Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

January 11, 2010

You Know The Words So Sing Along Babehh


'Lebih 100 video homemade terpanas untuk koleksi anda! Jika mau, balas Ya. Yang pasti SEKtified! Hanya untuk 18 ke atas, warning!'

Ba-bi. Ada je nombor masuk promote benda ba-bi ni. Untuk koleksi anda? Yang terpanas? %^$%^@!!

Semalam AJL best - sebab Faizal Tahir dapat tempat ketiga, sebab lagu Kau Pergi menang, sebab Bunkface kalah, nasib baik. Hahaha and pasti best sebab hujan ada. Memang tak expect diaorang menang pun, apa2 pun semua persembahan sangat kool. Tahniah, Aizat!

Untuk beberapa hari ni, aku susah nak lelap mata, nak kata aku fikir banyak sangat-apa je yang aku fikir. Mungkin sebab aku goy untuk pergi bengkel amali harini, which was very scary. Disebabkan litar tutup, En Rafi suruh keluar, drive atas jalanraya. Tuhan jelah yang tau betapa tak tenangnya hati aku masa tu 'HA BIAR BETUL, saya tak pernah drive tau!' Dengan basic setakat check signal seatbelt semua, lepas tu terus drive dekat jalan. Memang takut ai tell yu. Tapi macam biasa, En Rafi rilek je. Dan lepas tu baru aku mula rilek, kecuali masa nak masuk simpang and traffic light. Aku ingat lagi, tadi dekat traffic light orang lain dah jalan, aku sorang je terkial2 nak masuk gear. Bahahaha, aku suka. Sebab tak ada orang hon, memang special treat untuk orang baru belajar ni. Hehehe...
Still lot more to learn, bukit tak pass. -.-' tapi takpa aku dah mula excited woh!

Driving class harini aku buat aku lapar, perasaan nervous dah mengosongkan lagi perut aku yang memang tak breakfast pagi tadi. Aku nak pergi lunch.

Ok bai, ai off dulu!



No comments: