Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

April 30, 2010

Tag #6

Di-tag oleh Seha lagi. x) (Senyuman Paling Menawan) Fuyo haha


Sebab-sebab anda suka senyum :

- Entah. Orang ramai salah anggap aku ni sombong. Selalunya orang akan cakap, 'First aku tengok kau, aku ingat kau sombong doh, takut nak tegur' Macam aku makan orang je kan. Haha! Muka neutral aku memang ketat oh, maaf lah. Sebab tu kalau orang tengok aku gaya macam nak judge aku je, aku akan senyum. :) Aku tak sombong tahu, jauh sekaliiiiiiiii.

- Aku suka senyum supaya orang tk salah faham. Contoh kalau orang tu beriya bercerita kat aku ke apa, aku respons dengan senyum. Kadang-kadang aku tk tahu nak respons apa, so aku senyum jelah haha. Cara paling baik. Kalau tak senyum, sekali lagi orang anggap aku kerek. Fuh, makan dalam beb.

- Entah aku memang suka senyum lah senang cerita! :-)



4 orang untuk di tag :
Dahiyah, Naziha, Izzyan dan kembarnya, Nadnod.

Post sikit gambar senyum kau orang! ;-) Terbaik punya ok!


Tag #6

Aku dah tangguh dua tag. Heeeeeeee. Ini tag from Seha

1) Adakah anda happy sekarang?
Happy :')

2) Kenapa anda happy?
Sampai harini, aku bersyukur dengan life ni. Ada je problem sangkut sana sini, tapi itulah hidup. Chill je. :)

3) Apakah benda yang boleh buat anda happy?
As long as I'm with my loves, Im happy.

4) Pernahkah anda membuat tag?
Pernah je

Weh aku mcm malas lah tiba2 nak sambung tag ni. :/






Jalan-Jalan

At, Aisyah & Eila

Dahiyah & Ziha

Girls Day Out, ini cerita Selasa lepas ok. Lambat post, aku tahu. Saja je, asyik duduk dalam draft tak post post.

Lepas ni tkmau pergi Curve naik public transport, susah betul. Haha, punya semangat kan masing-masing dapat bas pergi Curve, lama kot nak tunggu bas -.-

Membazir beli dua air untuk lunch pulak tu. Dh beli air soya cincau, aku tk ngam ah dengan soya dia, tk sedap. Even though yg lain kata sedap, haha. So keluar lagi duit nak beli air lain yang mahal sebab soya cincau yg tk sedap tu punya pasal. Heeee

Ok kali pertama aku pergi Ikea, tempat paling best untuk berangan ok. Macam-macam ada, katil dia fuhhhhhhhhh, aku taktau tapi aku tertarik dengan katil-katil atau sofa yg berwarna merah ^^ Garang sikit, aum. Tunggu aku berduit esok. Tunggu, aku siap upah lagi interior designer untuk rumah aku nanti hoyehhhh, tengok berangan lagi.

Dah habis berangan, pergi Redbox pulak, bilik dia paling mahal lah, gilo. Ternganga lah sekejap apahal seh bilik dia, vip semacam. Rupanya memang vip pun sebab bilik yang biasa semua dah full. Nasib baik tanya balik, siot je, kena caj mahal sikit. Pfffffffft, so memandangkan bilik baik punya, nyanyi pun kena kasi all out ye tak. Oh memang all out lah, semua girls kot, takdalah ai malu sangat :"> Suara sumbang mambang pun peduli apa, janji seronok. Agree dengan ziha, lagu Fantasia Bulan Madu terbaik. :-) Paling tak menahan semestinya lagu Nobody lah kan haha!

Ikea + Redbox = Seronokkkkkkkkkkk! Had a whale of time bebehhhhh(dan dan)

Berlakon betul ni, boleh masuk katalog Ikea kan?
Oh ini lagi satu, kan dah kata, tempat ni best kalau nak berangan. Padahal aku tk faham buku tu bahasa apa.

Redbox, semangat wey kami nyanyi. Syok laaaaa x)

Warming up

My two sayangss.

Ini pun sayangssss. :-) Sempat lagi posing sebelum bas sampai


Friends will keep you sane, Love could fill your heart, A lover can warm your bed, But lonely is the soul without a mate.


April 27, 2010

Aku Tak Suka

Kalau ada orang marah or tegur or apa-apa jelah, yang lagi sorang tu lagi mengapi-apikan. Boo. Tutup mulut sudah

April 26, 2010

Dushh





LOL. Orang tak ada kerja, gitulah.


Nota Kecil #3

Sudah cukup kalau kau mengerti.

Harini hari Isnin, 26 April, jadi ada dua minggu lebih untuk settlekan borang pendaftaran untuk ke Matriks. Wuh, I've made my decision. Im going to Perlis. :-)

Leceh lah nak kena fotostat bagai. Malas.

Updates about last weekend-

Full programme untuk Sabtu dan Ahad. Sabtu pergi SMTTJ ada Hari Anugerah. Malas la nak cerita. Gambar(s)!

As you can see, kasut dia bersusun macam gitu. Tak menahan. Ni kalau tak open day ni, berterabur la kasut2 depan pintu tu.

Pukul 11, pergi open day asrama. So sesiapa pun boleh masuk Aspura/Aspuri. Siapa-siapa yang teringin nak tengok rupa asrama lelaki or perempuan memang dialu-alukan. Since Aspuri tempat aku dulu, of course aku pergi Aspura hahahaha. Tapi tak round pun, panas + malas. Yang excitednya ayah aku. Dia ex sekolah tu, so dia paling bersemangat haritu. Dgn alumni2 TTJ yg lain, satu asrama dia round. -.- Boring gila, so aku round sekolah, jumpa budak bola yeay. :-)

Random people. Juniors lah kot, aku bukan kenal muka pung. Tema tahun ni kalau tak silap, korporat. Kannn? Haha, best gila kau orang. Dulu kitorang pakai baju batik je ok. Mana ada open day ni.

Faiz/MUNDU. :P Apahal kau tinggi sangat -.-

Ciqin! :-) Ok abaikan muka aku, macam tak beriya langsung haha.
Maryam! Vogue gituuuuuuu ye dik.

Dalam pukul 2 baru gerak keluar sekolah -.- Itupun lepas tu nak pergi hospital, tengok Wan Achik. Aw, seperti biasa aku tak suka duduk hospital lama-lama. Entah, sedih lah tengok orang sakit sakit ni, tak sangguppppppp. After hospital, headed to kedai mamak mana tah. Pun dekat seremban lagi -.-

So officially keluar dr seremban ; pukul 4.25 petang. Wa tengok jam weyyyyyyy, haha. Terlampau excited nak balik. So gua boleh landing atas katil.

Ahad - Kenduri kesyukuran + tahlil

Pagi-pagi baru nak berkemas bagai. Majlis dr pagi sampai petang. Wooooooo penat betul, penat penat. Lama tak berkenduri-kendara ni.

Aiman Thaqif. Wa sayang ini budak, ganas tapi leleh kalau kena tinggal dengan mama dia LOL

Pis lah.

Nak contact lens. Please. :P


Aku Dah Buat Keputusan

Im going to Matrikulasi Perlis. Fuh, jauh pun jauh lah. Tapi aku tak ready apa-apa pun lagi. Chill.

April 22, 2010

Fa-La-La

So I've met your new girlfriend. Happy for you. :-) Seriously,

Jadi post harini random.

Macam-macam bulan April ni.

Orang sibuk dok bercerita pasal matriks, universiti, persiapan itu ini, interview sana sini. Wuh, it freaks me out. Okay sekarang aku pening sama ada nak masuk matriks ke tak, orang kata kalau dh terima matriks tkkn dapat masuk U. Ada pula yang kata masuk je dulu, kalau nak tunggu offer lain pun masuk je matriks dulu apa apa hal. Tapi dh masuk matriks UPU akan ditolak? Apa benda semua ni? Mcm mana nak buat pilihan do? Okay contoh kalau aku masuk matriks, tiba-tiba offer yang konon-konon aku dapat fast track account trpaksa dibatalkan, ouch itu dah cukup sayang ;( Entahla, aku pening la. Mula-mula target aku nak ambil diploma akaun, kalau ada rezeki dpt fast track. Fikir pasal matriks pulak. Kalau dah tolak matriks sebab yakin sgt dengan result UPU kita tapi tiba-tiba tk dpt. Kecewa kot.

Oh my, ada pula kata UPU keluar bila budak2 dah masuk matriks. Apa semua ni. Ya, aku tahu bukan aku sorang je dilema. Kau kau kau yang lapan belas ni pun hadap benda lebih kurang je kan. -.- Sep lah.

Cerita pasal kereta pulak. Dah ada lesen tp belum drive lagi. Dah ada kereta tapi tk boleh drive jugak. -.- Kereta tk hantar workshop lagi, ingat tak post aku sebelum ni, di mana kereta tiba-tiba mati dekat roundabout. Kool, aku tahu. So sampai harini tak hantar workshop lagi, semua macam..busy. Ibu tk boleh nak settlekan sebab kaki dia pun belum elok lagi, so sekarang semua hal ikut keputusan ayah. And ayah seems like, very busy. Very very busy. Semacam tiada masa nak uruskan itu ini selain kerja dia. Itu satu sebab aku tak boleh drive.

Lagi satu sebab parents aku pun gelabah kalau aku cakap aku nak bawa kereta. 'Ishhhhh bahaya la kereta banyak' 'Bahaya kalau bawak laju2 ni, kau tengok budak2 yg accident tu semua, entah2 tu baru nak dapat lesen lepas tu drive terus, hishhhhhhh bahaya' Aww man. Terang-terang aku lulus JPJ? Denggg. Slowtalk dah, tapi I don't think I can drive dalam masa terdekat ni -.-

'Ibu dulu lepas dapat lesen tkde kereta pun. Ok je'

Fullstop. Aku malas argue dah pasal benda ni. Ha-ha-ho.

Right now I'm looking forward to buy a sugar glider. ♥ Series aku jatuh cinta dengan binatang ni. After bela kura-kura dulu, sekarang aku rasa nak bela sugar glider yang sangat comel itu. Sebagai peneman sy. Awwwwwwww comel comel

Dan isu yang terakhir(untuk post ni je), aku tiba-tiba takut untuk berjauhan. Sekarang pun ada je yang dah jauh, tapi kalau jauh lagi? :( Maksudnya, lepas ni takkan sama, kalau sekarang masa banyak terluang sebab cuti. Lepas ni? Semua sibuk, semua mula bertungkus lumus, semua akan berubah, lepas tu kalau semua hilang? Ok tampar aku. Mula dah paranoid ni. But seriously, Im afraid. :( Im just, not ready yet. Distance could change people, or lose people. No aku tak sedia lagi. Belum




'F you!'
'You mother-F'

Haha, saying F instead of fuck.

Habis skema, comel gila. Watched date night. Mula-mula rasa macam boring gila. -.- Series. Gelak pun nak tak nak je, tapi lepas 20 minutes baru syok, action plus comedy. I likeeeeeeeeeeeeee. :-D


Nota Kecil #2

I don't like goodbyes. I'd rather say 'take care' than 'bye'. Somehow it is a very powerful word, sometimes it become the word that I fear, yeah call me paranoid.

Terrified, scared that the day you say goodbye will be the last memory together.


I just don't like goodbyes.


April 21, 2010

Aku Tak Faham

Aku tak faham kenapa cicak dekat rumah aku tak boleh bezakan antara siling dengan lantai. Dah terbalik pulak. Bukan sekali dua, ni dah hampir lapan puluh lima kali, nak masuk seratus kali dah aku tengok. Ok tak kira pun sebenarnya, my point is, banyak kali dah aku tengok cicak berlari berkejaran dekat atas lantai. Bukan dekat siling. T.T


Fobia aku terhadap cicak dah bertambah-tambah. Euw.

Plus malam-malam ada je benda-benda kecil masuk dalam rumah. Kumbang lah, kupu-kupu lah. Ya, aku pun takut kupu-kupu, ok. Haha, I've had enough with kumbangss and cicaksss. Terlompat tergedik sana sini, ibu cakap 'Kau patut tengok muka kau sendiri time kau terkejut tu HAHA'

Horrible, aku pun malu :")

Di sini, aku menyatakan ketidakpuashati-an aku terhadap cicak-cicak yang bermain-main di lantai. Tempat kamu semua dekat siling! Oh please naik atas balik. Tengok kau orang bermain-main dekat atas pun dah cukup menggerunkan, takut2 korang terjatuh time aku tengah tidur ternganga mulut. Even cicak takkan jatuh dari siling, tapi aku seorang yg paranoid bab bab binatang kecil ni.


EE-YU!


Rehearsal

Im not going. Faiz, nanti kau buat video tutorial tau mcm mana nak ambil hadiah HAHA. Thanks. xD

Nota Kecil #1

I fell,


I thought nobody would lift me up again.


Because I fell so hard, I was bleeding.

I just sat down, watching others ; no one I could ask for help.

That was the time I felt so.. alone.

'I have to stand up, on my own'

Too hard.



A hand reached mine, a warm feeling I could feel

'I'll help you, stand up and walk with me'

At,


Setia

Aku setia kepada Blogspot. Maaf, Tumblr. Berhabuklah dikau sekejap haha. Naziha sampai sekarang tak dapat follow tumblog kau ni. :P




April 19, 2010

Gonjeng

WEYYYYYYY COMEL GILA KITA TIME NI :'D Hahahahahahahahha dah nampak dah tudung siapa paling senget dan benget B-) Rinduuuuuuuuuuuuu nya

Dedikasi Buat Ibu,


Aku stuck. Tak tahu nak tulis apa. Terlampau banyak benda nak dicerita, so akhirnya aku buat keputusan untuk simpan je HAHA. Aku rasa lebih baik untuk simpan je, rahsia rahsia. :P

Apa pun, tak buat surprise party tak bermakna thirah tak sayang.
Tak bagi hugs and kisses tak bermaksud thirah tak peduli.

Ohhhhhhhhhhhhh I just love you, ibu. Im not good in words. Dalam hati tuhan je tahu thirah sayang ibu banyak mana. Terlampau. :')

Maaf untuk semua kesilapan yang thirah pernah buat, sengaja atau tak.
Im trying to be a better person, for my family. I won't let you down, again.

HAPPY BIRTHDAY IBU. Yang ke-43. XOXOXO


Tersangkut di Bulatan

> Post tergendala sebentar disebabkan tetamu datang secara tiba-tiba -.- Selamat gua dah mandi pagi tadi HAHA


Ini aku nak cerita pasal semalam. Punya ramai like kan? Haha, aku rasa ini memang experience betul lah, kelakar pung ada jugak. -.-

Actually, semalam lepas jump Kancil nak bawak pergi workshop terus, ayah cakap nak tukar bateri. Okaaaaaaaaay, punya bersemangat siap kan, sampai kat workshop ayah test kereta tu ; matikan enjin then hidup balik. Macam okay je, so tak jadi tukar, sebab boleh hidup lagi, orait la tu.

Memandangkan Saufi ada cakap ABC dekat Sect2 sedap, aku ajak lah ayah pergi pusing2 sana, syokkkkkkkk, tapi otw tu hujan lebat gila la pulak. -.-

Wiper dah slow, time tu nak masuk roundabout dah, okaaaaaaay. Aku tak tau pung wiper slow tu petanda enjin nak mati HAHA, ingatkan sebab berkarat ke apa -.- Pffffffft.

A few seconds later, bom. Enjin mati. Apa pun tak boleh function, hazard tak boleh pasang. Bom lagi sekali. Stop betul2 time nak masuk roundabout, dekat lane tepi, dengan banjir lagi tepi tu. Bom lagi sekali, aku dah gelabah gila. Tapi aku tengok ayah kool, so aku pun kool jelah jugak kan. Yang paling annoying adik aku boleh pergi nyanyi lagu gila mana tah. Helloooooooo, orang tengah stuck tktau nak buat apa ni, dik. Kau boleh lagi berkaraoke.

Aku pandang ayah, ayah pandang aku. 'Tulah, nak berjalan sangat. Cari cendol punya pasal. Haha' Tak menahan gila, masing-masing gelak jelah. Hazard tak pasang, orang lain semua hon, tak pun angkat tangan macam, 'Woi apalaaaaaa' ha macam gitu lah. -.- Bahaha, nak keluar pun hujan bukan main lebat, so duduk lah situ sampai hujan reda sikit, then tunggu kawan ayah aku datang nak jump balik kereta.

Ayah pandang aku, aku pandang ayah lagi. 'Hahahahahaha. Haihh' B-) Kool wey hahahahaha. Kalau ibu yang jadi driver mesti dia tension, dan buat aku tension jugak, gelabah sini sana. Fiuh.

So far kami handle situasi dengan kool Bahahahahah. Lepas dah jump balik kereta, straight balik rumah, nak pergi workshop tutup pulak. Itupun wiper dah start buat hal balik -.- We reached home safely,


Apa pun tak dapat. ABC pun tak dapat. :|


Pssssst : Dear, aku tahu kau kuat, I know exactly how you feel. :S Be strongggggggggg you deserve better :'D


April 18, 2010

Cabaran Hari Ini

Nak pusing2 punya pasal,

Pelan Rahsia #3 (Tak Berapa Nak Rahsia Sebenarnya)

'dah lah harini tido 11jam -.-' then petang nak tido lg . gilee hahaha. tgh syok2 tido , ade minah call . hahaha. lol. tu laa . pegi dating tak ajak :p' - Saufi punya post semalam.

Minah tu, referring to me. Hahahaha. Pelan rahsia dah tak jadi rahsia dah. Cettttttt. Haha.

Went to Sunway, pergi Ice Skating tiga orang. So lepas gian lah ni nak pergi skating, it was funnnnnnnn. Tp tk berapa syiok sebab ice dah mula cair time tu, kalau jatuh pun best gila, kuyup lah baju. Satu benda yang kurang best pasal ice skating - kalau orang tu dah nak jatuh ke apa, dia akan terus mencapai apa-apa yang paling dekat dengan dia. Pegang tangan ke, pegang bahu ke, pegang... ke. Agak saspens lah disitu HAHA. Dan semalam jatuh best punyaaaaaaa wey.

Malas cerita panjang, before balik, aku jumpa Sugar Glider! Awwwww man, RM380! Murahnya -.- Itu belum campur makan dia lagi kott. Demm, aku teringin la nak bela benda alah comel tuuuu. Kura-kura kalau beli pun RM7! Hahahaha, tiba-tiba sekarang teringin nak bela binatang. No cats, no cencorot. -.- Bahaha. Sugar Glider masuk dalam wishlist aku, weeeeeeehoo. :-D

Benda paling mencabar, menguji kesabaran - cari jalan pulang dari Sunway. -.-
Sori awak, lepas ni sy hafal jalan, ok! :-)

With the help from Farid and Saufi, we reached home safely. Tapi bila dah sampai rumah, family aku tak balik lagi, diorang pergi Gombak. Guess what, aku lupa bawak kunci, sebab sebelum ni aku dah terbiasa tak bawak sebab apa apa hal pun ibu mesti ada kat rumah. Fine, so terpaksa lah tunggu mereka-mereka ni balik. Fiuhhhhhhhh, nasib baik tak tertidur depan rumah sendiri. -.-

Apa-apa pun, gua happy gila ni. :')

Weyyyyyyyyyyy jom lah skating lagiiiiiiiiiiiiii! Ramai ramai pula! Simpan glove elok-elok. Ahaha.



April 17, 2010

Quality Time

Lagi satu pelan rahsia, :-)


Memandangkan aku dah lama sangat terperuk dalam rumah, ibu ajak keluar pergi jemput Aqilah then straight pergi dinner. Ibu dah tengok anak dia dah macam tak betul kot, asyik duduk rumah, menghadap pc. Tak menghadap pc, berkeruh dalam bilik. Tak berkeruh dalam bilik, berkeruh depan tv. Tak berekruh depan tv, geledah dapur cari apa-apa yang boleh dimakan-selalunya memang tak ada lah, habis. Dan begitulah rutin aku setiap hari -.- Aku membosankan, tahu tu. Tak payah cakap lagi.

So gerak dari rumah pukul.....aku tak ingat. Aku bukan jenis tengok jam sangat. Jam pun aku tak pakai. Dari aku sekolah sampai sekarang ni aku ada satu je jam, itu pun ibu belikan sebab apa tah. Dan sekarang jam tu dah mati. Wuhuuuuuuuuu XD So sekarang bila nak beli jam tah aku pun taktau -.-

Okaaaaaaaaaay, balik ke topik, lepas ambil Aqilah baru nak pergi dinner, dekat 13. Yap, dekat tempat baru tu, cantik tempat dia, tapi belum banyak kedai lagi. Eksklusifffffff.

Kira malam ni malam kualiti bersama keluarga lah :') Sebab complete, semua ada. We went to I-city, again. Sebab adik-adik semua excited nak pergi, parents pulak macam.......malas. So boring, tak syok sebab parents duduk tepi je, haha. -.-

Dahiyah, Aisyah, Aqilah

<33

Abaikan posing aku -.-

Pokok merah :-)

Pis yaw. Sebelum tu, ada brader ni posing muka letak dekat pokok tu, senyum kasi pondan punyaaaaaaaaaa -.-

Psst : Bila nak buat photoshoot dekat tempat ni? Hahaha aku belum bawak Nikon pergi sini lagiiiiii,


Malam!


April 16, 2010

Seperti biasa, aku duduk rumah harini. Semakin hari kemahiran sosial terjejas, kalau keluar aku dah tak reti nak berkomunikasi dengan orang, ha-ha. Duduk meng-kuno-kan diri dekat rumah. Yey untuk aku. Nasib baik ada internet, ada lah jugak benda-benda yang aku tahu. Kalau tak aku memang orang zaman batu. Hahaha.

Since plan tak menjadi dan aku dah bersedih sejak semalam, takpa aku redha hari lain ada lagi, kan Faiz.



...Sedih betul.



Oh, aku dapat matriks Perlis! Wey aku tak apply pun kot dekat Perlis? Apahal nak jauh-jauh je? :-( Eeeeeeeeee tak syok laaaaaaa.


Ok kekeringan idea. Bye.


Psst : Aku geram je dengar adik aku pakai keyboard tak macam orang lain pakai. Orang taip ketuk ketak ketuk ketak, dia taip macam KETUK KETAK KETUK KETAK. Memang kuat gilalah, tengah geram ke apa tah. Rilek lah adik ku. -.-


April 15, 2010

Satu hari kau datang,



April 14, 2010

11 April Lalu

Ini entri dedicate khas untuk satu-satunya amoi yang aku kenal masa dekat SMKS7 dulu, aku satu kelas dengan dia since form 1, tapi form 2 baru rapat, itu pun akhir form 2 kot?! Haha. Maaf, memori aku untuk zaman sebelum form 2 memang kurang sikit. So this amoi, first thing yang orang sedar pasal dia; she's hyperactive. :P Susah nak duduk diam, kalau dulu form 3 time Math mesti hobi dia kacau aku belajar. Aku tak faham kenapa perlu time Math jugak? Apasal tak time Sejarah ke, KH ke? Sometimes I feel annoyed bila dia kacau aku macam tu but she makes me smile. Aku susah marah orang, so aku susah nak marah amoi ni. Banyak benda pelik pelik dia buat -.- Main ikat tudung orang lah, pendek cerita, macam kau kena jaga sorang budak tadika yang sangat aktif. -,-"

The best thing she can do; sengih. Hahaha, kalau tak sengih tu bukan dia la. Pernah sekali, lepas habis PMR, aku dengan dia ramai-ramai ponteng ceramah apa benda tah, mungkin ceramah pasal hala tuju lepas PMR kot. Ramai-ramai serong, and bila kantoi, dia sorang je lepas. Dengan selamba dek dia keluar drpd kelas tu dan tu membuatkan kami semua ternganga. OUr reaction was like, OH RABUN KE DOH CIKGU NI TAK NAMPAK DIA KELUAR MCM TU JE?! Tak aci tak aci. Hahahaha, yang lain semua kena dengan cikgu. Aku masih tak faham kenapa cikgu boleh tak nampak dia keluar. MACAM TU JE. Sebelah je kot?! haha, but it's over now. Dah jadi kenangan pun. Kalau keluar dengan dia ni, aku kira jalan lembab. Dia jalan laju gila. And dia akan gelakkan aku sebab lambat, seriesli aku tak pernah tak gelak kalau lepak dengan amoi ni. Apa benda tah, ada je benda merepek dia buat.

The best amoi ever. :-D

'Ah moi chantek, kau lah gadis rupawan' - Hujan. HAHA NAK JUGAK LETAK LAGU NOH

Hotsetaf wo amoi saya ni. Lu jangan main main wo

Gambar zaman gonjeng dulu. Ingat tak dulu rambut aku dengan dia potong nak sama je panjang?! Hahaha tak plan okay!

HAPPY BELATED BIRTHDAY :'D


April 13, 2010

The Interview

FIUH FIUH. Finally lepas dah interview, dan tunggu result jelah lepas ni. Jujurnya, aku tak mengharap sangat dapat scholarship ni, because of some reasons.

Aku Jumpa Abang Tuuuuuuuu

Tajuk kasi gegar! :P


1. Aku dah lepas interview, fiuh. Dan ada benda yang aku dah terlepas dan aku feras(wow it rhymes!)
2. Aku baru amik P aku! Pehhhhhhh dah berzaman, aku tahu. Aku dah hampir lupa mcm mana nak drive. Ibu suruh drive manual pula, wuhuuuuuuu.
3. Oh ini buat siapa-siapa yang pernah bekerja jadi promoter Celcom ; aku terserempak dengan abang gatal tu! Hahahaha abang yang banyak gila awek tu -.- Aku memang terkejut gila la sebab tak sangka akan jumpa dekat Shah Alam, yap dia dengan kawan dia tu promote dekat S Alam. And and abang tu ingat akuuuuuuuuuuuuuu :') 'Eh ni adik, yang Xpax tu' HAHA
4. Aku dah hampir gila pulak duduk rumah ni. Boringggggggggggggggggg.

Ok tu je, aku malas nak menaip la sekarang. Bye awak semua


April 12, 2010

Woooooooooo, dah lepas dah lepas. Ye aku memang menggelabah sikit sebab that was my first time.

Tak faham? Buat-buat faham.


:') This week started very well,


April 11, 2010

Kisah Ini

8.39 - Ayah call(padahal masing-masing dalam bilik, kira malas nak bergerak ketuk pintu la ni),

'Hello'
'Ha..'
'Kata nak pergi beli kasut?'
'Yap! (berusaha sembunyikan suara mamai)'
'Ha siaplah'
'Ohhhhh'
'Ha ok'
'Ok....'


...............Krohhhhhhhhhh.
Sekarang 11.51 dah. Tak gerak lagi. Haha

Bai de wei, Negeri Sembilan menang. Hoyehhhhhhhh. And aku agree dengan Seha, rindu masa tengok bola Negeri Sembilan lawan Kelantan. Terbaik! Meriah. Tengok dalam dewan besar, jerit tak hingat. :') Rinduuuuuuu.


April 06, 2010

Aku dah tukar layout. Plain, senang cerita. Sebab sebelum ni macam tak kena je -.- Aku malas cari lain, aku suka macam ni, dah. Hahahahaha, aku takde kerja sebab



AKU TAK BOLEH TIDUR!



-__________________________-


Aku Si Kidal

#nowplaying - Menjaga Hati, Yovie & Nuno(eh betul ke aku belasah je nama penyanyi dia)

Guess Im not going anywhere for this week, hehe. First reason, sebab duit tak ada. Dahlah tak bekerja, pfffft. Nak mintak parents macam, er, tak sampai hati lah, plus tak pasal-pasal kena bebel free je, wu berdesinggggggg! Second, sebab kena prepare untuk minggu depan for the interview. Seriously, I suck in interviews, I get nervous easily, and I don't speak much, mulut aku terlalu berat, padahal banyak benda nak cakap, tapi sekadar monolog dalaman. Pergh, anyone? SOS! Haha, Ziha kata kalau interview sorang2 okay sikit, sebab tak perlu nak menonjol sangat daripada buat forum, bincang pasal any issue. Ye kot, sebab aku memang akan tenggelam kalau beramai-ramai, wuuu.


So, cepatlah sikit 13hb, plis plis plis


So, let's talk about personalities!

Aku buat kuiz dekat facebook, yolah sumo nak main benda alah ni kan. :P

1. Penuh Rahsia
-Ya kot, eh tapi tak adalah penuh mana pun, haha. Bukan sebab saving, ok saufi? Cuma, aku rasa orang lain pun ada masalah dia sendiri so dengan dengar masalah aku ni macam buang masa diorang je? Wuuuuuuu haha it's not that i dont want to tell them, tapi aku lagi suka kalau tak bercerita, cukuplah kalau orang tu tahu aku ada masalah, and they're always there. Itu pun dah cukup dah, :') Even kalau aku bercerita pun, aku tak expect orang tu faham masalah aku, listening is enough. So aku lagi suka berahsia. Series aku happy kalau orang sekeliling aku happy. Takda hal la! :)

2. Susah diukur dan dimengerti
-Ha ini aku setuju, sebab kadang-kadang pun aku lost dengan diri aku sendiri. Yap.

3. Peduli tentang perasaan orang lain
- Er, macam gua cakap tadi, orang lain happy, gua pun happy, tarak hal. Haha, tapi hati siapa-siapa yang aku sakitkan/lukakan, sori sangat-sangat, series ni

4. Sangat emosional
- Kalau siapa dah rapat dengan aku, tahulah aku pun kadang emosi jugak, hihi. :P

5. Pemaaf, tetapi tak mudah melupakan
'Forgive, sounds good. Forget, Im not sure I could' petik dari lagu Not Ready To Make Nice, enough said. Aku susah nak marah sangat, malas rasanya. Tapi kalau aku marah pun kejap je, lepas tu okay balik. Tapi apa yang orang pernah buat dekat aku, mungkin aku cakap la 'Ala rilek lah aku dah lupa lah' tapi sebenarnya takpun. Never, haha. Cuma, malas nak ungkit.

6. Memperlakukan semua orang dengan sama
-Er, bagaimana yek? Kalau dengan kawan semua memang sama jelah aku layan, gila pun gila jugak. Paling pantang kalau orang yang cepat touching, tak ajak itu lah ini lah, lepas tu dah ajak taknak pulak ikut, fiuh sabar ajalah kan.

7. Pekerja keras
- WUYOOOOOOOOOOOOO, I hope in future aku boleh betul-betul jadi macam ni. Haha, sebab before habis sekolah lagi(sampai sekarang lah jugak kan), aku bukan seorang yang hardowrking, dan aku tak boleh tengok orang yang hardworking, panas wo. Tapi aku salute, esp dormate aku, Kuyah, pergh tabik lah, aku rasa she's the most hardworking person I've ever known in school. Even sibuk-sibuk pun dia still boleh curi waktu untuk belajar. Kalau aku? Haram, apa yang aku nampak hanyalah katil, katil dan katil.

Dah, serba sedikit pasal aku, pembaca semua(perasannyeee eeeeee)

Sebenarnya aku tak boleh tidur lagi ni, hahahahaha. Saja menulis, penyakit lama aku datang balik. Aku dah susah nak tidur balik, oh no. :S


April 04, 2010

Tak Apa

Apa-apa pun, aku kan kuat! HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA

April 03, 2010

Mana Gambar Ai

Nazarul, berjanggut aku tunggu gambar-gambar kau tau? Aish -.-
Presenting, Aisyah with my SOX shirt.




Oh, ya. Naziha gave this to me. Kau tahu tak aku receive kad kau time ambil result 11 Mac?! Hahaha, cikgu bagi orang sijil keputusan, dekat aku dia pas kad ni dulu.



Aku peduli apa orang cuba nak menjatuhkan aku, aku pekakkan saja.
Tapi bila orang yang tak yakin dengan apa yang aku boleh, ragu-ragu dengan aku, cuba melemahkan semangat aku, adalah kau?
Kisah apa aku kalau orang dekat luar sana yang sibuk mengata, serius aku anggap macam angin je. Apa yang aku perlukan, semangat, dorongan yang aku sebenarnya boleh, aku bukan selemah yang orang lain sangka.
Tapi yang menghilangkan itu semua, engkau sendiri.

Buat aku terfikir sendiri, aku ni memang tak boleh, aku ni memang lemah ke.

Aisehhhhhhhhh!


Apa Ek?

...setengah jam depan PC hanya untuk menaip sebuah entri yang.....tak ada isi langsung.

Baguslah tu. Buang masa. Takpa, memang hobi gua pun.

Actually, memang ada topik yang aku nak tulis, tapi isinya kurang, ceyyyy macam buat karangan, tak cukup isi.

Jadi gua habiskan masa dengan termenung, termenung dan termenung.

There's a few things in my mind lately, aku naaaaak je tulis tapi aku takut benda ni semacam personal, ataupun too personal, so aku save je as draft, nanti bila-bila aku rasa nak bongkarkan segalanya(?) aku akan tekan publish.

PS : Aku dalam mood tunggang terbalik ya. Jangan tegur nanti aku melatah


April 02, 2010

Telefon Bimbit Zaman Batu

I'm happy with him. I'm in love with him. Tapi I missed the old one. :-(

Oh ya, bercerita pasal telefon ya disini, ihihi.

Walau telefon zaman kuno ke zaman batu - bak kata pakcik aku, aku still rasa fon tu superb! Haha

1. Kalau dulu lepas call/text, aku main campak jelah fon tu. Campak lah gaya apa pun, tak kisah punya. Bak kata Rihanna 'I I I, Im so hardddd' so dengan rileknya aku mencampak kalau tak pakai. Kalau sekarang, kena bagi perhatian lebih sikit, wuuuuuuuuu
2. Orang tak begitu berminat nak usha-usha. Eh memang tak minat pun lah. Takda application yang menarik pun nak ditengok. Infrared pun tarak.
3. Senang dihandle, tak banyak function, basically just call/text. Aku orait je.
4. Orang nak curi pun tak jadi, muhahaha, telefon zaman batu kannnnnnn.

Cettt, entri ni khas untuk fon batu aku. He-he. Ai miss yu babehhh, ai terpaksa berpaling dekat Aino. :P



Boo Yah

Oh, berwajah baru, penat memilih, yang ini pun macam, so not me kan? Haha, tapi comel, ai laik it beri mac. Header baruuuuuuuuuuuuuuuu buat tadi, amacam? :-)

April 01, 2010

Kadang Aku Rasa

Aku ni tak sebagus mana pun. *mengeluh

Tag #5

Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada pengundi-pengundi kerana sudi mengundi saya, saya rasa sangat terharu. Terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi semangat tak putus-putus, lepas tu........................

TETTTT. -_____-!

Actually I got this award from Nasuha, terima kasih terima kasih :') Haha, aku tahu blog ni busuk je, takde wangi mana pung. Lagi-lagi aku tengah dalam musim malas nak meng-update, lagi lah busuksssss. Takpe akan ku wangikan nanti.


Here are the rules to accept the award :
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered.
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4. State seven things about yourself.

Maaf tak dapat nak tag sampai 15 orang, series gua nak cepat ni, just a quick update. :)

3. Dini
5. Wani
10. Faiz
11. Myra
12. Anisa

Oh semua ni random jeeeeeeee(cuba untuk menaip dengan lebih laju)

Tujuh perkara pasal aku eh? Ok so here it goes :

1. Aku kurang self-confidence, tapi aku rasa sekarang lagi okay lah daripada dulu. Dulu tak ada langsung kot? HAHA
2. Aku kidal, tapi orang kata orang kidal cepat mati? Fuhhhhh, syirik syirik haha
3. Aku suka kalau dapat bangun pagi, sebabnya, aku susah nak mampus bangun pagi, boleh bangun pagi, tapi susah. Alarm sampai 6, 7 kali baru aku betul-betul buka mata.
4. Percaya tak kalau aku kata aku sensitif? Ha, percaya baguslah
5. Noh tuuu penyanyi favret akuuuuuuu, penyanyi Melayu lah, muhahahaha.
6. Orang kata muka aku kerek, takut nak tegur aku. Aku gelak kot bila orang cakap macam tu, tolonglah jangan percaya muka aku ni, sebenarnya aku malu. Muka neutral aku memang macam tu, takdir beb.
7. Aku rabun tapi degil taknak pakai cermin mata, yey untuk aku. Yey.

Ok dah, bye!