Gua kenyang wahaha! Makan nasi dengan lauk tempoyak memang, peh, terbaik! Plus sambal udang, memang bahagia la gua harini haha.
Jadi harini dah masuk empat hari dekat Gombak, dan masih tak pasti nak balik Shah Alam bila, test JPJ(Ya, aku repeat ya, kawan2) 4 mac ni, barangkali balik Shah Alam hari ahad kot. Sampai malam ni, dah tiga hari tiga malam atuk dikebumikan, dan kami sekeluarga masih merasainya, siapa tak rasa kan? Ayah pegang dompet atuk, ayah tunjuk gambar2 yang ada dalam tu, ada gambar cucu2 kesayangan atuk, gambar anak2 atuk, semua senyum je masa tu dalam tuhan saja yang tahu sebaknya masing2, semua sayang atuk.
Petang tadi saja lepak dekat buaian, patutlah atuk suka dulu duduk situ kan? Waktu atuk sihat lagi, sementara tunggu nenek habis masak tengah hari mesti atuk dengan helai2an surat khabar, angin sepoi2 je. Kadang tu atuk tertidur dekat situ, kan. Petang tadi pun sama, sedap je thirah rasa duduk dekat situ, teringat atuk tika atuk buat lawak yang mula2 kami tak faham pun, tak dapat nak catch up, lepas dua minit tu baru faham, gelak memang terbahak la, sebab mula2 tu semua muka stone macam tak faham apa2. Atuk, semua rindu atuk.
Kami satu family kadang2 je balik kampung, lagi2 bila ayah mula kerja dekat Kemboja, memang dua tiga bulan tu pun belum tentu balik jenguk atuk nenek. Thirah ingat lagi time kami semua balik, atuk orang paling excited jumpa cucu2. Hehehe, dan dulu thirah la jadi sasaran kalau nak urut atuk, elak macam mana pun, sebelum balik mesti kena jugak, kan. Dulu cucu2 atuk ni semua suka sleepover dekat kampung. Waktu tu thirah duduk Shah Alam, keluarga Mak Long duduk Seremban, waktu cuti wajib balik kampung. Ala waktu gonjeng dulu, semua rapat, dah besar, semua malu. Ahaks. Malu kononn. Paling best waktu puasa, berbuka sama2, semua mesti kagum pinggan atuk paling licin, haha. Meja penuh dengan lauk pauk plus cucu2 yang dah conquer meja makan sampai tak cukup kerusi ; ada yang duduk dekat sofa. Apa2 pun, waktu tu seronok sebab atuk dengan nenek ada sekali waktu makan, sebelum atuk jatuh sakit, atuk nampak bertenaga, garang pulak tu, hee. Atuk, semua terngiang-ngiang suara atuk dalam kepala ni.
Hari makin hari, atuk makin lemah barangkali sebab penyakit lama atuk yang datang balik tu. Dah tak dapat nak melepak dengan atuk dekat buai, nak makan sama-sama dengan atuk pun susah, sebab atuk dah makin kurang selera waktu tu, makan pun dah kena pantang macam2. Dah tak ada cucu2 yang kena jadi tukang urut atuk, atuk makin lemah, waktu tu thirah dah takut, takut kalau atuk makin tak berdaya, atuk tak dapat lagi duduk2 sama dengan kita orang ni. Atuk, semua berdoa untuk atuk.
Semua tahu orang yang hidup mesti akan temui ajal juga satu hari nanti, tak ada pun yang akan terlepas dari ajal. Ajal maut tangan tuhan, kata orang. Badan atuk yang dulu sasa dan tegap, yelah dulu polis, hemsem pulak tu, semakin surut, makin kurus, sampai thirah dah takut nak tengok. Tak sanggup thirah nak tengok atuk sakit macam tu, kalau boleh tolonglah jangan biar atuk menderita, orang2 yang thirah sayang pun thirah tak sanggup termasuk lah atuk. Nampak lemah benar.
Memang ada hikmah ibu patah kaki, ayah balik dari Kemboja nak jaga ibu sampai ibu fully recover. At the same time, ayah balik kampung tiap2 minggu nak jenguk atuk, kan. Semua kebetulan ni betul2 ada hikmah, seolah2 tahu atuk dah nak pergi waktu tu. Dua minggu terakhir atuk dah tak makan, tak mahu lagi melayan selera makan atuk, hanya terbaring. Semua saudara-mara dipanggil nak menziarah atuk, memohon maaf, meminta ampun sebelum atuk pergi. 23 Februari, thirah dapat berita atuk dah tiada, it was so sad, sebab jarang sekali dengar kematian keluarga yang rapat, kalau sebelum ni pun dengar berita pasal arwah wan, kali ni atuk pulak. Atuk, kami semua akan mendoakan atuk, semoga atuk ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman, orang2 yang soleh.
Tsk, kami sayang atuk, thirah sayang atuk. Lepas ni, tiada lagi akan dengar suara atuk marah2 cucu2 kesayangan atuk, tiada lagi geli2 terasa misai atuk, kalau atuk cium kepala2 kami ni.
Al-Fatihah.
'Aisyah, atuk dah pergi dah, atuk dah tidur, tak ada bangun2 lagi'
'Ayah, atuk tidur kan, Shhh'
1 comment:
AL FATIHAH,
semoga atuk ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.semoga rohnya dicucuri rahmat.
Post a Comment