IT IS COMMON TEST WEEK PEOPLE!
Minggu ni bagi aku tak ada holiday doh. Mana taknya, pergi buat common test time weekend. Harini hari Sabtu - Financial Accounting test. Baru je lepas beberapa jam tadi, no komen. Aku taktahu nak cakap senang ke susah. Sebab it was confusing, bab yang aku lemah dari zaman SPM lagi. Dem. Taktahu la kalau orang lain cakap senang, but for me, I need to work harder since subjek-subjek semester ni agak mencabar dan lecturer yang mengajar jugak mencabar dan menguji kesabaran. Haha.
Sebelum study untuk Cost Accounting untuk esok hari, aku nak apdet la sikit pasal event baru-baru ni dekat kolej. Memandangkan blog aku terbengkalai, nah satu post dari aku. Satu pun jadi la kan?
Tak silap aku event ni dibuat pada Rabu malam kot, haaaaa betul lah tu. Last minute tahu, housemate ajak pergi tengok, front row bebeh aku duduk. Haha, kitorang duduk atas jalan tar je so housemates semangat bawak suratkhabar nak alas segala. Bahahaha, dan aku agak eksaited juga la, wayang kulit yang aku tak pernah tengok live. Apa yang menariknya pasal benda alah ni, well it was okay lah. Kalau aku faham loghat dia memang aku rasa best kot? Tapiiiiiii, aku tak faham sangat cerita dia so it was quite okay. Bahasa Kelantan kot, aku nak paham mende pulakkk.
Aku ada jugak terfikir seronok juga involve dalam benda-benda macam ni. Like, tradisional punya benda. Tarian ke, main gamelan ke, dan sewaktu dengannya. Aku sukaaaaaaaaa. Tapi kalau nak onvolve sekarang aku tktahu la kalau boleh lagi ke tak haha. Okay sebelum aku melencong ke parit, jom tengok gambar.
Kak Intan, kita post gambar-gambar ni tau! Hikhik
Menyempat la sms-sms ni.
Lepas habis wayang kulit, ada performance dikir barat! Dariiiiiii apa ek nama kumpulan dia, tak ingat. -,- Tapi I enjoyed it very much! Tukang karut and, juara eh yang lagi sorang tu, memang suara habis sedap ah. Spontaneous, dan yang bertepuk tu paling semangat. Haha, awesomeee. Aku memang suka tengok dikir barat ni, seronok betul bertepuk-tepuk bagai ni.
Tukang karut. The bomb!
If I am not mistaken, ni one of the lecturers, kot? Muda kotttttt. Masa dia nyanyi lupa sekejap yang dia ni lecturer. Nak sainnnnnnnnnnnnnnnnn~ (Gaya time MDS)
Penutup memang the bomb. Walaupun jalan cerita wayang kulit tu aku macam, whaaaaaaaaaa. Tak faham dol. Tapi dikir barat really made my day. Dan agak stail buat event dekat gazebo, with the lighting, kalau buat persembahan dekat gazebo lagi stail kot, acoustic night ke, baca sajak ke. Woah. Seronok. :) Tapi dah habis tu, sesi paling ganas sudah semestinya sesi mengambil kupon. Hos cakap beratur untuk ambil kupon, MEMANG TAK LA NAK BERATUR. Habis orang yang pegang kupon tu diserbu, macam rusuhan pun ada. Tensen gila aku, tapi aku pun taknak la lepaskan peluang nak ambik kupon kan, kata duduk front row tapi tak dapat kupon macam mana? Huuuuuu. Memang tah pape gila ah time ambik kupon, panas hati gila. Time ni la kita boleh tengok masing-masing macam budak-budak berebut gula-gula. Comelzzzzz jew.
Jadi saya kira itu sahajalah dari saya setakat ini. Looking forward untuk event-event macam ni lagi. :D
PS - Seronok sangat enjoy wayang kulit dan dikir barat sampai tak siap homework dan ponteng keesokan harinya hahahahahaha. Syok ah
#nowplaying That's All She Wrote - Eminem ft T.I
PS lagi - Terbengkalai la nak pergi beronggeng cari sandal dan selipar minggu depan disebabkan ada cousin punya wedding. I TERforgot!
Dan sekarang, lu boleh pergi study ya, Athirah.