Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

January 30, 2010

Harini Dah Jumaat Dah? Cepatnya

Hai kepada kamu, kamu, dan awak. :)

Pagi ni saya dikejutkan oleh seorang kawan yang time aku tengah mamai2,
'Woi bangunlah tak sembahyang subuh ke? Dah pukul berapa ni?'

Tahniah kerana mengejutkan saya pada jam hampir pukul tujuh sebab saya memang tidur nyenyak gilalah tanpa gangguan nyamuk.

Niat nak kemas rumah (well macam biasalah, ai kan bibik rumah ni) tapi memandangkan rumah nampak macam kemas je, so aku landing balik atas katil muhahaha. Tapi dikejutkan ibu sebab lepas tu ada orang nak datang rumah, fainnn. Esok sure ada orang datang rumah, sebab esok hari sabtu, orang cuti, dan barangkali orang tu akan bawak satu family-hood dia. Tugas bibik ni jugaklah nak menghidang itu ini kan. Tapi esok 7.30 pagi dah kena keluar rumah, ada driving class. Baru nak sambung balik lepas dapat L kan, hal ini beri saya chills. Tapi excited jugak, sebab dapat drive. Tapi kita tengoklah berapa banyak tiang aku boleh jatuhkan esok, haha. Incik Rafi, jangan garang sangat ya. Nanti semua tunggang terbalik, Incik Rafi jugak yang goy nanti maklumlah aku ni baru sekali pegang stereng.

Harini dah berapa ratus blog dah aku pergi(TIPU).
Eh betul doh.(TIPU) Aku rasa macam banyak gila blog sebab aku dah taktau nak buat apa. Interesting gila blog orang lain-tak macam blog aku. Ontah apa je yang ada ni ha. Lately ni tak banyak sangat benda yang berlaku dekat aku so, aku dah lack of ideas on what to post. Wewit, spikang tu. Blog orang lain semua cun2, semua bercolour2, blog aku, hitam kuning, hitam kuning, bo-ring aku tau. Lepas tu ada blog yang memang satu post kadang2 cukup satu mukasurat je. Banyak gila idea. Aku nak tulis macam tu pun tak lepas do, idea mesti hilang tengah jalan. Syabas ah mereka2 tu. Untuk sesiapa yang enjoy blog ni, baguslah sebab kau berjaya melalui satu tahap kesabaran membaca blog ni yang tak2 ada apa2 pun, hee.

Sudah pukul 12, aku semacam dah mula mengantuk lah. Pening2 lalat. Lagipun lepas ni ada date. BAHAHAHA. -.-'

Malam semua, malam bulan yang dirindui.


Ni menggambarkan otak aku yang serabut. Hahaha




No comments: