Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

February 05, 2012

Randomzzzz

I'm homeeeeeee! Feels good, minggu-minggu akan datang mungkin tak dapat balik sebab *cough* banyak esaimen dan *cough* test dan *cough* Ya begitulah nampaknya. Apa yang daku harapkan sekarang adalah agar common test dianjakkan ke tarikh yang lebih cantik. Bukan pada 18 Februari ya? Tapi kalau tatap pada 18 Februari, kami-kami ini tatap kental dan pasti ada backup plan yang lain ekekekeke. Tapi please anjak.. :(

So these few days dapat rilek sikit dekat rumah, no classes and such, tapi esaimen pasti ada. Aku rasa semester 4 ni aku bawak homework balik rumah dan buat homework tersebut, walaupun tak siap tapi aku sentuh jugak. Kalau sebelum ni, haremmmmmmmmm. Bawak buku pun tak. Ngee. This last semester memang betul-betul menguji. Sentiasa bizi, lepas setel satu esaimen, datang lagi dua esaimen. Koyak. Tapi I'll survive, fighting! (Korean sangat)

Next story, will be about my beloved laptop. Charger nya telah rosak bulan lepas, aku fikir orang kedai tu dah order kan charger, sekali datang semalam katanya dia tak order pun?! Dan bagi alasan yang aku taktahu betul ke tak, gua dah bagi deposit kot. Y U NO CALL ME EARLIER MAAAAAAAA. Kalau bagitahu boleh lah start cari alternatif lain, cit podah betul. Sabar jelah, hati dah berbelah bagi dah nak beli barang dekat kedai tu lagi since before ni selalunya beli dekat kedai yang sama. Drama gila kan? Tapi mungkin ada hikmahnya charger aku rosak, memandangkan esaimen yang menggunung dan membunuh ni perlu disubmit mengikut dateline, aku tak hirau sangat pasal laptop. Tapi untuk next week & seterusnya, macam perlu pakai banyak laptop je. Nak buat slideshows dengan esaimen LAW etc.. I need strength. Buat masa ni hanya pinjam charger housemate je, terima kasih banyak-banyak Cikcit! Jasamu memang sangat-sangat ku hargai.

K NEXT.

Last update before I proceed to my assignment, semalam kawan sekolah Teknik Tuanku Jaafar telah pergi buat selamanya. I was in shocked bila kawan kata he has passed away. Too shocked bila baca dekat Facebook, tak sangka dia pergi sangat cepat. Aku tak rapat dengan dia pun, tapi aku pernah je dengar cerita pasal dia, so it's very surprising bila dapat tahu berita ni. Tengok gambar dia, banyak benda aku fikir, lepas ni takkan dengar cerita lagi, takkan ada berita lagi pasal dia, itu adalah yang terakhir. Gambar-gambar dia, takkan ada lagi yang baru lepas ni. Pertemuan, takkan ada lagi selepas dia pergi selamanya. Kurang satu. Allah sayangkan dia. Sedih. Kalau yang tak rapat pun aku rasa sedih macam ni, I cannot imagine kalau orang yang sangat rapat dan disayangi pergi dulu dari aku. Fuh. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga lah kita kembali. We lost you, schoolmate, but Allah loves you more. :) Takziah buat keluarga Ubai. 

Kadang, kita perlu diingatkan bahawa ajal, maut di tangan Tuhan, bila-bila masa nyawa kita boleh diambil. Dan masa tu, cukupkah semua amalan kita untuk bekalan di Akhirat nanti? hm :'<

Boiboi :)




No comments: