Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

June 05, 2011

How I Spend My Sunday? *entri tak puas hati la sikit



Harini hari Ahad. Hari Ahad sepatutnya hari rehat kan? Hari yang sepatutnya takde nak jiwa kacau atau bikin sakit hati dan sewaktu dengannya. Tapi yang jadinya, the other way around. 

Sistem nak daftar Kokurikulum ni tak pernah nak improve, sakit hati. 

12 tengah hari tadi ada taklimat koko, dan paling kelakar kena pakai formal. Pehhhhhh buat lawak je shiot. Haha, first time taklimat koko kena pakai formal, selalunya sports attire je, taklimat Koko je pun. Aku dan housemates gerak beberapa belas minit selepas pukul 12, dahlah kena cari kerusi sendiri, terbaik. Itu satu. Then aku tersengaja la potong line budak part 1 ni, lepas tu dia bengang dia bising-bising la dkt belakang aku. Haha sorry, last-last kena duduk sebelah aku, nais. Itu satu lagi. Satu bonus la kan duduk dalam dewan seminar tadi, siap ada kemudahan sauna secara free lagi dengan berbaju formal! Power kan? Aircond tu memang sekadar hiasan je sebenarnya kalau kau orang nak tau. Hihi, sepanjang taklimat tu rasa nak lemas dan sumpah bosan gila sebab dah tiga semester dok dengar benda yang sama, diugut pula kalau tak pergi kena repeat koko. Stail kan? 

Here comes the best part! Part kemuncak, part most of us menyirap tahap babun. Haha, all of us get to register, manually. WOHOOOOOOOO MACAM NAK AMIK IPAD FREE JE RASA DIA PUNYA BEREBUT TU. Tapi nak tulis nama je. And, every persatuan ataupun mostly lah nak ahli dalam 15 orang je, lepas tu kaunter ditutup. Peh, ok kami pun ke persatuan yang available, beratur. Ok dah penuh jugak. Dan kehulu ke hilir dekat level tu nak tengok mana yang available. Time tu aku rasa macam orang desperate, nak jugak register, nak jugakkkkkkkkkkkk tak kira tak kira. Gua rilekkkkkk lagi time tu. Lepas tu diberi pengumuman suruh berkumpul. Mula mula kumpul dekat sini lepas tu dekat situ? Eh bestnya aku rasa ulang alik ni macam orang gila. Dengan berpeluh lagiiii, fuh panassss haha. Situasi macam tu berterusan sampailah aku dengan member-member yang panas dan menyirap daftar koko yang aku pun taktau pernah wujud. Nampak tak keterpaksaan tu? 

Overall, sistem ni hampeh. I meant, sem lepas pun mcm ni kena tulis manual la apa, last-last kena daftar online juga. I know la kira kehadiran semua, tapiiii dah tahu batch kami ramai, bukak la banyak group ke, dalam satu group tu tambah student ke dalam 30 orang keee? Takpun buka banyak sikit persatuan ke? Buat lah apa-apa, agak lah sikit batch ramai niii, semua benda limited. Ai tensen laaa. Last-last nanti perjumpaan dia tanya juga siapa yang tak daftar online lagi, dia tanya juga siapa yang nak masuk persatuan sekian-sekian nii. Takde improvement. Wa tensen gila, tak pasal-pasal banyak balik baju yang nak kena basuh. Aku baru basuh baju kurung tu semalam kotttt? Harini dah berpeluh-peluhhhhhh macam hape sebab sauna tu? Nasib baik ni semester last ambil koko.

Kalau tak..eyyyyyyyyyyyyy.


Nampak tak ketidak puas-an hati gua? Kalau tak nampak jugak taktau la haha. x) 


I hope untuk semester akan datang, organized kan sikit la. Harini teruk sangat rasanya. Kan dah kena basuh lagi baju hari Ahad niii. Boring yu.



Okay, bateri laptop dah nak habis, nasib baik nak habis dah kalau tak aku  bebel je lagi dekat entri ni bahahaha. Siapa baca memang stail la :P 


Hihi goodnight! 


PS - Handbag, awak jangan pergi mana-mana? JPA dah masuk ni saya nak awak jadi kepunyaan saya boleh?





#nowplaying Give You My All - Eyes Set To Kill



3 comments:

cik qiqilala said...

aku dapat bayang kannn. grrr!!!

amirah ahadar said...

ade rasa bnde tu jgk ahad ary 2..tpi nsb antra org y awal yang 'berebut ipad tu'..so dpt la register y mnt + xyh ulang alik ke hape..hikhik..sbr je la eykk :)

Unknown said...

Hahaha... mmg panas hati betul hari ahd tu.. mcm2 rasa time tu..