aaaakuuuu daaah baaaalik. (penat sangat la ni kononnya)
Pergi bercuti memang seronok lah. Lagipun ni lah masa yang ayah ada nak pergi bercuti dengan kami se-family. Maklum lah, ayah pun dah tak selalu balik so this is the chance to spend our quality time together, kan? Prcutian selama 3 hari 2 malam memang best, hi hi. First day pun dah cukup penat, lebih kurang 3 jam nak sampai ke Bukit Merah. Sampai pun lepas maghrib, walk-in dekat hotel dan apalagi semua baring bergelimpangan lah.
Aku dengan bangganya mngumumkan aku berjaya pegang ular yes! Tolonglah, aku lah orang paling pengecut time tu, terserlah kekecutan depan orang ramai. Sampai kena dare dengan Mr.Clown yg suruh aku angkt ular tu. And hey man! Aku berjaya! Memang gelabah tak terkata, ada ke kepala ular tu dok menghadap muka aku je mana aku tak takut. Ish. Bikin cuak je. Nasib baik abang yang kerja kat situ brjaya mnenangkan aku bila kepala ular tu nak dtg kat aku. Haha aku panggil dia Abang Baik, sebab..dia baik. Tengok dia rilek je dengan ular dn iguana semua, ehem, ibu kata org yg suka binatang ni penyayang. Heehee, bestnya kan kan dpt org penyayang?
Aku jam betul dengan ayah time ni. Dia buat rilek je snap gambar lambatlambat padahal aku tengah gelabah nak mampus time tu.
Ok bek to de topik.
Second day, schedule penuh. Mula dengan breakfast, brgambar dengan ular(lagi), pergi ke Echopark, Orang Utan Island dan akhir sekali Waterpark. Dekat Orang Utan Island best sebab dapat jumpa Atan. Ya, dia tu Orang Utan. Dulu masa first time datang Atan lah yang sambut kitaorang time tu. Tapi sekarang dia dah liar, katanya memang mahu diliarkan sbb Orang Utan yang ada kat situ akan dibawa pulang ke tempat asal diaorang dekat hutan sana. Biar dia survive sebab kalau dia jinak tkkn dpt survive. Ai wil olwes mis yu, Atan. Heee.
Hah, lagi satu benda menggiankan. Karaoke. Aku tak sangka karaoke jamban ni best jugak, tak pernah try. Baru try masa pergi Bukit Merah haritu, haha. Best lah juga, tapi amik risiko jugak lah sebab tempat tu memang bingit gilaa. Ok, satu lagu dah habis. Terasa gian. Mahu lagi dan lagi. Last last sangkut dekat tempat tu sampai tempat tu tutup. Haha bapak selekeh, dah nak tutup baru nak balik. Alah, sekali sekala apa salahnya kot? Ok lepas ni kita boleh lawan karaoke, jom ah! Ada bran? Haha, karaoke lagu Ukays tu beb jgn main main, susah ni aku nak nyanyi lagu lagu tu.
Harini, hari terakhir percutian. Check out tengah hari dan terus gerak ke Penang nak hantar Aqilah balik rumah kawan dia. Esok dia nak balik hostel dah. Jalan jam tak hingat dekat jambatan tu. Tapi alhamdulillah, selamat sampai ke rumah. :)
Kerja rumah dan kerja ekstra Miss Yeo dah memanggil. Gahaha tensen pulak fikir pasal kerja sekolah ni. Copy and paste lagi ke? Terpaksa la
1 comment:
pergh tirot karoke lagu ukays.
xcaye aku.
hahah.
mane ko blaja dgr lagu tuh?
hahahahah.
Post a Comment