Hello, Is it Me You're Looking For?

My photo
Budak kurang sosial, kot.

January 11, 2010

You Know The Words So Sing Along Babehh


'Lebih 100 video homemade terpanas untuk koleksi anda! Jika mau, balas Ya. Yang pasti SEKtified! Hanya untuk 18 ke atas, warning!'

Ba-bi. Ada je nombor masuk promote benda ba-bi ni. Untuk koleksi anda? Yang terpanas? %^$%^@!!

Semalam AJL best - sebab Faizal Tahir dapat tempat ketiga, sebab lagu Kau Pergi menang, sebab Bunkface kalah, nasib baik. Hahaha and pasti best sebab hujan ada. Memang tak expect diaorang menang pun, apa2 pun semua persembahan sangat kool. Tahniah, Aizat!

Untuk beberapa hari ni, aku susah nak lelap mata, nak kata aku fikir banyak sangat-apa je yang aku fikir. Mungkin sebab aku goy untuk pergi bengkel amali harini, which was very scary. Disebabkan litar tutup, En Rafi suruh keluar, drive atas jalanraya. Tuhan jelah yang tau betapa tak tenangnya hati aku masa tu 'HA BIAR BETUL, saya tak pernah drive tau!' Dengan basic setakat check signal seatbelt semua, lepas tu terus drive dekat jalan. Memang takut ai tell yu. Tapi macam biasa, En Rafi rilek je. Dan lepas tu baru aku mula rilek, kecuali masa nak masuk simpang and traffic light. Aku ingat lagi, tadi dekat traffic light orang lain dah jalan, aku sorang je terkial2 nak masuk gear. Bahahaha, aku suka. Sebab tak ada orang hon, memang special treat untuk orang baru belajar ni. Hehehe...
Still lot more to learn, bukit tak pass. -.-' tapi takpa aku dah mula excited woh!

Driving class harini aku buat aku lapar, perasaan nervous dah mengosongkan lagi perut aku yang memang tak breakfast pagi tadi. Aku nak pergi lunch.

Ok bai, ai off dulu!



January 09, 2010

Over A Little, Small Thing, I Just Can't Stay Still

Sehari sebelum, En Rafi call, 'esok 7.30 eh?' 'Oh okay, terima kasih' dengar tu pun dah berderau jantung. Bapak awal gila. Tapi takpe, biar lepas hari esok, lega sikit kalau dah lepas, itu pun kalau lulus la. Dengar orang lain fail, ada yang fail dua kali, kena repeat. Leceh lah macam ni, aku taknak repeat, haha malam instead of tengok berita aku buat latihan, study lah sikit wo, at least esok boleh belasah je dah baca buku kan. Aku rasa semalam satu soalan diselang selikan dengan khayalan, so baru lepas lima enam soalan, Daia panggil 'kakak jom tengok Boys Over Flowers'. Hahahaha Gun Jun Pyo punya pasal, aku stop latihan, rilek dulu. But still time tengok pun aku cuak dengan esok. Big day, man. I dont want to repeat.

Ibu pulak tengah pakai computer dan aku memang sabar tunggu dia guna sampai habis, until at one time, aku sendiri cakap 'ibuuuuuuuu nak buat latihan pls, esok thirah ujian nii'. Dalam sepuluh minit lah jugak aku tunggu, plan nak tidur awal, so kena gerak cepat2. Sambil2 buat, aku sempat onlain, hihi. Ada lah beberapa makhluk ni yang bagi dia merupakan semangat, bagi aku dia cuba untuk menakut2 kan aku. 'Ala aku pernah fail sekali, rilek lah :D' Hahaha aku makin tak rilek jadinya, and it's already a few minutes to 1 am, aku ready nak masuk tidur. Dan aku rasa aku tidur pukul 2.30 semalam. Hahahaha cuak sangat ke

Harini - 7.30 masuk kereta En Rafi, wo punctual, i laik. En Rafi kata kalau masuk awal, maybe dapat buat awal, tapi nasib lah nanti takut kena tunggu sampai berjam2. Masuk tempat test tu semua yang bertugas semacam garang je, suara paling kuat, tegur pun macam cikgu tegur murid je, lagi aku tak semangat time tu. Right after nama kena panggil, aku buat test macam Ziha cakap - macam main game. Game yang sangat mendebarkan, even sampai aku habis buat pun masih berdetak laju betul. Alhamdulillah aku lulus, yeah aku berjaya main 'game' tu! Keluar selepas 11 minit 5 saat, cetak keputusan, aku belah. Wehoo!

48/50. Aku lulus! :) Terima kasih semua, esp saufi. Dia memang 'pembakar semangat' aku. Hahaha. Eh, lapar.

Bye.



January 08, 2010

'Kenapa kau perlu elak? Menghadap jelah, belasah je, dia bukan your worst nightmare pun, hihi.'


Ya, betul jugak tu, belasah je peduli hapa aku.


Besar lagi!




Fraidei

Alarm untuk aku bangun harini merupakan ketukan pintu yang dahsyat gila from Dahiyah - baru balik dari sekolah. Ya, aku bangun lambat harini. Ah, padahal tidur awal kot dari biasa, pfft. Nothing interesting today, teman ibu amik laptop dia dekat Alam Sentral, makan then zoom balik rumah. Sabtu depan dapat jemputan sleepover dekat rumah Kuyah hehehe, tapi not sure dapat pergi ke tak, sebab kalau pergi aku kena gerak sorang, dayyum! Takbestnya. Esok mungkin ambil test undang2, wish me luck. :S


Im bored.




January 04, 2010

Kejam Tapi Kool

Orang lidi memang awesome!