Ada?
Ada?
ADA?
Dan apabila cuti sekolah, anda dan adik beradik susah untuk memujuk ayah mengambil cuti semata-mata untuk bercuti-cuti Malaysia, tapi tak dapat sebab ayah anda terlalu sibuk punya?!
Ada?
Ada?
ADA?
K annoyingnya. Saja je, jadi daripada ajak ayah anda bercuti ke tempat yang anda ingin pergi, apa kata kali ni pergi bercuti di tempat ayah anda bekerja! Cubalah, dimana pun berada, asal masa diluang bersama :)
Hehehehehehehe well, as for me, dapat jugakla luangkan masa dengan family aku, especially Ayah yang teramat bizi pun ok. Kalini Ayah bertambah-tambah bizi, so kami pergi la bercuti dekat tempat kerja Ayah which is in Kuala Selangor. Jadi, daripada plan asal iaitu ke Melaka, kami pergi ke Kuala Selangor! ADA APA DEKAT KUALA SELANGOR?! Ada macam-macam X) Pergi lew kalau nak tahu ngiahaha. Yang pasti ada 1Plaza Mall kalau tak silap nama dia O.o
Enjoy the pictures! Mostly tak edit pung, malas sangat.
Gambar diatas diambil sebab kebosanan tunggu si kecil Aisyah mandi dekat pool. Nak mandi sekali memang malas sangat, so teman dia je la. Hihi. Kebetulan ada sorang budak lelaki comel ni, nakal, saja je nak berenang-renang dkt kitorang, tunjuk yang dia pandai berenang la apa kot haha. Kiut, budak kecil kan. Tiba-tiba dia kata 'Eh kencing pulak. Jgn la tengok kita kencing niii (sengih)' HAHA. Adoi, Aisyah terus keluar dari pool, taknak mandi dah. Ngiahahahaha adoi.
Uncle Sam yang bizi sentiasa <3
Kemain kan si kecil tu nak beli spek baru. Ala-ala pelancong sikit kan. Baru stail
Jom, pergi Bukit Malawati, ada meriam tu! Hehe, ada light house, ada perigi beracun, yang penting ada monyet yang agresif, tamak, dan kelaparan! Nampak je kita pegang makanan dia akan kejar kita, uiii seram haha. Tamak pulak tu, bagi satu-satu taknak, dia rampas makanan semua sekali. Semua sekali k. Tamak gila.
CM MANA NAK ROTATE NI?!
Model weh. Fuyo
Aksi memberanikan diri untuk dekat dengan monyet tu. Hahaha
Member-member, lepak sesama dah kitorang
Ni member paling kamceng!
So basically, kami sekeluarga pergi tengok fireflies, SubhanaAllah cantik sangat. Tp sekarang dah makin berkurang dah kelip-kelip kan, siapa yang tak tengok lagi sila pergi tengok, lampu semulajadi :D So nice, cuma cuak sikit la aku sebab naik bot kan, dahlah gelap gelita, mulala fikir bebukan haha. But it was okay, takde apa pun.
Yes, maybe tak ada apa sangat dekat sana, just jenjalan makan angin je, lepaking and chilling with family yo. Berkaraoke, bergelak ketawa, berjalan-jalan cari makan dan meluangkan masa bersama hee.
Oh, on the way home, ada nampak banner BESAR PUNYA yang tertulis 'CENDOL BAKAR' and kami pun Fuyooooooooooo cendol bakar? Amende tu? Mcm mana cendol bakar tuuu? Banner dia besar gila and wow, memang attract people la. Kereta pun banyak dekat kedai tu, macam syiok je. So kami pun patah lah balik sebab nak rasa cendol bakar ni, tak pernah rasa kan. Sedang lelepak dekat kedai nak order, nampak satu signboard nii
'Untuk tempahan/catering, sila hubungi ENCIK BAKAR 01apa-tah-tak-ingat'
BAKAR TU OWNER KEDAI TUUUUUUUUUUUUU. Bukannya cendol bakar tu sejenis makanan baru dimana aku tertanya-tanya apa la yang dibakar, benda baru ni, kena try. Wakenabeb. Hadeh, nasib baik cendol dia sedap. Berbaloi la patah balik hehe.
So I guess it was a nice holiday. Especially untuk Ayah yang sibuk betul. Harap-harap projek Ayah tak ada apa apa masalah besar lagi lepas ni Aminn.
Pose Negaraku untuk semuaaaaaaaaaaa. We're cool liddat
PS - Cuma satu. Aku sayangkan mereka. Mereka tak tahu, aku paling sayangkan mereka. Maaf atas diri yang kecewakan kedua orang tua. Aku takmahu kembali ke sifat dulu, akan ku balas jasa mereka satu hari nanti. Ya Allah, jangan kau ambil mereka dulu. Aku belum cukup berjasa lagi, aku belum cukup ucap yang aku sayang mereka. Aku ingin mereka bangga dengan aku, aku ingin lihat mereka tengok aku berjaya satu hari nanti. Sesungguhnya aku terlalu sayang.
Sesungguhnya, aku sangat takut. Jangan ambil mereka lagi, ya.
2 comments:
Aih gambar comel-comel je semua :) Ehh Aisyah macam Dahiyah masa kecik doh! Sebijik! Haha :D
encik sam kerja apa ? *random question haha
Post a Comment