Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

March 17, 2009

R-A-N-D-O-M , Random

Setelah lima bulan lebih aku tak ada kat rumah, tak ada apa yang berbeza sangat. Sekolah je lain sikit, aku rasa aku macam ada dekat sekolah sukan je. -_-' Sekolah sukan pun tak macam ni kot? Dalam seminggu, kena buat persiapan untuk sukan sekolah, sukantara and kawad kaki. Memang minggu kokurikulum lah rasanya bagi aku, penat tak hingat. Baru beberapa hari habis silat, dah kena turun padang buat latihan rumah sukan, sebelah mlm pula latihan kawad kaki unit uniform. Muka aku pun dah naik belang, hihi. Belang sebab silat, belang sebab sukan sekolah, belang sebab latihan kawad. Bagusssssss, sekarang aku dah boleh tukar nama, Athirah A/P Shamsulkamal. Tapi tak apa, berbaloi, esp masa sukan sekolah, perbarisan rumah kuning menang! Hoorah! Berbaloi juga aku stay up dgn kwnkwn sampai lima suku pagi nak menyiapkan baju maskot si lebah tu. Untuk sambutan maulidur rasul pun sama, naib johan utk prtandingan kain rentang. Yay untuk jurusan perdagangan!

Nak letak gambar, tapi gambar tak sampai kat laptop lagi, so hari lainlah aku letak ya?

So. apa aku buat cuti ni?

1. Kerja Rumah Bersepadu
Ya, Kerja Rumah Bersepadu. Nama memang tak boleh pergi, semua aliran dapat kerja rumah yang sama, except kalau cikgu kelas nak bagi kerja lebih itu dia punya pasal. Kerja tujuh subjek mesti siap! Cuti ni aku ada tiga hari je nak siapkan semua kerja rumah aku, at least tujuh puluh peratus siap. Isnin, Selasa dan Rabu, tiga hari tu je ada. Hari lain sibuk. Khamis ni nak pergi bercuti dengan family, sure nak enjoy ya tak? So, sekarang aku berada dalam keadaan tertekan, Ha Ha. Dengan chores yang tak hingat, adikadik yang super hyper aktif lagi. Hm, selamat berjuang untuk aku.

2. Kacamata Baru
Aku perlukan spek baru! Ok tu je.


3. A, A dan A
Sekarang musim sukan dah habis, tiba masa untuk aku fokus dekat study yang agak lama aku tinggalkan. Tak habis habis meniru, takut cikgu punya pasal. Tapi satu hapa pun tak faham. Tahun ni SPM weh, tekanannnn. 10A1 ! Aku datangg !

4. Haircut
Sampai harini aku masih tak berpeluang ke kedai nak gunting rambut. Rambut aku pun dah makin panjang dan aku makin rimas.

Bagi kau orang mebi biasa, bagi aku ni dah cukup panjang ni!




No comments: