Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

March 31, 2010

Nak Update Tapi

..taktau nak tulis pasal apa. Eh actually ada je benda nak tulis tapi punca utamanya - malas. Hahaha, pergh berjangkit dengan Izyan ke?

Tiba-tiba aku perasan aku dah selalu lah jugak keluar, I mean selalu lah berbanding dulu2 kan, waktu sekolah. Wooo, dah sporting sikit lah parents aku ni *tanduk
Khamis ke Time Square, Sabtu ke BJ, Isnin ke Seremban, tiga-tiga hari tu, aku balik malam *tanduk lagi

Ba-ha-ha, alasan ke Times Square and Seremban balik lambat sebab train lambat, asik lah berhenti. Ha, orait lah tu kan alasan. Muhaha. Pergi ke Seremban alasan kukuh sikit, sebab nak apply sijil LCCI, dapat lah jumpa budak bola saya sekejap.

Dan atas sebab itu semua, dompet gua dah kering. Kering beb kering.


Haishhhhhhhhhhhhhh -.-


March 28, 2010

Layang-Layang,

Uuuu semangatnya akuuuuu! ^^

Keluar rumah dengan terburu-buru semalam, capai je apa-apa baju yang nampak dulu, haha. Terburu-buru sebab P.Jang datang time aku nak bersiap, so kena tangguh lah pulak nak bersiap tu. So it turned out to be aku lah yang paling selekeh semalam. Haha,




Bertungkus-lumus taknak bagi layang-layang lain tersangkut dengan tali layang-layang aku. Excited lebih, tali dia halus sgt, bukan nampak pun act hahahaha.


Comel kan sotong ni ^^



Kredit to Aisyah. Entah apalah aku gelakkan ni

Take 1 : Sorok-sorok

Take 2 : Cheeeeeeese

Masing-masing excited :)

Ni yang rindu zaman sekolah balik ni. Cit!


March 27, 2010

Aku Tak Ketinggalan Ok

Kehadiran P.Jang buat hati aku berbunga-bunga. Bunga yang mekar. TETT.

Tapi salah time -.-, tak sempat berbual panjang, aku kena bersiap nak ke BJ berlayang-layang beramai-ramai. (?!)

Today I got my present, from P.Jang. Thank youuuuuuuuuu for the SE Aino :)

P.Jang : P.Jang tengok kau pakai fon zaman batu je
At : -.- Itulaaaaaaa, senang, tak ada siapa curi. Haha
P.Jang : Ni ha, ganti fon zaman batu kau tu.
At : Hahaha orait -________-

Zaman batu pun zaman batu la, aku tak kisah pun. Sebelum ni memang aku tak pernah kisah pun pasal fon, tertarik tapi rasa macam malas nak beli. Haha, itu sebab aku tak kisah pakai fon even yang tak ada colour pun. Lagipun fon Zaman Batu ni orang malas nak usha kan, so tak payah risau la kalau ada msg2 yang private2 tu hihihihi.

Apa-pun, Im grateful, tenkiuuuuuuuuuu!







March 26, 2010

Gathering

Cerita panjang dipendekkan, semalam pergi KL dengan 14 lagi orang, main reason pergi untuk bermain di Cosmo's World dekat Times square tu. Tipula kata tak best mesti best punya! Haha, bukan senang nak keluar kan :S Pffffft,

Ecece pandang siapa tu

First destination, Subway. Actually tengah lapar tapi macam malas nak makan, sandwich kot. Malas la. Hahaha XD Agak lama la berborak, melepak warm up dulu.

Dalam pukul 12 baru gerak ke cosmo's World, masing-masing pass IC dan duit untuk beli tiket, beratur untuk ambil tiket lagi tu. Sooo budak sekolah haha. Sangat seronok sebab tak ada orang sangat dekat situ, aku ingat lagi time aku pergi dengan family, nak naik satu ride memakan masa lebih setengah jam kot. Gila la. So yesterday memang dengan senang hati naik ride-ride dekat situ, siap dua tiga kali lagi naik. Wohoooooooo I had fun! Tak sangka aku rupanya berani jugak awwww :') Hahaha, tapi roller coaster tak boleh elak dari jeritan la. Sori ajwad, dengar ai jerit dari mula sampai habis roller coaster, itu pun tak habis jerit lagi. :P Sayang la sebab roller coaster dia sekejap je rasa, baru nak WAAAAAAAAAAA, tiba-tiba dah habis, macam tu je. Masing-masing baru nak excited. Lain kali kena buat roller coaster setengah jam punya, baru thrill!

Lepas ride apa-tah-aku-tak-tau, sumpah loya. Dengan tak breakfast, aku terbaring dengan suka hati dekat situ. Yang lain pergi DNA Mixer, while aku, Ayu dengan Hanis cari port untuk tidur sekejap. Port bukan calang-calang, open punya! Hahahaha, segan tapi, kisah apa kami. :-D

Okay, jadi saya terlalu malas untuk menulis kerana terlalu banyak gambar dan saya rasa biarlah gambar yang menceritakan segalanya. TETT.

Goyang jugalah nak naik roller coaster tapi saya cool kan? Hahahaha. Tapi ke-cool-an(?!) aku terjejas disebabkan aku memanjang menjerit jeeeee. -.-!

Ride yang gayat. Aku tak suka

Hah! Di Pavillion. Ada orang tu gatal nak jejak kaki, konon tak pernah, so nak lepak la. So Faiz bawak la ke Pavi ni, ada apa seh Pavi!(Orang kurang mampu shopping dekat Pavi memang merungut macam aku) Kami semua hanya tawaf, dan duduk melepak, ambil gambar, ok belah. Macam tu aja. Pavi kottt. PFFFFFT.


Kredit untuk incik/cik yang menangkap gambar ni, aku tktau siapa yang snap. Tengs!



Maklumlah, tiada duit, jadi hanya berdiri, tengok orang shopping.

Boleh nampak kan muka siapa paling boring?

Finally lepak dekat Sg Wang, (Eh yeke wei?) Haha, sampai malam, sumpah la lepas ni aku nak balik awak sikit, takut pulak keluar sampai malam ni. Heeeeeeee, apa-apa pun fiuh sebab telinga tak rasa panas bila sampai rumah.

I HAD FUN!

Awak ke orang yang makan dua pinggan tu? :D


March 24, 2010

Kau tekan yes ke no? Haha

Siapa Budak-budak Sekarang?


Dah tau dah siapa yang semangat tengok How T0 Train Your Dragon Wheeeeeeeeeeeeee :P


March 23, 2010

Ah Chuuuuuuuu

GILA TAK BEST LAH HARINI. Hachoo.


March 22, 2010

Tiga Hari Dah Cukup

Kemahiran sosial aku memang dah terjejas. Tiga hari aku kerja as promoter dah cukup. Betul, lepas ni aku malas dah buat kerja ni. Aku loser.

Malam sebelum pergi kerja, aku tak dapat tidur langsung. Bukan sebab aku terlampau excited nak bekerja, tapi sebab nyamuk yang gila besar dan gemuk belaka dekat kampung. Banyak pulak tu, memang salah la aku pakai baju hitam malam tu. -_-! Aiyo, sampai pukul 2 pagi aku tukar tempat tidur. Aku pergi dekat sofa pulak, dekat sikit dengan ubat nyamuk, yang bakar tu kan. Tapi nyamuk tu kejar aku! Finally pukul 5.25 aku baru terlelap, time tu dah kena bangun dan bersiap. Dem. Masa tidur aku habis macam tu je. Dem sekali lagi.

Day-1 :
Masuk PWTC jumpa Eddie, although aku rabun tapi aku tau tu dia. Haha. Then jumpa lagi geng-geng dia, fain. Ramai la pulok. Then we headed to our booth, gila hujung dunia ok. First day was okay, walaupun tak banyak sale, disebabkan booth kami dekat hujung-hujung exhibition so bila promote orang cakap 'Oh dah amik dah tadi dekat bawah'. It was hard to find the first customer, tapi bila dah dapat customer, nak promote lepas tu okay dah, tak ada gabra sangat. Tapi mulut aku tetap berat nak bersuara. Aku kan pemalu. HAHA

Day-2 :
Sale meningkat! Daripada first day, although tak dapat sale sebanyak Main Booth tu, it was exciting bila dapat customer, rasa macam dah dapat 20 orang padahal baru 2 orang budak sekolah. Mulut aku dah ringan la sikit kan.

Day-3 :
Rasa macam tak ada mood, junior saya, Hanafi sibuk tanya okay ke tak okay. Haha, sebelum aku rasa annoyed, aku belah daripada dia. Bukan aku tak okay, tapi rasa malas. Malas nak cari sale wahahaha. Sori Hanafi, apa-apa hal rilek aja ok?

So, conclusion selama tiga hari aku kerja dekat PWTC, aku jumpa macam-macam orang. Ada yang gelak je tengok orang promote tapi tak kena layan, pergi jalannnnnnnn la wei. Hahahaha, but overall it was a great experience, kalau dulu orang yang promote aku, aku mesti buat dek, buat-buat tak dengar, lari daripada orang tu sebab malas nak dengar apa dia cakap. So semua tu, aku dah kena balik. Hahahaha, baru aku rasakannn. Ada yang manis, ada yang pahit nak ditelan, apa-apa pun, aku still enjoy kerja tu, wheeee. Actually, minggu depan sambung sabtu dan ahad, tapi aku rasa macam taknak je sambung. Sori maklong, lepas ni maklong kena cari orang yang lebih ringan mulutnya. Hahahaha. Bukan macam saya ni, ok.

PS : Budak TTJ apasal aku tak terserempak langsung?! Tak ulat buku la korang ni, hahaha tak syiok. Kecuali ada budak yang tegur aku, tanya aku budak TTJ ke tak. Then bila aku cakap ya, sengih2 tapi tak cakap apa-apa, er aku tak cam kau lah, sori.


March 18, 2010

Hitam

Ok, dah packing. Aku baru perasan, baju aku masukkan, semua hitam. Ok bukan semua, mostly. Gilalah, daripada t-shirt sampai jeans. Hitam!


Apasal bila tengok semua hitam dalam beg, rasa macam..dull gila aku ni.


Ok sekarang makan!


Packing

Packing, salah satu benda yang aku malas betul nak buat. Aku kalau packing memang lama. Lama ya Farid, lagi-lagi kalau aku nak packing untuk tidur lebih dari dua hari. Ada je yang rasa-rasa nak bawak, kang nanti kalau tak bawak bila dah sampai destinasi, terasa macam 'La, menyesal tak bawak tu tadi.' Kadang-kadang kalau bawak pun bukan pakai. Pfft. Biasa la tu, aku. Haha. Tapi untuk harini, disebabkan nak gerak dengan Ktm, barang memang kena limit la. Dan aku fikir ala, balik just untuk tidur, syif dari pagi sampai malam. Confirm tumbang la kalau balik! Nak online pun macam tahan je mata aku. Oh, btw aku kerja promoter start esok. Esok ai bizi, ya. Wheeee.

Sakit perut la pulak. Ish.

Oh ya, esok Eddie pun ada kot, sep! Sama-sama promote Celcom hahahaha. Jumpa kau lagi la esok.

Okay, packing!


March 17, 2010

Selamat Atau Selesa?

Segar rasanya baru lepas mandi, kalau tak tadi rasa melekit, tak selesa langsung. Hachooooo! Tula mandi malam-malam. Isk.

Siapa-siapa yang ada masa minggu ni datanglah PWTC, ada International Bookfair, start 18 Mac kot, tak berapa sure lah. Hehe, actually Jumaat ni aku jadi promoter untuk Celcom, malas cakap lebih, kalau jumpa tu, jumpa la eh. Haha, before start kerja, ada training which is hari ni. So pagi tadi pukul 9 lebih dah on the way ke Ktm, janji pukul 9, janji Melayu kan. Aku fikir aku la paling last sampai, gelabah macam taik ingat Wawa dengan Izzati dah lama tunggu, last-last call diorang cakap on the way lagi. Hadehs, bikin gua cuak je. Semalam masuk bilik dah pukul empat dah masa tu, nak tidur tak boleh nak lelap, asik terjaga je sampai pukul 7. Baru lelap, alarm dah bunyi. Adalah dalam tujuh lapan kali handphone aku berbunyi, paling best aku set alarm dekat dua fon. Haha! Dua-dua aku tak peduli, sambung tidur, tak puas gila rasa. Lelap punya lelap dah pukul 8 lebih. Gila, aku dahlah siap punya lama, time tu jugaklah aku baru nak cakap dengan ayah mintak tolong hantar ke Ktm. Paling laju aku siap, ingatkan dah lambat. Rupanya aku orang first yang sampai. Hampehs je hahaha. But it's okay, boleh la cuci mata sikit sambil menunggu ^^ Budak sekolah je ramai, ceyyyy! Mentang2 dah habis sekolah.

Kredit kong, on the way ke Putra, Maklong asik call je. She's the one who offered me the job as promoter. Aku on sebab kesian Maklong tak tau nak contact siapa, alang-alang aku ada, aku free, so dia offer. So harini ada training dekat Jalan Ampang, kejap je lagipun, tapi harini aku rasa masa berjalan dengan lambat. Sungguh. Bila sampai Shah Alam tu, rasa macam nak buat sujud syukur je, kan Wawa? Haha

  • Time briefing dekat dalam bilik yang penuh gila promoter2 lain, perut aku dengan senang hatinya berbunyi. Izzati, kalau kau dengar kau lah orang paling bertuah sekali haha. Yap pagi tadi aku tak sempat breakfast pun. Semua kelam kabut. Huru hara.
  • Met Jaja and her friend, Farah. Haha, adorable gila kot, tak sangka Jaja kecik gila. Jaja, if you're reading this, no offence okay, :P And sorry sebab bagi information last minute sebab i pun baru tahu dekat Jalan Ampang -_-
  • Mintak Maklong drop dekat KLCC, konon nak bersiar-siar, tak shopping pun. Duit saving hahahaha. Guess what, lepas bersiar, tengok jam dah pukul 5(kan? Aku lupa la) so decided nak balik lah. Okay actually tak berapa mahir la kalau nak balik dari KLCC ni, so amik LRT, nampak Terminal Putra.
Garu-garu kepala, 'Ha tu, terminal putra'
'Haaaa, ok kita naik sampai situ'
'Oraaaaaaait'

Dengan kondifen lah kami semua beli tiket ke Terminal Putra. Series tak tahu apa-apa! Terminal Putra dengan Putra lain! Lagipun tadi naik KTM, bukan LRT! Pfffffffft haha tak terfikir langsung, masing-masing fikir nak balik je, nampak je Putra terus beli. Masuk LRT rilek gila, tengok-tengok tiket tak ada pulak stesen Terminal Putra. 'Weh! Apa benda niiiiiii?!' Mula cuak. 'Takde tulis Terminal Putra pung? Ada sampai Gombak je?'

Omaigod. Takkan sampai Gombak kot. Rupanya Gombak tu dah tukar ke Terminal Putra or Terminal Putra yg bertukar jadi Gombak. Ontahlah apa-apa pun, dah salah jalan ni. Sampai ke Gombak pergi, stesen paling last hahahaha. Okay time tu kami semua dah pasrah gila, keluar konon nak cari bas, pakcik tu kata dik sori tak ada bas eh, naik balik, sampai KL Sentral. Masa tu tak rasa penat lagi, belum berpeluh-peluh lagi. Sampai KL Sentral, Wawa taknak naik Ktm sebab ramai orang, tak selesa. Ok, decided naik bas. Tapi kena jalan jauh sikit, kena keluar Sentral dulu. Lama, jauh. Penat. Haha, berjanggut tunggu, yang bestnya, ada la seorang dua manusia yang aku taktau jantinanya apa, konfius sungguh. Badan lelaki, tapi pakai macam, er. Faham-faham jelah kan.

6.30, bas nombor 80 sampai! Bas 80, bas yang pergi Shah Alam. Aku masa tu tak sedar bas tu dah sampai, aku malas nak jenguk sebab aku tak pakai spek, duk sibuk main dengan camera Wawa, dia dua orang dengan Izzati sekali menjerit 'BAS NO 80!' Dah nak tercabut la jugak jantung aku, tapi lepas tu excited gila sebab finally! Dapat jugak transport balik Shah Alam! GILA LAMA TUNGGU HAHA. But part yang tak best kena berpusu-pusu, macam biasa aku la orang yang beratur paling belakang, Wawa dengan Izzati dah lama naik. Dan yang paling tak boleh pergi, pakcik tu cuba nak tutup pintu tu. Like wtf man, agak-agak sikit kang aku tersepit siapa nak jawaaaab. Nak kata bas penuh, boleh lagi masuk, gila saja do pakcik tu, muka pun kerek semacam, dan 5 minit pertama aku habiskan air liur aku dengan mengutuk pakcik tu. Tambah lagi dosa aku. Bagus sangat la tu, terima kasih pakcik.

So kami semua terpaksa berhimpit hampir satu jam, dah tak terkira dah berapa kali aku menguap time tu. Izzati berborak dengan Wawa, aku berborak dengan sorang makcik ni, which mostly apa yang dia cakap aku tak faham, tapi aku angguk jela buat-buat faham. Dan aku telah dimalukan sebab aku first time naik bas dari KL, makcik tu dah otai. =.= Dekat sejam tu jugaklah perut aku meragam, nak kata lapar aku pun taktau, tapi aku rasa aku boleh tidur kot even kalau berdiri! Haha, series aku rasa penat, terbayang dah katil aku.

*Bila nampak signboard 'Selamat Datang Ke Shah Alam'

FIUHHHHH RINDUNYA DEKAT SHAH ALAM NIII. :')
Dah nak sampai akhirnya. Rasanya nak buat sujud syukur, terlampau lampau happy la. Harini perjalanan dengan pengangkutan awam, siap sesat pulak tu. Sampai Gombak dah pun. Penat, haus, muka berminyak-minyak, badan dah melekit, semua tu hilang bila bas berhenti dekat Tesco.

FINALLY. Kami pulang ke rumah dengan selamat, dengan kenangan manis digigit nyamuk time tengah menunggu untuk dijemput. -_-

Sumpah, lepas ni tak bagi pisang berbuah dua kali. Cukuplah harini, zzzzzz


Kalau Bosan


Had a conversation with saufi.

Klik sila.

Aku bagi dia cilok gambar aku pulak. Menyesal, tapi takpa, demi braderrr hahahaha. Dia amik gambar ai yang ni.

Sebelum

Selepas

Sekarang korang dah tau kan siapa paling bosan? Saufi la tu, jeles muka aku lagi comel dari dia hahahahahaha ok.

Selamat malam!



March 16, 2010

Dua Tahun Sebelas Bulan

' When people walk away from you, let them go. Your destiny is never tied to anyone who leaves you, and it doesn't mean they are bad people, it just means that their part in your story is over. '

Betul la tu, kan? ;(

Post ni, its not that I'm not getting over the past atau sebab aku tak boleh move on ke apa. Sebab benda ni dah lepas, dan aku rasa malas dah nak fikir pasal ni lepas ni, so maybe ini last post aku pasal dia. Ok? Kalau tak ok, tak payah baca, ai tak kisah. Huuuu

Dia, aku kenal masa tusyen aku satu kelas dengan dia. Well, disebabkan aku rabun aku takdelah rajin benar nak usha-usha orang, tengok-tengok keliling kan. A fews days later, aku dapat satu msg by satu unknown number. Suruh teka-teka pulak, aku panas la lama-lama, malas aku main teka-teka. Belum sempat nak kena caci, he introduced himself. Ohhhhhhh, satu kelas tusyen rupanya, SATU SEKOLAH PULAK TU. Aku tak pernah tahu. But, muka dia nampak familiar la, kalau terserempak dekat sekolah pun maybe pandang sekali imbas jelah.

We contact each other since satu tempat tusyen kan, nak escape pun tak boleh la. Everytime kalau dekat tusyen aku pandang dia, nak senyum la cakap hi, dia pandang balik dengan muka stok garang gila. Maybe sebab mata dia kot hahaha. Tak sempat senyum aku dah tunduk balik, masa tu macam er, gila garang dia ni. Tapi apa-apapun aku enjoy messaging dengan dia, tak sampai a month kot, aku lupa, we got together. Aku tertanya jugak betul ke apa aku buat ni, dengan terima dia, but then I realised there's something about him that I don't find in other guys. Bla bla bla, ayat klise semua lah kan. Pendek cerita, he's the first one I fall for.

Idk why tapi everytime kalau dia bagi something, benda tu mesti pink, tak pink pun mesti yang girly-girly punya. Of course aku appreciate, tapi perlu ke kaler pink. Ihihihi, tahun pertama was okay, aku dah cukup bersyukur dengan apa yang ada masa tu, ya, klise lagi. Haha! Benda paling seronok kalau nak bergambar, memang susah gila. Semua kawan-kawan kalau cakap nak tengok gambar, mesti nampak muka kena tutup dengan tanganlah, tunduk bawah lah, pandang tepi lah. Artis kan. Tapi itu dulu, sekarang dia dah ok kot kalau bergambar ni, dah boleh nampak muka.

:-D
Dah bosan dah? Ok boleh stop sini la ya, terima kasih

After a year, well dia berubah. Aku rasa aku pun berubah kot, sebab time tu aku pindah sekolah, dah makin jauh. Long distance relationship, memang menakutkan. Dan benda yang aku takutkan tu dah pun jadi. Before it happened, we hold on to each other for 2 years and 11 months. Hampir tiga tahun, dan aku tak pernah sangka benda ni semua berakhir time betul-betul tengah SPM. Sebelum tu memang aku tahu dua-dua dah tak macam dulu, tapi masing-masing cuba untuk bertahan. Sayang kalau nak lepaskan macam tu aja. Dia pun fikir macam tu, kot. Sekurang-kurangnya itu yang aku fikir pasal dia, jadi aku pun bertahan. Time aku dah mula rasa this relationship akan jadi macam dulu balik, time aku rasa kita ada harapan lagi, start all over again, dia buat keputusan, untuk putuskan. Macam tu aja. Yap aku dah terkelu dah, in my mind I was only thinking - it's over. It really is, over.

I can't do anything to stop it, I just can't. Dalam kepala aku masa tu, kalau dia dah buat keputusan macam tu, aku nak halang pun lepas ni mesti tak sama punya. Tak pernah akan sama punya. So saya terima dengan redha. Hahaha, mula-mula memang tak boleh nak terima, my other half is gone masa tu. Tapi for the sake of SPM, aku tak fikir banyak pasal hal tu. SPM beb, takkan pasal tu aku tak boleh jawab paper, even it's so hard, I feel like giving up. Tapi alhamdulillah la nasib baik paper tu tak kantoi wheee.

I've lost someone who's very important to me, you know it sucks, right? So aku tak boleh nak move on, berkabung je lah kerja aku hahaha. Seriesli, it's not that easy, tak boleh terima sebab masa tu, I know there's still hope for us to be happy again. Benda ni macam, tiba-tiba. Siapa boleh terima? Aku tak boleh, hehe.

Tapi lepas tu aku fikir, okay maybe lepas ni I'll find a better person, he'll find her girl too someday, a better girl for him. Life goes on, that's what people keep saying to me. I understand that, I finally did. Like, aku baru lapan belas kan. :P

Just keep praying to Allah that there will be more happiness in future, you never know.

'Apa yang dah jadi ni kau jadikan pengajaran, jangan la sampai tak move on, aku tahu kau boleh'

Awww thank youu braderrr haha.
Tapi apa-pun, aku tak menyesal kenal dia. Sedikit sebanyak dia dah mengubah aku, menjadi aku yang kau lihat hari ni. Dia ajar aku untuk jadi lebih kuat. Ada lagi yang lebih baik menunggu, yelah, macam orang-orang lain cakap tu. Move on. Life must go on. Hidup masih panjang.

Hey Dia, aku doakan kau bahagia lah ya. Series cakap ni! Haha glad to know you,

Ok, ni post terakhir pasal dia. Terima kasih sudi baca ya *macam ada je


Yoshiki Hayashi






Pertama Kali OK!

Rasanya macam dah lama tak keluar dengan ayah, sebab ayah busy, bila dah balik rumah dia keluar meeting lah pulak lepas tu, and aku, memang malas nak keluar kalau setakat pergi kedai runcit just untuk beli telur. Sumpah malas.

Ni nak habaq mai, semalam pergi ambil gambar untuk lesen, ya, lesen. Aku dah lama pass tapi tak drive-drive lagi. Kool la sangat. Sebab gambar lesen tak ada, so lesen tak siap, bila lesen tak siap macam mana aku nak amik? Jadi semalam aku terpaksa la pergi jugak amik gambar, alang-alang ayah baru balik kerja tu.

'Er, kak, gambar boleh senyum nampak gigi kan?'
'Ah apa dik?'
'Gambar, boleh senyum nampak gigi kannnnnnn?'
'Gambar untuk apa ni dik?'
'Untuk lesen'
'Oh, ha boleh boleh'
'Hahahahaha, ok'

Selama ni gambar pasport aku tak pernah ok! Problem mesti tang senyum aku. -_____-!
Aku kalau senyum untuk gambar pasport tak pernah la nampak gigi, even though sebelum tangkap dah siap2 fikir dah, ok make sure senyum elok2. Tapi tak pernah elok jugak. Everytime aku dah pose senyum baik punya, akak tu tak ready lagi, so aku rasa macam senyum tak ikhlas je, aku tutup mulut terus. Huhahaha. So semalam, Finally gambar aku ok, siapa nak tengok memang aku ok! Hahahahahaha,


ok dah. Jom makan.



March 15, 2010

Benda yang berlari-lari lagi dalam otak aku ;

1. Lesen tak amik lagi. Berzaman dah pass. En Rafi call pagi tadi aku tak angkat, zzzz. Hahaha
2. Fikir pasal offer maklong nak kerja promoter untuk Celcom untuk Jumaat Sabtu Ahad ni dekat PWTC. Aku okay je, cuma leceh pulak Rabu ni ada training pulak. Maklong kata tidur rumah dia, hm. Dan lagi satu, aku kena ada geng. Siapa mau? Haha
3. I bought this ubat untuk benda alah dekat jari aku. Apa tu, ketuat ke ha? Ye kot haha. Dah lama dah ada tapi baru nak beli ubat haritu. Akak tu bagi ubat Hurix Corn Solution - Ubat Ketimumul. Apa ke pelik gila nama dia, ketimumul? HAHA

Petang ni kena settle amik gambar untuk lesen! Asyik tergendala. -_-! Ibu asik kata itu ini - kena practice bawak dekat2 dulu, kena bawak kau pergi round about, biasakan. Pfft, aku masih belum kisah semua tu, selagi aku tk dapat lesen. Apa-apa hal lesen dulu ok?

Today is super-boring. Aku dah taktau dah nak buat apa, nak keluar, memang susah lah. Jadi skil sosial aku dah terjejas. Kalau aku keluar dengan kau orang tak bercakap apa-apa, bagi aku masa, sesuaikan dengan keadaan luar haha. Pathetic gila. Huu. Well tadi tengah main dengan laptop ibu, dah lama dah repair hard disk dia tapi harini baru nak bukak. I thought ibu format balik, so macam brand new lah kan. Tapi no, bila aku bukak macam-macam keluar, paling tension kalau aku nak click icon dekat desktop dia pergi dekat icon lain. -_-! Ah! Aku bengang, sampai sudahnya apa aku nak bukak langsung tak dapat. Dem. Tapi bila adik try, boleh pula, siap boleh main webcam lagi! Hahaha, so apa lagi, lepas rindu la dekat webcam wheeeee. Pictures will be uploaded later ok :-)


Something to escape myself from boredom!

Aku pun main bubol ni. Ni semua gara-gara Aiman ok. Haha, mula-mula memang aku macam Errrr, apa benda ni. Those creatures, pelik-pelik. Tapi yang best kalau yu ols boleh reka sendiri bubol ni. Wheee, dan aku punya yang merah tu. Pendek je kan. Aku bagi dia nama EE-YU. Lebih kurang macam, euw la. Aku tak ada nama lain yang sesuai, EE-YU la jadinya. But bila part 'Squash Some Bugs' tu, kau macam penyek-penyekkan dia. Geli gila, tapi ni la masa aku nak balas dendam dengan creatures yg sgt menggelikan tu. Dalam internet boleh lah, kalau real life, kau belum tengok aku terlompat-lompat kalau jumpa lipas ke, cicak ke, even kupu-kupu pun. -,-
Im starting to like this game, hahaha gila tak ada life kan. Weehoo!


March 14, 2010

Pelan Rahsia #2



A,

P/s : Harini 14/3, 143. Nombor yang comel. Happy 143 day! Haha kalau dulu sibuk semua orang nak forward pasal harini, kan. Tapi harini takda. Sobs


March 13, 2010

Ekspo

Went to Kompleks Belia today. Macam biasa, ramai gila orang. Yang paling excited pergi - Ayah. Yang kejut aku pagi tadi - Ibu dengan Ayah. Yang siap dulu - Ayah. So kira paling senang cakap, ayah lah paling semangat nak pergi ekspo tadi tu. But it's worth it, I thought of taking DIA(Diploma Of Accountancy) and aku dapat banyak jugak info pasal fakulti tu. Pasal nak amik ACCA, bla bla. Haha! Met old friends too. Kawan dari teknik pun ada, nak bertegur tu jelah tak sempat. Bayangkan kalau ramai orang, kau stop tengah2 dunia tu semata2 nak menjerit sebab dah lama tak jumpa. Berapi lah orang lain kan hehe. Aku jumpa Arafat, peh paling pemalu lah dia. Konon-konon aku tak sedar dia lalu sebelah aku, main sorok-sorok muka haha. Habis lah kena terjah 'Ha! Ha! Sorok muka!'

Course lain tak amik tahu sangat, time tu aku dah penat gila, panas gila, so straight pergi lunch, then balik. Zzz, terus tidur. Zzz

Part paling best, time balik aku baru perasan zip. OMAIGOD. Adakah?! Hahahahaha. WALAWEI


March 11, 2010

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan aku harini, semoga aku mendapat keputusan yang cemerlang, moga dapat membanggakan ibu dan ayah. Dan aku redha dengan ketentuan-Mu, kau tenangkanlah hati ini.


Aminnnnn,

Selamat mengambil kertas harini ya. Whee!


March 10, 2010

Menghilangkan Diri?

Takdalah sampai nak membawa diri. Esok kalau agak-agak aku tak angkat tu, faham-fahamlah. Sama ada aku malas nak bawak fon atau aku saja-saja takmau angkat. Nak kena umum, esok saya sukar atau tak akan dapat dihubungi muhahaha. Tapi of course ada exceptional untuk orang-orang tertentu ya. Bak kata ziha, sharing is caring yau!


So, goodluck untuk kamu, kamu, dan kamu. :-D


Inbox

Inbox (7369)


Haduish malas betul lah.


Fesbuk, Facebook, MukaBuku


Jelas sekali aku dah mula berpaling pada Facebook, Myspace makin berhabuk. Semua myspacers pindah Facebook. Satu benda pasal Facebook ; kurang privasi. Ataupun, tiada privasi langsung.

Sekarang kebanyakan family aku dah ada facebook, cousins boleh terima lagi. Mak, ayah, makcik, pakcik, semua dah ada facebook. Untuk family mak aku, which adik beradik ada sembilan orang, sekarang tujuh orang dah mula muncul. Nak taknak approve jelah, kan.

At first, aku rasa macam oh kool gila auntie2 dan uncle2 ada facebook! Maju dah wei. Tapi kalau bab nak post something, kena fikir banyak kali, kena tapis siap2, kalau salah tulis boleh mendatangkan salah faham dekat pakcik2 dan makcik2. Kawan aku tk kisah, memang boleh terima punya, tapi kalau sampai dekat makcik atau pakcik atau ibu atau ayah, mungkin kena report atau kena perli dekat kampung, atau mungkin akan geleng kepala kerana status yang diupdate dianggap terlalu agresif dan..melampau.

Huish itu yang susah tu. Satu lagi kalau post gambar-gambar. Main tapis-tapis pulak, nak letak gambar sensasi sikit tak jadi. Wahaha.

