Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

July 20, 2011

Aku taktahu nak letak tajuk apanya pun adoi..

Haaaai. Ok..

As we all know (cewah) , 15 Julai lepas ramai yang dapat keputusan untuk further studies dalam degree. Ada juga yang dapat offer ke obersea! Tahniahhhhhhhhh. Tak kisahlah yang jauh ke dekat ke, yang dapat kos yang di-apply ataupun tak, tahniah juga. First of all kena syukur lah kan sebab ada juga result masyuk tapi tak dapat mana-mana pun. 

Aku tumpang gembira bagi siapa-siapa yang dapat sambung belajar untuk whatever course yang diorang dapat, memang lah ada yang down sebab tercampak ke kos yang lain daripada yang di-apply tu, ada  yang dapat kos yang tak pernah dengar pun but hey, syukurnya dapat sambung belajar kan. Teringat balik waktu dapat offer kke Matriks dekat Perlis dengan UiTM Segamat, Johor. Series tak sangka wa cakap sama lu. Dua-dua pun aku tak sangka, tapi Alhamdulillah dapat kos yang aku nak - akaun. Cuma tempatnyaaa, buat aku dilema gila nak pergi ke taknak. Tambah dengan dilema pasal perbezaan kalau masuk matriks/UiTM ni. Pasal tempoh belajarlah, pasal diploma ni orang kata lopek lah. Ada yang cakap 'kau power kenapa masuk diploma? Lambat kot' masa aku buat keputusan nak masuk diploma. Pada mulanya, my plan was kalau aku dapat masuk Fast Track Diploma in Accountancy aku confirm masuk. Kalau tak dapat, aku masuk matriks. Tapi cerita jadi lain bila matriks aku jauh gila T.T Lastly, aku redha dengan keputusan aku sendiri which is masuk UiTM Segamat, Johor. Masa tu pun ada orang pertikaikan lagi kenapa aku nak masuk laluan yang lama, matriks kan kejap je. Tapi masa tu aku dah buat keputusan aku, aku dah taknak ubah dan aku taknak menyesal pun dengan keputusan aku tu, sebab ini jalan yang aku pilih. Belajar mana-mana pun sama je, aku tak kisah. Masa tu kenapa entah aku rasa aku nak masuk diploma je. Alhamdulillah sangat a few days before aku register dekat Segamat, aku dapat call yang aku dapat masuk ke Fast Track. Happy bukan main! Masa tu aku bersyukur sangat, last minute call kan. Memang peh lah, dream come true bebeh.

Ibu pernah bilang, aku nak masuk Fast Track tu pun susah sebab kena buat rayuan situ sana sini, finally dapat masuk. Betapa susah dan dilemanya aku nak terima offer yang mana. Jadi, Tuhan nak tunjuk apa disitu? Mungkin aku tak dapat peluang tu dan aku sekarang ada dekat Segamat teruskan diploma enam semester tu tapi sekarang aku dapat apa yang aku mintak selama ni. Jadi aku berpegang lah pada kata Ibu, aku tak boleh main-main dah, kena jaga pointer sampai habis diploma, semester yang terakhir. Dan harap-harap aku dapat kekalkan, Amin. :)

Ober pulak cerita pasal aku ni -.-

Jadi, yang tak dapat kos yang diminta, aku tahu mesti ada hikmah punya. Mungkin situ jalan kita siapa tahu? 

Cuma, awak pun dapat tempat yang jauh kan. Sekarang tak tahu lagi nak rasa sedih ke tak haha. Malas lah fikir lagi, yang pasti dapat sambung belajar dah kira bagus lettew. Hihi. Don't make this distance kills us, can ah?

Berterabur lah ayat akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu  :( Mana feel nak blogging niiiiii sobz




#nowplaying Jangan Menangis by The Buskers



No comments: