Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

July 20, 2011

Talented People!

Aku dah lama dah dengar pasal popular youtubers ni, macam Matluthfi tu. Aku rasa first video yang aku tengok masa dia buat ucapan for Mother's Day kot? Comel gila. Hihi lately my housemate suruh tengok video-video selain Mathluthfi, ada Aiman Azlan dengan Anwar Hadi. They are hilarious, yet they are able to give dakwah juga especially Aiman Azlan. Entahlah, aku tak tengok semua video tapi diorang memang cool gila la in every videos diorang yang aku tengok. Plus diorang study overseas, memang power! And muda pula tu, seronok je tengok they are living overseas tapi masih tak hilang lagi ciri-ciri Melayu, jati diri yang kuat, dan jaga agama.

Lain kali kalau aku ada masa (aku kan bizi selalu, tah apa tah dibuek) aku nak tengok semua videos diorang. (Y)

Ini antara video yang best yang aku pernah tengok lah. Yesssssssssssss aku tahu korang mesti ramai yang dah tengok video ni tapi aku saja-saja nak share. Nak jugakkkkkkkkkkkk.




Enjoy! 



Aku taktahu nak letak tajuk apanya pun adoi..

Haaaai. Ok..

As we all know (cewah) , 15 Julai lepas ramai yang dapat keputusan untuk further studies dalam degree. Ada juga yang dapat offer ke obersea! Tahniahhhhhhhhh. Tak kisahlah yang jauh ke dekat ke, yang dapat kos yang di-apply ataupun tak, tahniah juga. First of all kena syukur lah kan sebab ada juga result masyuk tapi tak dapat mana-mana pun. 

Aku tumpang gembira bagi siapa-siapa yang dapat sambung belajar untuk whatever course yang diorang dapat, memang lah ada yang down sebab tercampak ke kos yang lain daripada yang di-apply tu, ada  yang dapat kos yang tak pernah dengar pun but hey, syukurnya dapat sambung belajar kan. Teringat balik waktu dapat offer kke Matriks dekat Perlis dengan UiTM Segamat, Johor. Series tak sangka wa cakap sama lu. Dua-dua pun aku tak sangka, tapi Alhamdulillah dapat kos yang aku nak - akaun. Cuma tempatnyaaa, buat aku dilema gila nak pergi ke taknak. Tambah dengan dilema pasal perbezaan kalau masuk matriks/UiTM ni. Pasal tempoh belajarlah, pasal diploma ni orang kata lopek lah. Ada yang cakap 'kau power kenapa masuk diploma? Lambat kot' masa aku buat keputusan nak masuk diploma. Pada mulanya, my plan was kalau aku dapat masuk Fast Track Diploma in Accountancy aku confirm masuk. Kalau tak dapat, aku masuk matriks. Tapi cerita jadi lain bila matriks aku jauh gila T.T Lastly, aku redha dengan keputusan aku sendiri which is masuk UiTM Segamat, Johor. Masa tu pun ada orang pertikaikan lagi kenapa aku nak masuk laluan yang lama, matriks kan kejap je. Tapi masa tu aku dah buat keputusan aku, aku dah taknak ubah dan aku taknak menyesal pun dengan keputusan aku tu, sebab ini jalan yang aku pilih. Belajar mana-mana pun sama je, aku tak kisah. Masa tu kenapa entah aku rasa aku nak masuk diploma je. Alhamdulillah sangat a few days before aku register dekat Segamat, aku dapat call yang aku dapat masuk ke Fast Track. Happy bukan main! Masa tu aku bersyukur sangat, last minute call kan. Memang peh lah, dream come true bebeh.

Ibu pernah bilang, aku nak masuk Fast Track tu pun susah sebab kena buat rayuan situ sana sini, finally dapat masuk. Betapa susah dan dilemanya aku nak terima offer yang mana. Jadi, Tuhan nak tunjuk apa disitu? Mungkin aku tak dapat peluang tu dan aku sekarang ada dekat Segamat teruskan diploma enam semester tu tapi sekarang aku dapat apa yang aku mintak selama ni. Jadi aku berpegang lah pada kata Ibu, aku tak boleh main-main dah, kena jaga pointer sampai habis diploma, semester yang terakhir. Dan harap-harap aku dapat kekalkan, Amin. :)

Ober pulak cerita pasal aku ni -.-

Jadi, yang tak dapat kos yang diminta, aku tahu mesti ada hikmah punya. Mungkin situ jalan kita siapa tahu? 

Cuma, awak pun dapat tempat yang jauh kan. Sekarang tak tahu lagi nak rasa sedih ke tak haha. Malas lah fikir lagi, yang pasti dapat sambung belajar dah kira bagus lettew. Hihi. Don't make this distance kills us, can ah?

Berterabur lah ayat akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu  :( Mana feel nak blogging niiiiii sobz




#nowplaying Jangan Menangis by The Buskers



July 18, 2011

Phone ada hilang coverage?

We came up with a solution bila phone coverage tak ada. Letak blackberry atau phone anda jenama lain, yang bukan blackberry tu, atas hidung macam ni -





Memang terus ada coverage balik -.- Kitorang saja saja je mencuba, sekali bila letak dekat hidung memang terus naik weh coverage. Korang ce try letak dekat hidung korang kalau tengah takde coverage k? Kalau tak boleh maknanya hidung kitorang je yang power hahaha.

Selamat mencuba.

Biasalah bosan waktu kelas BEL. 

PS - Apasal aku upload gambar jadi senget?! Mcm mana nak rotate balik?! 




Tahun Terakhir Sebagai Belasan

Happy Birthdaaaaaaay to me. -.-

Semalam hari lahir yang ke 19, tahun-tahun yang akan datang ni dah tak ada belas tahun dah, tahun depan dah masuk puluh dah. Tua wei. Rasa macam dah besar sangat dah time tu, kena jadi matang. Haha. Rasa macam tak sangka, tahun depan masuk dua puluh, macam-macam benda lagi kena fikir, tahun depan pun mungkin akan proceed ke degree pula, dan kerja dan kahwin...ops k. 

Apa-apa pun terima kasih atas ucapan semuaaaaaaaaa. Bila letak tarikh lahir dekat Facebook tengah hari, tengah hari tu jugak la orang berduyun post dekat wall aku hikhik. Biasalah tu, aku pun bukan ingat sangat birthday orang tapi thanks for those yang wish, really appreciate it. Lagi-lagi yang wish advance sehari! Haha :3 Ekceli pukul 8 malam before 17 Julai lagi aku dah terbongkang dekat bilik, maaflah siapa-siapa yang aku jawab call dengan suara mamai, apa benda yang letih sangat tah siang tu, pergi Urbanscapes je, penat macam hape. 

Terima kasih buat housemate ku yang tercinta sebab bagi badan dan baju aku bau nescafe dan basah lencun. Patutlah Sarah bawak beg besar time pergi Koko, ada isi paket-paket Nescafe dan Oligo. Patutlah Cikcit pinjam phone aku sebelum di-attack, konon-konon nak bluetooth lagu. Patutlah Sarah Feeney tanya air sirap dekat atas meja tu minum lagi ke tak. Patutlah budak ni buat bodoh masa aku tanya diorang lepas tu sengih-sengih. Patutlah. Nasib baik la malam tu aku tak pakai kasut sukan aku yang baru tu HAHA. Tengs. :) Sayang korang lebih la. Lepas ni dah muak dah dengan Nescafe.

Dan terima kasih Nabilah buat surprise dekat aku time aku baru bangun mamai-mamai gitu, tiba-tiba ada set breakfast dekat atas meja. MAGICCCCCCC WOI. Sho shweeeeeeeeeeeet hehe tengs. Dan kek daripada Shida jugak. Ada ke siang tu dia pergi ajak aku beli a slice of cake kan, rupanya kek tu untuk aku haha! Adoi comel botoi la. 

What an advance birthday celebration. Lebiu gaissss. <3


Oh terima kasih juga parents belanja Thirah makan dekat luar hihikkk. Cewah selama 19 tahun ni pun aku rasa kalau makan luar memang diorang yang belanja hakhak. X)




So kira tahun ni tahun last la jadi teen? Boringnyaaaaaaaaa lepas ni kena matang dah tak boleh nak menggila macam dulu. Eh tapi boleh je sebenarnya, feel young katanya. Tapi aku harap aku dapat jadi orang yang lebih baik la untuk masa akan datang, terutamanya menjadi anak yang baik, banggakan keluarga aku. 


Amin. Terima kasihhhhhhhhhhhh pada siapa yang mendoakan. Aku dah tuaaaaaaaaaaaa. 


 #nowplaying Clever Love by Angels and Airwaves 



July 15, 2011

Aku dah tahu aku nak apdet apa..kot.

1. UPU and the distance
2. Early treats
3. Mencari coverage


Teka la aku nak apdet pasal apa? Hehe, k bai! Selamat bercuti bagi siapa yang cuti tu! Boleh topup tidur yahuuuuuuuuuu