Siapa-siapa yang ada masa minggu ni datanglah PWTC, ada International Bookfair, start 18 Mac kot, tak berapa sure lah. Hehe, actually Jumaat ni aku jadi promoter untuk Celcom, malas cakap lebih, kalau jumpa tu, jumpa la eh. Haha, before start kerja, ada training which is hari ni. So pagi tadi pukul 9 lebih dah on the way ke Ktm, janji pukul 9, janji Melayu kan. Aku fikir aku la paling last sampai, gelabah macam taik ingat Wawa dengan Izzati dah lama tunggu, last-last call diorang cakap on the way lagi. Hadehs, bikin gua cuak je. Semalam masuk bilik dah pukul empat dah masa tu, nak tidur tak boleh nak lelap, asik terjaga je sampai pukul 7. Baru lelap, alarm dah bunyi. Adalah dalam tujuh lapan kali handphone aku berbunyi, paling best aku set alarm dekat dua fon. Haha! Dua-dua aku tak peduli, sambung tidur, tak puas gila rasa. Lelap punya lelap dah pukul 8 lebih. Gila, aku dahlah siap punya lama, time tu jugaklah aku baru nak cakap dengan ayah mintak tolong hantar ke Ktm. Paling laju aku siap, ingatkan dah lambat. Rupanya aku orang first yang sampai. Hampehs je hahaha. But it's okay, boleh la cuci mata sikit sambil menunggu ^^ Budak sekolah je ramai, ceyyyy! Mentang2 dah habis sekolah.
Kredit kong, on the way ke Putra, Maklong asik call je. She's the one who offered me the job as promoter. Aku on sebab kesian Maklong tak tau nak contact siapa, alang-alang aku ada, aku free, so dia offer. So harini ada training dekat Jalan Ampang, kejap je lagipun, tapi harini aku rasa masa berjalan dengan lambat. Sungguh. Bila sampai Shah Alam tu, rasa macam nak buat sujud syukur je, kan Wawa? Haha
- Time briefing dekat dalam bilik yang penuh gila promoter2 lain, perut aku dengan senang hatinya berbunyi. Izzati, kalau kau dengar kau lah orang paling bertuah sekali haha. Yap pagi tadi aku tak sempat breakfast pun. Semua kelam kabut. Huru hara.
- Met Jaja and her friend, Farah. Haha, adorable gila kot, tak sangka Jaja kecik gila. Jaja, if you're reading this, no offence okay, :P And sorry sebab bagi information last minute sebab i pun baru tahu dekat Jalan Ampang -_-
- Mintak Maklong drop dekat KLCC, konon nak bersiar-siar, tak shopping pun. Duit saving hahahaha. Guess what, lepas bersiar, tengok jam dah pukul 5(kan? Aku lupa la) so decided nak balik lah. Okay actually tak berapa mahir la kalau nak balik dari KLCC ni, so amik LRT, nampak Terminal Putra.
'Haaaa, ok kita naik sampai situ'
'Oraaaaaaait'
Dengan kondifen lah kami semua beli tiket ke Terminal Putra. Series tak tahu apa-apa! Terminal Putra dengan Putra lain! Lagipun tadi naik KTM, bukan LRT! Pfffffffft haha tak terfikir langsung, masing-masing fikir nak balik je, nampak je Putra terus beli. Masuk LRT rilek gila, tengok-tengok tiket tak ada pulak stesen Terminal Putra. 'Weh! Apa benda niiiiiii?!' Mula cuak. 'Takde tulis Terminal Putra pung? Ada sampai Gombak je?'
Omaigod. Takkan sampai Gombak kot. Rupanya Gombak tu dah tukar ke Terminal Putra or Terminal Putra yg bertukar jadi Gombak. Ontahlah apa-apa pun, dah salah jalan ni. Sampai ke Gombak pergi, stesen paling last hahahaha. Okay time tu kami semua dah pasrah gila, keluar konon nak cari bas, pakcik tu kata dik sori tak ada bas eh, naik balik, sampai KL Sentral. Masa tu tak rasa penat lagi, belum berpeluh-peluh lagi. Sampai KL Sentral, Wawa taknak naik Ktm sebab ramai orang, tak selesa. Ok, decided naik bas. Tapi kena jalan jauh sikit, kena keluar Sentral dulu. Lama, jauh. Penat. Haha, berjanggut tunggu, yang bestnya, ada la seorang dua manusia yang aku taktau jantinanya apa, konfius sungguh. Badan lelaki, tapi pakai macam, er. Faham-faham jelah kan.
6.30, bas nombor 80 sampai! Bas 80, bas yang pergi Shah Alam. Aku masa tu tak sedar bas tu dah sampai, aku malas nak jenguk sebab aku tak pakai spek, duk sibuk main dengan camera Wawa, dia dua orang dengan Izzati sekali menjerit 'BAS NO 80!' Dah nak tercabut la jugak jantung aku, tapi lepas tu excited gila sebab finally! Dapat jugak transport balik Shah Alam! GILA LAMA TUNGGU HAHA. But part yang tak best kena berpusu-pusu, macam biasa aku la orang yang beratur paling belakang, Wawa dengan Izzati dah lama naik. Dan yang paling tak boleh pergi, pakcik tu cuba nak tutup pintu tu. Like wtf man, agak-agak sikit kang aku tersepit siapa nak jawaaaab. Nak kata bas penuh, boleh lagi masuk, gila saja do pakcik tu, muka pun kerek semacam, dan 5 minit pertama aku habiskan air liur aku dengan mengutuk pakcik tu. Tambah lagi dosa aku. Bagus sangat la tu, terima kasih pakcik.
So kami semua terpaksa berhimpit hampir satu jam, dah tak terkira dah berapa kali aku menguap time tu. Izzati berborak dengan Wawa, aku berborak dengan sorang makcik ni, which mostly apa yang dia cakap aku tak faham, tapi aku angguk jela buat-buat faham. Dan aku telah dimalukan sebab aku first time naik bas dari KL, makcik tu dah otai. =.= Dekat sejam tu jugaklah perut aku meragam, nak kata lapar aku pun taktau, tapi aku rasa aku boleh tidur kot even kalau berdiri! Haha, series aku rasa penat, terbayang dah katil aku.
*Bila nampak signboard 'Selamat Datang Ke Shah Alam'
FIUHHHHH RINDUNYA DEKAT SHAH ALAM NIII. :')
Dah nak sampai akhirnya. Rasanya nak buat sujud syukur, terlampau lampau happy la. Harini perjalanan dengan pengangkutan awam, siap sesat pulak tu. Sampai Gombak dah pun. Penat, haus, muka berminyak-minyak, badan dah melekit, semua tu hilang bila bas berhenti dekat Tesco.
FINALLY. Kami pulang ke rumah dengan selamat, dengan kenangan manis digigit nyamuk time tengah menunggu untuk dijemput. -_-
Sumpah, lepas ni tak bagi pisang berbuah dua kali. Cukuplah harini, zzzzzz
8 comments:
haha.terminal putra dah dekat gila dengan rumah aku.haha
Cepat gila kot kau baca?! Hahaahha la yekeeeee
biasa ar bosan.aku kenal lah pulak JAJA kecik nie.
Terminal putra tempat aku naik balik JB hahahaha gila extreme kau berjalan harini !
Shin : Oh kenal eh, baguslah hahaha.
Z : Itula weyyyyyyyy!
ini yang kau cakap sesat tu?gahahaha.masa beli tiket tu tanya lah lain kali.ada mutiara ke apa dalam mulut tu?gahahaha.jauh duh kau sesat
Alaaaaaaaaaaa, aku kan pemalu. Ish hahahahahaha, takpe, pengalaman ni
pemalu pun sampai susah kan diri agak agak aa.hahaha
simpan aa belian tu kat tempat lain dari mulut.tett
Post a Comment