Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

March 10, 2010

Fesbuk, Facebook, MukaBuku


Jelas sekali aku dah mula berpaling pada Facebook, Myspace makin berhabuk. Semua myspacers pindah Facebook. Satu benda pasal Facebook ; kurang privasi. Ataupun, tiada privasi langsung.

Sekarang kebanyakan family aku dah ada facebook, cousins boleh terima lagi. Mak, ayah, makcik, pakcik, semua dah ada facebook. Untuk family mak aku, which adik beradik ada sembilan orang, sekarang tujuh orang dah mula muncul. Nak taknak approve jelah, kan.

At first, aku rasa macam oh kool gila auntie2 dan uncle2 ada facebook! Maju dah wei. Tapi kalau bab nak post something, kena fikir banyak kali, kena tapis siap2, kalau salah tulis boleh mendatangkan salah faham dekat pakcik2 dan makcik2. Kawan aku tk kisah, memang boleh terima punya, tapi kalau sampai dekat makcik atau pakcik atau ibu atau ayah, mungkin kena report atau kena perli dekat kampung, atau mungkin akan geleng kepala kerana status yang diupdate dianggap terlalu agresif dan..melampau.

Huish itu yang susah tu. Satu lagi kalau post gambar-gambar. Main tapis-tapis pulak, nak letak gambar sensasi sikit tak jadi. Wahaha.

Sekarang kat rumah, komputer tak pernah la tak ada orang. Kalau aku habis guna, ibu pulak muncul, lepas tu ayah. Lepas tu aku balik. Amboi semua bermuka buku je nampak. Maju, maju.

Aku nak buat satu lagi akaun facebook, yang sekarang ni untuk kawan2, yang lagi satu khas untuk family. Wah. Mimpi jelah aku.



4 comments:

Anonymous said...

parents aku ada facebook.tak habis habis baca wall aku

AthirahShamsul said...

Hahahaha sabar jelah, same as mine xD

Z said...

aku cuba sedaya upaya tak approve ayah aku hahaha

AthirahShamsul said...

Sampai sekarang ke? Hahahaha aku terpaksa -_-