Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

October 13, 2010

Sembilan


1.52 a.m. , 1 Oktober 2010

Saat ini, aku sudah mula lemah, hampir jatuh.
Sungguh, kau lebih layak mempunyai seorang yang jauh lebih baik, jauh lagi secocok, dengan kau yang bagi aku ; cukup
sempurna.
Saat ini juga, hati aku mula celaru. Kalau boleh secebis pun aku tak ingin peduli.
Tapi sayang, aku lemah.

Kau, memberi senyuman yang paling manis, dengan tiada cacat cela, sepenuh hati - sempurna
Itu pun sudah cukup membuat aku rasa seperti orang yang paling istimewa, kau tahu.

Aku? Dengan cacat lagi, senyuman aku tak sempurna.
Membuat kau seperti ragu untuk senyum balik untuk aku, barangkali sekadar untuk menyedapkan hati, kau senyum saja.

Kau tahu, kalau boleh aku ingin melepaskan saja.
Agar kau tak terseksa.
Kalau boleh, aku mahu lari, cukup jauh sehingga kau tak perlu lagi mengejar, tak perlu bersusah lagi mencari aku.
Sungguh, aku bukan yang terbaik.

Sayang, kau buat aku terfikir, kau buat aku terduduk diam, apa yang aku ada untuk kau, sebenarnya kosong.
Dengan senyuman kau yang sempurna, dibalas balik dengan senyuman yang penuh cacat dan cela.

Aku baru sedar, rupanya aku tiada apa yang bagus. Hanya menyusahkan, mencacatkan, yang meletihkan kau.

Kalau aku tidak berperasaan, aku lepaskan saja.
Kalau kau tidak berperasaan, aku pedulikan saja.

Memang tak.

Hati aku tak benarkan.
Hati kau, tak mahu aku lukakan.

Walau kau sudah terguris sebenarnya. Aku seorang yang buta, yang tidak boleh memandang, yang pentingkan diri, yang tidak
mahu berubah.

Aku sangka aku sudah buat habis baik.
Rupanya.
Kau sudah lama terusik, kau sudah lama merasa letih.

Mengapa perlu kau rahsiakan selama ni,
Kini aku sudah terlalu berat hati untuk melepaskan, walaupun sebenarnya, sepatutnya, aku yang pergi.


Kalau boleh aku pergi.
Tapi hati aku ada pada kau, hati kau, milikku.
Enggan aku lepaskan. Tak mahu.

Bila kau ucap kau letih, dunia aku seolah menjadi gelap. Gelita, hitam seluruhnya.
Rupanya ini yang kau rasa, aku tak pernah mengerti.

Kan dah kata, aku seorang yang buta.

Masih ada ruang untuk seorang aku dalam letih kau itu? Masih ada secebis harapan untuk aku menggantikan letih kau itu?


Kalau ada, bilang ada.

Kalau tak ada, tak mengapa. Aku sudah tahu jawapan.







Tuhan, tolong kuatkan aku. Aku benci situasi ni. Kalau ada dia untuk aku, ada lah.
Kalau tidak, jauhkanlah.

Aku boleh kebalkan hati aku siap-siap, walau aku tahu hati aku akan berkecai juga.





Hei, selamat sembilan bulan bersama. Masih sudi kau bersama aku?




Baik Punya

Teringin sangat nak update blog ni, selalu jugak menghadap blog yang bosan ni, tak ada post baru. Ceh, kering dah idea ni. And sekarang ni tengah ada idea mencurah-curah la jugak. Well, sekarang ni macam dah lewat sgt nak update, tidur lagi best. :D So I guess I'll save it for later. Harap-harap idea masih tak basi lah ek esok esok?


Malam!





You don't know me well.



October 12, 2010


Otak blank malam ni. I dont even know what to do, eventhough I have three homeworks and assignments to do.

1. Hafal skrip drama untuk BEL(english class) - yang ini paling aku malas nak tengok, lima pages kot! I don't see what is so important that everyone have to memorise the script. Last2, sorang dari satu group je yang akan berlakon dekat depan. Do you see how beban it is for us? Adooooooooi. Harap2 aku tak kena la esok hihihihihi. AMINNNNNNNNNNNNN. Amin la ramai2, biar makbul ok.

2. Homework akaun - Sumpah kerja ni aku terlupa nak buat, my bad. So malam ni ingat nak tiru je jawapan, nak tiru pun aku tak larat. Nak menulis pun macam harammmmmmmmmmm, kaku.

3. Kuiz AIS - Ok yg ini aku baru nak start baca esok. Doa-doa lah tiba tiba lecturer kata ' Okaaaay harini kita buat kuiz openbook eh eh eh :D' Memang aku happy :'D


What bothers me is, kawad kot. Boleh bikin gua stress sebab latihan kawad ambil masa berjam2 sampai tengah malam pun boleh. We end up getting tired, mana nak buat kerja kan, masing2 dh ngantuk. Ye, dah cuba untuk kuatkan mata kuatkan semangat tapi otak susah nak berjalan. Seriously, lepas kawad ni habis, memang aku lipat terus baju2 kawad ni ha. Ok ok over.

Konklusi, I didnt get anything tonight. Tidur jelah lagi bagus!




BYE.




October 10, 2010

John and Savannah



Weekend ni sepatutnya gunakan masa untuk study. Esok dah start kena kerah time latihan kawad, pertandingan hari sabtu, time study week pulak tu? So kena pandai2 curi masa nak cover every subjects kalau nak empat rata. Hari ni hari Ahad kan? Free kan? Apa kata pergi study?


..

Harini aku bangun pun pukul 9 setengah! Bangun2 cuci muka terus menghadap laptop! Masih lemah lagi iman aku niii, haha.



Dengan mata kanan berair lagi, ish tak pasal mata kecik sebelah. :(



Dah dah. Bye semua.