Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

June 07, 2010

Eagle Ranch Resort,


Hoyehhhh baru berkesempatan nak update, macam bizi sangat cewah. Sebenarnya sebab malas nak upload/edit gambar-gambar ni.

Weekend lepas aku dan keluarga bercuti, dua hari je. Itu pun plan mcm tak jadi je, semua buat dek je pagi pagi Sabtu tu. Macam tak nak packing, dengan tak mandi, bangun lambat apa semua. Yelah, memang tak buat preparation langsung untuk pergi bercuti? Haha, it was actually a last minute plan, sebab Ayah tk dapat nak ambil cuti untuk weekdays plus weekend akan datang akan susah ada masa untuk pergi makan angin ke mana-mana. Ada je plan itu ini, jumpa orang ni orang tu, settlekan apa benda tah.

So last week was the perfect timing, for quality time bersama keluarga, memandangkan Aqilah pun dah balik dari asrama untuk cuti sekolah, cukup kuota family 2 minggu ni. :'D

Jadi kami semuaaaaaa packing la apa-apa yang patut, ala untuk tidur satu malam je pun. Nak packing apa benda la sangat, tapi tu pun makan masa berjam-jam. -.-

Bertolak kira-kira pukul 12 kot, nak pergi kenduri kahwin kakak Izyan dulu, kakak dia ok. Bukan dia. Macam biasa makan makan dan makan. Heee, sayang sangat sebab tak dapat jumpa member-member atas sebab tertentu. Oh, I hope they're okay.

Memandangkan hotel/chalet tk dibook awal-awal, kami merayau Melaka/Negeri Sembilan sambil call mana-mana yang ada bilik kosong. Haha! Hoyeh masa lebih sejam dihabiskan meronda-ronda sana sini, finally call Eagle Ranch Resort, ada chalet kosong. Hohhh lega la, tapi sayang dia kata Wifi langsung tarakkkkkkkk. Hampehhhhhh, (tak bersyukur pulak tu dah dpt tempat nak tidur, demand haha) But its okay, tengok2 tempat tu macam okay je, so we headed there and checked in. Wallaaaaaaaa, akhirnyaaaaa.

Overall, tempat tu memang menarik. Banyak aktiviti macam Obstacles, Volleyball, rabbit feeding dan macam macam lagi. Go-kart pun ada! Tapi macam ada yang kurang la tempat ni. Bagi aku laaaaaaa, aktiviti dah macam-macam, tapi macam tak hidup je? Especially malam-malam, time melepak tu, golap yo. Tak meriah langsung, tidur awal ke apa staf dia haha. But seriously, tak meriah lah kalau malam-malam, itu yg bagi aku tk best tuuuuuuu. Nak melepak pun lemauu je masing-masing. Live band apa pun tarakk. Bukit Merah lagi fun kot? Kalau malam-malam, ada la aktiviti, dan sangatttttt meriah. Haha apa apa pun, kalau Eagle Ranch ni dia pakar kalau nak coordinate aktiviti untuk kumpulan besar-besar. Ha itu dia orang pandai. Idk why tapi tempat dia mcm something kurang. Heeee, macam-macam ada, tapi orangnya tak ada. Mcm mana?

Ok laaaa, gambar terus!

Day 1 -
Ini court basketball dia, yang tajam tajam bentuk kon tu dia punya bilik, tapi kecik je. Comel kan? Aku jawab sendiri - Comellll.

'Ok ok kita lap peluh sat'
We played basketball, yang terer main. Zero. Haha, konon konon nak bersukan la ni. Dem aku memang takde skill nak main bola keranjang, gaya dh macam main netball pula -.-

Lepas tu teman budak kicik dua orang ni mandi pulaaaaaa. Pis!

Day 2 -

Breakfast! Tapi tak banyak choice makanan dia :( Nak bedal pun sikit sikit nasi goreng, sikit sikit roti. Hmph

Itu ayah dan ibu saya. Muah!

Rabbit feeding, nak membeli tiket pun dah leceh. Kesian ramai yang datang tanpa tiket yang perlu dibeli dekat kedai souvenier dia, which is nun jauh di sana. Leceh tahu tak leceh! Nasib baik rabbit ni comel comel. Tak pernah terniat nak membela pun. Tapi series adorable hihi. Nak sugar glider jugak. :P

Awwwww, bestnyaa

Go-kart pulak! Adik aku drive dengan penuh berhemah. Kamon -.- Go-kart kot, tak thrill la kalau tak laju hahaha.

Ayah saya ; Encik Sam.

Aqilah, Ayah, Ibu. ♥

Sedih sebab tak dapat duduk situ lama-lama. Check out pukul 12 setengah, ronda-ronda Melaka sampai malam. Hoyeh. I had fun. It's the time with family you cherish the most, I love my family even we are not like the Big Happy Family like them out there.


5 comments:

Nadnod Azizan said...

haha, tak cakap pegi bermalam dekat sane :P i ikut ayah i pegi sane sebab ayah i ade kontrak dobi dgn dorang ;D

AthirahShamsul said...

Dekat Eagle Ranch ke? Auw! Hahaha last minute plan :-D

Z said...

Nampak macam best gilaaaaaaaaaaaaa XD

AthirahShamsul said...

Lagi ramai lagi best!

SITI AISHAH said...

haha, gi melaka tak cakap! dah dekat dah tu, adehh