Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

November 30, 2010

Cats ♥





Oh yeah. Lagi satu hari nak balik rumah, or maybe dua hari. Lepas tu kena plan something to do untuk dibuat cuti ni, so boring you know.

Time tinggal sini beberapa hari, ada seekor kucing ni, kurus je tapi warna bulu dia cantik - coklat dengan putih. Sometimes kucing ni sungguh annoying, suka datang dekat-dekat ESPECIALLY time tengah makan, and dia suka tidur dengan orang, which aku tk berapa selesa sangat. And tadi bila tanya nenek pasal kucing tu sebab satu hari ni aku tk nampak dia, nenek kata kucing tu dah mati. :C

Dulu aku suka gilaaaaaaaaaaa kucing. Suka yang rasa macam nak cekik-cekik je kucing-kucing sebab comel sangat, dan rasa nak bawak semua kucing bela dekat rumah aku, ha memang suka betul lah weh. Tapi Ibu tk bagi sebab bulu dia, aku asma kan time tu teruk gila, so memang dia bantah habis-habis lah bila aku kata aku nak bela kucing haha. Plus takut kucing tu berak merata-rata, kencing merata. Disebabkan Ibu tk bagi bela, aku bela dia senyap-senyap haha! Macam, kucing tu kucing terbiar kot, kadang-kadang dia datang belakang rumah and aku bagi dia makan semua. Tapi dia tk pernah lah masuk rumah, just tiap-tiap hari dia ada dekat belakang rumah hee.

Obsession aku dekat kucing memang kuat ah.

TAPI ITU DULU.

Sekarang sikit pun aku tk rasa nak bela kucing. Nak bela haiwan selain kucing. Hehehe, aku tk tahu la kenapa boleh tiba-tiba jadi macam tu, tapi aku rasa satu faktor utama sebab kucing dekat rumah nenek aku dah banyak sangat.

Bila dah banyak, kadang-kadang bau dia. HMMMMMMMMMMM SEMERBAK.

Kadang kucing-kucing ni suka kencing merata, berak merata. Memang ada certain kucing yang pandai buat kerja-kerja pelaburan tu dekat luar rumah tapi ada jugak yang tk reti bahasa buat pelaburan dekat dalam. Kadang bila aku balik kampung je, masuk rumah ada bau.

Mual gila weh. 'Nenekkkkkk ada bauuu taik kucinggggggg' Rupanya dia baru berak, cis.

Kalau time makan, kadang dia suka panjat, tapi sekarang dh takde kot, kucing nenek yang dolu dolu pantang nampak tudung saji terbukak, mesti diorang datang. Bukan seekor weh, berekor-ekor. Sheeeesh.

Time tidur pun kucing-kucing dkt sini suka tidur sama-sama. Dulu aku boleh tahan la jugak, dia tidur sama dengan aku. Lama-lama tu aku rimassssss. Terkejut pung ada jugak ada makhluk tidur sebelah aku, plus aku fobia sebab dulu time rambut aku panjang ada seekor kucing ni main dengan rambut aku lalu tercakar muka aku, memang sedapppppppp kena cakar dekat muka kan. -.-

Well, punca aku dh tk berapa into kucing sebab dah banyak sgt kucing dekat Gombak ni kot. Haha. Rasa macam dh tk kisah dh kalau tengok kucing orang ke, kucing tengah jalan ke, lantak kau lah.


Maaf kucing, aku rasa kita tak ada chemistry. Aku dah suka dekat sugarglider sekarang hihihi.




November 28, 2010

I am me.

Not good in expressing feelings. Aku nak cakap itu, tapi yang keluar benda lain. Atau mungkin aku nak cakap tapi tak habis, mesej tak sampai T.T Haha. I prefer not to say how exactly how I feel. Well I want to, but I can't. Nak orang tau apa aku rasa, nak orang faham what it's like to be this or that. Tapi aku ended up saying nothing. Kadang aku selesa jugak kalau diam je, bagi aku, orang tak perlu lah susah-susah nak tahu apa masalah aku, masing-masing pun ada masalah. Aku fikir, mungkin masalah aku besar tapi masalah dia mana tau lagi besar? So yeah, aku malas nak cerita banyak-banyak. Aku lagi suka mendengar, aku suka, orang tu tahu mcm mana nak cerita apa yang dia rasa, macam dia ada banyak benda nak cerita. Aku? Tak reti pun nak jelaskan apa-apa sangat. Guess this is me, I prefer listening :)





November 27, 2010

Sedikit Apdet dari Gombak

Wazaaaaaaaaaaaaaaap bloggers?

Assalamualaikum! B-)

Blog sudah terabai, dah mula addicted dengan tumblr -.- Not good, aku masih sayang blogspotttt. Haha. I think dekat blogspot lagi best kalau nak menulis.

Check out my Tumblr! Eh tak payah lah, tak best pun macam awak punya, ngaaaaaaaa.

Dah masuk empat hari aku ada dekat Gombak. Well, kira boleh tahan lah kot duduk sini? Sebab ada laptop, iPod dengan handphone? Boleh laaaaaaa, even internet empat hari yang lepas macam siput babi lembab dia. Harini okay sikit, yahuuu.

Rabu lepas, pergi Times Square, tapi first time pergi dengan Maksu, Ayahcu dengan Ibu! Plus, cousin aku paling tua dekat Gombak ni - Ikhwan. Haha aku paksa dia ikut jugak, kejut dia bangun ngehehehe.

It was fun jugaklah sebab Ayahcu excited nak pergi sana, naik monorel pula tu. Even kaki dia mcm sakit, still bersemangat nak jalan situ situ sana sini haha. Maksu pung semangat nak beli laptop, memang baguslah sebab I desperately need to go out -.-" Tapi kami semua keluar pukul 3, balik pukul 6 lebih, bagi aku sekejap je kot keluar hihi yelah keluar pun bukan dengan member-member nak balik lambat-lambat. Bagi diorang mcm dh lambat dah. Oh lupa, lepak makan dekat Titiwangsa, Ikhwan makan dua pinggan kot, kau punya perut jenis apa doooooo -.-

Nasib baik misi nk beli laptop tercapai, memandangkan balik tu aku rasa tersangat letih, huu.

Hari-hari yang lain, aku duduk rumah je kot. T.T Im surviving here, Im surviving.

Nasib laaaaaaa Broadband okay jugak since duduk dekat sini is quite..boring. And nasib jugak sebab ada movies yang tengah tunggu turn untuk ditontongg. Haha.

Untuk hari-hari yang akan datang, sila berlalu dengan cepat! Saya nak balik jumpa katil saya.


PS - Cepatlah sampai, RANAP




November 21, 2010

Supra, Heart!


Uuuuuuuuuuuuuuuuuuu *terliur* uuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Aktiviti Waktu Cuti

Okayyyyyyyy, baru berapa hari, aku dah start bosan. Duduk rumah je -.- Plus next week parents are going to Jakarta.

*please aku nak duduk rumah, taknak duduk rumah orang lainnnnnnnnnnnnnnnnnn


Selain window shopping, ya window shopping je mampu, hehe, aktiviti yang tak perlu menggunakan duit! WATCHING MOVIES. Hanya memerlukan kesabaran untuk menunggu movie habis di-donlod, itu pun bergantung kepada connection internet anda ya. Kalau sehari habis donlod memang best, kalau berhari-hari? Ya, sebab tu sy kata perlukan kesabarannnnnnn, in case kalau movie tu donlod tkde subtitle keeeeeeee, gambr tk clear keeee, rasa cm menyesal ke sebab tunggu bukan main lamaaaaa$UE#!($*#$#@! tapi movie mcm taik, sabarrrrrrr ya.


Ngeeeeeeeeee. Sekarang tengah donlod banyak movie, tunggu nak ditengok je, huuuuu, banyak movie yang lama-lama pun ada, sebab aku bukan jenis yang keluar cerita baru dekat wayang je mesti nak kena tengok! Kisah apa aku kan, hehe thats why ada movies yang aku ketinggalan T.T

So do reccomend me good movies, ingat nak donlod movie yang ada unsur saspens, kalau cerita hantu ni boring la. Saspens ni kalau boleh cerita pasal psycho yang menggila macam Orphan tu keee, thrill lah senang cerita. Baru feeling tengok movie ehehehehe.

Besides tengok movie aku buat apa dekat rumah?

TIDUR MAKAN TIDUR ONLINE TIDUR MAKAN MENGELAMUN MAIN GITAR TIDUR.

-.-


Tak ada aktiviti lain? Yang melibatkan duit-duit berkepul ni, hold dulu. XD








PS - Eh macam nak mandi air terjun ramai-ramai je? Mana best? *sudahlah kau, semua nak*



Aktiviti Waktu Cuti

Okayyyyyyyy, baru berapa hari, aku dah start bosan. Duduk rumah je -.- Plus next week parents are going to Jakarta.

*please aku nak duduk rumah, taknak duduk rumah orang lainnnnnnnnnnnnnnnnnn





November 16, 2010

Day 8 – A song to match your mood.


Tonight, I feel so bad and I don't know why. Especially, my family. Too many things running in my mind.




Aku sayangkan mereka. Walaupun, kadang aku tak punya daya nak tunjukkan betapa aku cinta mereka, mereka tetap yang paling atas. Aku harap mereka tahu. Mereka perlu tahu.


:'(









Song that matches my mood untuk malam ni -

By Your Side - Tenth Avenue North


Why are you striving these days
Why are you trying to earn grace
Why are you crying
Let me lift up your face
Just don't turn away

And I'll be by your side
Wherever you fall
In the dead of night
Whenever you call
And please don't fight
These hands that are holding you
My hands are holding you

Cause I, I love you
I want you to know
That I, I love you
I'll never let you go





Day 7 – Your dream wedding.



Long way to go.


November 15, 2010

Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.


Sorry la, one is not enough. Sebab saya teringin nak bela one of these animals! Salah satu pun jadi lah, tsk.


1. Sugarglider - Comel gila kan? Kan? I was introduced to this sugarloveeeeeee dekat blog mana tah, tak ingat. Memang terus ai suka. Comel gilaaaaaaaaaa. Tapi harga dia pun 'comel' gilaaaa! Rm300. Belum masuk makanan, rumah dia lagi -.- Makanan pun yang mahal drpd yg biasa. Asal aku pergi Sunway je aku mesti visit dia ni dekat PetShop tu hihi. Yelah, gua tak mampu laaa nak beli si comel ni. Hanya mampu melihat. Heee, ai suka yu!



Kecik je kannnnnnn? Comel kot ><

2. Kura-kura - Actually dulu aku ada bela kura-kura ni, dua ekor. Tak ingat nama, sebab masa tu bukan aku yang nak sangat bela, it was my sisters. Tapi sekarang teringin nak bela lagiiii, sebab dia comel! Plus murah! RM7 je. Hahaha, makanan pun murah-murah sajaaaaaa, tapi aku ingat lagi time nak bersihkan tempat tidur dia(tempat tidur ke ha?!) aku mcm geli geleman sikit nak pegang dia sebab kaki dia asyik bergerak-gerak. -.-" Rasa nak baling pung ada. Eheee.


3. Guinea Pig - Pun comel! Dia besar sikit dari hamster. Or besar banyak? Tk ingat rupa dia besar mana, tapi mesti best main dengan dia, main dengan bulu-bulu diaaaaaa, sampai lelah-lelah. HAHA. Tapi mcm susah je nak jaga dia ni? Hmm

Like this colour!

Tengok lah diewwwww, manjewwwwww betulll

OK aku tak expect dia besar gedabak macam ni?! Er, macam tak jadi je pulak nak bela? Hahaha. Kalau dah rupa macam ni, aku pun takut nak bela dia, macam tikus jeeeeee. Ewwww





Why?



How am I supposed to think positively when everything around me is negative. I am not that strong, you know.



November 14, 2010

Part 1 - Over



Tak sangka dah habis dah semester 1! Rasa macam baru semalam orientasi, cari kawan-kawan baru, adapt dengan roomates yang semuanya baik-baik je. Rasa macam baruuuuuuu je pasang cadar dekat tilam, kecewa sikit sebab dapat katil atas tapi akhirnya gumbira juga sebab gua saja yang punya hahahahaha. Macam semalam je berkenalan dengan classmates yang happening dan sweeeeeet sssangat haha.

Takdo ah. Takde rasa macam semalam pun, memang aku tk sabar nak habiskan semester 1 nii hikhik. 3 semester lagi, ya. -.- Baru boleh graduate.

