Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

July 25, 2009

Whoa-Oh

Selamat pagi! (dua minit sebelum 12 tengah hati)
Im home, again! Yap, minggu lepas dah balik, and minggu ni aku balik lagi. Tapi bukan saja-saja, aku balik ni pun sebab nak settlekan folio aku ; nak print, nak binding bagai. Kalau boleh aku tak nak menyusahkan ibu nak pickup aku tapi, aku memang nak settlekan folio ni dan hantar ASAP. Folio ni buat aku jadi gila, bukan aku sorang je kot, ramai lagi yang dah menangis pasal folio ni, dengan pressure dari Miss Yeo lagi. It's okay kalau kau orang tak faham. Sekadar bahan bacaan untuk kau orang si pembaca. Folio ni buat kitaorang budak perdagangan kurang ulangkaji, abaikan sekejap homework, semata-mata nak siapkan folio ni Miss Yeo tak pernah faham ke ha? Haiyo, lepas ni jangan kacau aku lagi Mahaha

Cukuplah bercerita pasal folio ni, alhamdulillah semua dah settle.

Harini aku bangun awal tau, 8.20 pagi. Tapi lepas tu aku tertidur balik. -.-
Dan akhirnya aku terjaga semula pukul 11.20 pagi, haih bila nak berubah aku ni haha. Bangun tidur je semua orang rumah menghilang dan aku tak tahu mana diaorang pergi. Ibu ke sekolah, barangkali. Adik adik aku, hm mungkin ikut sekali ibu pergi sekolah. Tak apa, aku balik pun bukan sebab nak keluar makan angin lagi tapi nak siapkan kerja sekolah. Cakap pasal sekolah, macam biasa ada benda happy dan ada benda yang menyemakkan kepala otak ni. Minggu lepas bukak sekolah je dah dapat birthday present bestnya! Sebelum rehat, Ajwad ada bagi sekotak besar hadiah(memang besar) dan lepas rehat Mudno pula bagi. Thanks, you guys. :) Ajwad punya hadiah paling besar kot, haha seekor plushie lembuuuuuuuu! Comel sangat dan sekarang masih tiada nama, tengah fikir lagi ni. Bertambah koleksi lagi, yahuu.

Aku rasa ramai yang lahir bulan Julai ni. Well, to the recent birthday especially Tera and Rashidi. Happy Birthday!

Blow the candles!

Okay, gua kena gerak ni. Bai



July 20, 2009

You said you will wait,
Did you mean it or it's just going to be a promise
That will be broken
It's you my drug, some kind of heroin that is so addictive
I said let me go
But you know it's so hard to say goodbye

I did the biggest mistake for asking you to let me go
Time won't wait for us
And that's the thing I most regret

But still,
the scars is still here, the broken girl is in the dark room
Afraid to go out, to see the world
Spoiled, rotten, confused by the lies shes been fed
Searching for no one but herself
Waiting for the perfect time to go out

For this time
Its better to stay away than be in one heart
Only time will tell
Who stays and who will go

AthirahSkinny


By the way, listen to the song I post on this blog. :) Alesana you melt me




Im Takin Back My Love,

Dia cakap 'hi'!

Kali pertama Tae bergambar dengan aku so dia agak pemalu sikit. Tu pasal asik tunjuk hidung je memanjang. Dia sejenis kuda. Tapi rupa macam keldai pun ada kot. Kuda ke keldai?




July 18, 2009

Ah, Im Getting Stupid Or What?

Dengan ini dengan rasminya aku memberitahu, kemungkinan aku tak dibenarkan keluar sampai lepas SPM. Ibu dah warning. :S
Im married with SPM.
Ah, result midyear teruk.sangat.

Eheeeee,



Hadiah Hari Jadi

Finally I'm seventeen! Umur dah makin meningkat, SPM makin dekat wah it rhymes! Majlis harijadi tahun ni memang tak dijangka. Petang hari Khamis dah kena baling tepung dan air, masa tu dahlah tengar dengar iPod nasib lah tak rosak. Acara simbah menyimbah buat dekat tepi dewan, sumpah aku tak terfikir apa apa pasal benda ni. Although Sharina kata plan nak baling tepung tak jadi sebab aku macam dah tahu plan, tapi serius aku tak tahu apa apa. Sesi baling membaling diteruskan bila Bear mula lari ke padang nak menyorok. Hah, masa tu memang timing perfect gila ramai sangat budak tengah riadah. Dengan segan dan malunya aku yang dah rupa macam cekodok terpaksa jugak gerak ke padang nak baling tepung kat diaorg balik. Malunya tak terkata, haha. Budak ragbi time tu ada friendly kot dengan ragbi Teknik Kajang, hah bertambah malu lah den ni ha. But we had fun, Tom kena tepung dekat tengah padang haha, Bear pun kena simbah air dengan aku hihi. Harap budak budak yang tengah riadah tu, senyap senyap jelah ya? Tak payah nak drop aku dekat sekolah ha ha. Malam tu baru je hilang letih sebab kena surprise petang tu, ada pulak lagi surprise yang bagi aku sangat comel, thanks sebab nyanyi lagu harijadi untuk aku :D Aku dapat banyak choki choki tau! Haha, and the sweetest thing, Ajwad sebenarnya dah lama bawak kek, ingat nak join petang tu tapi malu katanya, so dia kirim kek saja. Thanks juga. :) Sedaaaaap! So, tahun ni sangat best x) Naziha, Dahiyah, bila nak keluar eh? Rindu sama kau orang.