Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

February 27, 2010

Tahu Dah

Saving dengan aku ya, gah macam ni ke jadi sekarang? I should've known.

February 26, 2010

Gua kenyang wahaha! Makan nasi dengan lauk tempoyak memang, peh, terbaik! Plus sambal udang, memang bahagia la gua harini haha.

Jadi harini dah masuk empat hari dekat Gombak, dan masih tak pasti nak balik Shah Alam bila, test JPJ(Ya, aku repeat ya, kawan2) 4 mac ni, barangkali balik Shah Alam hari ahad kot. Sampai malam ni, dah tiga hari tiga malam atuk dikebumikan, dan kami sekeluarga masih merasainya, siapa tak rasa kan? Ayah pegang dompet atuk, ayah tunjuk gambar2 yang ada dalam tu, ada gambar cucu2 kesayangan atuk, gambar anak2 atuk, semua senyum je masa tu dalam tuhan saja yang tahu sebaknya masing2, semua sayang atuk.

Petang tadi saja lepak dekat buaian, patutlah atuk suka dulu duduk situ kan? Waktu atuk sihat lagi, sementara tunggu nenek habis masak tengah hari mesti atuk dengan helai2an surat khabar, angin sepoi2 je. Kadang tu atuk tertidur dekat situ, kan. Petang tadi pun sama, sedap je thirah rasa duduk dekat situ, teringat atuk tika atuk buat lawak yang mula2 kami tak faham pun, tak dapat nak catch up, lepas dua minit tu baru faham, gelak memang terbahak la, sebab mula2 tu semua muka stone macam tak faham apa2. Atuk, semua rindu atuk.

Kami satu family kadang2 je balik kampung, lagi2 bila ayah mula kerja dekat Kemboja, memang dua tiga bulan tu pun belum tentu balik jenguk atuk nenek. Thirah ingat lagi time kami semua balik, atuk orang paling excited jumpa cucu2. Hehehe, dan dulu thirah la jadi sasaran kalau nak urut atuk, elak macam mana pun, sebelum balik mesti kena jugak, kan. Dulu cucu2 atuk ni semua suka sleepover dekat kampung. Waktu tu thirah duduk Shah Alam, keluarga Mak Long duduk Seremban, waktu cuti wajib balik kampung. Ala waktu gonjeng dulu, semua rapat, dah besar, semua malu. Ahaks. Malu kononn. Paling best waktu puasa, berbuka sama2, semua mesti kagum pinggan atuk paling licin, haha. Meja penuh dengan lauk pauk plus cucu2 yang dah conquer meja makan sampai tak cukup kerusi ; ada yang duduk dekat sofa. Apa2 pun, waktu tu seronok sebab atuk dengan nenek ada sekali waktu makan, sebelum atuk jatuh sakit, atuk nampak bertenaga, garang pulak tu, hee. Atuk, semua terngiang-ngiang suara atuk dalam kepala ni.

Hari makin hari, atuk makin lemah barangkali sebab penyakit lama atuk yang datang balik tu. Dah tak dapat nak melepak dengan atuk dekat buai, nak makan sama-sama dengan atuk pun susah, sebab atuk dah makin kurang selera waktu tu, makan pun dah kena pantang macam2. Dah tak ada cucu2 yang kena jadi tukang urut atuk, atuk makin lemah, waktu tu thirah dah takut, takut kalau atuk makin tak berdaya, atuk tak dapat lagi duduk2 sama dengan kita orang ni. Atuk, semua berdoa untuk atuk.

Semua tahu orang yang hidup mesti akan temui ajal juga satu hari nanti, tak ada pun yang akan terlepas dari ajal. Ajal maut tangan tuhan, kata orang. Badan atuk yang dulu sasa dan tegap, yelah dulu polis, hemsem pulak tu, semakin surut, makin kurus, sampai thirah dah takut nak tengok. Tak sanggup thirah nak tengok atuk sakit macam tu, kalau boleh tolonglah jangan biar atuk menderita, orang2 yang thirah sayang pun thirah tak sanggup termasuk lah atuk. Nampak lemah benar.

Memang ada hikmah ibu patah kaki, ayah balik dari Kemboja nak jaga ibu sampai ibu fully recover. At the same time, ayah balik kampung tiap2 minggu nak jenguk atuk, kan. Semua kebetulan ni betul2 ada hikmah, seolah2 tahu atuk dah nak pergi waktu tu. Dua minggu terakhir atuk dah tak makan, tak mahu lagi melayan selera makan atuk, hanya terbaring. Semua saudara-mara dipanggil nak menziarah atuk, memohon maaf, meminta ampun sebelum atuk pergi. 23 Februari, thirah dapat berita atuk dah tiada, it was so sad, sebab jarang sekali dengar kematian keluarga yang rapat, kalau sebelum ni pun dengar berita pasal arwah wan, kali ni atuk pulak. Atuk, kami semua akan mendoakan atuk, semoga atuk ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman, orang2 yang soleh.

Tsk, kami sayang atuk, thirah sayang atuk. Lepas ni, tiada lagi akan dengar suara atuk marah2 cucu2 kesayangan atuk, tiada lagi geli2 terasa misai atuk, kalau atuk cium kepala2 kami ni.

Al-Fatihah.

'Aisyah, atuk dah pergi dah, atuk dah tidur, tak ada bangun2 lagi'
'Ayah, atuk tidur kan, Shhh'

Al-Fatihah

Al-Fatihah to my late grandfather, Jaafar Abd Rahman who passed away on 23rd February 7.05 p.m.

Thirah sayang dekat atuk, :')


Status : Away, will be back soon!

February 23, 2010

Doodel

After having a short conversation, Saufi and I did some doodling-we're not that talented but it was fun! Aku punya bakat tertendang terserlah weehoo!

Ini baru warm up. Lukisan tahap budak tadika. Saufi lukis bunga tercomel-warna warni. Haha

This was my idea to draw orang lidisss. Saufi 'emo' so yeah, dia lukis orang lidi emo tu.

Aku takda kena mengena dengan gambar ni. Hasil lukisan Saufi sepenuhnya! Haha

Sweetest picture. Ehem! Abang dan adik, ok. Er, binatang tu kucing walaupun tak nampak macam kucing pung. -,- My favourite sketch!

:-)
Tak sangka Saufi sebegitu jambu. No offense, brader.



February 22, 2010

I Need To Change My Mood


Today's mood : Lazy. I mean, very lazy. Very very,

Harini aku jadi Cik Bibik Pemalas. Instead of doing chores, aku tidur. Haha! Nasib tak kena ceramah free.

Malam hari aku kena temankan Aisyah main colour-colour. Ya, Aisyah ada beli this colouring book, cover dia gambar Tweety, jadi semua gambar2 untuk diwarna hanyalah ada gambar Tweety. Bosan gila, blergh.

Aisyah : Kakak tolong Aisyah kaler ni tau.
At : Ok(dengan tak relanya)
Aisyah : Ok baik2 sikit kaler kakakk, Aisyah kaler..(berfikir jap)..tiak(ketiak) dia ni
At : Apa? Tiak?(ketiak)
Aisyah : Ihihihi
At : HAHAHAHA
Aisyah : Hihihihi!

Hadoish. Aku fikir apa lah tadi yang dia cakap. And I laughed for 5 minutes, and she just giggled 'ihihihi'

Dan sekarang aku tengah rimas, rimas dengan hiccups ni. Aw man!


Today, I was in the theatre watching a movie. I leaned my head back to relax. Suddenly, I hear this sneeze behind me and then I feel "rain" pouring down on my face. FML

Euw


Is This What It Feels Like?

"Everyone admits that love is wonderful and necessary, yet no one agrees on just what it is." Young love seems to be sweet, innocent and carefree. Everyone's first love began with butterflies in their stomach, nervous laughs, being passionate about everything and thinking that he or she was "the one."


I believe life has planned something better for us in future. Because now I'm aching inside. Everything seems wrong, nothing feels okay. Nothing.


February 21, 2010

Disorder

Tak tidur lagi. Oh no

February 20, 2010

Ngeri

Dah lama aku tak berperasaan takut begini. Time2 aku tengah happy lah benda tu datang, pantang kalau orang tengah bersuka ria. Kaki banyak, bersayap. Euw, aku memang benci lipas. Lagi2 kalau lipas tu terbang sana sini. Dok sedih tengok Dunia Batinku, takda angin ribut aku menjerit tengok lipas tu terbang, kena marah la jugak sebab bagi kejutan pada satu rumah dengan suara aku yang gila maksimum ni. Hahaha, aku tak suka, aku tak pernah aman kalau lipas ada pd penglihatan aku ni. Fobia pun ada, euw lagi.

Ingat lagi masa tadika, tengah sedap tidur aku rasa macam ada benda berjalan atas muka, tapi mungkin sebab aku terlalu ngantuk aku boleh buat dek je. Tak terlintas langsung binatang ngeri ni nak melintas kat muka aku. Hish. Agak2 lepas line clear tu, aku bukak la mata nak tengok apa benda yang mengacau tu kan, pandang la sekeliling, dan apa yang aku nampak lipas tu baru nak keluar bilik. Lepas tu aku dah mula geli. Lipas naik muka aku, *puke

Gila la, fobia aku.



It's been a while since we talked. Ada kawan saya dah hilang, dia lupa saya dah kot?

February 19, 2010

Sucks, Dude

Harini aku dengan ziha senasib ; Fail bahagian 2 JPJ. Repeat, itu yang leceh tu, tapi test dpaat jumpa Dahiyah pulak! :-)

And terima kasih untuk brader Ben10, Saufi sebab tolong gelakkan, series aku tak mampu nak gelak lagi dah.

Em, tu jela kot? Nanti jumpa lagi, bye


February 16, 2010

Pfft Untuk Kau

Untuk kau, tak perlu kau membenci orang tu sampai nak buat protes bagai, kita ni kumpulan kecil je, tak suka tapi kita tak tahu semua yang berlaku, rilek la dude. Kau kata dia bodoh, kau buat benda ni, sama je bodohnya. Equal, fair.

Tak kool langsung, beb


February 15, 2010

Harini gua tak ada mood. Ok tak muka gua? Arrr

Just came back from driving class, and I sucked. Mula2 okay, tapi entah harini kenapa enjin mati banyak kali pulak, plus En Rafi yang sedikit garang, ok itu biasalah tapi dia mula buat aku gelabah. Pusing stereng pun tak habis tadi, step parking lupa tapi nasib baik tiang tak jatuh hihi. Dekat jalanraya ada yang tak bagi signal, En Rafi pun sinis je muka. Mula2 aku senyum lagi, lepas separuh kelas aku dah hilang senyum, setakat 'hm' je keluar daripada mulut. Haha, kurang hajar punya anak murid, kan. Tapi lepas tu okay balik la, sikit je okay.

En Rafi bagi drive sampai rumah, kepala aku dah berserabut fikir exam + mood yang melayang ke mana, mau je aku drift tadi, doh.

Dan sekarang aku rasa lapar, lepas makan nak masuk bilik, lepas tu..zzz. Malam tadi satu jam je dapat tidur, gila rekod baik punya. Itu kira nasib baik la aku tak terlambat sangat bangun pergi driving class, aku taknak lambat lagi haha. Pagi tadi dah cukup kelam kabut dah. Hee,

Kalau esok ada kelas, aku harap esok lagi baik. Waaaaaaaaaay better, pls pls pls (kamu jangan nakal). Esok insyaallah mood datang balik haha! Wish me luck hisssh. :|

Bye! Nak geledah dapur pulak.

Psst, siapa nak tune kan gitar aku? Aku tak retiii. :( Haha




'And every night, it seems like we're gonna make it,
That's when it falls apart.'

The Click Five - Take My Chances


February 14, 2010

Early Risers! Not

Aku memang bukan morning person. Setiap kali aku kena gegar dengan ayah aku tidur balik. Hahaha, so mostly kalau aku bangun pagi2 mood aku kureng baik la. Tapi sebab raksasa comel nak bersiap ke tadika, aku pun tolong lah buat apa yang patut - liat benar nak bangun. Betul2 liat dan aku rasa dia geng aku, bukan morning person. Tapi lepas tu kami berdua cuba menghilangkan perasaan ingin tidur balik - dengan bergambar. Sememangnya berkesan hihi,

Ok ni beg saya

Ni botol saya pulak. Saya suka minum susu tapi saya selalu komen susu yang kakak buat tak sedap. Tapi saya minum je, nanti kakak mengamuk

Ok ni bukan saya punya, ni kakak thirah punya. Saya model kan aja

Tin pun boleh, layannn.

Awwwh, :)

Ai Lef Yu, Aisyah! Pis!



Ohmaigod!

Harini ingat nak bermalasan je, kemas rumah nanti2 jelah kan, weekend bibik ni pun nak cuti. Sedang menjemur kain, aku pandang la tingkat bawah, macam kenal je kakak ni.

Omaigod.Aku tak mandi lagi, so aku busuk. Rambut serabai, tak bersikat. Lagi nampak busuk. Rumah bersepah sbb raksasa2 kecil bermain2, laaaaaaagi busuk.

'Weiiiiiii makteh sampai! Makteh datang! Kemaaaaaaaas!'

Gabra mula melanda diri. Takde notis awal pung mereka2 nak datang. Siap dengan family paktam lagi, so kira ada dua family la. Dengan tilam depan tv, buku bersepah2, kain yang aku jemur tadi pun separuh jalan je. Haha, ayah dengan ibu dalam bilik lagi, peh. Huru-hara.

'Assalamualaikum'

Fiuh, so far so good. Cuma, aku tak mandi la. -_______- Ya, aku belum mandi, tapi takpa, aku wangi walaupun busuk. (?) Dah sibuk melayan cousin2, pukul 2 lebih gerak ke Stadium tempat ibu jatuh dan menyebabkan skrg ibu patah kaki, nak tengok betul2 lubang tu, memang dalam. -.-' Boleh kena saman ni. Haha. Series.

Lubang yang dah dikorek,

Kira besar la sampai boleh buat kaki orang terpeleot sampai gini sekali.

So pukul 3 baru gerak seksyen 13, actually janji pukul dua - kata janji melayu. Haha, it was great. But terpaksa la buat muka tebal sebab nak decide makan kat mana pun lama. Kejap Burger King, kejap Pizza, lastly kami ke Pizza je, aku dah lapar gila kot time tu, takkan kehulu ke hilir je hahaha. Nasib baik tak ramai orang, orang yang sikit tu pun dah rimas tengok.

Well al we did was ate, talk and talk. Tak peduli orang, muka dah habis tebal dah tergelak macam nak gila. Excited tengok Wawa yang excited cerita pasal PLKN dia. Hehe, it was a good day. :-) Dan terima kasih kepada Farid yang sudi datang time break waktu kerja, mesti kau balik speed gila bagai rempitzzz kan.

Malam disambung pulak dengan kdtgn family Mak Lang - pun tak habis gelak lagi. Haha.

So harini aku penat, tapi aku tak ngantuk lagi. Macam mana ni,




February 10, 2010

Childhood

Ibu bercerita tentang aku waktu kecik dulu, which satu yang ibu cerita pun aku tak hingat. Time aku masukkan cangkuk hanger dalam mulut, waktu ibu jumpa blade horizontally dalam mulut, konon time tu kebal la, kononnn. Gigi rabbit dua batang ni dulu bersepai sebab gatal sangat main gate dekat rumah, kan dah terhantuk. Kes tarik2 rambut dengan Shakir, tapi aku rasa permainan tu agak tak adil sebab rambut dia pendek dan rambut aku panjang. Macam mana nak tarik rambut dia, dia pulak senang2 je tarik rambut aku tak lepas2. Tak aci, kann.

Aku tergelak je, best gila dulu2. Bebas. Bebas bermain sbg kanak2 yg tak punya tanggungjawab lagi. Yang diorg tau, keluar rumah lepas pukul 5, balik rumah sebelum 7. Kalau tak kena tinggal luar. Little kids. So naive, so innocent. Masih tak tahu apa yang ada dengan dunia luar ni, until now, dan lepas ni, barulah kehidupan sebenar bermula.

Tatutnya sayaaa.



February 09, 2010

Fitness Fun #2

I have sleeping disorder. Kenapa haaaaaaaaaaaaaa aku nak tidur pun susah.

Ini sangat tidak sihat, tidur aku terganggu sekarang ni. Malam tadi pun asik terjaga, tak pernah nak lena. Boring la macam ni.

Jadi bila aku tidur tengah hari tadi - konon2 topup balik la tidur yang terganggu ni kan, En Rafi call untuk driving class. So, pukul 2 aku dah otw pergi tempat driving tu. Agak mengantuk lah jugak awal2 tu until En Rafi mula bukak topik tentang kemalangan yg melibatkan 6 sekeluarga tu harini kat paper. Sorry, saya taktau jadi saya main angguk je le bila dia bercerita.

It went quite well, sudah mula rasa excited nak drive lagi walaupun kdg2 tu brek mengejut haha. Tadi pun agak2 lupa sebab dah lama tak drive, nak praktis kat rumah pun tkde orang nak support -hampeh je. And there was a part bila dah masuk litar tiba2 nampak pulak muka sorang yang tembam2 pandang je kat kereta aku tengah bawak tu.

'Alamak macam ada orang kenal je niii'

'Ha memanglah, siapa tu nama dia, Syakirin'

Bahaha ya Allah jumpa jugak kita ya dekat luar, sampai kereta terlompat lah jugak aku dibuatnya, hahaha. -.-'
Terkejut, bukan apa haritu dia ada ajak keluar tapi aku tak reply sebab kredit memang takde time tu, dan dia reply pun mcm marah je, Aim Sori.
Tapi tadi balik dia cool je borak, so we're cool kan? :D

Sumpah den takmau la kelas petang2 ni, panas oh. Panas sebab nervous + kena tegur dengan Encik Rafi sebab brek mengejut + cuaca panas. Takbest la. Lepas ni kelas pagi pun saya tak kisah, sebab sekarang kan saya ni early risers *keningkening

Balik rumah mandi lagiiiiiiiiiiiiiii, and sekarang aku rasa segar bugar. Wheeeee (tapi this headache memang tak boleh belah, saja mengacauuuu hishhh)



Nipis Dan Tebal

Satu2nya rancangan kegemaran aku di TV9 ; Spongebob. Memang paling kelakar time episod dia dengan sudip dia yang patah tu.


Bob - Saya dan sudip telah melalui nipis dan tebal bersama-samaaaa :((

Nipis dan tebal?? (through thick and thin maksudnya)

BAHAHA lawak gila dia translate!




February 08, 2010

Fitness Fun

Experience ke Bukit Cahaya memang best gila, i had fun. I really, really had fun, yo. Hampir semua suara jeritan datangnya dari aku yang hampir2 terbabas esp time bas kecil tu lalu dan masa tu aku hanya mampu bertawakal dan menghadap malu je lah kalau2 tergolek ke. Fuhh, semangat. -.-

Aku rasa outing kali ni memang sangat menyihatkan dan, memang meletihkan. You guys made my day, maklumla dah lama sangat tak keluar melihat dunia. And untuk Eila, takpe lepas ni kita pergi main basikal dekat bukit lain pulak ok! The best part was bila Saufi akhirnya tunduk dengan joke aku, kelu langsung. Kalau kau orang semua ingatlah semalam kan. HAHA.

And tak lupa juga time sesat dan pasrah bila kena naik bukit, aku tau aku paling bising kalau nak naik bukit, haha l0nggar dah lutut ni wei nak mengayuh naik balik. Gilala. Last2 sampai dekat empangan, peh masa tu aku dah pasrah gila dah haha. So terpaksa lah patah balik dengan rasa haus yang teramat, gua angkat setin nescafe dan 100 plus.


Long story short, this is the best outing everr. Memenatkan dan menggembirakan! Agak berbaloi lah jugak untuk rm3 for the tickets, rm7 untuk basikal-ingatkan bayar rm3 + rm2 untuk jam tambahan, kena tipu rupanya, siol je, lain kali kasi tau terang2 lah pakcik! Haiyaa.

500++ gambar kot. Ini jela yang mampu aku tayangkan. :) And harini, kaki masih longgar dan lenguh2. Nasib takde driving class harini.


Ni brader aku wei, hahaha aksi gedik kamiiii

Masa ni tak endah sangat orang lalu lalang, sorry sesiapa yang lalu tu. Haha kalau anda dapat lihat, sopi telah perasankan dirinya dengan menulis Sopi Comel, tapi aku letak nama aku sekali (Utt), jangan harap kau nak comel sorang2 je! Haha

Naik bukit, Afif boleh siap turun naik lagi, apa tak cukup letih lagi ke kaki kau weiii?!

Ini time dekat kandang kuda. Betul cakap Ziha, binatang kat sini semua macam ada seekor je. Seekor kuda, seekor kerbau, semua seekor je. Patutlah rm3 kann.


Musim sejuuuuuuk, besttt!

Tak sempat pegang botol aku dah sedut straw hahaha haus sangattttt. :(

Terlalu banyak gambar, hahahaha. So ini jelah ya. Ai sayang yu semuaaaa! Dahiyah, lepas ni kita pergi Taman Botani pulak nak before Genting? Hahaha, situ boleh naik basikal jugak kannnn hee


YA ALLAH LENGUHNYA KAKI GUAAA


February 07, 2010

Fiuh

Letih, penat, lenguh, semua ada. Haha, ok gua dah busuk dah. Mandi dulu, later ai post ya,

:)


DAYYUMMMMM! Shits always happen. Ah



-Munajat Cinta, Dewa

I knowww, memang bukan benda aku lah kan. But I think I found one.

:)



February 04, 2010

Haritu mimpi jadi screamer dekat atas stage. Peh best gila.
Harini mimpi pergi konsert masyuk punya, ada banner Led Zeppelin semua. HAHA. Meriah macam konsert besar gila. Fiuh.


Apa benda la semua ni? Ni yang nak tidur lagi ni lepas ni






February 03, 2010

Kuno Pun Kuno La

Ai prefer fon yang takde bluetooth, mp3, (tapi colour ada lah), even radio pun takde. Aku tak kisah janji bateri dia kena tahan! Haha. For this time being aku pakai phone ibu yang beterinya cukup mengada. Tak syiok langsung. Saya nak balik duit phone saya! Bateri tahan, boleh msg, boleh call, dah cukup gembira dah. Berbanding dengan bateri yang setengah jam pun tak tahan, terima kasih jela.


Dearest Love I Hope, This Message Finds You Well

So, hi. Untuk harini aku tak buat apa sangat pun, tapi harini aku banyak tidur kot? Apa2 jelah kan. Memandangkan post ni bukan untuk berceloteh tentang apa aku buat harini, yela tiap2 hari aku ada dekat rumah, tiap2 hari lah aku buat benda sama. Aku bukan jenis yang suka melepak luar, even aku memang teringin tapiiii, masih belum masanya lagi. Ada tanggungjawab lain hihi.

Ok cukupp ya.

Harini saya ada pesanan untuk awak - ye, awaklah yang terasa tu. Kalau tak terasa, bagi dia rasa2 kan ok. Actually aku dah lama fikir pasal benda ni cuma selama ni aku lagi suka simpan je sebab masih tak sure dengan apa yang aku rasa ni. Jadiii, sekarang ni aku rasa kita dah boleh move on. Aku boleh, at least aku cuba, jadi kau pun move on lah. Aku tau benda ni berat, awal2 lagi aku rasa aku dah give up pasal any other relationship sebab aku takut nak hadap lagi benda2 yang dah pernah jadi dulu, down gila kot. Mulanya memang aku tak boleh terima, apa kau buat, aku memang tak boleh nak terima. Tapi sekarang bila aku mintak explanation, kau cakap benda yang buat aku fikir kenapa kau tak jelaskan siang siang lagi. *Keluh
Kita pun dah tengok kan apa jadi sekarang? No turning back, dude.

Tak adil jugak, kau yang nak lepaskan tapi kau tak bagi aku buat benda yang sama. Kau kata move on tapi tak adil kalau aku pun tak boleh move on, kan? Memang tipu lah kalau aku kata aku lupa dengan masa dulu. Pernah aku fikir nak balik ke masa tu, tapi semua dah lain sekarang. Kau tanya kan kenapa aku tak tahan kau bila kau suruh lepas? Peh aku bukannya kuat mana pun, aku langsung tak sangka, kelu. Buat apa aku nak meminta-minta kalau orang dah suruh aku lepaskan. Tipu kalau aku cakap aku benci kau, tipu kalau aku kata aku menyesal dengan kau dulu. And thanks to you, I become a little stronger than before. :)

Aku hargai persahabatan kita sekarang ni, I really do. Aku harap kau pun ok? Sekarang aku mula terima semua ni. Kita terima cara baik, then things will get better. Lepas ni jangan nak saving lagi dengan girlf (in case kalau ada kan *keningkening), tunjuk yang kau kisah sama dia. Awak faham kan apa saya cakap ni? Saya harap sangat awak faham. :)

Awak awak yang lain ni tak faham pun takpa, kata ni blog saya kan. Memang bukan benda saya lah nak jiwang2 ni, tak gheti. Goodnight semua, fiuhhhhhhhh!


Waiting for the next driving lesson. Haha. Kemungkinan 18/2 ni test. Brrr seram sejuk