Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

June 07, 2012

Nak ke tandas pun macam-macam cerita

Padah bila dekat Petronas yang kecik tandas dia pun kecik, ada satu je. Satu untuk lelaki, satu untuk perempuan. Saya dan Ibu saya nak ke tandas, nak masuk tandas perempuan tu, tetiba ada lelaki berdehem. 'EHEMMM' atau bunyi lain la tapi yang pasti suara lelaki, garau betoi. Ibu dan saya saling berpandangan, mungkin lelaki tu tak tahan sangat so kena la guna tanda perempuan, sebab tandas lelaki yang satu tu ada orang lain. Ok tunggu lah sekejap.

Aik, lima minit sudah. Orang yang dekat tandas lelaki pun dah bertukar-tukar orang. Bunyi paip pun takda. Kuikui, takpalah mungkin urusan yang sangat penting, takpelah. 

Sekali datang seorang lelaki hemsem, tunggu turn nak masuk tandas, tunggu punya tunggu lepas tu lelaki hemsem tu berkata 'OIII KELUAR LAAAAAAAAA' Orang tu pun keluar, 

'Aik, mana *insert nama rakan dia di sini*?' Aku dan Ibu saling berpandangan. 

Lelaki hemsem cakap dekat kami 'Oh saya ingat tadi kawan saya, tu saya saja suruh dia keluar, tengok tengok yang keluar orang lain. Hihihihi *malu*' Rupanya kawan dia tu ada dalam tandas perempuan yang dari tadi tak keluar-keluar tu. Oh. 

Selesai urusan lelaki hemsem, dia pun beredar. Kawannya yang satu ni la yang tak keluar-keluar lagi. Kadang-kadang ada bunyi paip tu. Mungkin memang penting urusannya hihi. Takpelah.

Tunggu punya tunggu, dari celah mana datang seorang.....wanita bersiul dan ceri menyanyi2 dengan rambutnya yang menggerbang, pun nak masuk toilet jugak. Aku tahu dia bukan wanita pure sebab dia pergi jenguk tandas lelaki penuh ke tak... Bila tengok tandas lelaki occupied, Sambil bersiul2 dia pergi dekat cermin dekat tandas perempuan dan touch up sikit2. Keluar tandas pun bersiul dan menyanyi sambil senyum dekat saya. Err, senyumlah balik tapi dalam keadaan kenpius. Hepi kemain 'wanita' itu. 

Selepas bergilir-gilir kaum lelaki keluar masuk tandas, akhirnya dengarlah bunyi orang nak bukak pintu dari tandas perempuan tu. Akhirnya dia keluar. Saya dan Ibu mengagak bahawa mungkin dia malu untuk keluar sebab dengar suara perempuan ke apa, so kami beredar jauh sikit dari tandas tu, biar dia keluar dengan aman. 

Barulah nampak kelibat seorang lelaki keluar dari tandas tu. Setelah bermacam-macam iklan saya dan Ibu tengok. Masuk-masuk tandas nampak iklan jugak $*(!#)%&* 


Cuci tak bersih ke apa. Siot betul.



Sekian cerita pendek saya, menulis sementara menunggu Ibu dan Ayah bersiap. Nak keluar. Kuikui




Bye, salam.


No comments: