1.52 a.m. , 1 Oktober 2010
Saat ini, aku sudah mula lemah, hampir jatuh.
Sungguh, kau lebih layak mempunyai seorang yang jauh lebih baik, jauh lagi secocok, dengan kau yang bagi aku ; cukup
sempurna.
Saat ini juga, hati aku mula celaru. Kalau boleh secebis pun aku tak ingin peduli.
Tapi sayang, aku lemah.
Kau, memberi senyuman yang paling manis, dengan tiada cacat cela, sepenuh hati - sempurna
Itu pun sudah cukup membuat aku rasa seperti orang yang paling istimewa, kau tahu.
Aku? Dengan cacat lagi, senyuman aku tak sempurna.
Membuat kau seperti ragu untuk senyum balik untuk aku, barangkali sekadar untuk menyedapkan hati, kau senyum saja.
Kau tahu, kalau boleh aku ingin melepaskan saja.
Agar kau tak terseksa.
Kalau boleh, aku mahu lari, cukup jauh sehingga kau tak perlu lagi mengejar, tak perlu bersusah lagi mencari aku.
Sungguh, aku bukan yang terbaik.
Sayang, kau buat aku terfikir, kau buat aku terduduk diam, apa yang aku ada untuk kau, sebenarnya kosong.
Dengan senyuman kau yang sempurna, dibalas balik dengan senyuman yang penuh cacat dan cela.
Aku baru sedar, rupanya aku tiada apa yang bagus. Hanya menyusahkan, mencacatkan, yang meletihkan kau.
Kalau aku tidak berperasaan, aku lepaskan saja.
Kalau kau tidak berperasaan, aku pedulikan saja.
Memang tak.
Hati aku tak benarkan.
Hati kau, tak mahu aku lukakan.
Walau kau sudah terguris sebenarnya. Aku seorang yang buta, yang tidak boleh memandang, yang pentingkan diri, yang tidak
mahu berubah.
Aku sangka aku sudah buat habis baik.
Rupanya.
Kau sudah lama terusik, kau sudah lama merasa letih.
Mengapa perlu kau rahsiakan selama ni,
Kini aku sudah terlalu berat hati untuk melepaskan, walaupun sebenarnya, sepatutnya, aku yang pergi.
Kalau boleh aku pergi.
Tapi hati aku ada pada kau, hati kau, milikku.
Enggan aku lepaskan. Tak mahu.
Bila kau ucap kau letih, dunia aku seolah menjadi gelap. Gelita, hitam seluruhnya.
Rupanya ini yang kau rasa, aku tak pernah mengerti.
Kan dah kata, aku seorang yang buta.
Masih ada ruang untuk seorang aku dalam letih kau itu? Masih ada secebis harapan untuk aku menggantikan letih kau itu?
Kalau ada, bilang ada.
Kalau tak ada, tak mengapa. Aku sudah tahu jawapan.
Tuhan, tolong kuatkan aku. Aku benci situasi ni. Kalau ada dia untuk aku, ada lah.
Kalau tidak, jauhkanlah.
Aku boleh kebalkan hati aku siap-siap, walau aku tahu hati aku akan berkecai juga.
Hei, selamat sembilan bulan bersama. Masih sudi kau bersama aku?
No comments:
Post a Comment