#nowplaying Lagu Hits Buatmu by Shamsul Ghau Ghau -_____________________- Siapa tah yang perkenalkan aku lagu ni *keningkening. Tapi sumpah lawak gila, download ni sebab nak bagi Ibu dengar, tak sangka dia pun tahu! Haha. Try lah dengar, best gila. Terhibur. Kahkah
Okay, sebenarnya nak update pasal Broga, tadi nak tekan New Post pun terfikir eh nak tulis pasal apa ha? Luckily dekat Twitter aku tulis nak update pasal Bukit Broga, maklumlah aku seorang yang pelupa.. Back to the story. Minggu lepas, we went to Broga Hill, yelah bukit yang semakin trending sejak dua menjak ni. Haha, I was excited jugak lah, apa kata kali ni aku buat aktiviti mencabar sikit, hiking. Salah satu aktiviti yang sihat. Hihi.
Kami bertolak jam 3.30 pagi kalau tak silap, dan sampai lebih kurang pukul 4 tapi disebabkan sesat dan tak tahu mana tempat parking, ambik masa setengah jam jugak lah pusing-pusing area situ, very the scary. Mana taknya, time tu tengah-tengah pagi, the GPS is not working, dia bagi direction sampai kena masuk ladang kelapa sawit yang sangat gelaaaaaaaap dan jalan dia sangat tak stabil. Gelap. Dan gelita. Peh cuak gila, then we stopped bergantung dekat GPS tu dan patah balik, finally dapat cari tempat parking dia which is dekat tengah-tengah ladang kelapa sawit, I was so scareddddd taktau la about the others kan haha. Nasib ada banyak kereta dan orang-orang yang akan turut memanjat sekali.
Satu benda kurang syiok - aku pakai jeans dan kasut Converse aku dah haus. Demmm. Actually dah bawak seluar spare nak tukar, tapi bila dah sampai, takde tempat pulak yang boleh tukar so terpaksa la aku dengan Nabilah hiking pakai jeans bwehehehe. Tapi it's not proper. Patut pakai track terus, dan kasut sukan. Baru feel hiking. Ni pakai jeans.. hehe
Start panjat dalam pukul 5 kot? Tak ingat pun, hehe mula-mula rasa sangat excited dan jalan dia pun quite okay, takdelah curam pun. Tapi nak sampai ke first stop lama siot rasa. Aku dah termengah-mengah dah tapi still boleh jalannnnnnnn, semangat. Haha, sampai-sampai je first station kitorang rehat lama jugak dekat situ, aku rasa macam dah malas nak naik dah, nak tunggu sunrise dari situ je, curam siot nak naik atas lagi. Tapi rugi lah kalau dah naik separuh jalan, better naik sampai atas baru rasa puas sikitt. FYI, aku seorang yang gayat, tu aku fikir banyak kali tu nak naik sampai atas ke tak. Hehehehe dekat first stop pun rasa gayat gila gila, tengok bawah pehhhhh ni kalau jatuh tergolek ni shedap betul.
Then we continued panjat sampai atas tu, dalam pukul 6.30 dah sampai dah. Time tuu, I feel like Wowwwwwwww, cantik gila pemandangan. We've reached to the last station. Bangga siot aku, yelah untuk seorang aku yang gayat dan tak suka masuk hutan ni, memang perasaan dia lain macam la bila dah sampai atas. Tak sangka berjaya jugak kami naik sampai atas, we sat there untul the sun rises and enjoyed the beautiful scenery. You guys should go.
Aku tak tahu motif brader-brader ni pakai baju melayu nak bergambar dekat Bukit Broga, beserta payungnya itu.
:'D We did it
I loveeeeee them. Seronok sebab we made a good team! Dan terima kasih Naufal sebab jadi guide kitorang since dia dah pernah pergi before. Dan Amjad the laju guy. Haha -.-
Ini gambar dari atas, orang tengah panjat. Beratur tau tak nak panjat bukit ni. :O Time nak turun bukit pun sama, jammed. Ramai yang hiking dengan lampu hiking diorang, while kami hiking pakai lampu phone je haha.
I had a great time. Another experience for me, it was a great one. I saw teamwork, people helping each other, wow. :)
Silalah pergi. Ya aku tahu ramai kot yang dah pergi, yang dah pergi tu diam-diam eh, shh. Yang lain, jom lah pergi. Ajak aku sekali. Im on! Hihihihi.
PS - Maaf gambar berterabur, dan terima kasih Nabilah and Nana for the pictures, aku curi sikit. Haha, kan best kalau dapat bawa baby Nikong saya sekali. :(
PS lagi - Kalau boleh, aku memang nak ajak satu Malaysia pergi sini, tapi aku pun diajak. Nanti kita pergi lagi ya! Jom jom jom jom.
1 comment:
bestnyerrrrr. hehehehe. pegi pagi pagi pun ramai orang ehhh?
Post a Comment