
Hello, Is it Me You're Looking For?
June 07, 2010
Eagle Ranch Resort,
Weekend lepas aku dan keluarga bercuti, dua hari je. Itu pun plan mcm tak jadi je, semua buat dek je pagi pagi Sabtu tu. Macam tak nak packing, dengan tak mandi, bangun lambat apa semua. Yelah, memang tak buat preparation langsung untuk pergi bercuti? Haha, it was actually a last minute plan, sebab Ayah tk dapat nak ambil cuti untuk weekdays plus weekend akan datang akan susah ada masa untuk pergi makan angin ke mana-mana. Ada je plan itu ini, jumpa orang ni orang tu, settlekan apa benda tah.
So last week was the perfect timing, for quality time bersama keluarga, memandangkan Aqilah pun dah balik dari asrama untuk cuti sekolah, cukup kuota family 2 minggu ni. :'D
Jadi kami semuaaaaaa packing la apa-apa yang patut, ala untuk tidur satu malam je pun. Nak packing apa benda la sangat, tapi tu pun makan masa berjam-jam. -.-
Bertolak kira-kira pukul 12 kot, nak pergi kenduri kahwin kakak Izyan dulu, kakak dia ok. Bukan dia. Macam biasa makan makan dan makan. Heee, sayang sangat sebab tak dapat jumpa member-member atas sebab tertentu. Oh, I hope they're okay.
Memandangkan hotel/chalet tk dibook awal-awal, kami merayau Melaka/Negeri Sembilan sambil call mana-mana yang ada bilik kosong. Haha! Hoyeh masa lebih sejam dihabiskan meronda-ronda sana sini, finally call Eagle Ranch Resort, ada chalet kosong. Hohhh lega la, tapi sayang dia kata Wifi langsung tarakkkkkkkk. Hampehhhhhh, (tak bersyukur pulak tu dah dpt tempat nak tidur, demand haha) But its okay, tengok2 tempat tu macam okay je, so we headed there and checked in. Wallaaaaaaaa, akhirnyaaaaa.
Overall, tempat tu memang menarik. Banyak aktiviti macam Obstacles, Volleyball, rabbit feeding dan macam macam lagi. Go-kart pun ada! Tapi macam ada yang kurang la tempat ni. Bagi aku laaaaaaa, aktiviti dah macam-macam, tapi macam tak hidup je? Especially malam-malam, time melepak tu, golap yo. Tak meriah langsung, tidur awal ke apa staf dia haha. But seriously, tak meriah lah kalau malam-malam, itu yg bagi aku tk best tuuuuuuu. Nak melepak pun lemauu je masing-masing. Live band apa pun tarakk. Bukit Merah lagi fun kot? Kalau malam-malam, ada la aktiviti, dan sangatttttt meriah. Haha apa apa pun, kalau Eagle Ranch ni dia pakar kalau nak coordinate aktiviti untuk kumpulan besar-besar. Ha itu dia orang pandai. Idk why tapi tempat dia mcm something kurang. Heeee, macam-macam ada, tapi orangnya tak ada. Mcm mana?
Ok laaaa, gambar terus!
Day 1 -

Ini court basketball dia, yang tajam tajam bentuk kon tu dia punya bilik, tapi kecik je. Comel kan? Aku jawab sendiri - Comellll.
'Ok ok kita lap peluh sat'
We played basketball, yang terer main. Zero. Haha, konon konon nak bersukan la ni. Dem aku memang takde skill nak main bola keranjang, gaya dh macam main netball pula -.-

Lepas tu teman budak kicik dua orang ni mandi pulaaaaaa. Pis!
Day 2 -

Breakfast! Tapi tak banyak choice makanan dia :( Nak bedal pun sikit sikit nasi goreng, sikit sikit roti. Hmph

Itu ayah dan ibu saya. Muah!

Rabbit feeding, nak membeli tiket pun dah leceh. Kesian ramai yang datang tanpa tiket yang perlu dibeli dekat kedai souvenier dia, which is nun jauh di sana. Leceh tahu tak leceh! Nasib baik rabbit ni comel comel. Tak pernah terniat nak membela pun. Tapi series adorable hihi. Nak sugar glider jugak. :P

Awwwww, bestnyaa

Go-kart pulak! Adik aku drive dengan penuh berhemah. Kamon -.- Go-kart kot, tak thrill la kalau tak laju hahaha.

Ayah saya ; Encik Sam.

Aqilah, Ayah, Ibu. ♥
Sedih sebab tak dapat duduk situ lama-lama. Check out pukul 12 setengah, ronda-ronda Melaka sampai malam. Hoyeh. I had fun. It's the time with family you cherish the most, I love my family even we are not like the Big Happy Family like them out there.
June 05, 2010
Aktiviti Baru
Disebabkan takde kerja sementara nak get ready ke Uitm, aku dah ada hobi baru yeyeyeye.
Jamlegend - Addicted dah. Dulu dah register tapi tk main sebab selalu hang. Bapak tk feel nak main -.-
Sketching - Ok tangan aku dh keras nak sketch jadah ni semua. Tak ada bakat, tapi ai suka yu conteng2 ni.
Membaca - Wuyoyoyoyo :PPPP hahaha
Ok, ngantukz. Bye yu olzz.
June 04, 2010
June 01, 2010
Hello June!
Jun datang, Mei pergi.
Harini 1 Jun, selamat sudah kita lima bulan. Nanti lima tahun pulak hihi. :'D
Mei dah selamat pergi, tak ada yang luar biasa. Biasalah kalau ada masalah celah situ sini kan. Sekarang dah Jun. :O Woh, lagi 25 hari nak masuk Uitm, bulan ni baru nak start settle itu ini, harap-harap sempat. Buka akaun, medical check up, bank in yuran..bla bla. Semua tu baru nak start bulan ni, dan nampaknya rezeki aku dekat Segamat, wah tempat baru lagi woh. Ni yang berdebar ni, berkenalan dengan orang orang baru lagi, orientasi lagi -.- Ergh, belasahhhhhh. Part yang paling aku malas sudah semestinya packing. Aku kadang taktau nak bawak itu ke tak, kang kalau tak bawak tak cukup, dah bawak kang terlebih lebih pulak. Over, bawak banyak tapi tak pakai pun. Tengok orang lain steady je packing, aku je gelabah nak bawak itu ini, muatan maksimum lah kiranya! Kalau boleh satu almari tu bawa pergi hostel. Sheesh, kali ni kena buat check list, double check lagi! Perlu. Mesti. Kita tengok nanti aku ikut ke tak checklist tu. Ha ha.
Wahhhhhhhhhh, tiba-tiba rasa macam tak sedia nak belajar, homesick? Oh mannnnnnnn, ni yang malas ni. Kalau dulu time mula-mula masuk asrama konon tough la tak nangis masa hari pertama. Hari kedua dah leleh dah, lagi-lagi time maghrib kalau duduk dekat surau tu, pehh sebak gila kot. Time ni la nak tengok kau tough tak tough, semua sama je leleh! Haha, jadi nampaknya lepas ni kena bersedia fizikal dan mental hoyeh. Im harddddddd!
Aku tak sedia lagi, belummmmmmmmmmmmmm! Sob.
Jun, jangan hampakan aku, ya.
Bullet For My Valentine - Road To Nowhere
Subscribe to:
Posts (Atom)






