu.

Okay itu sahaja untuk hari ni, ataupun untuk minggu ni? Hehehehehehehe

Terima kasih baca! (kalau ada lah)



February 26, 2011

Dikir Baghat dan Wayang Kulit


IT IS COMMON TEST WEEK PEOPLE!

Minggu ni bagi aku tak ada holiday doh. Mana taknya, pergi buat common test time weekend. Harini hari Sabtu - Financial Accounting test. Baru je lepas beberapa jam tadi, no komen. Aku taktahu nak cakap senang ke susah. Sebab it was confusing, bab yang aku lemah dari zaman SPM lagi. Dem. Taktahu la kalau orang lain cakap senang, but for me, I need to work harder since subjek-subjek semester ni agak mencabar dan lecturer yang mengajar jugak mencabar dan menguji kesabaran. Haha.

Sebelum study untuk Cost Accounting untuk esok hari, aku nak apdet la sikit pasal event baru-baru ni dekat kolej. Memandangkan blog aku terbengkalai, nah satu post dari aku. Satu pun jadi la kan?

Tak silap aku event ni dibuat pada Rabu malam kot, haaaaa betul lah tu. Last minute tahu, housemate ajak pergi tengok, front row bebeh aku duduk. Haha, kitorang duduk atas jalan tar je so housemates semangat bawak suratkhabar nak alas segala. Bahahaha, dan aku agak eksaited juga la, wayang kulit yang aku tak pernah tengok live. Apa yang menariknya pasal benda alah ni, well it was okay lah. Kalau aku faham loghat dia memang aku rasa best kot? Tapiiiiiii, aku tak faham sangat cerita dia so it was quite okay. Bahasa Kelantan kot, aku nak paham mende pulakkk.

Aku ada jugak terfikir seronok juga involve dalam benda-benda macam ni. Like, tradisional punya benda. Tarian ke, main gamelan ke, dan sewaktu dengannya. Aku sukaaaaaaaaa. Tapi kalau nak onvolve sekarang aku tktahu la kalau boleh lagi ke tak haha. Okay sebelum aku melencong ke parit, jom tengok gambar.

Kak Intan, kita post gambar-gambar ni tau! Hikhik


I was so curious about macam mana di sebalik tabir, banyak jugak la aku tanya pasal sebalik tabir ni haha. Dia punya karakter menakutkan kot, memang stail eh macam ni la kot.



Di sebalik tabir :D


Menyempat la sms-sms ni.

Lepas habis wayang kulit, ada performance dikir barat! Dariiiiiii apa ek nama kumpulan dia, tak ingat. -,- Tapi I enjoyed it very much! Tukang karut and, juara eh yang lagi sorang tu, memang suara habis sedap ah. Spontaneous, dan yang bertepuk tu paling semangat. Haha, awesomeee. Aku memang suka tengok dikir barat ni, seronok betul bertepuk-tepuk bagai ni.


Tukang karut. The bomb!


If I am not mistaken, ni one of the lecturers, kot? Muda kotttttt. Masa dia nyanyi lupa sekejap yang dia ni lecturer. Nak sainnnnnnnnnnnnnnnnn~ (Gaya time MDS)

Penutup memang the bomb. Walaupun jalan cerita wayang kulit tu aku macam, whaaaaaaaaaa. Tak faham dol. Tapi dikir barat really made my day. Dan agak stail buat event dekat gazebo, with the lighting, kalau buat persembahan dekat gazebo lagi stail kot, acoustic night ke, baca sajak ke. Woah. Seronok. :) Tapi dah habis tu, sesi paling ganas sudah semestinya sesi mengambil kupon. Hos cakap beratur untuk ambil kupon, MEMANG TAK LA NAK BERATUR. Habis orang yang pegang kupon tu diserbu, macam rusuhan pun ada. Tensen gila aku, tapi aku pun taknak la lepaskan peluang nak ambik kupon kan, kata duduk front row tapi tak dapat kupon macam mana? Huuuuuu. Memang tah pape gila ah time ambik kupon, panas hati gila. Time ni la kita boleh tengok masing-masing macam budak-budak berebut gula-gula. Comelzzzzz jew.


Jadi saya kira itu sahajalah dari saya setakat ini. Looking forward untuk event-event macam ni lagi. :D


PS - Seronok sangat enjoy wayang kulit dan dikir barat sampai tak siap homework dan ponteng keesokan harinya hahahahahaha. Syok ah

#nowplaying That's All She Wrote - Eminem ft T.I


PS lagi - Terbengkalai la nak pergi beronggeng cari sandal dan selipar minggu depan disebabkan ada cousin punya wedding. I TERforgot!

Dan sekarang, lu boleh pergi study ya, Athirah.