Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

May 31, 2011

Hari Kedua, Lagi Satu Entri Bosan

HAI : D

Tadi macam ada idea banyak je nak apdet blog, ni dah tekan new post, hilang pulak? Cis betul lah. Jadi kelas untuk harini dah habis, yeh. Survived second day, bahahaha. Supposedly kelas semua full, tapi sebab satu kelas cancel so attend untuk other three classes lah. Yang paling annoying dan boring adalah sesi apa adik-adik? Sesi perkenalan diri! Ataupun ice breaking. Tiga-tiga kelas woi cakap benda sama jeeee. Penat lah, tapi bak kata lecturer tu 'bear with me' yelah sebab dia tak kenal students dia lagi, so layan jelah apa yang dia nak buat. Kenal diri pun kenal lahhhhhhh. Hehe. 

Overall, dua hari dekat Puncak macam biasa, as a student kan, pergi kelas, makan, basuh baju, tidur dan lain-lain. Classes was..okay. Belum semua lecturer yang masuk so malas nak cakap apa-apa. Diorang pun tak start mengajar lagi. Aku rasa eh bukan rasa memang subjek-subjek Part3 ni boring-boring belaka. Susah tak payah cakap la kan. Konpommm susah kot? Hehe. I don't think I'm ready to start studying again, but we'll see. :) 

As for my housemates pula, semester ni dapat serumah dengan apa yang kita mintak. Hooray for that! Yang kurengnya, masalah air kecil/kadang-kadang tu tak ada langsung. Sangat tak best, nak basuh baju pun tak feel sebab air tak power, tak kuat. Yang lain semua okay, biasa-biasa aja hihi. Cuma dua hari dari hari Ahad haritu tak dapat tidur nyenyak sebab panas. Yes, panas tahap peluh-peluh time tidur tu. Pehhh tak syok siaaa. Pukul 3 4 pagi baru dapat tidur :'( Wuhuhuhu

Jadiiiiiiiiiiiiiiiii, secara keseluruhannya, saya dapati bahawa kehidupan pada awal semester ni memang best dan jangan disia-siakan dengan belajar HAHA jahatnya aku. Enjoy sikit la at least awal-awal ni, nanti dah seminggu dua dah mula bizi. Aku pun kena belajar, nak kena belajar bersungguh-sungguh semester ni sebab semester lepas aku malas sangat. Kali ni aku kena kurangkan, nak banggakan mak bapak, nak buktikan kepada mereka yang aku ni boleh! Aku yakin boleh!

Ya sila lempang aku. 

Motivasi pun kurengg aku ni. Hmmm


Okay, dah nak mahgrib, saya pun nak makan burger ayam setelah bedal banjo cheese tadi. Hehehe lapar!



PS - Krisis ekonomi melanda hidup

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAA! Hahahahahahahaha cukup annoying tak



#nowplaying Try -  Nelly Furtado




May 30, 2011

Kuik Apdet

Sharina berkata 'Apa kata kau update blog, sikit pun bolehlah'


Hahaha. Jadi sekarang niiii, Sharina baru lepas ambil air wudhu' dan nak solat Zohor. Barangkali dia suruh aku apdet pasal dia sebab nak tunjuk yang dia solat pada awal waktu kot? Hmmm :)



Ok bai! X)

May 29, 2011

Lazy

IT'S SUNDAY ALREADYYYYYYYYYYYYY! Noooooooooo :S




Day Ten

Day Ten - One confession




I have fears. One of them, I have fear of being alone.




#nowplaying Gravity by Sara Bareilles




Day Four

Day Four - Seven things that cross your mind a lot






1. Should I buy new DSLR, hehehe nak record video jugaaaak :O


2. Apa yang aku boleh buat untuk kemaskan bilik aku yang dah macam stor ni, bilik kecik, barang banyak gilaaaaaaa. So far masih terkawal, sedang fikir mcm mana nak get rid of barang-barang aku yang tak guna. Nak cari kotak untuk letak baju-baju lama, dan sebagainya. Pffft


3. Konfiden ke aku nak jadi akauntan ni? Hmm


4. Family, am I being a good daughter or not. Because I have bad histories, and Im trying to improve here.


5. I kept thinking, agak-agak semester depan ni dapat tak serumah dengan budak2 ni dkt kolej? Haha janganlah main campak-campak kami ke mana-mana. Hish


6. My relationship. Is this going to be for the rest or my life, or just a chapter in my life. :S But I'm glad he knows how to appreciate this relationship, he thinks mature and that's good hihi.


7. I want to be a better Muslim.










Hihi. :)










Short update - Semalam aku pergi SM Teknik Tuanku Jaafar, jumpa member-member lamaaaaaa hee ramai jugak jumpa, ada ex-dormates punya reunion pula haha. Tapi tak semua yang ada, rindu :'( We had a lot of fun eventhough pada mulanya aku semacam takde mood nak berjalan atas sebab-sebab tertentu hahaha tapi at the end of the day, memang best! Lepas rinduuuuuuuuuuu, dahlah susah jumpa budak-budak ni. Bila nak jumpa lagi, ya?










Dan, aku dah ada number Digi hahahahahahaha. Tak, aku tak tukar just tambah nombor. Siapa nak mintak ah, siapa taknak tu diam je. Kbai.

May 28, 2011

A Wishlist (?)

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaargh baru sampai rumah, tadi beli barang kolej sikit dekat Giant. Dan aku benci kalau dah sampai rumah baru tersedar 'Omaigod ai terforgottt! Tadi nak beli **** tp lupa!' Padah bila jadi pelupa dan dah tahu pelupa tak ada bawak list barang yang nak dibeli. Bagus kan perangai gua? Terima kaseyyyyyyy.

Tiba-tiba aku nak beli banyak benda T.T Baru ingat taknak beli apa-apa buat masa sekarang, tapi err kita rasa nak beli la something-something kannn hehehehehehe tapi yang aku perlu sekarang -

- A few cardigans sebab ada yang dah kecik, ada yang macam dah kembang, ada yang hilang! Faveret gua dah hilangggg, penat cari :'( So sekarang aku tak ada langsung cardigan. Nak nangis

- Tudung bawal, tadi cari dekat Giant tak jumpa plus tak ronda sangat pun sebab Ibu mengadu kakinya sakit la hape so balik je terus! Ala bukan selalu dapat keluar, tak jumpa pulak tudungnya hmmm yang belambak tudung sarung tu jeeew. Tak sukew lew

- Sneakers! Nak Converse atau yang sewaktu dengannya. Kasut yang ada sekarang tu dari form berapa tah, aku pakai makkkk ketat betul. -.- Dah tiba masanyaaa aku cari yang baru tapi taktau bila nak cari, ni dah nak masuk kolej dah. Wuhuuu sho shad.

Itu sahaja yang diperlukan buat masa sekarang. Yang lain tuuu, nanti-nanti pun boleh, acah-acah ada duit je aku nak semua benda kan. Sooooooo Spinner 360 dan DSLR perlu tunggu nampaknya T.T Lain masa, lain masa.

Mula-mula biasa-biasa je tengok orang pakai lomo lah polaroid lah apa, so takdelah usha lebih-lebih, ni bila dah usha I was like 'NAAAAAAAAAAAAAAAAK' Ha macam tu sekali. Dan paling aku berkenan, Lomography Spinner 360!

Pelik kan rupa dia? 

Contoh gambar dia, kooooooool! Kan? Boleh tangkap gambar semua orangggg


Jadi sekarang kerja aku, berangan jelah nak ada benda alah ni. Mahal juga.



Tapi tudung, kasut dan cardigan, saya betul-betul perlukan awak. Silalah muncul dengan design yang cantik dan harga yang mampu saya beli. Thanks!

Masa untuk packing~


Bai :D

Semester Baru

Best gila  Tak best gila balik kolej. Dulu rasa macam eksaited jugak nak start semester tiga ni, tapi lama-lama jadi tak semangat sebab aku malas nak packing. Salah satu benda yang aku tak suka, packing lah. Baguslah siapa yang suka packing sebab aku bukan orang macam tu, aku ambik masa lama nak packing, aku taktau apa aku fikir haha. Nak bawak tu ke tak, kang kalau tak bawak terasa nak pakai pun, ekceli bila dah bawak langsung tak sentuh. Ha benda-benda macam tulah, taktau apa yang penting yang perlu dibawak. Aku rasa semua aku nak bawak sebab aku rasa semua penting hekhek.

Sekarang boleh kata 40% la aku dah siap packing, malam ni maybe nak beli barang-barang kolej - makanan, buku syampu dan lain lain. Esok pagi nak register kolej dah. Eeeeeeeeee malas siod! Tiba-tiba aku rasa cuti tak cukup haha. Honestly, rasa takut nak masuk semester 3 ni sebab makin tough, pengalaman seniors dulu, pehh bizi gila hidup masing-masing. Semester 4 jangan cakap lah. Tapi aku harap kita semua boleh, belasahhhhhh. Kan?

Satu lagi, aku harap misi aku nak berjimat-cermat semester baru ni terlaksana la. -.-



Oh ya! Untuk Day 10 challenge tu, untuk hari kesepuluh aku tak buat lagi. Dalam challenge tu, aku kena tulis one confession. Hmm agak susah ya, take time kot. Taktau nak confess apa, haha!


Till then, we'll meet again dalam entri seterusnya, bersama sayaaaaaaaaaaaaaa pada hari dan waktu yang samaaaaaaa! Dalam rancangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan......! Bye.

May 26, 2011

:)


Missing my ex-housemates :S Yang tak ada dalam gambar ni, tapi gua rindu juga!

#1
Guess what? Lagi tiga hari je nak masuk kolej dah, tak sukaaaa. Nak kena packing tu yang malas tu. Aku paling lemah bab-bab packing lah, pfft. Somehow, aku rasa macam tak sabar nak habiskan part 4 nanti, lagi dua semester je kot? But I know it's definitely going to be tougher -_- Fuh, nasib baik pointer cukup untuk diri ini melangkah lagi setapak AMBOIZZZZZZZ AYATT.

#2
Cerita pasal result, Alhamdulillah :'D
Aku rasa tak kondifen sungguh masa semester 2 sebab aku rasa aku banyak main. Like, housemates aku dulu, dua orang je yang ambil akaun, aku agak stress la sebab susah sikit nak belajar, taktau nak tanya siapa haha. Stress-stress aku, aku sempat lagi main game lah, layan One Tree Hill lah, memang terbaik lah. Bila dah nak final baru macam rasa tension dia, baru nak start bangun 4 pagi nak study, pfft. Alhamdulillah dapat result okay, next semester aku kena kawal sikit diri aku, kena kurangkan masa aku dengan laptop :(

You know, pukul 12 pagi hari Rabu tu orang dah start cek result dah, siap post status dan tweet lagi cakap Alhamdulillah semua. Aku satu pun tak reply/komen apa yang diorang post tu. Goyang weh, aku rasa aku tak sedia lagi nak tengok, so aku layan la One Tree Hill time orang sibuk dok access link nak tengok result hehe. Berdebar kau tahu bila fikir yang time final ada paper yang aku tak boleh buat dan belasahhhh semata-mata. So bila aku dah ready, dalam pukul 1 pagi tu aku masuk la website, dan menyiraaaaaaaaaaap gila bila dia cakap aku tak buat SuFO lagi, so result tak dapat check. PFFFFT. Dah selesai buat SuFO tu aku gelabah jugak lah agak-agak dapat result bila ni, orang lain dah dapat result aku je tak dapat. Pagi semalam baru dapat tengok dan aku tersenyum. Terima kasih Tuhan. Syukurrrrrrrr sangat-sangat.

#3
Enough with the result, aku dah berapa hari terperuk dekat rumah, bosan lah siaaaaaaaa. So semalam time tengah shedap online, Ibu msg 'Thirah masak lah siakap 3 rasa ibu ada beli ikan tuu' HELLOOOOOOOOO? Aku mana gheti?! Then Ibu reply lagi bagi instructions mcm mana nak masak, and I did itt! Bangga, sebab sedap dan licin family aku makan harituu. Sampai dekat aku je dah habis, shiottt. And other things I did, hanyalah kerja-kerja rumah biasa dan melanguk depan laptop.

#4
I was thinking harini nak keluar nak beli betulkan spek dan beli barang kolej sikit, and no, aku takde mood nak beli baju baru, beg baru, tudung baru semua haha. TAPI AKU NAK BELI CONVERSE! Kasut lama tak muat, tapi aku taktau la dapat beli ke tak, duit pun takdo.

#5
Aku ada satu masalah pasal blog ni. Aku dah tulis entri dengan tulisan kaler-kaler, but bila publish, dia tak keluar pun kaler tu? Just tulisan biasa jeeee. Nak besarkan tulisan pun tak boleh? Tukar tulisan pun tak boleh? Ada siapa-siapa tahu kenapa? Stress woh. Lepas tu semalam jugak aku gatal-gatal tangan pergi tukar layout dan tiba tiba je blog aku jadi buruk. So terpaksa edit balik, aku tukar terus header semua, and this is my latest blog header I made. Nampak biasa, apa kata kau orang? Geli pulak aku tengok muka aku sendiri dekat header tu -,-



Itu sahaja karut marut gua sekarang ni. Lepas ni kena masak -______- Lapar gilew dah ni


#nowplaying Overboard by Justin Bieber ft Jessica Jarell
Ahemmmmmmmmm aku dgr jugak lagu JB ni HAHA x)






May 25, 2011

Day Nine


Day Nine - Two smileys that describe your life right now



:S
Gara-gara result disekat sebab tak setel SuFO. Grrrrrr, ni tengah tunggu. Gua series tak kondifen langsung. Dah tahu mesti jatuh punya.





:(

I'm sad for many things, my Atok just passed away, I don't know my results, semua orang dah tahu, Alhamdulillah semua dekat status/Twitter, I have to be back in college this Sunday, and many more. Me sho saddd. Plus tak dapat jumpa lama haritu. Ahem.


Entri ni ditaip pada 4.42 pagi, tak boleh tidur. Padahnya bila tidur pukul 8-10 tadi, kan dah tak dapat tidur dah, so aku ingat nak tunggu Subuh lah baru tidur kehkeh. Sementara tunggu layan One Tree Hill pun boleh. Let's jom!



#nowplaying Baby Just Say Goodnight by The Click Five





May 23, 2011

Day Eight


Day Eight - Three turn ons

1. Afro
I likeeeeeeeeeeee afro guys hihihi.

2. Good in sports
3. Gentleman
Wohooooooo bukan lah jiwang ke romantik lelebih ke apa, tapi gentleman. Ha, stail.


Errrrrrr, hahaha. Bagi aku lah, taktau bagi kau orang. Ini je yang terlintas di fikiran.

Dahhhhhhhhh, nak sambung tengok One Tree Hill! Season 4 dah ni! Kamon!


PS - Rabu ni macam ada something yang penting. Buat-buat tak ingat je lah, boleh tak.


#nowplaying Playing God - Paramore






Of Archery, Bumper Cars and Lights

Assalamualaikum! Baik tak baik tak ehehehehehehe x)
Okay sebelum apa-apa, nak inform that atok saya which saya cerita time entri lepas Least Favourite place to go , dah pergi meninggalkan dunia. Sedih sangat. Sedekahkan Al-Fatihah, ya?







So, berbalik kepada tajuk, haha ober gila. Harituuuuuuu (aku tak ingat bila) haa hari Rabu lah tapi, aku keluar dengan member-member yang lama gilaaaaaaaa tak jumpa. Setahun sampai kot? Plan menjadi, yehh dan Izzati driver kami hikhik rindu gila lepak dengan diorang. Semua dah bawa haluan masing-masing kan, so memang jarang sangat nak jumpa, cewah padahal semua UiTM so cuti pun sama hihi. Mari saya kenalkan!


Najwa Husna! A.k.a Wawaron bak kata Alin haha. Studying in UiTM Lendu now, study business woi hehe. Beware, she is a KPOP FAN! You know how kpop fans are? hihihihi


Nazlinnnnnnn! This is one and only Ahmoi. Hehehehehe, blur and tak gheti duduk diam. Tapi dia cakap dia dah matang sikit sekarang, hmm mungkin betul. Hehe, baru habis asasi law UiTM :)

She drived that day! Gangster woi drive haha. Izzati, call her Ijat :) Ambil Quantity Surveyor(betul ke aku eja ni) dkt UiTM Seri Iskandar, Perak.

First destination adalah Sunway Pyramid, sampai-sampai jeee kena belikan something untuk Alin's boyfriend, Naziff :P Weeehoooo! Seronok weh sampai before pukul 11 pagi tak ada orangg lagi haha. Then kami (Alin and Naziff excluded) pergi berjalan-jalannnnn, eh ke pergi main archery dulu? Lupo. Tapi archery was fun, except the part bila next day bangun bahu sakit gila -_- Seronok pula main, dulu macam tak berani sebab takut macam hape je aku main but now I know it's fun hehe. Lepas tu kami jalan dan jalan from store to store cari barang sikit.



Eksaited!! Tapi macam loser sikit sebab kena tukar bow yang ringan sikitt sebab aku asyik komplen je berat, terus abang tu ambik tukar baru bwahaha.


Wawa, Ijat, dan Kerek (me xD )


Before pukul 4 aku tiba-tiba terasa nak tanya soalan dekat Ijat which is 'Ijat, kau ingat tak parking dekat mana?' sebab aku langsung tak ingat. Aku tak terfikir langsung nak ingat haha boleh pula macam tu. And it turned out yang diorang semua pun taktau. Gilaaaaaaa betul langsung tak ingat floor apa, area mana semua tak ingat. Tapi dengan GPS kami iaitu Naziff, jumpa jugak kereta haha gila betul lupa parking.



First attempt




Second attempt, muka aku pula tersorok




Attempt ke berapa kali tah, finally!


Chilling and lepak-ing at Alin's house x)


BRRRRRRRRR! Budak gayat tak pernah main snow macam ni lah senyum dia. Bwehehe.

Okay tutup cerita Sunway, kami pergi I-City pulak. First kitaorang nak pergi malam tapi Ijat cakap petang before 6 parking free, lepas tu pergi Snow Walk RM15 jeee. Syok laaaaaaaaa kan? Jimat sikit kalau tak nak masuk dah RM10 plus Snow Walk RM25 which aku rasa tak berbaloi kotttt. Ekceli memang best masuk Snow Walk tuuuu, aku kan macam gayat sikit tak pernah pergi tempat-tempat ais macam ni, masuk-masuk macam TERUJA GILEW haha. Sejuk gilagilagila boleh taaaaaaaaaaak. Seronok rasanya macam dekat obersea hahaha. Tapi part yang tak best adalah ramai pekerja yang stalk kitorang. Stalk as in kitorang jalan mana-mana je dalam tu diorang ikut, kitorang gelak-gelak sikit diorang tangkap gambar. Then sambil tunggu kitorang buat action lain dia dok tengok je kita. Psycho kan?! Haha, tah pape jeee, tapi syok la. Sejukkkk plus ada gelongsor hihi dan aku rasa aku menjerit macam apa je bila rasa n ak terjatuh sebab licin. Orang lain elok je tak keluarkan suara aku lebih-lebih. Well memang ober kannn.




After Snow Walk, kami jenguk-jenguk arcade! We played bumper car, time petang tu tak ramai orang tauuuu, best sebab dapat conquer :D Tak payah beratur terus naik jeeee, then karaoke dia murah siottt :O Memang banyak yang berubah daripada dulu waktu mula-mula dia bukak tuu. Seronok juga jalan-jalan, dengan member-member atau keluarga. :)


Lovelies :'D



Then masing-masing macam tak larat gerak, last destination we went for dinner at Pak Li.



:)

Exhausted dan kena marah, tapi it was so much fun. Masing-masing kepala gila-gila macam dulu :'D Seronok lepak. Nanti lagi setahun kita jumpa lagi eh? HAHA -,-


Okay sekian sahaja dari saya. Aku rasa takde orang pun baca entri berjela ni.


Takpelah,
#nowplaying 21 Guns - Green Day




May 19, 2011

Day Seven

Four turn offs


1. Smoking

Yehhhhhhhh turn off pertama yang terlintas di fikiran aicewah. Aku tahu memang mostly lelaki smoke sekarang ni, ada yang muka aku tengok baik je padahal.. Haha, susah dah main teka-teka 'Ha dia ni mesti tak smoke' ok padahal.. Bertambah-tambah tak kool kalau dia smoke just nak show off semata-mata. Kesah pula akuuuu kalau nak menunjuk kau boleh hisap sehari sampai dua kotak ke hape. But no, takdelah anti pun cuma tak suka, dan tak kool di mata aku. Hihi, plus aku tak suka kalau dia berasap depan-depan muka aku pehhhhhhhh, %U*#@% la kan. Hehehehehehehehehe I know memang susah nak berhenti whatsoeverlah, tapi, still it's a turn off.



2. Chewing food to loud (makan bunyilah senang cerita)

Memang la ada bunyi kan kengkadang tapi kalau too loud, ehm janganlah plis. ANDDD! Kalau makan mulut tu tak reti nak tutup rapat-rapat, ni macam terbukak and kunyah bunyi kuat kuat and....nevermindddddd. You know what I mean hihi


3. Overdressed

Bagi aku la, aku suka yang simple but nice, tak ober. Bling-bling situ sini. Daripada rambut di kepala sampai kasut di kaki tuu. Semuaaaaaaaaaanya nak the bomb. Ya know? Haha, kalau kena dengan gaya okay lah, kalau tak kena gaya? Rambut dah bubuh gel paling banyak, baju nak terang gilaaaaa, then kasut nak Supra gilaaaaaaaaaaaa haha. Ada yang nampak okay, ada yang nampak eh apa dia nak cuba pakai ni, like tak kena lah. So, simple is better. Jangan melebih-lebih. Hihi *komen je lebih aku ni


4. Ludah merata (aku dah malas translate)

Kalau boleh semua tempat dia nak ludah. Semua. Dekat public pun dia tak kisah dia ludah jeee. Ee tah tak suka la. GHAAAAKTUIIIHH bunyi dia. Peh. Tah senang cerita jangan ludah la depan aku, taknak tengok pun kau ludah tu haha.



Tu je yang ada dalam fikiran sekarang hihi. x)





Harini aku takde mood, kena balik Gombak pulaaaaa -________-



#nowplaying Last Nite - The Strokes





ALWAYS

I'm not going anywhere. I'm here, if you need me, anything at all, I'm always here.


Always







#nowplaying Im Yours - The Script




May 17, 2011

Day Four

Day Four - Seven things that cross your mind a lot

1. Should I buy new DSLR, hehehe nak record video jugaaaak :O
2.


May 16, 2011

Day Six

Five people who mean a lot (in no order whatsoever)

Eh kejaaaaaaaaaaaaaaaaap macam mana ni? Dalam keluarga aku pun dah ada lima orang? :O Aku tak suka la buat benda ni, siapa yang mean a lot, pastu lima orang je boleh bagi. Mana bolehhhhhhhh, ramai kot yang penting bagi aku. T.T Day six ni boring boringggggg


Ayah dan Ibu



I can't live without them, enough said.

Two best friends


I can get crazy with them, anywhere anytime! Since sekolah rendah lagi and we're still here for each other. They are perfect! Ai lef yu gaissssssssssssss.


Budak bola


Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn, I'm so into him. Bwahahahahahaha. I'm more like myself when I'm with him. Yahuuuuuu dia boleh layan kerenah aku yang macam-macam ni, tahniahhh lah aku ucap. :B


Sumpah ramai lagi yang penting buat aku, well benda 10-Day Challenge ni just for fun. There are a lot of people who really mean a lot to me, part of my life, of course. Jangan touching-touching la nanti kita tak reti pujuk hihihi.




#nowplaying Who Says by John Mayer




May 14, 2011

Day Five

Six things you wish you'd never done

I think I'll pass.



HAHA SESUKA HATI AKU JE NAK PASS-PASS NAMPAK BENAR PEMALASSSSSSS. :-D


There's so many things that I'd wish I'd never done, tapi dah buat. It's done. Kan? So there's no way back, no way to erase them. Just boleh buat something to fix it, for the future.


Kbai


#nowplaying Menanti Sebuah Jawaban - Padi




May 12, 2011

Day Four

Day Four - Seven things that cross your mind a lot

1. Should I buy new DSLR, hehehe nak record video jugaaaak :O
2.


May 09, 2011

Least Favourite Place To Go

'Atok dulu suka bercerita pasal dia bekerja untuk komunis Jepun waktu Tanah Melayu diajajah dahulu, bagaimana mereka melarikan diri, sekarang sudah tidak ada daya untuk bersuara lagi. Bersuaralah semula, Tok'

Dah beberapa hari ikut family ulang-alik dari Shah Alam ke Seremban, nak lawat Atok. Dah nak masuk minggu ketiga, atok dalam wad. Huuuih hospital la tempat paling lemah nak pergi. Macam-macam orang tengok. Setiap kali masuk hospital nak cari katil atok, mesti mata aku melilau jugak tengok katil-katil lain. Sakit apa lah agaknya, ada yang sorang je takde berteman, ada yang dengan family, ramai yang menjenguk, atok pun ramai yang teman. :)

Semalam pergi, ada seorang lelaki, depan katil atok. Aku perhati, muda lagi. Sakit apa dia ni?

Balut tak ada, luka-luka langsung tak ada, aku tak dapat teka apa sakit dia, tapi ayah tanya, dibilangnya kencing manis. Hmm, muda lagiiiiiiii. Aku tengok dia terbaring, lemah sangat.

Dia tak berteman. Tapi before aku balik, baru ada tiga orang adik-beradik(aku rasalah) yang datang menjenguk, nurse tanya 'Tak ada orang jaga dia ke malam-malam?' Aku tak dengar apa dia jawab haha.

Huish kalau aku masuk wad, sorang-sorang takde teman, fuh touching weh tiap-tiap malam. Berlinang je aku rasa. Bahaha. Aku tengok atok, mujurlah ada yang jaga. Wan, Paklong, Pakngah yang selalu menjenguk, ibu yang ambil cuti sehari nak jaga atok, anak-anak atok semua aku lihat sangat mengambil berat, sangat prihatin. Demi abah mereka. Siapa lagi yang nak jaga? Bestnya aku tengok diorang gilir-gilir jaga, untung atok ada anak-anak macam tu :)

Kadang sebak tengok atok macam nak menangis, susah hati agaknya. Atok lumpuh separuh, tangan dan kaki kanan tak boleh bergerak, atok tak bersuara. Sebak, bila anak saudara atok datang bisik 'Paklang, istighfar banyak-banyak ya, ikut saya cakap Astaghfirullahalazim, ikut saya ya paklang, moga paklang sembuh ya paklang?' Atok sedih. :'(
Aku tak suka la benda-benda macam ni. Tersentuh sangat.

Setiap kali tengok atok, Alhamdulillah anak-anak atok semua ada menjaga, ada untuk menjenguk selalu, usap2 tangan atok dan ucap supaya cepat atok sembuh. Paru-paru atok tak stabil, aku rasa. Kadang sedih betul tengok atok punya tangan kiri kena ikat sikit, taknak bagi gerak sangat, kalau dibuka ikatannya dia ada peluang nak buka saluran pernafasan dkt mulut dia, barangkali dia rimas. Kadang atok teringin sekali nak bangun dari katil tu, berkali atok cuba nak bangun, tapi badannya sebelah lumpuh, bagaimana? Atok lemah, bagaimana? Apa yang dapat dibuat cuma tenangkan atok, rehat banyak-banyak, kami ada.


:'(

Aku fikir, macam mana nanti kalau ibu atau ayah aku sakit, aku akan ada tak disitu untuk menjaga mereka? Adik-adik aku bisakah menjaga mereka? Sanggupkah aku untuk menjaga makan minum mereka, menjaga mereka kala mereka lemah? Tuhan, aku harap aku dapat berada disamping mereka saat mereka sakit, saat mereka lemah dan tidak bermaya, biarlah aku yang jaga, lapangkanlah hati aku, senangkanlah hati aku untuk menjaga mereka jika mereka jatuh sakit.


Aku takut. Kalau aku dihari tua, akan adakah yang datang menjenguk aku? Akan adakah anak-anak atau keluarga yang sudi menjaga aku?

Ya Tuhan, Engkau Maha Berkuasa.



Aku takut sebenarnya :'(




PS - Sebab tu aku tak suka pergi hospital. Hmm atok, cepat sembuh ya? :)





Day Three


Eight ways to win your heart

Whaaaaaaaaaa? Gugurlah rambut aku nak fikir apa cara yang boleh memenangi hati aku (lihat betapa gelinya ayat aku) Bajet je kalau buat benda ni? Ekceli sebab taktau nak letak apa bwehehe.


Bak kata member, biarlah rahsia? Buahahaha.


Surprise me, maybe you will win my heart? HAHAHA geli. Like anyone cared.



Nak skip this part boleh?



I am still far from winning people's heart so yeah, I actually don't know on what to wrote. But there's people who succeeded, in winning mine. You know who.



*wink


PS - Harini aku berjaya drive dari Seremban ke Shah Alam, satu pencapaian kan? Hehehehehe especially for me yang pegang lesen sampai berhabuk, sampai aku lupa aku ni dah amik lesen ke belum haha kbai. Btw, hujan datanglah cepat k? Rindu ♥


#nowplaying Closer To The Edge by 30 Seconds To Mars




Day Two

Nine Things About Yourself

1. I am studying in UiTM Puncak Perdana, taking Fast Track Diploma in Accounting (DIA) bahaha :D
2. I love to eaaaaaaaaaaaaat! Yet I don't gain much weight. -.- My favourite food is always Nasi Paprik and Telur Dadar :D
3. I'm lazy
4. Loves music. Some people find my taste in music is weird but I don't give a damn (?) :D
5. Don't talk much about personal life. Tee-hee. Unless if you ask. :) Let's see if I want to tell them or not? :D
6. I have a guitar, and I'm still learning. I need a personal tutor, :b
7. 7 is my favourite number!
8. Quite sensitive, actually. BOO!
9. Actually, I am still finding out who I really am.


Malas nak describe lelebih, sebab post before ni pun dah ada cakap things about myself and aku dah describe banyak. Sooooooooo yang ni simple je. :)

Cewah, macam ada orang nak baca je, Thirah oi?


PS - Bila nak hujan ek? Panas :(




May 07, 2011

Pilihan

Sekarang musim dapat result UPU lah hapa lah, salah satu masa yang paling takbestttttttt sebab nak kena pilih mana satu kita nak masuk, nak sambung itu atau taknak, nak ambik kos ni atau nak tolak, ambik kos lain.

Lagi-lagi kalau


Day One

Ten different things you want to say to different people (akan ada bahasa rojak, ya)


1. I am not a kid anymore, aku tahu jaga diri. Macam mana aku nak independant kalau you guys treat me like some kid? Please believe in me.
2. Aku nak kau, stand up to apa yang kau rasa. I know I'm not a good friend but please tell me what's happening. :) I won't bite? Hehe
3. You have a complete, happy family. :) I'm jealous.
4. I hope that we could meet, someday. Because it would be really nice to actually hang out with you :)
5. Thanks for always be there for me through my ups and down. I really, really apreciate it. You guys are the best!
6. Nak cakap, jangan main tuduh je sembarangan? Jangan cepat melenting, boleh? Kalau taktahu apa yang orang tu sendiri lalu dan dengar cerita orang, cuba diam dulu, fikir elok-elok. Ok?
7. My feelings for you are real and I don't want to lose you and I hope you know that. Hehe I'm thankful that I met you, meeting you is something I won't regret. I hope. :) And I love you.
8. Haha I know you two would make a good couple. :) Jangan asyik gaduh je hihi.
9. Mungkin aku taktahu cerita kau, tapi aku nak kenal kau lagi. Boleh? :)
10. Kau datang, pergi tanpa sebab yang pasti. I'm over you, jadi jangan datang lagi ya kalau apa yang kau nak buat, cuma untuk melukakan.



This is random! Hihi :)

Have a nice day! Its Sabtuday!



And I have no mood today.




#nowplaying Baby Just Say Goodnight - The Click Five




10-Day Challenge




Day One - Ten things you want to say to different people
Day Two - Nine things about yourself
Day Three - Eight ways to win your heart
Day Four - Seven things that cross your mind a lot
Day Five - Six things you wish you'd never done
Day Six - Five people who mean a lot (in no order whatsoever)
Day Seven - Four turn offs
Day Eight - Three turn ons
Day Nine - Two smileys that describe your life right now
Day Ten - One confession




Dah ramai duk sibuk buat benda ni, so aku pun naklah sibuk-sibuk buat benda ni hehehehehehehe.

1) 10 things about you2) 10 things you love3) 10 things you hate4) 10 things you want to say to one person5) 10 wishes6) 10 items you can’t live without7) 10 important people8) 10 of your favourite songs9) 10 ways to win your heart
10) 10 final words




May 03, 2011

Cuti Semester, One Tree Hill dan Duit

Ada jugak bertambah follower aku even aku jarang-jarang update sekarang ek? Terima kasih :D

So officially, the semester break starts. Selama satu bulan! Okay lah tu, dah bersyukur dah daripada cuti lama-lama sangat sama je taktahu nak buat apa ye tak. Hehe jadi dah dua hari aku bercuti, and I'm enjoying it! Tidur lama-lamaaaaaaaaa, stay up bukan sebab belajar tapi sebab dengar lagu, tengok movies, dramas dan, apa apa yang tak berfaedah haha.

Konklusi untuk final exam haritu? No komen. Paper last which is Macroeconomics susah ya, aku pun taktahu apa aku jawab, tibai tibai dan tibai. Tawakal. Tunggu results keluar, I hope for the best but I don't expect high. :)

Untuk cuti sebulan ni, aku malas nak plan banyak sangat, bukan terlaksana pung! Haha, tapi yang pastiiiiiiii I'm going to -

1. Tengok One Tree Hill! From the second season sampaaaaaaaaai mana yang aku larat selama bercuti ni haha. Tengok la sampai lebam. Ai nak tengok Peyton Sawyer jeeeee <3 Hihikk

2. I want to drive. Pleaseeeeeeeeeeee?

3. Nak belajar gitar. Nak improve. I guess I'm improving, untuk lagu-lagu yang ada chord simple I guess okay lah kot cuma masih lembabzzzzzz...

Tu je yang utama sekarang. Haha but sadly gitar aku masih di kolej, tak bawak balik lagi. -_- Ekceli lepas habis exam Ibu call dia cakap nak gerak pergi hospital dah, so terpaksa rushing. Packing pun baru sikit. So I thought, bawak je balik barang-barang yang dah siap pack. Yang lain-lain tu esok esok la aku amik hahaha. Borang clearance pun esok esok jelah. Heeeeee.

Aku rasa nak beronggeng cuti ni tapi masalahnya aku takde duit, so baik duduk diam-diam dekat rumah. Redha jelah, duit takdo kan. Kerja aku cuti ni memang tengok movies/dramas jelah kot. AND MASAK -_- Ibu dah list dah apa yang nak diajar nanti, greatttttttt.

So that's all for now. I like holidays! Don't you? :D


PS - Aku dapat beg spongebob! Kuning dan sangat, Spongebob-y. Heeeeeeeeeeeeeee suka gilaaa ok ober.


Bye :)


#nowlistening Suddenly Everything Has Changed by Bethany Joy Lenz