*Inhale
Wah lama dah tak blog. Setakat post video apa barang kan? Hm, aku baru lepas mentelaah buku physics baru setengah jam aku rasa otak aku dah tepu. Apa ni, thirah? Susah lah, dahlah duduk dekat rumah ni macam-macam dugaan aku kena harung ni. Midyear exam tak start lagi pun. YES belum start lagi. Semua warga TTJ tengah stragel cuti ni kecuali aku, alangkah malasnya. Sekolah lain semua dah habis, tunggu results je, aku? Kena study untuk exam di mana budak sekolah lain dah lepas dah pun, dah boleh siap pergi cuti cuti malaysia lagi.
Aku dah terlepas Hujan perform dekat bale 13 and yes aku frust gila. Tak dapat jumpa Noh. Sob, ha takpelah tak ada rezeki, huu. Harini agak bosan, aku bangun lewat lah jugak dalam pukul 11 pagi, dengan rasa lapar aku terus ke dapur cari nasi. Tapi takde so, aku duduk melepak depan tv dan mula rasa bosan. Tanpa sedar, aku terlelap balik lepas masuk dalam bilik, konon saja saja nak baring. Tersedar dalam pukul 12 setengah, okay time to cari makanan lagi. Ha ha harini aku asik lapar je, kenapa heh? Orang cakap selalunya bila stress kita makan lagi banyak, aku rasa aku selalu je makan banyak, stress ke tak stress ke perut aku tetap rasa nak kena isi spjg masa.
Projek aku hilang, virus punya pasal. Dah banyak kali kena, diaorg kata document original tu yang ada virus, bila kena scan virus deleted, document tu pun lesap! Fuu, mana tak berasapnya, sekarang ni aku just tunggu Ummi download Y!M dia and bagi document tu balik dekat aku. Grr, aku kejar dateline niii.
**
Okay, cukup lah ni dulu. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment