Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

March 16, 2010

Pertama Kali OK!

Rasanya macam dah lama tak keluar dengan ayah, sebab ayah busy, bila dah balik rumah dia keluar meeting lah pulak lepas tu, and aku, memang malas nak keluar kalau setakat pergi kedai runcit just untuk beli telur. Sumpah malas.

Ni nak habaq mai, semalam pergi ambil gambar untuk lesen, ya, lesen. Aku dah lama pass tapi tak drive-drive lagi. Kool la sangat. Sebab gambar lesen tak ada, so lesen tak siap, bila lesen tak siap macam mana aku nak amik? Jadi semalam aku terpaksa la pergi jugak amik gambar, alang-alang ayah baru balik kerja tu.

'Er, kak, gambar boleh senyum nampak gigi kan?'
'Ah apa dik?'
'Gambar, boleh senyum nampak gigi kannnnnnn?'
'Gambar untuk apa ni dik?'
'Untuk lesen'
'Oh, ha boleh boleh'
'Hahahahaha, ok'

Selama ni gambar pasport aku tak pernah ok! Problem mesti tang senyum aku. -_____-!
Aku kalau senyum untuk gambar pasport tak pernah la nampak gigi, even though sebelum tangkap dah siap2 fikir dah, ok make sure senyum elok2. Tapi tak pernah elok jugak. Everytime aku dah pose senyum baik punya, akak tu tak ready lagi, so aku rasa macam senyum tak ikhlas je, aku tutup mulut terus. Huhahaha. So semalam, Finally gambar aku ok, siapa nak tengok memang aku ok! Hahahahahaha,


ok dah. Jom makan.



No comments: