Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

January 31, 2009

Tahun Terakhir di Sekolah Menengah, 2009

Esok bermula semula rutin harian aku untuk tiga minggu lagi, mungkin. Banyak lagi benda aku tak settle lagi, sebenarnya. Ni semua gara-gara aku kena jaga rumah untuk lima hari. Bukan kena jaga rumah je, adik-adik aku pun aku kena guard sekali. Tak semestinya semua adik perempuan senang nak jaga, ni ha adk bradik aku ni ada macam macam perangai dah mcm lelaki pun ada. Memang penat aku nak menjaga diaorg ni, dari yg umur 3 thn sampai yg form1. Nasib baik hari ni ibu balik, boleh lah rileks sikit. Bukan rileks apa, ibu ada boleh control diaorg, kalau kakak mcm aku ni nak control diaorg? Hm harapan lah kot, bukan diaorg nak dengar pun he he, sekali sekala je dengar lepas tu buat balik benda sama.

*kejap, nak tengok spongebob

Okay kembali. Memandangkan esok dah nak balik sekolah, aku rasa agak cuak nak jumpa cikgu dekat sekolah. Banyak lagi homework yg aku tak siap, semua buat separuh-separuh hehe. Nampaknya adalah kwn aku jadi mangsa tiru bahaha. Tahun ni dorm sama, dormates je bertambah sikit. Makin meriah lah sebab semua yang masuk havoc belaka. Minggu pertama aku dah ada latihan untuk pemilihan sukma. Hm, aku mmg tk hrp langsung aku menang, ah mcm mana aku boleh masuk pulak selection ni pun aku tak igt, tp skrg kena train gila punya gila sampai muka aku pun berbelang akibt turun pdg tiap hari. Lepas 25 februari ni(tarikh prtndingn) sumpah aku taknak masuk apa apa acara lagi dlm silat. Letih, aku bukan org yg kuat stamina. Lari satu padang pun aku dah pancit ni nak buat fitness 1 jam tanpa henti. Ah, masa, cepatlah kau berlalu.

Minggu ketiga sekolah dah ada kursus kepimpinan. Memang kluster betul ek sekolah aku ni. Uhuk, okay. Satu minggu tu tiap-tiap hari mesti ada aktiviti. Pancit lah gua macam ni! Isnin sekolah sampai petang, selasa ada kelas integrasi, rabu ada koko, khamis integrasi lagi. Jumaat je free, itu pun kalau sesiapa yg tak terlibat dgn sukan yg dh dittpkan oleh sekolah untuk turun pdg time tu. Siapa yg terlibat memang pengsan lah bila sampai padang petang Jumaat tu. Malam digunakan sepenuhnya untuk belajar, belajar dan belajar. Tak ada masa sangat untuk borak kosong dah. Aku rasa letih sangat lah satu hari pakai otak, pakai anggota bdn, memang syukur lah dapat balik rumah. Tapi minggu ni pulak slek je sebab ibu kena pergi Cambodia spnjg cuti ni. Homework aku ada yg tak terusik, nak usik homework mesti ada tangan tangan budak kecik yg buat sepah grr terpaksalah aku kemas balik sampah sampah tu.

Esok balik sekolah, doakanlah aku tak pengsan sebab aktiviti sekolah tu. Semua bagai robot bila dekat sekolah, cikgu cikgu kat sana tak penat ke ek? Hm, tak apa lah. Setahun je lagi lepas tu aku boleh tuntut kebebasan wehuuu. Dan aku tak brp sabar nak tengok muka budak budak junior tahun ni kot kot ada yang aku kenal ke kan, tapi aku rasa tak ada kot. -_-' Mesti budak area situ jugak, tak apalah tunggu je sampai diaorg masuk. Sekarang ni, semua senior, boleh lah beronggeng ya di hostel, tak ada senior nak panggil golek(roll call,) kau orang lagi dah ha ha.


Yeye kejap lagi aku keluar rumahhhhhhhh FREEEEEEEE! Haha dah lama sangat aku terperuk dalam rumah ni, kejap lagi melepak dengan ibu boleh release sekejap. Bai semuaaaaaaa



1 comment:

Zack Medek said...

Aku tau ni kat mana. Baru tadi aku pegi. Rumah cousin aku. :)