Tapi, banyak juga yang sy akan rinduuuuuuuuu :')


  1. Housemates saya! Especially yang tak duduk serumah lagi next semester. Sobss. Can't you guys see that we're getting closer each and every day? I wish we could stay in the same house, but sadly we can't hehe. Tapi tak apa, nanti next sem toksah lah nak sombong-sombong dengan budak yang dah tak duduk serumah dengan awak ni semua ya!
  2. Menjadi antara orang yang paling lambat nak bangun, tak kira la nak pergi kelas atau time weekend. Hehehe, memang muka aku jelah yang bangun lambat kan, well, most of the time. Buat apa bangun awal sangat pun, bagi can orang yang bangun awal nak mandi duluuuuu. Yeh. Hehe,
  3. Menjerit menggila dalam rumah. I know we didn't do this since the first day, nak akhir semester baru nak menggila kan masing-masing?! Memang dasar pemalu la semuanya, hahaha. Mana taknya, roomates baik-baik je semua, memang takut nak buat salah sikit pung *keningkening HAHAHA, lagi satu suara bukan main perlahannnnnnn, memang aku jadi orang yang pekak la kan sebab tk dengar, er tapi memang aku ada masalah pendengaran pung -.-
  4. Makan besaaaaaaaaar dekat kandang tercinta. Yes, nama tempat makan tu kitorang panggil kandang ya. Memang aku suka makan dikelilingi kambing-kambing dan lembu-lembu hahaha. -.-
  5. Turun dining bersama-sama, and order pun menu yang sama je, memang muak. Kadang-kadang mengambil masa hampir satu jam untuk menulis order dekat kaunter. Ok takdelah sampai satu jam, tapi kalau dah tiap-tiap hari mengadap kertas menu yang sama, ditambah lagi kau pergi tempat tu tiap-tiap hari, tambah dengan brader yang amik order tu muka sama je tiap-tiap hari, tak ke beku otak aku nak fikir apa yang aku nak makan untuk harinii?
  6. Main Speed dan badminton! This is the best part, sebab aku gelak tergolek-golek la jugak dekat jalan tar tu, tengok budak-budak ni main Speed. Bikin pecah perut jeeee, plus main badminton dengan jeans. Memang syiok!
  7. Rindu dekat kelas BEL120. Ehem-ehem siapa yang faham baguslah. Ngehehe. Kelas yang paling dramatik dan ..dramatik! I looooooike. Tapi bukan bermakna next semester aku nak kelas ni lagi ek. No no no neverrrrrr.
  8. Kes tertinggal slip exam dan masuk salah dewan! Aku rasa tu kenangan paling manissss ♥ =.=
  9. Lepak malam-malam sampai pagi dekat Gazebo dengan teman-teman. :)

Banyak lagiiiiiii, tapi ada yang terlupa. Most of all, saya bangga sebab dapat survive semester 1 ni dengan 7 subjects yang boleh bikin kepala letup! I survived, babehhhhhhh, I survived. Jangan ditanya betapa tensionnya aku mengharungi detik-detik sementara nak tunggu semester ni habis tau takkkkkk. Dengan kawad tiap-tiap malam lagiiiiiiiii. Nasib baik monang, haa.

I hope next semester will be better, and I hope I can improve for the better, too. Aku nak berubahhhhhh, betul ni, tsk. Doakan la ya? Hehehehe,


And wish me luck untuk result nantiiiiiiii! And goodluck untuk awak-awak jugaaaaaaa :)




Day 5 – How important you think education is?

VERY IMPORTANT. That's all I can say. HAHA. Sorry, tak interested dengan soalan ni lah, so I'll pass. Bahahaha sedap hati aku je nak pass. Takpelah, aku jawab jugak ye tak.




:)




Day 5 – How important you think education is?

VERY IMPORTANT. That's all I can say. HAHA. Sorry, tak interested dengan soalan ni lah, so I'll pass. Bahahaha sedap hati aku je nak pass. Takpelah, aku jawab jugak ye tak.




:)




Dah calar-balar dah dia, but don't worry you're still in my heart HAHA! Asalkan kau masih dapat simpankan playlists aku yang belambak, ai stil sayang yu. :X


Pesanan ringkas dan comel dari Nabilah. Pesanan ye yang comel, bukan orangnya. Sila jangan perasan hahaha. Somehow I like this note, :)




November 12, 2010

.



A little thought ; Don’t you always think negative about each other. Please, jangan cuba untuk mencari di mana salahnya dia. Jangan fikir sangat apa yang kita kurang - dont be a total negative-minded person. Because if we do, we’ll get tired at the end of the day. We’ll soon get tired, until we don’t want to try anymore, until we feel like it’s not worth anymore to hold on. That is when your heart breaks into pieces, and there’s no way it can be mend in short time.

-THRHSHMSL









November 11, 2010

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.



TERIMA KASIH SUDI HIDUP DALAM DUNIA KECIK SAYA NI :'D




November 06, 2010

Slip Peperiksaan dan Dewan Peperiksaan

FINALLY DAH BOLEH BAKAR BUKU AIS 130! :D Hoyehhhhhhh I like it. Tinggal 3 paper lagi lah nampaknya, semua subjek bukan subjek main-main, sheesh.

Harini hari yang tak berapa best aku kira. Harini exam mcm kurang best sikit la nak jawab, banyak betul fakta -.- and yes, aku bukan jenis yang menghafal, heheee. Jawab memang boleh jawab, kan? Tapi isi semua merapu lah denggggg.

Dan harini aku boleh pulak tertinggal slip peperiksaan dekat kolej! Before masuk dewan tu bukan main melepak lagi aku dah tak pandang buku dah pun, ceh. Bila dah dapat arahan suruh masuk dewan baru lah masing-masing bukak beg nak amik apa yang patut, kad matriks, pencil case, slip exam, jap, SLIP EXAM AKU TKDE?!

Sudah. -.-

Memang gabra habis lah aku tak payah cakap lah kan, terus ajak Sharina balik kolej teman amikkan slip, ya, masih sempat mengajak member untuk pergi sekali -..-
Haha, so lepas amik tu memang mengah la kan, serabut semua kepala otak nak sebelum sampai dewan tu, dahlah tingkat paling atas. Then bila dah sampai dengan yakinnya kami masuk dewan peperiksaan, nak duduk dekat tempat yang dah di-cop oleh member2 tadi.

Okay.. Aku tak nampak classmates aku, actually aku tak nampak siapa-siapa pun, mata aku melilau je haha, then pemeriksa tu tanya 'Kelas apa?' 'F' 'F bukan dekat sini'

BANG. Terus maluuuuuuuuuu ah aku. Hahahahaha, terus keluar dewan tu, masuk la dewan yang sepatutnya, Bang sekali lagi sebab kawan aku tak dapat nak copkan tempat -.- Aku datang dekat dia dia bagi pencil case aku -.- Luckily ada seat kosong kalau tak memang syok la nak mengangkut meja lebih masuk dewan kan.

Finally tepat pukul 9 time tu aku dah duduk dekat seat aku, orang lain dah start aku baru nak isi particulars dekat answer book dengan kertas OMR tu. Time tu otak masih kelam-kabut, nafas still tak konsisten, haha. 9.10 baru bukak soalan, fiuh sekejap eh.

3 jam memang cukup, sebab setengah jam before habis paper aku still tak jawab satu soalan lagi, blank. Keluar dewan dengan perasaan kurang syiok dan malu kalau kena drop dengan budak-budak ni (ada lah budak niiii haha) Then Amjad datang cakap aku punya kertas dia kutip sekali dengan kelas lain punya kelas, so takut nanti disebabkan tu aku punya kertas tak ditanda -.-

Sekali lagi gabra ajak member teman cari pemeriksa tu balik nak tanya pasal kertas jawapan aku.

So bila dah inform, pemeriksa tu dah tahu dah aku duduk asing dengan kelas aku sendiri, sebab tu before this dia kutip kertas aku dulu dia kata. Okay settle masalah lagi.

Lepas semua tu dah settle baruuuuuuuuuu dapat pergi melantak. Hahahaha.


Balik rumah ingat nak bakar buku AIS, tapi takpa ah. Open burning pulak nanti. Nanti kita kumpul kita lupuskan bersama-sama eh! :D


Okaaaaay, kita minum dulu! (?)



Luka Mana - Hujan


PS - Nak tengok Hujan malam ni dekat I-City plissssssssssssss :(





November 04, 2010

Hihi

Tak sangka layout sama dengan Asyila, hehe baru perasan. Jadi aku tukar layout untuk sementara, until finals over, aku ubahsuai balik ehehehehe.





Take Care, Garnier. XD



Situasi Kurang Syok

  • ...bila kita tengok cerita/movie/drama, orang lain beriya-iya menceritakan situasi yang sedang terjadi waktu kita tengok cerita tu. Contoh bila aku tengah tengok cerita seram, saspens dan sewaktu dengannya, of course lah kita nak tau apa yang jadi lepas tu kan? Baruuuuuu nak saspens nak dup dap bagai, nak menjerit dah ni! "Tak tu bukan hantu tu, adik dia jeeee" Macam uff! Tak surprise dah. Ataupun bila orang bagitau ending story tu. -.- Like mannnnnnnn, tak ada umph lagi la cerita yang aku nak tengok tu, sebab dah tau 'Hero dia mati lepas ni' -_______________-" Senang cerita, aku tak suka ada gangguan bila tengok movie or drama. Tak feel weh, TAK FEEL.
  • Kau orang pernah je rasa down kan? Down ke, stress ke, perasaan mcm tk senang hati ke apa. Pernah kannnnnn? I don't like it bila kita express feeling pasal certain things, luahkan perasaan ke apa benda yang patut, konon nak release kan la apa beban yang kita tanggung ni (okay ayat tak boleh belah, I knowwwwww) , lepas tu orang tu kata 'Haha padan muka' instead of moral support, paling kurang pun diam je. Diam tapi menunjukkan eskpresi yang sangat mengambil berat pun dah cukuppppppppp. Boleh? Gua dahlah susah nak ekspres feeling dah ekspres kena balik dekat gua. Memang la gua rasa demotivated. Satu hari gua tak layan kau orang kalau itu macam. Haha okay over gila. Tapi situasi ni memang kurang syiok la bagi aku kalau berlaku kan.

Okay, dah cukup lah tu nak meluahkan ketidakpuasan hati kau, Thirah.


Dua buku tebal tu menanti untuk dibaca, wheeeeeeeeeeeeee!


..Zzzzzzz



Gila-gilaan - The Changcuters





Four to go!

CEPATLAH HABIS EXAM AKU TAK SABAR NAK BALIK RUMAH BERCUTI-CUTI MALAYSIA NI

But I have nothing planned untuk cuti ni. Great. :'( Bukan tak plan apa, nak plan kang beriya-iya last-last tak jadi. Lagipun duit macam lah banyak sangat en nak beronggeng sana-sini. But one thing for sure, have to improve myself in playing guitar kalau tak memang sia-sia je aku beli gitar, harus belajar!


3 subjects down, 4 more to go! Ya aku tahu diploma biasa tinggal lagi dua subjek kan? Memang syok dan best. :) Kurang sikit bebanan, phew.

Test yang before ni was quite okay lah, subjek pun okay-okay je lah. Paling tak menahan Mathematics, masa diberi untuk menjawab - 3 jam. Masa yang mostly ambil untuk menjawab - 1 jam atau pun kurang. PEHHHH tau takkkkkkkkkk, PEHHHHH memang tersengguk-sengguk la kalau nak tunggu sampai pukul 12 kan, better keluar awal. X) So far Mathematics okay jee, except satu soalan tu aku dah tau aku salah -.- Tahniah lah ya sebab berbincang lepas exam, cis.

Mulai harini, dah makin kurang gap untuk final exam. Fuh, subjek dahlah kental-kental semuanya, gap paling banyak dua hari, yang lain semua berturut-turut. Aku dahlah macam kosong je ilmu untuk subjek2 ni.

Grrrrrrrrh, wish me luck la eh. Plis plis plisssssssssssssssssss habiskan study secepat mungkin!



Supaya boleh cuti dengan setenang yang boleh. :)


Ok bye! Nanti habis final aku update blog banyak-banyak sampai termuntah korang nak baca, itu pun kalau ada lah yang baca kan, tsk.



PS - Window shopping je yang mampu buat masa ni eh. Sorry la saya tak sekaya awak. Ngehehe


Oh Chentaku - Asthmara


November 02, 2010

Hangat-hangat Tahi Ayam





...





November 01, 2010

Kita nak yang itu.


Kita dapat.


Dan lepas tu kita nak lagi,


..dan kita dapat.


Keinginan untuk nak lagi, dan lagi, dan takkan berakhir.



Kita manusia memang takkan pernah puas dengan apa yang ada, kan?


Aih..