Sekarang kat rumah, komputer tak pernah la tak ada orang. Kalau aku habis guna, ibu pulak muncul, lepas tu ayah. Lepas tu aku balik. Amboi semua bermuka buku je nampak. Maju, maju.

Aku nak buat satu lagi akaun facebook, yang sekarang ni untuk kawan2, yang lagi satu khas untuk family. Wah. Mimpi jelah aku.



I thought it was for real


You called and we talked for hours, we sounded so happy. I checked my phone, then I realised it was just a dream. You disappear, just like that.


Huh, orang bahagia, biar lah. Haha


March 09, 2010

Bak kata ibu, training

When I was busy watching videos on youtube, yalah, khusyuk pulak tu (no, bukan video tak senonoh ya, semua senonoh2 belaka) suddenly dengar monster kecil menjerit, lalu menangis.

I : Thiraaaaaaahh tolong, tengok Aisyah ni!
A : Apasal bu? (agak bengang sebab terganggu)
I : Aisyah terkencing niiiii
A : HAH?! (tak pandang lagi tu)

$^#&*%?!!

Yes, tahan punya pasal, last-last tercicir dekat situ jugak. Aww man.

Dan siapa lagi kena cuci kalau bukan aku? Kata bibikss. -_-!

I : *gelak Ha nilah training namanya
A : Iye iye iyeee.

Cari punya cari mop, jumpa memang jumpa. Baru nak mop batang dia pulak tercabut! Apa semua ni T_T
Terpaksa la ai guna juga mop yang dah tak ada batang tu.


*Tarik nafas
tak apa tak apa, training training. Aisyah, lepas ni tolong kakak. Jangan tahan-tahan! Everrr!



Merapu Merapik



Huhahaha. Dah lama tak buat benda alah photofunia ni. *Mulalah perasan.
Kamon semua main! :-)


Citarasa Musik



Siapa yang tanya aku soalan ni dekat formspring? Yang berbunyi ; sejak bila kau layan lagu2 gila ni?!Haha

Cerita-cerita pasal muzik ni, aku sukaa. Kalau dapat orang yang sama favourite genre aku ; Hardcore, lagi best. Tapi that doesn't mean lagu-lagu ni semua lagu gila okay, of course ada certain yang kerja menjerit, sepatah harammm aku tak faham. Ok yang tu aku tak berapa layan sangat. Kalau macam tu, lebih kepada noise, bukan lagu - taik telinga aku boleh cair kalau dengar, memekak. Haha. Screamo, my favourite too. :-D And my favourite band - sudah tentu Alesana. Besides vokalis yang bersuara unik, live boleh tahan juga. Aku suka. Jrock pun kool, yu no.

Tapi buat masa sekarang, aku rasa aku dah kurang dah melayan lagu-lagu headbanging ni, dah mula terpesong kepada slow rock, dan jenis-jenis lagu macam Eisley, Regina Spektor, Coldplay. Eh, dan jangan terkejut Super Junior pun aku layan! Betul, aku tak kisah dengar lagu-lagu pelbagai ni cuma sekarang ni kalau aku nak dengar lagu, aku akan cari lagu-lagu slow dulu. Karat lah sikit, yu. Hee

Mungkin betul lah ada orang tu kata, even aku layan hardcore, jiwa tak se-core mana pun kan. Mungkin juga sebab tu aku layan lagu-lagu 'gila' ni sebab aku malas, malas kalau dengar lagu-lagu slow, mulalah teringat kisah itu, kisah ini. Fuh, series aku malas. Dengar Alesana, Saosin, aku rasa lagi best. Feel. Tapi sekali kau rekemen aku lagu macam Munajat Cinta, Lie, LaLuna, paling feel lah aku. Tskk, teresak pun boleh.

Ps : No, aku taknak dicop jiwang, emo macam saufi. Or memang aku macam tu? Taknakk haha

The Gazette. Terbaik! \m/




Bahang Bahang

Sejak minggu lepas lah, tak henti-henti post pasal 11 Mac. Ada apa dengan 11 Mac? +.+!
Ya, result SPM! Kaki dah mula terketar, tangan dah mula menggigil, otak dah nak meletup bagai bila fikir pasal result. Lagi best ada yang pergi bercuti lagi sebelum result. Wahaha. Siapa la tu eh? Daripada gabra nak dapat result sampai lah gabra tang nak pakai baju apa, nak naik dengan siapa, nak pergi mana lepas amik result. Macam-macam. And as for me, Im still not sure nak pergi dengan siapa. Sama ada pergi dengan ayah, or pergi sendiri naik Ktm. So right now, apa yang nampak jelas my choice is - pergi sendiri naik Ktm and tunggu Sharina dekat KL Sentral. Dan hooray buat aku yang tak pernah gerak ke mana2 naik ktm sendiri, all by myself. Tak. Pernah. Tak pernah. Jadi khamis ni aku akan buat2 kool pergi KL dengan sendirinya, berbaju kurung - itu sebab saya malas benar nak pilih baju apa yang sesuai dipakai ke sekolah. Maklumlah, sekolah ni macam-macam. Kang tak memasal siapa yang pakai jeans tak boleh masuk sekolah. Masa tu semua gerenti buat rusuhan. Pfft. Bekas guru dah tak boleh jejak kaki ke sekolah, ini pulak bekas anak murid? Tak relevan langsung. OKAY BALIK SEMULA KE TOPIK ASAL. Gerak KL seorang diri, lepas tu baru gerak dengan Sharina. Haih, boringnya plus takutnya. Wahaha. Agak2 siapa nak teman aku naik train tu, dialu-alukan. :-D Oh, yang lain2 ni nak pakai baju apa pergi amik result nanti? Goodluck!

Pfft, semua dah post pasal 11 Mac dekat Facebook, Myspace. Aku dah jemu, dah bosan. Menghadap jelah hari yang ditunggu-tunggu ni, ya.


March 08, 2010

Little Blue Devil,

No words, just pictures. Enjoy!










Pelan Rahsia

"Hey, syok tak ni?"
*Angguk2
"Haha apa angguk2?"
"Hee"

Terima kasih untuk haritu, awak. Saya dah tahu dah siapa makan burger lagi comot, siap habis dua helai tisu lagi. Terima kasih awak sebab tak lepas geram dekat saya, orang yang jual t-shirt tu pulak yang marah kan? Haha! Nasib lah kata customers always right, marah betul nampak bila tak jadi beli baju. Paling2 terima kasih dekat awak sebab sanggup ulang-alik sampai balik rumah terus kena gastrik, hee. Untuk hari tu, terima kasih untuk awak sorang je. Kasih saya diterima tak? Ha ha. Mintak maaf sebab nampak tak excited, tapi sebenarnya dah berbunga dah ni(?!) Kata kan saya cool? :-)


Whether life is worth living depends on whether there is love in life.
R. D. Laing


Sungguh mati aku tidak bisa meninggalkan dia
Walaupun kau dekap aku
Ampun aku bila kini yang terkuak hanya pedih
Yang mungkin 'kan menghantui
Hidupmu hidupku

Zigaz - Hidupmu Hidupku

Somehow the lyrics are quite deep, don't you think?


March 06, 2010


"You know I used to search the sky
And dream of where you were
I need you by my side
We can end this together
I know I promised you the world
But still I let you down
I need you by my side and together we'll end this now "

-To Be Scared By An Owl


Semenjak Dua Ni

Gua suka layan lagu slow. Slow rock, slow jugak kan.

March 05, 2010

Kau Ingat Kau Sorang Boleh Buat Muka Taik?

Situasi :

Hospital, baru lepas melawat Ibu dekat sana. Ayah kata lepak dulu, dia nak berborak dengan member, okay so aku lepak la dengan adik2 aku. 'Order la makanan apa apa' Aku dengan rabun nya memang tak konfiden la nak pergi order2 ni, aku tanya Ayah mana kedai nya. 'Tu tuuu, mintak jela kat situ, semua ada, roti bakar ke, order je, nah duit'. Okay, memandangkan aku lapar aku terpaksa la jugak order, tapi adik aku dipaksa menemani aku, berperanan sebagai spek aku ya. Haha! Pergi dekat tempat order air, terbangak-bangak la aku kat situ, nak order apa eh. Aku tengok abang tu macam bizi buat air, aku order la teh tarik eh bang. Dua tauuu. Kau tau dia buat apa? Dia boleh buat bodoh, dahlah tak tanya nak minum apa. Hak alah, aku rungut. Tunggu je la kan, buat aku tertanya jugak la brader ni pekak ke apa. Tup tap dia letak dua gelas teh tarik dekat depan aku. 'Er,' Lepas tu dia buat air lain pulak. Aku terpinga gila, okay brader ni bisu lah pulak? Rupanya memang air tu air yang aku order tadi, sebab bila aku amik dia buat bodoh jugak. I thought air tu untuk customer before aku, dengar macam dia order something kan. Aku buat rilek je la. Lima minit tu la aku kena tengok dia buat muka taik, dari aku order sampai order dah siap. Fu taik gila. Adala dia jeling kejap2, tapi lepas tu buat doh balik. Dengan bengangnya, aku pergi la bayar air tu dekat cashier. Kontra pulak, dia terlalu peramah, dan itu sangat awkward, semua kerja situ brader2, takde sister pung. Lagi aku rasa, er. Balik tempat duduk aku membebel la sorang2, lu buat muka taik dengan gua. Hak ala, kool la tu? HAHA aku rasa dia tengah period kot, takpa aku faham. Lepas aku fikir macam tu baru rilek sikit. La, period rupanya. HAHA!





March 04, 2010

Phew *Lega Betul

Cuba teka? Tak payah lah. Nak cakap aku lulus JPJ test. Alhamdulillah hee. Lega gila rasanya, tadi tengok takdalah ramai sangat fail berbanding dengan test aku yang first tu. So, kali ni tak boleh fail lagi. And hooray saya lepas juga. :-D Nasib baik la juga, kereta aku pakai tadi tak berapa best(dan2 je) tapi part parking memang aku ambil masa gila. Mula2 tu orang JPJ tu jerit dari jauh kata jangan start lagi, yela dia dah nampak aku pusing2 stereng nak reverse dah. Wahaha. Tarak sabar punya olang, kan. Sebaik je aku keluar parking, aku rasa betul2 lega. Memang hembus nafas betul2 la. Hehe bukan apa, sebab benda yang buat aku gagal tu bila parking - aku langgar tiang. Ok gelaklah. Tapi sekarang aku dah lepas. Aku pulak gelak. Muhahahaha. Fu lega lega. Sampai rumah terus masuk internet, tak senonoh betul. Sekarang kepala dah pusing, cuaca terik lagi. :S

And, congratulations Dahiyah. :D Lulus sekali beb, takda ulang2 pung hahaha.

Bye semuasss, jumpa lagisss. Tauu.


Ni Yang Bangga Ni

Selamat Pagi Semua!

Rekod - bangun awal pagi dan tak tidur balik muhahaha. Selalunya aku bangun pagi semata2 nak siapkan Aisyah pergi tadika, lepas tu aku tumbang balik. Harini pulak semangat nak bangun pagi. Bangga wei XD




Faktas-faktas

Lately aku suka akhirkan ayat dengan tambah S dekat belakangs. Ha gitu. Hahaha, Keluarga dah cukup annoyed dengar aku kata macam tu, orait la tu.

Buat masa ni :

  1. Esok JPJ test. Repeat ok, sekali lagi saya repeat, repeat. (?!) Sekali lagi gabra, sekali lagi cuak. Cukup lah esok je test, haha Aminnnn.
  2. Selipar hilang. Satu2nya selipar. Selipar kesayangan. Selipar lain ada cuma ada yang tinggal sebelah, dah kecik la apa la. Saya nak balik selipar saya, pulangkan! :(
  3. Tak beli selipar lagi. Haha. Mungkin sebab aku tak keluar sangat, so aku tak berapa kisah bila nak beli selipar. Kalau driving class pun pergi pakai kasut, tak guna selipar pun. Jadi, aku taktau bila nak keluar semata2 nak beli selipar. Haduih.
  4. Masalah untuk tidur, beberapa hari ni dah berkurangan. Aku gumbira!
  5. Sakit hati dengan orang yang nak melenting tiba2. Like, aku buat apa je pun? Lain kalau aku yang salah, ini tak memasal nak emosi dengan aku. Apa cer? Puh-lease, hahaha aku boleh bersabar la buat masa ni. Tak kisyah punnnnn. :P
Sedikit cerita tentang latihan driving siang tadi, aku kantoi bangun lambat dengan En Rafi. Wahaha, punyalah cover baik punya suara, konon2 taknak la kedengaran macam tengah mamai. Akhirnya kantoi juga, suara bangun tidur aku memang terbaik! :S

Doakan saya berjaya esok eh? Saya nak pergi berjuang ni.

To love a person is to learn the song
That is in their heart,
And to sing it to them
When they have forgotten.

Im happy



March 02, 2010

Who Are You

Nama-nama timangan oleh org tersayang

  1. Thirah - Nama yang digunakan oleh keluarga. Kawan2 pun. Hee
  2. At/Utt - Sebutan 'At' eh. Bukan 'Ut' Hahaha. At seingat aku dua orang je yang eja nama aku mcm tu, dua orang yang sangat precious. Utt mostly budak2 TTDI yang panggil Heee
  3. T-rex - Kawan2 dekat sect7. Bukan semua, sikit je.
  4. Kerek - Nama paling pelik, aku tau. Haha tapi bukan sebab aku kerek ke apa, asal nickname tu pun aku dah lupa. Classmates memang dah cop aku dengan nama ni. Unik, kan haha
  5. Tirot - Er, lagi satu pelik. Nickname ni kawan2 from TTJ yang bagi.
  6. Tizzy - Theres this one guy, yang panggil aku dengan nickname ni. Sekarang dia pun dah lesap.

Anda seorang yang

  1. Pemalas. Serius wei. Haha
  2. Boros. Kadang2 aku tktau duit aku lesap mana. Pantang nampak duit!
  3. Tak suka diarah-arah. Betul wa cakap. Tak suka. Tapi tengok mood jugak la. Kalau orang tu mengarah muka kerek gila memang aku pun malas ah.
  4. Sensitif - Jangan main2 wo. Haha
  5. pemalu. HAHA. Percayalah, :P

Insan teristimewa. Describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.

  1. Family - The best! Saya bersyukur,
  2. Kawan2 rapat - Sangat gembira because they're always with me. :-)
  3. Budak bola - Terasa sangat dihargai. Tenkiu awak

Makanan favourite anda

  1. Nasi Paprik! Fuh, terbaik
  2. Char Kuey Teow
Actually aku suka makan tapi bukan semua jenis makanan aku tibai. Aku bukan jenis yang suka mencuba makanan2 baru dalam Jalan2 Cari Makan tu. Tapi kalau dah sekali cuba dan memang peh sedap, aku akan stick to that kind of food haha.

Favourite color

Hitam dan Merah

Favourite song

Banyakk. Series. All Time Favourite semestinya lagu2 3 Doors Down, Westlife, Lifehouse. Buat masa sekarang aku punya feveret ; David Cook - Lie


Sikap yg membuatkan anda stress

  1. Sikap orang yang hipokrit, depan dia lain, depan kau lain, depan aku lain.
  2. Orang yang suka main tuduh melulu. Stress wo. Baru cakap ini melenting.
  3. Berlagak. Berlagak tak tentu pasal. Macam dia bagus, macam dia hebat. Gila tak kool,
  4. Orang yang beriya mengata orang, tapi dia pun dua kali lima je, sama je macam yang kena kutuk tu haha


3 benda yg mesti ade dalam bag/handbag anda...

  1. Dompet
  2. Telefon bimbit
  3. Spongebob XD

Kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??

Tahun ni juga. Masalah peribadi Ha-Ha

Tag 5 rakan anda

  1. Dahiyah Aisyah
  2. Naziha Nurhani
  3. Aiman Hakim
  4. Asyila
  5. Yang ada dalam blog list saya ni muhahaha



-Taktau Nak Letak Tajuk Apa, Sebab Aku Cuma Merapu

Saya nak Char Kuey Teow lagi, haritu makan tak puas. Kena share dengan adik, tak kenyang, baru nak feel makan dah nak habis licin dah pinggan. Auw saya betul2 mengidam ni haha.

Hampir seminggu duduk kampung, bila balik pagi semalam memang macam Home Sweet Home, ahh. Walaupun aku memang kerja cuti ni duduk melanguk je kat rumah. Its not that I don't want to go out, tapi keadaan belum mengizinkan eceyy. 10 Mac ni Ibu pergi minor operate untuk keluarkan satu skru dekat hospital, then lepas operate tu baru la boleh start berjalan, fisioterapi semua. 10 Mac, tak lama lagi tu, he he he.. So buat masa sekarang kena bersabar jelah tak boleh keluar ke mana, kalau free pun weekend, itu punnn kena fikir banyak kali nak tanya Ayah. Peh, penakut. Apatah lagi nak sneak out. Pffft. Tapi kadang2 aku tak kisah pun duduk rumah, tak melepak ke mana2, mcm orang lain tanya 'Kau tak boring ke duduk rumah?' Aku akan jawab boring, tapi okay apa. Im a home type. Lebih selesa kalau berada kat rumah, bukan aku tak enjoy kalau keluar, memang habis gembira la kan. Haha cuma mungkin aku memang dah biasa terperuk dalam rumah, dan untuk pengetahuan kamu2 yang tak tahu tu, parents aku memang strict kalau bab2 nak keluar ber-enjoy ni. Pernah sekali tu, aku nak pergi library je pun, Ayah dah nak approve dah, baru nak tersenyum tersengih tiba2 Ibu tanya macam2. Pergi dengan siapa, nak buat apa kat sana, tah2 tak belajar pun. Siap kena bagi no telefon member2 yang pergi tu, kalau ada pape boleh call. Fuh, baru pergi library macam2 kena soal siasat. Dan itu pun salah satu sebab aku malas nak keluar, sebab musti tahu punya, kena soal siasat bagai. Bila dah approve, last2 minute Ayah kata ada plan lain, so tak boleh keluar. Kau fikir betapa frustnya aku?! Memang aku tak gemar kalau dah rasa macam tu, dahlah jarang keluar. Sebab tu aku malas tanya. Haha. Dan sampai sekarang pun, parents mesti akan menyoal kalau nak pergi dengan siapa, tapi takdelah se-stirct dulu. Fiuh. Boleh berunding lagi la. But for now, I prefer to stay at home, until Ibu gets better. Siapa nak janji temu dengan aku, weekend boleh try. Wahahaha. Blahlah, thirah.

Minggu ni nak keluar dah tak dapat, lusa dah retest. Bikin gua gigil je la, taknak fail lagi. :\

Oh, finally button nak upload video dah ada! Yeah! Sejak bila ada pun aku tak perasan, layan je.




This was taken on 19th Feb, saya dapat approval dari penari ni untuk meletak video ni Ha-Ha.




Harini dah masuk 2 Mac pun. Terlepas satu hari. Dua bulan, check! :-)

March 01, 2010

Okay Im back home!

Benda pertama yang kau capai bila sampai rumah?
KATIL!

Ya, saya rindu betul katil saya. Haha.




Tag #5

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now

2) Tell us why you like the wallpaper

Why? Because this sponge is the happiest sponge ever. My favourite cartoon character - Spongebob. It is just fun to watch him. :-)

3) Tag 5 people

Hah yang baca tu!