Well, berita ni agak mengejutkan. Tapi apa pun, aku pernah agak benda ni akan berlaku kalau dia ulang perangai dia macam dulu, see, sekarang dah ada proof, tentang apa yang aku pernah rasa dulu.
We used to be bestfriends, sentiasa berkepit. Aku pun tak pasti mcm mana aku boleh rapat dengan dia, tapi we had each other's back. Banyak benda, banyak aktiviti yang kalau ada dia, mesti ada aku juga. Ya know what I mean? Aku sayang dia. Sensitif, tapi dia juga sangat mengambil berat. :')
I do miss that moment.
Aku tak suka kalau dia mula menjauhkan diri. Mana salah aku? Sedang aku fikir apa salah aku dekat dia, tiba-tiba dia muncul kembali. Pelik, tapi aku dah biasa, aku boleh sabar, mungkin ada yang tak kena kalau dia tiba-tiba berubah angin macam tu, itu sudah memang perangai dia. Aku sayang dia.
It goes on for quite a long time, aku dah cukup kenal dia. Banyaknya yang kami kongsi sama-sama! Rindu, dia jadi sebahagian besar hidup aku. Aku lemah, dia kuat. Banyak benda yang dia pertahankan untuk aku. Aku terhutang budi. Kadang aku sedih lihat dia sedih, aku suka kalau dia gembira. Asalkan dia gembira, asalkan dia boleh bergelak ketawa, aku akan sentiasa tersenyum.
Nampak? Aku sayang dia, sungguh.
Tapi kau tahu, sabar aku juga ada hadnya. Dan pada masa itu, dia mula menjauhkan diri lagi. Kau yang dah biasa dengan aku, aku bukan jenis yang reti memujuk-mujuk. Bukan aku tak ambil berat, tapi bukan dengan cara tu. Sumpah aku tak reti. Dan masa tu aku fikir, selama ni angin dia berubah-ubah, tinggalkan aku tertanya-tanya apa aku ada buat salah atau tak. Sampai macam tu sekali dia pinggirkan aku. Dengan orang lain, boleh je bergelak ketawa, boleh je lepak sama-sama. Aku menghampiri, berbatu dia lari.
Macam ni ke? Aku ni macam apa dia nak buat macam tu? Ada masalah sikit, lari. Ada tercalar sikit hati, membisu terus. Lama-lama tu, aku jadi malas. Malas nak jadi orang yang tegur dia dulu, tanya apa masalah dia. Serupa macam terhegeh-hegeh. Hey, bukan sekali dua tahu. Mana pernah dia keluar perkataan maaf tu.
Aku serik, macam ini lah. Sungguh aku sayang dia, dalam hidup ni, pertama kali aku menangis sebab kawan. Sedih, sebab hubungan yang sangat rapat mcm tu boleh renggang tiba-tiba. Tak bolehkah, kalau dia pulak yang mengalah, sekali pun cukup.
Satu hari dia minta maaf, :')
Gembiranya aku bukan main! Pertama kali kot. Dia kembali rapat dengan aku, tapi kejap je pun. Tak lama lepas tu, benda mcm ni jadi balik. Bayangkan, orang lain dia layan macam bestfriend dia, aku dilayan mcm orang yang dia tak pernah kenal. Terkilan.
Aku tk tahu apa masalah dia. Sabar aku dah melebihi had. Serik. Kali ni memang taklah aku nak terhegeh-hegeh dekat dia dulu. Susah, aku tak sampai hati, tapi kalau dah macam tu, aku tak boleh lah nak tahan lagi. Dan bukan semua orang tahu, still ramai yang berpihak dengan dia.
Sejak tu, aku seolah-olah asing bagi dia. We apologised to each other, tapi lain. Takkan jadi macam dulu lagi, aku tak sanggup. Dia bagi impak yang besar, tapi aku sayang dia, masih. Cuma, dari jauh. Aku rasa dia pun macam tu juga, Idk why, tapi memang aku dengan dia tak boleh nak jadi macam dulu lagi, masing-masing ikut jalan sendiri. Somehow, aku rindu dia, there's this feeling where only both of us would know. Pernah bersemuka, meminta maaf atas semua yang terjadi, dan aku bukanlah kejam na nak berdendam dgn dia, hehe tapi semua dah lain, biarlah masing-masing ikut jalan berasingan. Im going to miss her.
Terkejut bila dengar kau ulang balik perangai mcm tu, kamon, Tak matang lah sayang. Benda ni akan makan diri kau sendiri, not good dear. Please, at least jangan bagi diorang rasa apa yg aku pernah rasa, aku sorang kena, tak apa. Tapi ini, makin menjadi-jadi aku dengar. People change, and I hope you will too. think of the consequences.
tak faham ke, takpe. boleh jalan
6 comments:
masalah ko ni complicated. harap ko tabah dann jadik kuat!
kalau paham, tak boleh jalan lah?haha
*just kidding
Hapiz - Wah faham keee! hehe mekasih. :)
Adam - :P
memang macam tu,bila dah minta maaf.awkward tu datang.
So kalau taknak awkward? Tk payah mintak maaf ke? Hee XD
siapa dia?benar benar complicated cerita kau ni.
Post a Comment