Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

July 25, 2010

Auburn



"Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need"




Alergik Pada Kesatria

Setiap kali ada perjumpaan Kesatria, time berbaris ada je masa aku rasa nak bersin.

Aku rasa aku alergik. Dikecualikan boleh?



DALAM MIMPI.




July 24, 2010

We were bestfriends,


Well, berita ni agak mengejutkan. Tapi apa pun, aku pernah agak benda ni akan berlaku kalau dia ulang perangai dia macam dulu, see, sekarang dah ada proof, tentang apa yang aku pernah rasa dulu.


We used to be bestfriends, sentiasa berkepit. Aku pun tak pasti mcm mana aku boleh rapat dengan dia, tapi we had each other's back. Banyak benda, banyak aktiviti yang kalau ada dia, mesti ada aku juga. Ya know what I mean? Aku sayang dia. Sensitif, tapi dia juga sangat mengambil berat. :')

I do miss that moment.

Aku tak suka kalau dia mula menjauhkan diri. Mana salah aku? Sedang aku fikir apa salah aku dekat dia, tiba-tiba dia muncul kembali. Pelik, tapi aku dah biasa, aku boleh sabar, mungkin ada yang tak kena kalau dia tiba-tiba berubah angin macam tu, itu sudah memang perangai dia. Aku sayang dia.

It goes on for quite a long time, aku dah cukup kenal dia. Banyaknya yang kami kongsi sama-sama! Rindu, dia jadi sebahagian besar hidup aku. Aku lemah, dia kuat. Banyak benda yang dia pertahankan untuk aku. Aku terhutang budi. Kadang aku sedih lihat dia sedih, aku suka kalau dia gembira. Asalkan dia gembira, asalkan dia boleh bergelak ketawa, aku akan sentiasa tersenyum.

Nampak? Aku sayang dia, sungguh.

Tapi kau tahu, sabar aku juga ada hadnya. Dan pada masa itu, dia mula menjauhkan diri lagi. Kau yang dah biasa dengan aku, aku bukan jenis yang reti memujuk-mujuk. Bukan aku tak ambil berat, tapi bukan dengan cara tu. Sumpah aku tak reti. Dan masa tu aku fikir, selama ni angin dia berubah-ubah, tinggalkan aku tertanya-tanya apa aku ada buat salah atau tak. Sampai macam tu sekali dia pinggirkan aku. Dengan orang lain, boleh je bergelak ketawa, boleh je lepak sama-sama. Aku menghampiri, berbatu dia lari.

Macam ni ke? Aku ni macam apa dia nak buat macam tu? Ada masalah sikit, lari. Ada tercalar sikit hati, membisu terus. Lama-lama tu, aku jadi malas. Malas nak jadi orang yang tegur dia dulu, tanya apa masalah dia. Serupa macam terhegeh-hegeh. Hey, bukan sekali dua tahu. Mana pernah dia keluar perkataan maaf tu.

Aku serik, macam ini lah. Sungguh aku sayang dia, dalam hidup ni, pertama kali aku menangis sebab kawan. Sedih, sebab hubungan yang sangat rapat mcm tu boleh renggang tiba-tiba. Tak bolehkah, kalau dia pulak yang mengalah, sekali pun cukup.

Satu hari dia minta maaf, :')
Gembiranya aku bukan main! Pertama kali kot. Dia kembali rapat dengan aku, tapi kejap je pun. Tak lama lepas tu, benda mcm ni jadi balik. Bayangkan, orang lain dia layan macam bestfriend dia, aku dilayan mcm orang yang dia tak pernah kenal. Terkilan.

Aku tk tahu apa masalah dia. Sabar aku dah melebihi had. Serik. Kali ni memang taklah aku nak terhegeh-hegeh dekat dia dulu. Susah, aku tak sampai hati, tapi kalau dah macam tu, aku tak boleh lah nak tahan lagi. Dan bukan semua orang tahu, still ramai yang berpihak dengan dia.

Sejak tu, aku seolah-olah asing bagi dia. We apologised to each other, tapi lain. Takkan jadi macam dulu lagi, aku tak sanggup. Dia bagi impak yang besar, tapi aku sayang dia, masih. Cuma, dari jauh. Aku rasa dia pun macam tu juga, Idk why, tapi memang aku dengan dia tak boleh nak jadi macam dulu lagi, masing-masing ikut jalan sendiri. Somehow, aku rindu dia, there's this feeling where only both of us would know. Pernah bersemuka, meminta maaf atas semua yang terjadi, dan aku bukanlah kejam na nak berdendam dgn dia, hehe tapi semua dah lain, biarlah masing-masing ikut jalan berasingan. Im going to miss her.


Terkejut bila dengar kau ulang balik perangai mcm tu, kamon, Tak matang lah sayang. Benda ni akan makan diri kau sendiri, not good dear. Please, at least jangan bagi diorang rasa apa yg aku pernah rasa, aku sorang kena, tak apa. Tapi ini, makin menjadi-jadi aku dengar. People change, and I hope you will too. think of the consequences.



tak faham ke, takpe. boleh jalan




Lapan Belas


THANKS :'D


I didn't expect anything this year, tapi you guys sangat touching :')


LOVE YOU OLSSSSSS


Plus,


the guy yang wished me through phone. It was beyond sweet. Till we meet again, dear.




Puncak Perdana Sangat!

BLOG BERHABUK. SERIES WEH.

Aku asyik tangguh je nak update blog ni, almaklum, aku tak bawak laptop pergi kolej pung. So, faham-faham sendirilah, semua benda tak update sangat. Terlalu busy dengan kehidupan kolej lah sangat, hahahaha.

Jadi tanpa disedari dah nak masuk sebulan pung aku dekat Puncak Perdana, new friends, new environment, banyak lagi lah yang new! Nak cerita pasal environment, memang lain sangat lah kan kalau nak dibandingkan dengan masa duduk hostel dulu, makan diatur, kena pergi prep pukul 8, light off pukul berapa (cewah mcm ikut sgt je waktu light off ni). Duduk kolej, sangat bebas! Eh bukan sangat la, tapi bebas jugak kan. I likeeeeeeee. B-) Tapi I hope budak-budak dekat sini tak culture shock, sebab itu adalah sangat menyedihkan. T.T Aku harap aku pung tk macam tu, hihi. Kes culture shock ni tak ada kena mengena dengan kes aku disaman ya! Huhu nak dijadikan cerita satu malam ni tiba-tiba terasa nak lepak lama-lama, tengok budak-budak ni study, tak memasal kena tahan tak boleh masuk kolej sebab dah langgar curfew + berada dalam kawasan lelaki. Macam UFFFFFFFF! (bak kata Sarah) Sumpah lepas ni 10.50 dah bergerak masuk dalam kolej. Haha!

Pasal class, so far jadual ok ok sahaja. Ada hari-hari yang boleh bangun lambat, seronok tahu. Mandi pun tak berebut, yeay. First/second week, banyak lecturer yang tak masuk, lagi lagi untuk subjek Business, baru masuk semalam. -.-" Kelas paling lentok la setakat ni. Ya know what I mean. Jadi memandangkan untuk first/second week banyak kelas yg dibatalkan sebab lecturer tak ada, kelas ganti terpaksa diadakan sebab nanti tak cukup credit hours. Dem! Ada kelas yang kena ganti sampai 8 jam. Pergh, so start next week, no more bangun lambat, melepak malam-malam (eh tak boleh, lepak kena ada!), sebab ada hari yang ada kelas ganti sampai pukul 7. TERBAIKKKKKKKK LA WA CAKAP LU. Satu subjek kena ganti 8 jam, lagi beberapa kelas tu belum kira lagi weh. TERBAIK LA WA CAKAP LU. Okay annoying orange sangat.

The people here, so far semua ok. :-) It takes time for me to know more people. Dan jangan cakap aku sombong, bukan bukan. Aku segan je, tak ghoti den nak tegur-tegur orang dulu. Dan sudah pasti orang lain juga takes time untuk kenal aku yang sebenarnya tak sombong niiiiiiiiiii. Muka gua tak sama dengan perangai eh, note that. Haha.

Setakat ni, ai boleh handle lagi la duduk dekat sini, still ada masa nak melepak gelak gelak, tunggu lah next week. Ai akan start bizi kot? We'll see. :B



P/S : Dekat sini aku nampak ramai klon-klon / rupa orang iras-iras orang yang aku pernah kenal sebelum ni. Dan ada seorang ni, really reminds me of you. Aku tak tahu apa yang sama, tapi itu yang aku rasa bila aku tengok that someone. Sama kelas pulak tuuuuuuuuuuu -.-"
Argh.





July 10, 2010

Bunyi Gajah Macam Mana?

Teringat time MDS, kami dibahagikan ikut kumpulan masing-masing. Nama-nama kumpulan semua nama haiwan - anjing, kambing, ular etc.


Aku dapat kumpulan gajah.


Lepas tu kami diarah mencari kumpulan masing-masing tanpa keluarkan suara, hanya dengan menggunakan gaya/bunyi binatang yang kita dapat tu.


Lepas tu every group kena buat bunyi kumpulan masing-masing. Contoh kalau anjing buat lah bunyi woof woof kan.


KALAU GAJAH NAK BUAT BUNYI APA WEH?!


Kumpulan lain semua ada bunyi :-(


Bila time gajah, ..........


Last-last kami buat bunyi PON PON. APA MOTIF PUN AKU TKTAHUUUUUUUUU XD


Hahaha, patut bagi kumpulan haiwan lain :-(




Waiting


Say that you won't call.
Tell me you will not be texting me.

For these few days.

Because I miss you so much I couldn't help but waiting for you.


These two days will be the longest day, because I know you are not here.


When you call me, I swear I'll cry just by hearing your voice - here you are with me.


When that time comes, Please say that you'll stay beside me, don't go.



Aku memang over. Awak, habiskan lah kem Kakom tu cepat cepat eh.

Dah tu je.


JOM ROCK PULAK!

*leleh




Huru Hara ke Hara Huru

Tajuk pun dah huru hara -.-

Dua minggu dekat PP. Semua ok ok sahaja. Itu pun sebab ada geng TTJ yang kepala semua menggila. Kalau tak ada geng memang aku pun homesick eventhough rumah punyalah dekat. Aku bukan lah sombong tapi malu nak menegur. Segan kot! Mana yang aku terbuat muka kerek tu maaflah ya, jom kawan?

Benda paling muak tengok - kaum setengah jenis ni. Susah nak nampak yang sejati. Bukan tak ada. Ada je, tapi aku lagi banyak perasan yang..jenis mcm tu lah kan. Boring weh. -.-'

Supposed malam ni dengan esok pagi ada aktiviti kolej, nak kumpul kupon katanya. Kiranya kalau nak dapat kolej untuk semester yang akan datang, kena kumpul kupon sebanyak yang boleh, kalau tak kemungkinan takkan dapat kolej, atau dapat kolej tapi dapat tingkat paling atas. Ohhhhh dem bagusnya, sekarang aku punya rumah tingkat empat pun macam hape jeee mengah dia. Nanti agak agak aku rasa rajin nak kumpul kupon tu aku join lah aktiviti2 tu heeeee. Minggu ni aku balik pun sebab nak settle a few things. Nak register course online, apply JPA online, senang cerita nak buat byk benda online lah. Disebabkan internet server dekat library memang. Lembab. Aku malas nak online dkt sana. Wifi pun tak ada dekat kolej. Tak bestnya. :(

Another reason aku balik sebab nak bawak barang2 yang tertinggal. Memang ada jelah barang yang tertinggal. Cawan lah botol lah apa lah. Dekat kolej semua benda yang nak bawak tu ingat, balik rumah je lupa semua benda. Heeeee, biasalah aku. -.-"

Esok kena balik kolej balik sebab ada taklimat koko + pemantapan wawasan ke apa tah. Aw man, bizi wey. 8) haha.

I hope I can survive dekat PP. Sana tak ada apa apa kot. T.T Siapa siapa datanglah melawat saya di sana ok. He he.

Goodnight semuaaaaaaaaaaa. Jin terlepas kandang! Jumpa esok! Hahahaha - bughok na nama panggilan ni.




July 09, 2010

Mana Lelaki Sejati?




Asyik lah terjumpa dengan kaum setengah ni. Aku jalan lagi macho kot?








July 04, 2010

Minggu Destini Siswa (MDS)

Okaylah, cerita jugak pasal MDS. Semua nak update status pasal MDS, tepuk2 terima kasih lah bagai. Haha seriously, MDS memang best. Well, except untuk ceramah/taklimat tu lah kan. Semuo membuto.

1. Kami kena bangun pukul 5 pagi, kadang2 5.15. Syukur betul tak kena bangun pukul 4 pagi, itu part yang aku paling liat tuu. First day kena bangun pagi aku bangun dengan begitu freshhhhhhhhhh, second day dah liat. -.- Pigidahh. Dan macam biasa, time kuliah suboh akan ada la yg tersengguk-sengguk, termasuk aku kot. LOL

2. Housemates so far okay. :) Semua masuk air, roomates aku pun okay, baik-baik je semua. Or semua masih belum tunjuk tanduk kot? Heeee. Rumah aku dekat aras 4. Fuh exercise exercisee, takpa sihat sihatttt.

3. All the PMs were superb! Especially Biro Program and Biro SDK. Abang AG especially, boleh hilang ngantuk gua layan lawak dia. Penat nak gelak sampai tak mampu dah nak gelak. Perut dah cramp. Haha. My favourite PM - Abang Afiq! Overall, semua PM memang gempak gilewww, so sad that ada yang akan balik ke kampus induk, only a few yang akan sambung di Puncak Perdana.

4. Sesi senamrobik dekat jalan tar. Pergh memang 'terbaik'
Mula-mula ye la excited, tapi bila dah lama aku dengan budak2 ni semua dah lemau, dengan bau taik kucingnya lagi! PFFFFT

5. Macam-macam tepuk aku belajar. Tepuk terima kasih, tepuk Abang Hensem, tepuk Siswi Gedik. Main tepuk2 jela aku lepas ni. Kool,

6. Even Puncak Perdana kecik je, kolej dia dengan dengan fakulti, so boleh la bangun setengah jam before kelas. Wheeeeeee. X)

7. Im going to miss MDS. Tapi kalau orang tanya nak lagi tak lalu MDS, for sure aku akan jawab taknak. :P


Bersama kaki-kaki drop. -.- Memang kerja drop jelaa, memanjang gelak.

Abang AG. Sweetssangat!

Abang Afiq -.-




July 03, 2010

Malas nak post pasal MDS tu. Boleh tak? Haha


July 02, 2010

UiTM Puncak Perdana

Secara rasmi aku menjadi seorang mahasiswi. Peh. Finally orientasi dah habis! Now IM AT HOME! Haha menggelabah gila, aku tahu. -.-

Just arrived home. :) Had a blast orientation week, eventhough its tiring. Takpa takpa, janji PM-PM semua gempak gilewwwww.

*Tepuk, tepuk tepuk, Abang Hensem! - Macam2 jenis tepuk dah aku belajar. Syiok.

Okay penat. Lapar, perut aku dah berbunyi ni.


Akan post lagi :)

Kot.

Bai!